[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Sunday, April 3, 2011

Misteri Kemalangan Di Waktu Subuh

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, April 3, 2011 | Category: |

 .
Jam menunjukkan pukul 2 pagi , Haji Masjid masih tidak dapat melelapkan mata , berita kemalangan yang ditayangkan secara lansung dalam berita perdana tadi membuatkan jantungnya tidak berhenti berdegup.Amat ngeri apabila sebuah motosikal yang dibonceng oleh sepasang kekasih bawah umur merempuh sebuah Lori Najis dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Punca kejadian ialah disebabkan kecuaian penunggang yang membuat aksi merbahaya dan memandu dengan laju.Mangsa adalah sebaya dan bersekolah Tingkatan 4 di sekolah menengah di ibukota 
.
Tingkatan 4? , jantungnya tidak berhenti berdegup , umur Haji Masid mencecah 62 Tahun , umur subsidi yang masih diberikan Allah S.W.T.Haji Masjid selalu teringatkan hal kematian sejak dia aktif berulang alik ke Masjid semenak pencen sebagai Pegawai Kerajaan.

Anak Kembar bongsunya masih bersekolah dalam tingkatan 4,Haji Masjid mulai bimbang, kerana anaknya tidak pulang ke rumah disebabkan menghadiri malis hari jadi rakanya.”Biasalah budak-budak sekarang..biarkanlah bang”, Masih terngiang-ngiang kata-kata isterinya ketika Haji Masjid membebel panjang mengenangkan perangai anak-anaknya.

Walaupun Haji Masjid Rajin ke Masjid tetapi anak-anaknya tidak pernah sekalipun datang solat subuh di Masjid.Sudah puas di ajak , Selalu saja isteri Haji Masjid mempertahankan anaknya kerana terlalu kesian kepada anak-anaknya yang letih selalu pulang lewat malam.

Bunyi motor sayup-sayup ditingkat bawah menghentikan lamunan Haji Masjid , dia tahu itu bunyi motor anak-anaknya…pintu ruang utama berbunyi di buka perlahan-lahan , jam sudah menunjukkan jam 3.30 pagi…Haji Mahmud hanya mampu berisytigfar dengan telatah anaknya..

Satu perasaan kesal menyelubungi dirinya , kerana sebelum ini pun ketika anaknya masih kecil , Haji Masjid tidak pernah membawa mereka ke Masjid atau masjid , malahan dia juga baru berjinak-jinak dengan Masjid sejak dia pencen 3 tahun lepas.

Dalam kekabutan fikirannya …akhirnya dia terlena…

Haji Masjid terjaga dengan laungan Azan Subuh yang kedengaran dengan jelas dari Masjid yang hanya jarak 100 meter dari rumahnya…Haji Masjid Bingkas bangun…Isterinya masih lena dengan tidurnya..Haji Masjid mengejutkan isterinya dan bingkas bangun ke bilik air.

Dengan cepat dia bersiap-siap dengan rutin hariannya ke Masjid…Tiba-tiba dia teringatkan mimpi ngerinya tadi..suatu mimpi yang melibatkan kemalangan misteri di waktu subuh..
Cepat-cepat dia ke bilik anak kembarnya dan mengejutkan mereka..

“Bangun!..bangun! kita ada kemalangan ni!”
Haji Masjid mengejutkan anak-anaknya dengan tergesa-gesa..
Anaknya yang terkejut ..bingkas bangun.
“Kemalangan apa papa?”
Soal anaknya yang masih mamai
“Jangan banyak soal..pakai baju melayu tu dan songkok…cepat ikut papa kita ada kemalangan ngeri ni!”
Anak-anaknya tanpa banyak soal pantas bangun mencapai baju melayu dan songkok lantas bersiap-siap mengikut Haji Masjid.

Haji Masjid menghidupkan kereta dan anak-anaknya menurut dengan pantas memasuki perut kereta..
Kedua-duanya masih terpinga-pinga.
Belum pernah mereka keluar seawal pagi begini, tambahan pula pakai baju melayu dan songkok..nak kemana lah agaknya..mesti ada kematian akibat “Kemalangan ngeri itu”, fikir anaknya.
Haji Masjid membelokkan keretanya ke masjid yang berdekatan dengan rumahnya.
“Kita Solat dulu!”
Anaknya hanya mengikut arahan..
Selesai mereka mengambil wudhu’ Imam Sudah megangkat takbir,Cepat-cepat mereka masuk ke dalam saf pertama yang masih kosong.

Selesai sahaja doa selepas solat fardhu subuh,cepat-cepat anak kembar haji Masjid menuju ke kereta, mereka pelik melihat Haji Masjid sempat bersalam-salam dengan jemaah-jemaah lain dan berbual..
Kelihatan beberapa jemaah lain menerpa Haji Masjid dan memeluknya..ada juga yang menepuk-nepuk bahu Haji Masjid.

Mungkin jemaah Masjid sedang mengucapkan takziah diatas “kemalangan ngeri yang dikatakan oleh Haji Masjid tadi..Cuma mereka masih berdebar-debar..siapakah yang kemalangan itu ..dan adakah ianya kemalangan maut?
Siapa meninggal Papa?
Haji Masjid hanya mendiamkan diri dan memandu keretanya kembali ke rumah.
“Papa nak ambil mama ya”
Soal anak kembar Haji Masjid ketika kereta memasuki perkarangan rumah mereka.
“Kita Dah Sampai!”

Anak kembar Haji Masjid bertambah bingung..
Isteri Haji Masjid juga terperanjat apabila melihat tiga beranak ini balik …
“Eh kemana abang bawak budak-budak ni?”
Soal isteri Haji Masjid..
“Ntah Papa kata ada kemalangan ngeri tadi”
Hah Siapa kemalangan bang?
Haji Masjid hanya tersenyum…
“Eh dah buang tebiat ke orang tua ni…,Siapa bang?”
Dengan tenang Haji Masjid Menjawab…
“Anak kembar kesayangan awak ni yang hampir-hampir kemalangan subuh tadi”
Anak Haji Masjid bertambah bingung..mereka menggaru-garu kepala yang tidak gatal
“Elok je anak kita ni bang..?”
Iya mereka selalu mendapat kemalangan setiap subuh..Cuma pagi ni saya sempat menyelamatkan mereka dari kemalangan ni!
“Apa awak cakap ni bang?”
Isteri Haji Masjid bertambah bingung seperti orang dungu …
Saya teringat kuliah maghrib semalam…

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:
Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Akhirnya barulah isteri Haji Masjid faham..
Anak kembar Haji Masjid membatu dan menundukkan pandangan mereka ke lantai.
Barulah mereka faham dan akhirnya terungkailah kisah “Misteri Kemalangan Di Waktu Subuh”
Tapi Papa kenapa ramai jemaah yang datang peluk papa tadi?
Oh..sebelum ni papa selalu ceritakan bahawa anak-anak papa selalu “kemalangan di waktu subuh” dan papa hampir putus asa memikirkan macamnana nak ajak kamu solat subuh berjemaah di masjid..mereka selalu memberi semangat dan menyuruh papa sentiasa berusaha dan berdoa…tadi mereka juga bersyukur..dan memeluk papa selepas lihat papa Berjaya bawa kamu ke masjid…
Esok kamu nak kemalangan lagi?
“Tidak papa…kami takut kemalangan tu!”
Jawab Anak kembar Haji Masjid serentak..
Haji Masjid tersenyum..kali ini seyumannya bertambah lebar!
Artikel Asal : Ibnu Rahman











Currently have 9 comments:

  1. Kupohon doa saudara-saudaraku yang semakin menggila dakwahnya
    Agar diri dan baitul muslimku sama-sama membentuk batu-bata
    Sama-sama mengukuhkan tapak untuk puncak Ustaziatul Alam
    Semoga kita semua tidak akan pernah penat, kecewa dan kalah terhadap perancangan jahat manusia dan syaitan!

  2. Muslim itu tidak selamanya rahib!
    Tidak cukup hanya menjaga diri sendiri dan membiarkan jahiliyyah berleluasa
    Kerana membiarkan bererti menentang maksud dakwah apatah lagi syahadah kepada Allah
    Hanya iman yang benar menolak kuat untuk beramar makruf nahi mungkar
    Maka WAJIBlah kita keluar daripada kerahiban baik di rumah atau di masjid untuk menegakkan perintah Allah di setiap lapangan kehidupan.

  3. Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai. (3:126)

  4. trbaik boh...

  5. Dakwah dengan cara yang menarik. Ini yang kita perlukan. Saya pohon kebenaran untuk salin artikel ni dah pamer di halaman saya dan saya akan salin sekali link ke halaman ini. Terima kasih

  6. cahaya mutiara says:

    masyallah...menarik sekali ceritanya...alhamdulilah..

  7. masyaAllah, hebat sgt....
    bole x klu sy nk copy paste dlm blog sy???
    hehe...

  8. menarik sangat..mohon share..


Leave a Reply