[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.
Showing posts with label Nisa'. Show all posts
Showing posts with label Nisa'. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Haramkah Ustazah Pilihan?

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, June 14, 2011 | Category: | 14 comments



 Assalamualaikum Sahabat-sahabat U-jam

Secarah SAH Astro Oasis telah pun selesai buat perasmian rancangan realiti terbaru iaiatu Ustazah Pilihan yang bermatlamatkan pencarian ikon muslimah dan pendakwah dikalangan wanita. Rancangan ni telah pun dirasmikan oleh Ustazah paling popular di Malaysia tak lain dan tak bukan Dr Mashitah Ibrahim.bakal ditayangkan pada jangkaan bulan oktober 2011

Konsep nya lebih kurang imam muda, 10 orang peserta, ada matapelajran tertentu cuma ianya melibatkan kesemua krew wanita, mursyid wanita @ mursyidah dan penonton yang datang juga adalah dikalangan wanita sahaja. Tumpuan mereka adalah isu isu wanita masa kini. Penerbit juga menjanjikan ianya berlandaskan syarak.

Sesi temuduga sudah pun disusun dan akal dijalankan di seluruh negara pada Julai nanti. 9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah 15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu 23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru. 30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Dengan syarat berumur 18-27 tahun serta sihat tubuh badan. Yang berminat juga kena bawa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.
 
Pelbagai komentar dan kritikan malah sokongan untuk program ini...pelbagai lapisan masyarakat memberikan pandangan mereka masing-masing... 

Jika Ustazah Masyitah yang meramikannya...kita tunggu dan lihat sebab katanya mengikut syara'!

Apa komen U-jam's? - Nyatakanlah kebenaran walaupun pahit!

Monday, January 24, 2011

STATUS WANITA SEBAGAI PEMIMPIN MENURUT PARA ULAMA

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, January 24, 2011 | Category: , | 0 comments





Oleh :
Ust Zaharuddin Abd Rahman

Imam Al-Mawardi r.a [1] (450 H) menjelaskan jawatan seperti Perdana Menteri atau juga menteri ketenteraan adalah tidak dibolehkan bagi wanita serta tidak sesuai dengan kemampuan sifat mereka terutama apabila melibatkan ketenteraan. Beliau juga menyenaraikan sifat ‘lelaki’ sebagai salah satu daripada 10 syarat kepada kepimpinan di peringkat ‘tafwid’ tetapi tidak di peringkat ‘tanfiz’.

 
Menurut Imam Hasan Al-Banna [2], wanita tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan di wilayah ‘ammah atau wazarah tafwid seperti kepimpinan ketenteraan (wilayah jihad), wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji, wilayah kharaj dan lain-lain bentuk umum. Selain dalil-dalil biasa dari Al-quran dan al-Hadtih, beliau juga berdalilkan ijma’ amali yang menunjukkan bahawa sejak zaman Rasul SAW, baginda tidak pernah melantik kepimpinan umum di kalangan wanita dan hal ini berterusan hinggalah jatuhnya empayar Islam Uthmaniyyah. Malah Rasulullah SAW dan para sahabat juga tidak pernah melantik ahli kenggotaan syura ( ahl al-hal wal aqd ) dari kalangan wanita. 
 
Dr. Abd Qadir Abu Faris (Ahli Parlimen Ikhwan Muslimin Jordan sekarang) juga berpandangan seperti Imam Hasan Al-Banna. Beliau menguatkan pandangan Imam Hasan dengan membawakan persitiwa Bai’ah Aqabah Kedua dimana Rasulullah SAW telah memilih 12 orang ketua dan tidak pun melantik wanita sekalipun mereka hadir berbaiah. Begitu juga ketika Rasul SAW menghimpun sahabat dalam memutuskan keputusan dalam peperangan Uhud, Ahzab, “Fath Makkah” , Perang Hunain dll, Rasul tidak pun meminta pandangan dari kaum wanita. Dr. Abd Qadir bukan sahaja tidak menyetujui kepimpinan wanita di peringkat tafwid malah juga pringkat tanfiz. [3].
Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam, mempunyai pandangan yang sedikit berbeza, beliau berpandangan bahawa dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan termasuk Perdana Menteri dengan beberapa syarat. 

Antara hujjah Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dan mereka yang mempersetujui keharusan ini adalah seperti berikut :-
1. Kisah kepimpinan wanita di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis, digambarkan sebagai seorang pemimpin wanita tertinggi negara yang berwibawa serta mampu membawa kaumnya kepada kebaikan dunia akhirat. Firman Allah SWT:
قالوا نحن أولوا قوة وأولوا بأس شديد والأمر إليك فانظري ماذا تأمرين (النمل :33)
قالت رب إني ظلمت نفسي وأسلمت مع سليمان لله رب العالمين (النمل: 44)
Mafhum : Berkatalah kami (lelaki) yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya kami serahkan urusan ini kepdamu ( ratu balqis) …” berkatalah Balqis “ Demi Tuhanku sesungguhnya aku telah berlaku zalim terhdp diriku nescaya kini aku akan beriman kepada Allah bersama Nabi Sulaiman” ( An-Naml 33 dan 44)
2. Mempersoalkan sifat umum pada hadith riwayat Bukhari tadi dengan hujjah :
a. Beliau menyatakan bahawa perkara menggunakan umum hadith untuk melarang kepimpinan dari kalangan wanita adalah tidak disepakati sepenuhnya. Selain itu, sekiranya ia diambil dengan pengertian umum lafaz sahaja maka akan bertentangan dengan kisah tawladan Ratu Balqis sebagai pemimpin tertinggi yang berjaya. Ratu Balqis digambarkan oleh Allah sebagai berkata :
قالت ياأيها الملأ أفتوني في أمري ما كنت قاطعة أمرا حتى تشهدوني(32)
Mafhum : “Wahai pembesar berikanlah pandangan kepadaku dalam urusan ini, aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya” ( An-Naml 32)
b. Mengambil kaedah fiqhiyyah العادة محكمة dan bersandarkan kepada fiqh waqi’ , reality hari ini kebanyakan wanita menyumbang kebaikan yang banyak untuk negara malah adakalanya lebih daripada lelaki, bahkan mereka juga ada yang lebih berkelayakan dari pelbagai sudut berbanding lelaki. 

Ini bermakna, kita perlu memahami hadith dan sunnah fi’liyah Rasulullah SAW berdasarkan ‘mulabasat’ atau suasana zaman dan kemampuan wanita ketika itu. Hasilnya, Al-Qaradhawi seolah-olah cuba memberi isyarat di sini, bahawa isu hukum kepimpinan wanita adalah isu furu’ yang boleh berubah menurut peredaran zaman, apa yang penting adalah syarat KEMAMPUAN DARI PELBAGAI SUDUT tanpa menjadikan JANTINA SEBAGAI PUNCA PERBEZAAN UTAMA DAN KELAYAKAN.

3. Hadith tadi juga memberi kefahaman bahawa ketika wujudnya Khilafah Islamiyyah, wanita memang kelihatan amat kurang sesuai menjadi imamah uzma iaitu khalifah walaupun di ketika zaman ini. Hal ini sememangnya disepakati larangannya, tetapi selepas ketiadaan khilafah tahun 1924 M, sebahagian ulama’ telah meng‘qias’ kan kepimpinan ratu Balqis sebagai Presiden yang punyai kuasa dalam memberi persetujuan terhadap sebarang pelaksanaan dasar. Justeru, dalam ketiadaan khilafah, negara-negara umat Islam hanyalah bertaraf seperti Gabenor di wilayah yang terhad. Sehubungan dengan itu, wanita boleh memegang jawatan menteri, Qadhi atau lain-lain. 

4. Dalam masyarakat di bawah system demokrasi hari ini, apabila wanita dilantik ke jawatan kementerian, Parlimen, Pentadbiran atau lainnya, ia tidak bermakna ia memegang jawatan ini secara veto, hakikatnya ia adalah kepimpinan secara kolektif, yang mempunyai sebuah institusi dalam menentukan tindakan. Justeru, menurut al-Qaradhawi, ia tidak bertentangan dengan Hadtih walau menurut apa jua tafsiran.

Prof Dr. Mohammad Hashim Kamali (UIA) pula berpandangan wanita dibenarkan memegang semua jawatan kepimpinan kecuali Perdana Menteri dan jawatan hakim. Manakala jawatan-jawatan lain seperti gabenor, wilayah hisbah, wilayah mazalim adalah perkara yang diperselisihkan antara ulama’. [4]
Al-Imam As-Syawkani (1255 H) di dalam Nailul Awtar menyatakan selain hadith di atas yang menjadi dalil tidak harus wanita memegang tampuk tertinggi pemerintahan, fuqaha’ juga berdalilkan satu hadith lain iaitu Mafhumnya :

Dari Buraidah dari Nabi SAW : “Qadhi (hakim) itu tiga, satu di dalam syurga, dau darinya di dalam neraka, maka mereka adalah lelaki yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengan nya,…..” ( Riwayat Ibn Majah, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan al-Hakim [5])
Lafaz kalimah “Qadhi” (kalimah khas untuk lelaki sahaja dalam bahasa arab) yang diguna di dalam hadith ini membuktikan jawatan qadhi dan hakim terhad hanya untuk kaum lelaki, demikian juga pemerintah.

KESIMPULAN PENULIS
Demikianlah serba sedikit perbezaan pandangan para ulama’ Islam dalam menentukan kedudukan wanita di peringkat tertinggi, ia adalah berpunca daripada perbezaan pandangan mereka dalam menentukan kaedah terbaik dalam menjaga maslahat umat, sebagai kesimpulan, penulis berpandangan seperti berikut :-
1) Pertamanya, semua pihak perlu menyedari bahawa urusan pendidikan anak-anak, adalah terlalu amat penting sebenarnya. Ia hakikatnya satu medan yang sangat sesuai dengan fitrah wanita. Justeru sekiranya wanita yang berkelayakan ini memimpin institusi keluarga, dan lelaki yang berkelayakan pula memimpin sebuah negara dan rakyatnya, inilah bentuk ideal dan menurut Islam, sunnah Rasul SAW dan tepat pula menurut hukum logik aqal. Tambahan pula lelaki secara semulajadi cukup sesuai untuk menanggung tugas tersebut jika diteliti dari sudut tenaga, mental dan fizikal mereka, manakala wanita pula sememangnya sangat sesuai untuk memimpin institusi pendidikan anak-anak bersendikan seni halus mereka, terutamanya apabila kepada kemampuan fizikal yang terhad, serta maruah sebagai wanita yang sangat mudah tercemar dan dicemari, lalu amat sesuai kiranya difokuskan ke bidang tersebut, dan sekiranya antara dua bidang (keluarga oleh wanita dan rakyat oleh lelaki) ini gagal dijaga dengan baik maka sudah tentu negara amat sukar memperolehi kebaikan.
Bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, mungkin hampir menyamai kepimpinan sebuah negara. Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga negara sedangkan anak-anaknya menjadi perosak Negara akibat terlepas dari jagaan yang terbaik. 

2) Isu halangan wanita dari menjadi pemimpin tertinggi adalah merupakan perkara cabang yang dibenarkan untuk berijtihad dalam menentukan hukumnya, Jika dilihat daripada umum lafaz hadith, menurut jumhur ulama’ Usul Fiqh (kecuali menurut ulama’ Hanafiah), lafaz umum ini membawa ‘Dalalah Zanniyyah’, maka adalah harus untuk berikhtilaf dalam menentukan hukumnya, ini bermakna pendapat ulama yang melarang tidaklah bersifat qat’ie (putus) [6]. 

3) Menurut pengamatan penulis terhadap hujjah Dr Yusoff Al-Qaradhawi, ia kelihatan agak kukuh dan lebih sesuai menurut suasana hari ini, di samping ternyata ia adalah hasil kefahaman mendalam terhadap Ruh Tasyri’ serta tidak jumud di hadapan lafaz nusus. Justeru penulis menyokong pandangan yang membenarkan wanita menjadi pemimpin dengan syarat-syarat tertentu. Antara syarat yang diletakkan oleh beliau adalah (dan setengahnya adalah tambahan penulis) :-
a- Dr. Yusof al-Qaradhawi menyatakan syarat kepimpinan wanita, adalah mereka tidak gagal dalam mentadbir anak-anak hinggakan beliau meletakkan umur sekitar 45 ke atas adalah umur yang sesuai.
b- Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut pada ketika tersebut.
c- Pemimpin wanita ini mestilah tidak membuat keputusan secara peribadi dalam memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara kolektif dan syura bersama pemimpin pelbagai peringkat.
d- Wanita yang terlibat dalam hal kepimpinan sudah tentu akan berlaku percampuran yang banyak dengan kaum lelaki maka, menjadi kewajiban baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti menutup aurat dengan sempurna, tidak berwangian berdasarkan hadith :-
“أيما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية وكل عين زانية "
Ertinya : “Mana-mana wanita yang berwangian lalu keluar rumah dan lalu di hadapan satu kaum (lelaki) dengan sengaja untuk menarik perhatian mereka, maka dosanya adalah seperti dosa zina” [7]
e- Mendapat kebenaran suami untuk berbuat demikian.
Apapun, kesesuaian persekitaran merupakan faktor penting dalam menentukan keharusan wanita samada dalam menjadi pemimpin (bukan peringkat tertinggi dan bukan qadhi, hakim – menurut sesetengah ulama), calon, ahli parlimen dan sebagainya, kerana WALAUPUN IA BOLEH DIKATAKAN HARUS PADA ASASNYA, tetapi ia mungkin menjadi haram kerana sebab-sebab luaran yang mendatang, ia disebut ‘Haram Li Ghairihi’ di dalam ilmu Usul Fiqh. Penulis juga merasakan, meletakkan hukum yang umum merangkumi semua karakter wanita dalam hal ini adalah kurang sesuai di waktu ini, sebaliknya keharusan tertakluk kepada kriteria syarat-syarat yang ditetapkan.
-bersambung-

--------------------------------------------------------------------------------
[1]. Ibid, hlm 22
[2]. Fiqh Siyasah ‘inda Al-Imam Hasan Al-Banna, Dr Muhd Abd Qadir Abu Faris
[3] An-Nizom As-Siyasi Fil Islam, hlm 335
[4]. Freedom, Equality and Justice In Islam, hlm 89
[5] Nailul awtar, As-Syawkani, 8/617, cet : Dar al-Fikr
[6] Rujuk Al-Ihkam fi usul al-Ahkam, Syeikh Saifuddin Al-Amidi
[7]. Riwayat At-Tirmidzi, no 2786 ; Ibn Hibban , no 4424 ; Ibn Khuzaimah , no 1681 ; Hadith bertaraf Hasan Sohih menurut Imam At-Tirmidzi, Shohih menurut Ibh Hibban dan Ibn Khuzaimah , Syeikh Syu’ib mengakui kekuatan sanad hadith, Hadith bertaraf Hasan menurut Syeikh Albani

Sunday, January 23, 2011

Dimanakah Muslimat Power?

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, January 23, 2011 | Category: , | 2 comments


Muslimat Power!
Sejarah Perjuangan Muslimat

Penglibatan muslimat dalam gerakan dakwah dan perjuangan menegakkan kalimatul haq di atas muka bumi ini bukan perkara baru. Malah ia berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

Contoh yang ditunjukkan oleh muslimat terdahulu seperti isteri pertama Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah menjadi wanita pertama yang menyahut seruan Iman. Seorang yang cukup setia menemani baginda dalam susah dan senang , tidak pernah berhenti berusaha menenangkan hati baginda, menjadi penyokong dan sumber kekuatan yang kuat kepada baginda. Saidatina Khadijah....... yang asalnya dari golongan bangsawan yang mempunyai harta yang banyak, menjadi sumber kewangan kepada perjuangan Islam ketika itu atas sifatnya yang sangat pemurah. Sehingga diriwayatkan, di akhir hayatnya, tidak ada harta yang tinggal padanya, semuanya diinfakkan ke jalan ALLAH SWT. Kewafatan Saidatina Khadijah membuatkan Rasulullah SAW berduka kerana kehilangan seorang isteri yang setia, pembantu
dan pembela baginda dalam melanjutkan tugas dakwah yang suci ini. Kata baginda;

“Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-permpuan lain (isteri-isteriku)”

Begitu dalamnya cinta dan sayang baginda kepada Saidatina Khadijah. Saya pasti, sukar untuk kita mencari wanita sehebat beliau dalam sejarah perjuangan muslimat hari ini.

Sejarah tidak melupakan kehebatan seorang wanita yang hebat dalam ilmu Al-Quran, hadis, ilmu fiqh, sejarah dan juga Bahasa Arab, iaitu juga salah seorang isteri baginda Rasulullah yang dikahwini pada usia yang begitu muda, Saidatina Aisyah r.a. Abu Burdah bin Musa dari ayahnya ada menerangkan bahwa ; “setiap sahabat yang menemukan kesulitan dan bertanya kepada Aisyah r.a pastilah mereka mendapat jawapan yang mantap dan ilmiah..” Tercatat juga dalam sejarah bahawa Saidatina Aisyah r.a adalah termasuk salah seorang daripada 7 orang Majlis Syura. Kehebatan Saidatina Aisyah r.a dalam bidang ilmu banyak membantu baginda dalam menyampaikan risalah dakwah terutamanya dikalangan kaum wanita.

Saya tampilkan juga seorang lagi pejuang muslimat yang cukup tegar di medan peperangan,penuh keberanian, Nusaibah binti Ka’ab. Nusaibah antara wanita yang ikut sama di dalam perang Uhud, yang tugasnya memberi minum kepada muslimin yang berperang dan terluka di siang hari. Namun di saat genting, ketika tentera muslimin dalam porak poranda akibat tidak mengikuti arahan baginda Rasulullah, beliau segera mendekati Rasulullah dengan pedang dan anak panah sebagai pelindung kepada baginda. Di dalam peperangan ini, dengan keberanian yang ada pada Nusaibah, beliau telah mendapat luka yang teruk di seluruh badannnya di mana luka itu mengambil masa selama satu tahun untuk sembuh. Nusaibah sehingga kini disebut sebagai Srikandi Perisai Nabi.

Seorang lagi srikandi yang saya suka untuk kongsikan di sini iaitu, Sumayyah, orang pertama yang bergelar syahid. Kerana teguh dengan keimanan, beliau diseksa dengan begitu kejam sekali oleh Abu Jahal. Beliau dipakaikan baju besi dan dijemur dibawah terik panas matahari yang membakar. Kerana keteguhan inilah, Abu Jahal telah merejam beliau dengan tombak sampai mati. Teringat saya akan bait-bait indah dalam lagu yang disampaikan oleh kumpulan Hijjaz akan perjuangan syahidah pertama ini.

Sabarlah keluarga Yasir bagimu Syurga di sana
Dan kau pen tega memilih syurga
Walau terpaksa berkorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kau lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipata sejarah

Bait lagu ini pernah menanam satu semangat dan keinginan yang tinggi dalam hati dan jiwa saya untuk menjadi seorang insan yang berbakti kepada agama selama kehidupan ini.

Ramai lagi pejuang muslimat yang boleh dijadikan contoh dan ikutan kita di zaman ini. Cumanya, saya tampilkan empat srikandi ini untuk saya rumuskan beberapa perkara.

Pertama, seorang isteri itu perlu ada kesetiaan dan rela hidup bersama dengan suami dalam senang dan susah. Tidak kira dalam kondisi dia seorang yang berkerjaya, yang lebih tinggi gajinya daripada suami, ataupun yang mempunyai pangkat yang tinggi dalam jamaah berbanding suami. Kesetiaan ini, mampu memberi impak yang tinggi kepada si suami dalam meneruskan perjuangan seperti setianya Saidatina Khadijah kepada baginda Rasulullah SAW. Susah senang suami dapat dirasai bersama oleh isteri dan sentiasa berada di sampingnya untuk memberikan semangat kepada suami.

Kedua, seorang isteri perlu ada kemahiran psikologi yang baik. Ilmu kejiwaan ini sangat membantu dalam kehidupan suami yang berada dalam gerakan dakwah ini. Mereka yang berjaya menguasai ilmu psikologi ini dapat membantu suami dalam perjalanan dakwah dengan tenang di samping pertolongan dari ALLAH.

Ketiga, kepentingan ilmu. Muslimat yang ingin berada dalam gerakan dakwah, perlu ada ilmu. Agar perjuangannya mempunyai sandaran dan asas. Imam Hasan Al-Banna sendiri meletakkan rukun pertama dalam arkanul bai’ah ialah FAHAM. Untuk memahami, muslimat harus dilengkapkan dengan ilmu dan menyampaikan juga berdasarkan ilmu. Sebagaimana Saidatina Aisyah r.a yang menjadi gedung ilmu, begitulah juga muslimat pada hari ini. Yusuf Qardhawi menyebut, adalah wajib bagi setiap wanita terhadap orang tuanya, anak-anaknya, serta kawan-kawan sejantina dengannya, untuk menganjurkan pembersihan aqidah dan tauhidnya dari pengaruh di luar Islam. Dan kewajipan ini memerlukan ilmu.

Keempat, muslimat harus berani. Muslimat kadang-kadang perlu dibelakang sebagai pendorong dan pembantu, namun ada masa dan ketikanya harus di hadapan. Sebagaimana Nusaibah yang asalnya bergerak sebagai pemberi air dan perawat luka tentera muslimin, namun, di saat yang genting, memerlukan dia untuk tampil ke hadapan berjuang di medan peperangan. Muslimat sebagai isteri solehah, ibu mithali, keutamaannya adalah mendidik anak-anak, namun tidak bererti dia harus meninggalkan lapangan dakwah dalam konteks masa kini yang memerlukan tenaga muslimat di lapangan dakwah. Jadi, harus bijak bertindak. Bagaimana? Rancang dan fikirlah.

Kelima, mujahadah dan kesabaran yang tinggi. Indahnya kesabaran dan semangat jihad yang ditunjukkan oleh Sumayyah dalam mempertahankan aqidahnya. Hakikat kehidupan dalam perjuangan, jika mudah dan senang itu, bukan dinamakan perjuangan. Sabar kita dalam berkerjaya, sabar kita dalam menguruskan rumahtangga, sabar kita dalam menyampaikan dakwah. Andai hilang kesabaran, rebahlah kita di pertengahan jalan.



Ehsan : Dewan Muslimat PAS Kampar Perak


Mohon Sharing is Caring Credit :http://u-jam.blogspot.com/2011/01/dimanakah-muslimat-power.html

Tuesday, January 11, 2011

Perbezaan Umur Dalam Perkahwinan – Menurut Agama - Apa salahnya wanita meminang lelaki?

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, January 11, 2011 | Category: , | 7 comments



Assalamualaikum...sahabat-sahabat u-jam...bila sahabat2 nak nikah ni?...esok..lusa..minggu depan atau jawapan yang sama setiap tahun..tahun depan...kenapa ya..oh umur..umur dah berusia sikit..tapi ada la sorang tu minat kat awak ye...tapi umurnya muda..alahai2 alasan umur pulak dia...


Nasib baik ada Ustaz Emran...Jom kita baca  Tazkirah khas Ustaz Emran untuk sabahat-sabahat u-jam 


Menjawab sebuah persoalan menarik dari beberapa orang penyoal tentang apakah pandangan Islam terhadap seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari dirinya.

“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).

Mereka beralasan bahawa Khadijah ra bernikah dengan rasulullah sewaktu umurnya 40 tahun dan rasulullah pula ketika itu baru berusia 25 tahun. Malangnya riwayat ini dhaif (lemah) dan sanadnya tidak ada bukti jelas dan sebaliknya yang diberitahu kepada kita oleh Imam Baihaqi dari riwayat Hakim bahawa rasulullah sewaktu bernikah dengan Khadijah berumur 25 tahun dan Khadijah pula berumur 35 atau 25 tahun dan umur 25 ini lebih tepat memandangkan umur kematian Khadijah pada riwayat yang paling benar menyebutkan ialah pada usia 50 tahun.

Jadi kematian Khadijah pada tahun 9 atau ke sepuluh kenabian (tahun kesedihan) sebelum Isra Mikraj menandakan umur Nabi salallahualahiwasalam berumur 49- 50 tahun lalu jika wafatnya Khadijah pada usia 50 tahun menurut riwayat yang lebih tepat pada Imam Ibn Katsir maka sudah pasti hampir sama sahaja umurnya dengan rasulullah pada ketika itu. (lihat dalam Kitab Dalail Nubuwah oleh Imam Al-Baihaqi dan juga Al-Bidayah Wan Nihayah oleh Imam Ibn Katsir).

Kesimpulannya riwayat yang jelas ialah rasulullah bernikah dengan Khadijah pada usia yang hampir sama dengan tidak ada perbezaan umur yang jauh.

Kembali kepada persoalan utama, apakah pandangan agama kepada perkahwinan umur yang jauh berbeza khasnya bagi wanita yang lebih berusia dari pasangan lelaki ?

“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya” (Surah Thalaq : 2-3).

Persoalan ini sangat menarik dibincangkan memandangkan ramai wanita yang sudah meningkat umur dewasa masih belum berumah tangga dan kebanyakkan lelaki sebaya sudah pun mempunyai keluarga.

Siti Nurhaliza misalnya sudah pun menjangkau usia 27 tahun sekalipun begitu beliau masih kelihatan cantik dan menawan tetapi siapalah ustaz emran yang jauh lebih muda hendak menaruh hati pada Siti yang cantik rupawan dan pastinya Siti Nurhaliza tidak akan terjatuh hati pada ustaz emran yang tidak ada apa-apa gelaran atau kekayaan dan kekacakkan.

Kebanyakkan wanita yang sudah berusia mengalami tekanan apabila mereka sudah kehilangan calon sebaya atau lebih tua memandangkan dalam usia yang meningkat kebanyakkan lelaki sudah pun siap memasang isteri dua dan tiga.

Pilihan mereka hanyalah lelaki yang lebih muda dan itu pun mereka terpaksa bersaing dengan gadis-gadis muda yang jauh lebih menarik dan cantik.

"Belum tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmat-Nya yang terlihat mahupun yang tidak kelihatan." (Luqman: 20).

Pandangan Islam terhadap Hal Ini
Islam menetapkan bahawa perkahwinan dan pemilihan calon isteri dan suami itu hendaklah pada agama dan akhlak.

“Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu” (An-Nisa : 3).

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).

Islam tidak menetapkan persoalan umur sebagai ukuran dalam pernikahan dan sepatutnya hal ini jelas bagi lelaki dan perempuan bahawa yang dipentingkan ialah agama.

“ Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah : 185).

Bagi seorang muslim dalam mencari pasangan maka hendaklah melihat kepada agama sebagaimana pesan baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung” (hadith sahih riwayat bukhari dan muslim).

Di dalam hadith riwayat Abu Daud dari hadith Ma’qil ibn Yasar ra mengenai pertanyaan seorang lelaki kepada rasulullah meminta pandangan untuk menikahi seorang perempuan yang cantik, dan berkedudukan tetapi tidak mampu beranak maka dilarang oleh baginda dan disuruh supaya menikahi wanita yang dapat beranak dan melahirkan.

Demikian juga baginda bersabda : “Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah” (hadith sahih, riwayat Muslim no. 3628).

Perempuan yang berusia selama dia masih dara maka dia masih mempunyai kelebihan dan selagi usianya belum sampai waktu putus haid (menopause) dan dapat beranak maka tiada salahnya dalam agama untuk menikahi mereka.

“ Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah : 185).

Sebaliknya banyak kelebihan lelaki muda khasnya yang masih belajar dan belum kukuh kehidupan mereka untuk memilih wanita yang berusia dan sudah matang dan kukuh kedudukan kewangan dan kebendaan kerana dapat membantu mereka dalam kehidupan.

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

Cadangan dan Nasihat
Adalah digalakkan bagi lelaki muda sekiranya mereka bertemu dengan wanita yang berusia tetapi beragama dan berakhlak supaya menikahi wanita tersebut demi menyelamatkan agama dan menunaikan keperluan fitrah manusia di samping mendapat faedah keduniaan.

“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).

Bagi wanita yang sudah berusia dan berumur serta bekerjaya tidak ada masalah dan tidak ada aibnya bagi mereka menikahi lelaki muda khasnya yang masih belajar disamping dapat memenuhi keperluan fitrah masing-masing mereka juga dapat membantu para pemuda yang baru hendak membina kehidupan atau sedang melanjutkan pengajian.

“ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj : 78).

Pelajar lelaki di universiti, maktab dan sekolah sekalipun sudah sangat ramai dan sudah besar-besar untuk menjadi calon suami. Hari ini kita melihat rata-rata pelajar lelaki di sekolah menengah sudah tahu apa itu seks dan bukan sedikit yang sudah melakukannya dengan rakan pelajar perempuan dan mengandungkan anak luar nikah.

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

Mengapa tidak dibiarkan mereka ini berkahwin sahaja ? Apa salahnya seorang muslimah yang berusia dan sudah bekerja berkahwin dengan pelajar lelaki sekolah menengah ? Selain muslimah ini dapat menjadi isteri yang baik bahkan sebaliknya muslimah ini dapat membimbing pelajar lelaki itu menjadi pelajar yang cemerlang, membantu dalam pelajaran baik dari sudut bimbingan akademik, kehidupan dan juga membantu dalam aspek kewangan.

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa':124).

Cukuplah kita pada pertunjuk dari sabda baginda rasulullah : “Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).

Pelajar lelaki yang akan mengambil SPM misalnya jika memiliki isteri yang sudah bekerja sebagai pegawai bank selain isterinya dapat membantu dalam pelajaran, membantu dalam kehidupan, masa pelajar ini juga terselamat dari lepak, dan gejala-gejala negatif.

“Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan sesungguhnya diciptakan manusia itu dalam keadaan yang dhaif (lemah)” (Surah An-Nisa : 27).

Lebih menarik pada waktu usia remaja ketika kelenjar naluri syahwat sedang memuncak pelajar lelaki ini dapat pula menikmati seks halal dan berkah dan si isteri pun bukankah dapat menikmati pucuk muda ? Kemudian dengan akal yang sihat dan fitrah yang terpenuhi serta memiliki guru dan penasihat peribadi yang juga bergelar isteri bukankah pelajar ini akan lebih mudah mencapai kecemerlangan ?

Bahkan disebut oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya pada persetubuhan kamu dengan isteri kamu itu sedekah” Maka ditanya oleh sahabat apakah pada persetubuhan yang memuaskan syahwat itu sedekah ? maka dijawab oleh baginda : “Apakah kamu tidak melihat bahawa apabila seseorang meletakkan zakarnya pada yang haram itu termasuk satu dosa ? maka demikianlah jika diletakkan pada yang halal maka itu baginya pahala” (hadith sahih riwayat Muslim).

Demikianlah juga bagi pelajar-pelajar di universiti yang sedang belajar seandainya mereka bernikah dengan wanita yang lebih berusia dan sudah bekerjaya maka disamping mereka dapat memenuhi keperluan fitrah bahkan mereka dapat dibantu dari aspek kewangan, kehidupan dan bimbingan nasihat dari seorang yang lebih berpengalaman.

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepada mereka kehidupan yang baik" (An-Nahl:97).

Mengubah Pemikiran Lapuk dan Jahiliyah
Pemikiran masyarakat yang menyalahi kitab dan sunnah hendaklah diabaikan dan sewajarnya dalam ketenatan umat Islam berdepan pelbagai masalah sosial umat Islam wajar kembali kepada Al-Qur’an dan sunnah dan melemparkan adat-adat jahiliyah ke dalam bakul sampah lalu kemudian dibakar dan debunya di tanam lalu dilupakan.

“Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).

Apa salahnya wanita meminang lelaki ?
Dalam artikel yang sebelum ini kita sudah membincangkan tentang tiada salahnya wanita meminang lelaki dan hal ini sabit dalam syarak dan juga dilakukan sendiri oleh wanita pertama Islam iaitu Khadijah ra. Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra : “Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

Apa Salahnya Wanita Menanggung dan Menyara Lelaki ?
Di dalam Islam melakukan kebaikan dan kebajikan tiada bezanya untuk lelaki dan perempuan dan masing-masing akan menerima ganjaran kebaikan dan pahala. Berkenaan seorang wanita yang berusia dan sudah bekerjaya misalnya sekiranya berkahwin dengan lelaki yang masih muda dan masih belajar maka apakah aibnya dan apakah masalahnya jika dia yang menyara suaminya ?

Sabda baginda rasulullah : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).

" Sungguh sangkaan mereka langsung tidak membawa manfaat pada mereka (dalam membawa mereka) kepada kebenaran sedikitpun" (Surah Yunus : 36).

Di samping wanita yang sudah bekerjaya dan berkemampuan itu dapat membantu suami yang masih belajar maka dia juga mendapat pahala berlipat kali ganda dari biasa apabila menyara dan menanggung suami yang masih muda dan masih belajar.

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

Ini disebabkan dia bukan sahaja mendapat pahala berkhidmat kepada suaminya bahkan mendapat pahala sedekah dan juga pahala kerana menyumbang bakti di jalan agama khasnya menyumbang kepada pelajar ilmu.

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa':124).

Malangnya masyarakat akan memandang serong kepada perihal lelaki yang hidup dan makan di atas titik peluh isteri dengan ditambah para wanita hari ini kebanyakkannya suka mengungkit dan cepat mengeluh.

“Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

“Sesungguhnya tidaklah mereka itu buta mata mereka tetapi sebaliknya yang buta itu ialah hati mereka” (Al-Hajj : 46).

Nasihat kepada para wanita yang inginkan syurga dan menyelamatkan diri dari azab Allah swt maka hendaklah mereka menjadi wanita yang solehah dan sebagai jalan keluar bagi tekanan fitrah maka nikahilah para lelaki muda yang mudah dan dapat dibantu oleh kalian.

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

Nikahilah para pelajar agama, bantulah mereka di jalan dakwah dan jadilah isteri yang solehah kepada mereka dan jadilah kalian seperti Khadijah yang membantu dakwah dan perjuangan dengan harta dan jiwa raga.

Apa salahnya Wanita dimadukan dan dipoligami ?

Wanita yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari mereka perlulah bekorban dan menyedari bahawa usia mereka yang lanjut pastinya akan mengurangkan rasa kurang selesa dan senang di sisi suami apabila mereka telah hilang kecantikan dan kesegaran sebagai wanita.

Apa salahnya mereka dimadukan ? Mengapa mesti bencikan poligami dan menghalang suami bernikah lagi ?

“Wahai manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu dari berbangsa-bangsa serta bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang mulia di sisi kamu ialah yang paling bertaqwa” (Al-hujurat : 13).

Seandainya suami tidak mampu dari sudut kewangan untuk bernikah lagi maka mengapa tidak dibantu sahaja si suami yang masih muda dan gagah untuk berkahwin lagi ? Apakah sukar mengeluarkan wang simpanan milik peribadi untuk diberi kepada suami supaya dapat berkahwin lagi ?

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16).

Hal ini tentu sahaja sukar bagi wanita yang hatinya dibelit dunia dan kecintaan kepada akhiratnya sangat sedikit dan keimanannya pula tipis. Sama sahaja perihalnya dengan Allah menyifatkan solat itu sangatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.

“ Mohonlahlah kamu kepada Allah dengan sabar dan solat dan sesungguhnya yang demikian itu sangatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (Al-baqarah : 45).

Adapun bagi wanita yang beriman dan solehah, mereka tanpa segan silu mengeluarkan wang simpanan kerja (KWSP) untuk diberi kepada suami sebagai modal untuk bernikah lagi supaya suaminya dapat bergembira dengan umur yang masih muda dan gagah moga dengan perkahwinan baru dapat menambah zuriat dan anak-anak generasi Islam yang dia tidak mampu lagi berikan kerana usia yang sudah meningkat.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman yang mengerjakan amalan soleh serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan bagi mereka itu pahala di sisi tuhan mereka dan tidaklah ada ketakutan ke atas mereka dan tidaklah mereka berdukacita” (Al-Baqarah : 277).

Atau dengan pengorbanan itu si suami mampu dapat lebih semangat dan gigih berusaha untuk dakwah dan mentaati Allah dan rasul dan lebih kukuh berpegang kepada agama.

“Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).

Wanita yang beriman sedar bahawa di akhirat tidak akan ada cemburu dan hasad, bahkan di akhirat sekiranya berjaya ke syurga yang abadi manusia di sana tidak punyai sedikit keluh kesah dan si suami akan bersama puluhan bidadari dan dia sendiri akan dimadukan oleh Allah dan yang paling penting ialah mendapat redha ilahi dan berbakti kepada suami termasuklah salah satu jalan mutlak kepada ilahi.

“Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152).

Dapatlah difahami bahawa wanita yang berusia dan berkahwin dengan lelaki muda perlu melakukan beberapa pengorbanan dan sebagai hasilnya mereka akan mendapat pelbagai kehormatan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat.

“ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Surah Al-Isra : 15).

Kesimpulannya perkahwinan berbeza usia khususnya bagi wanita tidaklah mempunyai apa-apa mudharat dan sebaliknya jika wujud kelebihan dan kebaikan maka ianya sangat digalakkan dan dianjurkan supaya fitrah manusia terpenuhi.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaitan akan menghiasinya.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan disahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).

Apa salahnya seorang lelaki yang masih muda bernikah dengan wanita yang lebih berusia ? Seterusnya jika wanita itu sudah hilang kecantikan dan kemanisan wanita maka dia lelaki muda itu masih dapat berkahwin lagi sehingga dia merasa cukup dan puas dengan Islam memberi had sehingga 4 orang isteri selama dia dapat berlaku adil.

Diriwayatkan oleh Fadholah ibn Ubaid ra yang menyebut beliau mendengar baginda rasulullah bersabda : “Berbahagialah mereka yang diberi hidayah Islam dan hidup dengan bercukupan dan bersederhana” (hadith sahih riwayat tirmidzi ).

Isteri yang solehah pastinya dapat membantu suaminya dan membimbing suaminya dalam hak keadilan dan menolong suaminya mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Mereka sentiasa bekorban kepentingan diri demi kebahagiaan suami dan tidak terlalu berkira , tidak cerewet dan tidak tamak akan dunia dan kebendaan.

“ Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38).

Islam telah memberi pelbagai jalan penyelesaian malangnya manusia itu sentiasa degil dan mengikut jalan kesesatan dan hawa nafsu yang menyesatkan.

“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).

Segala puji hanyalah bagi Allah.


Oleh : Ustaz Emran 
dipersilakan copy & paste dengan credit link u-jam : http://u-jam.blogspot.com/2011/01/perbezaan-umur-dalam-perkahwinan.html

Friday, December 24, 2010

Malam Pertama Dialog Suami Isteri - 18SX

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Friday, December 24, 2010 | Category: , , | 31 comments







Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil...malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.

Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan...tidak pernah mereka berjalan beriringan...tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin...Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut....Si suami membasahkan tubuhnya...menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong...agak lama...sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu...Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil...umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur...itulah Cinta suaminya yang sejati...dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu...ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya...tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu....berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.
Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya...isterinya menunduk malu..

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)

Isteri : Ramai kan yang berniqab

Suami : Kerana Awak ada Agama

Isteri : Ramai kan yang ada Agama

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T

isteri kehabisan soalan...dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak...tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak...dan ketika awak membuka niqab...saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak Cantik....

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal...tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak...Wana'uzubillah..

Isteri : Saya juga ingin cantik...

Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal...awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan...

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari...malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada Caranya...malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya Kurang faham... dimana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah berkata " Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu ...Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada...nanti sekejap..

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , "Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung ". (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya " dan kami jadikan mereka itu gadis perawan " (ayat 36)

Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti...

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi " (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami mereka- ) lagi sebaya umur " (ayat 37) . Dalam Ayat ini , Allah menerangkan mereka ini-wanita- terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas)

Isteri : Sohih tu bang...tapi saya nak bayangkan macamana cantiknya saya dalam syurga nanti..

Suami: Baiklah...tunggu sekejap saya ambil kitab hadis , lihat , ini ada Riwayat dari Hadis Tabrani , sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin...yang saya ceritakan tadi...ingatkah?

Isteri : Oh..ada2 ingat....

Suami : maka bertanya lagi Ummu Salamah : Dengan apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda pun bersabda : dengan solat mereka,puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah . Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka daripada permata ,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka berkata : kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami . Lalu Ummu Salamah bertanya lagi : Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian , cerai atau lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga , maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam Syurga) , Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah ! Hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari .

Isteri : Alhamdulillah ..baru saya faham...maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri2 dari firman Allah dan Hadis ..maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syuga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya , apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya ? Pada pandangan saya , orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula disamping berhajat kepada suami -akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka . Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga ?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip..tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya ..saya juga muzakarah dengan Awak , lagi satu...bidadari Syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!

Isteri : hah!..bidadari marah saya?..kenapa..macamana awak tahu?

Suami : buka kitab hadis tadi..baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).

Isteri : Wah....saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi).

Isteri : Alhamdulillah...baru saya faham sejelasnya...terima kasih abang...tetapi itukan banyak persoalan tentang saya...bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah...yang menghidupkan sunnah Rasululullah dan akan mendapat nikmat Syurga...bagaimana dengan diri abang?

Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan..biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti...insyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya...nanti kita minta ahli-ahli u-jam tolong buatkan artikel!

Isteri : Asyik2 U-jam...Baiklah...jadi sekarang saya nak tuntut tanggungjawab abang!

Suami : Selamat membaca ya pengunjung u-jam...jangan lupa share artikel ini dan letakkan link u-jam sebagai sumber....penat dah menaip ni...hangpa copy paste ja... =)

Artikel Asal Penulis : Ibnu Rahman

Rujukan : Al-Quran & Hadith , Kitab Muktabar

Sanah Helwa --> Doa Untuk Anakku ^_^

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | | Category: , , | 0 comments





Assalamualaikum...

Pada saat ini , ada sahabat2 yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ..walau berapa umurpun...hari kelahiran adalah hari yang paling diingati...walaupun ketika umurnya 70Tahun...

Tatapi bagi yang sudah Baitul Muslim...menantikan Sanah Helwa pertama dan seterusnya...

Apakah Hadiah pertama untuk anak-anak kita nanti...

Bersama ini U-jamV3.0 ingin berkongsi tips untuk memilih hadiah yang sesuai untuk anak-anak anda yang dicintai...Produk ini adalah yang terbaik boleh didapati Masjid Sweeden malahan Masjid Kg Baru!... Sama-sama kita hadiahkan kepada Cahaya Mata Perjuangan!

Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ (٨) رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوۡمٍ۬ لَّا رَيۡبَ فِيهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ (٩)
[8]
(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
[9]
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya

Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).

(٣٧) هُنَالِكَ دَعَا زَڪَرِيَّا رَبَّهُ ۥ‌ۖ قَالَ رَبِّ هَبۡ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً۬ طَيِّبَةً‌ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ
[38]
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ (٤٠) رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لِى وَلِوَٲلِدَىَّ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ يَوۡمَ يَقُومُ ٱلۡحِسَابُ (٤١)

[40]
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
[41]
“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”
Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).

رَبَّنَا وَٱجۡعَلۡنَا مُسۡلِمَيۡنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً۬ مُّسۡلِمَةً۬ لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبۡ عَلَيۡنَآ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ (١٢٨)
[128]

“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا (٧٤)
[74]
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).

فَفَهَّمۡنَـٰهَا سُلَيۡمَـٰنَ‌ۚ وَڪُلاًّ ءَاتَيۡنَا حُكۡمً۬ا وَعِلۡمً۬ا‌ۚ وَسَخَّرۡنَا مَعَ دَاوُ ۥدَ ٱلۡجِبَالَ يُسَبِّحۡنَ وَٱلطَّيۡرَ‌ۚ وَڪُنَّا فَـٰعِلِينَ (٧٩)

[79]
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.
Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69)

قُلۡنَا يَـٰنَارُ كُونِى بَرۡدً۬ا وَسَلَـٰمًا عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ (٦٩)

[69]
Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! “.


atau Al-Hasyar (ayat 22-24).

(٢٢) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَڪَبِّرُ‌ۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ (٢٣) هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢٤)

[22]
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[23]
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
[24]
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5)

سُوۡرَةُ طٰه
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
طه (١) مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (٢) إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ (٣) تَنزِيلاً۬ مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلۡعُلَى (٤) ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ (٥)

[1]
Taa’ Haa.
[2]
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
[3]
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
[4]
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
[5]
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

Info : Surah-surah ini adalah Doa untuk diamalkan..dan kita tidak berdoa selain untuk beramal,
Yakinlah Hanya Allah Adalah Sebaik-baik penolong

Disyorkan untuk hebahan dan jangan lupa credit untuk u-jam :

Tuesday, December 14, 2010

Berikan Peluang Kepada Kami Berinteraksi Dengan Pelacur IPT (Jika Ada)

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, December 14, 2010 | Category: , | 0 comments

PAS mahu kerajaan membuat siasatan terhadap punca berlakunya gejala pelacuran membabitkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti didedahkan baru-baru ini.

pas muktamar 130610 nasruddin hassan 1Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, siasatan itu perlu bagi melihat tahap keseriusan gejala pelacuran itu dan mencari jalan penyelesaiannya.

“Sikap yang tidak wajar saya rasakan apabila munculnya isu-isu sebegini, kita saling menunding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu. Saya merasakan kita perlu menyelesaikan isu ini secara bersama.

“Sikap melepaskan diri dan menyalahkan pihak yang lain sebenarnya akan lebih membarahkan masalah sosial ini di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita kegiatan pelacuran yang dijalankan oleh segelintir siswa-siswi IPT dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 9 Disember lalu. Dalam laporan itu, Dr Jaina Sintian selaku Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) berkata terdapat sebilangan siswa-siswi IPT yang terlibat di dalam kegiatan pelacuran demi membiayai kos pengajian mereka.

prostitution, desa mentari, police raid“Sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan, kerajaan wajar untuk memikir jalan keluar bagi mengatasi masalah yang membelenggu Malaysia ini,” katanya.

Menurut Nasrudin lagi, PAS sedia bekerjasama menyelesaikan isu ini.

“Dewan Pemuda PAS bersedia untuk membantu dalam apa jua aspek pembentukan , pengkaderan serta pembinaan akhlak dan minda mahasiswa-mahasiswi jika diperlukan.

“DPP Malaysia juga bersedia member khidmat bimbingan dan kaunseling buat mereka yang telah terlanjur asal sahaja ada kerjasama dan kelepasan dari pihak berwajib universiti dan penguatkuasa dari pihak kerajaan,” katanya.

Friday, December 10, 2010

Aku Dah Dewasa - Biarkan Aku Berpesta Buih!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Friday, December 10, 2010 | Category: , , | 25 comments








[Harap Maaf , Artikel ini mengandungi ayat-ayat pasar , ayat-ayat slanga dan ayat-ayat yang tidak sesuai untuk dijadikan surat rasmi , karangan atau tesis rasmi - Terima Kasih

Assalamualaikum W.B.T

Apa korang , penulis U-jam , aku ada belek2 blog ni..mmg banyak la artikel2 agama yang ada , ada jugak artikel2 pasal perjuangan islam , pastu ada jugak artikel kupasan isu semasa ikut kacamata korang.Kalau diikutkan hati aku yang brutal ni pun boleh cair dengan tulisan korang.Tapi aku kesian, tak semua manusia nak baca artikel korang , sebab bila tengok tajuk pun dah naik bulu roma...tambah2 orang macam aku yang tak suka benor dengan cara skema korang,

Woi budak2 u-jam,memang aku dah cair dengan korang,kau kena ingat aku ni spesis yang mudah cair dengan ceramah ke , motivasi ke..tapi aku kene mengaku ada sekali tu air mata aku otomatik mengalir bila ada aku baca artikel dalam blog korunk!- apa yang korang buat kat aku ha...tak penah2 aku yang brutal pesta ni nak cair gini Waaaaaaaaaaaaaa!

Aku ni ikut perkembangan..lifestyle kene pro beb..aku geli dengan cara skema , sopan santun tak tentu arah korang..kalau pakai kene ikut fesyen beb...life pun kene ikut fesyen..kalo tak kapel skunk musti korang kene gelak beb!

Aku cari korang malam minggu ,korang dengan muka tembok edar2 risalah anit-maksiat la..apa la...patah nafsu aku malam tu! aku dgn budak2 aku main motor beb..banyak cite yang korunk tak tahu pasal kitaorang ni...heppy beb..awek2 skunk yang spesis pesta cam aku la..dorang cukup respek budak2 aku..berani jiwa beb!..hidup mesti berani baru boleh jadi senang!

Aku tak kisah apa nak jadi dengan dunia ni..apa nak jadi dengan malaysia ni...aku heran apasal korang terhegeh2 buat demonstrasi ke...pilihanraya ke..pergi mampus dengan politik! tapi aku respek budak2 baju merah masa demo..dorang cool beb! , sempoi ! berani giler ..kene pijak dengan polis pun steady beb! kalau aku mampus kene bayar pun aku tak pegi! - tapi bila aku tanya budak2 baju merah cakap dia datang pun naik komuter duit sendiri...aku..aku...aku jiwa beb! air mata aku ni mahal bro!

Aku dengan budak2 aku join je mana2 bro..ada geng putera datang ajak kitaorang konvo..baju free beb, minyak free, dapat duit rokok lagi...awek2 tengok macho bro!lepas program pegi jahanam la korang! hahahaha janji kitaorang seronok!

Aku ni tak pandai mengarang bro, sori la ayat aku lintang pukang , tapi aku nak tanya satu yang aku tak puas hati , sebab lu tak kenal lagi gua siapa , bawah gua ada ramai budak2 bro! , sekali gua petik dorang datang back-up aku..aku nak tanya kenapa air mata aku boleh menitikkkk! , bila baca artikel korunkkk!, aku tak puas hati!

Bro, gua x kenal lu siapa...tapi bro gua nak kenal lu..gua nak tengok muka lu..lu ni siapa???, kenapa lu dengan budak2 lu yang skema tak terliur nak berpesta??? , life is short bro..ni masa kita nak pesta , masa muda bro..nanti lu dah tua nak mati baru lu nak terhegeh2 pesta?..awek pun lari bro tengok muka lu yang tua kerepot..hahahaha!

Gua nak pesan bro...gua tak kira lu siapa..tapi gua respek dengan hormat lu, lu x pernah melenting bro, lu tak pernah maki budak2 gua, lu tak melawan nak cari gaduh dengan budak2 gua , kenapa bro?.. lu x ada jiwa ke?

Gua ni bro..rasa tak padan dengan budak2 lu...bro, gua ada peluang lagi ke bro?..dengan serabai gua ni , dengan dosa gua bertimbun2 , bro lu biar betul! , gua tikar sejadah lama tak cecah bro!boleh ke bro?..lu jangan ingat gua tak ada jiwa bro...memang kalau gua gaduh gua tak ingat mati..tapi gua ni ada hati jugak bro..lu jangan ingat gua ni macam dajjal!

Bro...lu ingat senang ke orang macam gua nak berubah?...mana gua nak campak awek gua keliling pinggang ni? nanti dorang booo gua bro!, tapi bro gua dalam dilema sekarang ...kadang2 masa gua tgk mak gua sembahyang...gua rasa sayu bro...kesan artikel bro..kesan mak gua sembahyang...gua nangis bro...gua nagisssss!

Gua penah pujuk diri gua , bodoh nangis , kalau budak2 gua tau mampus kene gelak!, tapi tak boleh bro...gua geram bro!..tu yang gua hantar mesej ni kat lu!

Bro...gua kalau nak berubah macam magic tu tak ada la bro...kadang2 gua bosan bro tu yang gua pesta..budak2 lu tak bosan ke bro?

Gua letih bro....masa gua hanta mesej ni setitik dua air mata menitis bro...gua x tipu bro!!! , kalau lu kenal budak2 gua lu mesti tak sangka!

Bro...kali ni gua jujur dengan lu...gua nak pesan lu jaga adik2 lu , tak kira la laki ke pompuan ke...tambah2 adik2 pompuan lu , pompuan ni dia memberontak bro ..sekarang kalau lu tengok bersepah budak pompuan seksi2 bro...dorang memberontak bro! , dorang nak cari hero macam budak2 gua! tapi gua nak pesan...gua respek dengan budak2 lu , gua rasa adik2 didik lu..pakai tudung labuh tengah panas bro...gua nak pesan..lu pesan kat adik2 lu yang pompuan..jangan suka2 taip atau cakap perkataan "party" tak kira la dalam buku sekolah ke..dalam komen fb ke dalam sms ke ..mana2 lah bro yang orang boleh baca sebab tu kod rahsia budak2 gua..party ni maknanya bebas bro!..bukan parti politik tu bro..ni parti pesta!, takut adik2 lu terjebak bro..pompuan ni senang bro...sekarang lagi senang!. budak2 gua x kira bro..semua dorang sapu!

Kadang2 budak2 gua gelak bro...tak payah keluar modal banyak..senang giler dapat..budak2 pompuan skunk lak terhegeh2 posing sana posing sini..pakai tudung baju sendat , kalau pakai baju kurung pun boleh nampak shape la bro!..tu semua budak2 pompuan wat gitu untuk siapa bro?..untuk budak2 gua lah!...budak2 pompuan ni saja nak tarik perhatian budak2 gua...gua tak jamin bro!

Gua nak jujur dengan lu..sebab gua respek hormat lu...jangan bro..bagitau kat budak2 lu jangan nak terjebak dengan budak2 gua... gua tak jamin bro..jangan dorang nak rasa bebas macam budak2 gua..jangan dorang ada niat nak jadi macam budak2 gua..budak2 pompuan..jangan dorang ingat bila budak2 gua angkut korang..korang rasa bangga dah ada balak! pergi mampus!

berapa ramai budak2 pompuan skunk yang merana bro!, budak pompuan ni bodoh! main ikut je ..konon memberontak la..konon EMO la...konon party la...konon underground rebel lah…!, disko ni dah macam rumah kitaorang bro…sebut je mana tempat..club mana gua x cecah?..emporium..Chinoz..silent disco..?

Bro gua jujur dengan lu...gua pling brutal gua x layan bro awek2 ni..ringan2 ada la bro..tapi gua x penah buncitkan anak dara orang...orang lain gua tak tau!

Sebab apa bro?..sebab apa gua hantar mesej ni...sebab gua nak jumpa lu.. lu kontek gua kat nombor ni 01x xxxxxx ataupun email gua xxxxxx@gmail.com ..skang gua tinggal kat tmn xxxxx

Bro...Gua nak cuci tangan! tolong jumpa gua bro!

u-jamv3.0 - "Gua" dalam mesej ini adalah seorang sahabat yang kini bersama-sama untuk mengislahkan diri , alhamdulillah...beliau membenarkan mesej ini dijadikan artikel dalam blog ini.kini beliau telah berhijrah..meninggalkan tempat asalnya dan bekerja di negeri lain dan berjanji akan pulang semula untuk ke rumahnya berjumpa ibunya pada Aidilfitri 2011

Semoga artikel ini menjadi pengajaran kepada diri saya sendiri dan untuk dikongsi bersama-sama sahabat...

Wallahu'alam...