Friday, August 12, 2011
Isu Murtad : Wayang Kulit UMNO & Pendirian PAS
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Friday, August 12, 2011 | Category:
|
0
comments
Assalamualaikum W.B.T Sahabat-sahabat U-jam..masa terlalu pantas berlari dan kini sudah pun masuk fasa 2/3 Ramadhan...Ramadhan adalah bulan Jihad..jihad dalam segenap aspek kehidupan , adakah kita menyangka bahawa dengan hidup sebagai seorang Abid tanpa menghiraukan keadaan masyarakat sekeliling merupakan tiket terbaik untuk ke syurga?, itu persoalan penting untuk dijawab..Musuh tidak kira bulan dan hari untuk sentiasa berperang menegakkan kebatilan dan melupuskan kebenaran dan mengaa pula kita harus memyembunyikan kebenaran dan memperlihatkan kebatilan?
Isu adalah setiap yang perlu didepani dengan Fakta dan pendirian yang jelas , mainan emosi adalah satu tindakan terdesak dalam menangani sesuatu isu..Tindakan yang bijak ialah berdepan dengan sumber dan seterusnya melazimi kepada pendekatan Siasah Syaariah yang selayaknya untuk difahami.
Ana tertarik dengan ulasan dari Sahabat-Sahabat penerangan pas kedah yang mengupas isu murtad yang sudah sekian lama mendarah daging di dalam negara Malaysia tercinta ini
Perkataan "Saya" di bawah ini mewakili moderator blog : http://penerangan-paskedah.blogspot.com
Bercakap mengenai isu serbuan gereja....secara peribadi saya nampak adanya satu GRAND DESIGN politik untuk menarik sokongan pengundi melayu...bagi saya tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat menyokong JAIS dalam isu ini perlu dipandang dari sudut sokongan yang diperuntukan dalam undang-undang...mungkin kaedah atau perlaksanaan yang diambil itu silap atau terburu-buru....hakikatnya mereka hanya menjalankan arahan yang diberi oleh pihak atasan seperti mana tindakan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Sungai
Petani(MPSPK)membiokot mesyuarat adalah kerana mereka menentang arahan perlaksanaan perobohan gerai tanpa budi bicara oleh YDP dan Setiausaha MPSPK...bukan tindakan penguatkuasaan yang termaktub dalam undang-undang yang mengizinkan perbuatan merobohkan bangunan haram atas tanah milik Majlis...Apakah perbuatan seorang ketua yang mempertahankan pekerjanya menjalankan kerja mengikut undang-undang adalah salah???begitulah tindakan Dato' Dr Hassan Ali yang menjadi ketua kepada Jabatan itu CUMA arahan yang diberi kepada penguatkuasaan itu agak meragukan....
SIAPA pengarahnya??..bincang tak dulu dengan Exco ???...takkan pulak seorang Exco apabila ditanya tentang perkara tersebut oleh media cakap tak tahu menahu....makan gaji but kot??(persepsi kita)sedangkan tindakan serbuan telah diambil.....????Kalau kita duk di tempat beliau pun akan bertindak perkara yang sama..(TERSEPIT)...ingat kes lantikan SUK dulu...MB x tau tup-tup dah dapat perkenan Sultan...sapa punya kerja...???....seperti cakap saya di atas...ini adalah satu GRAND DESIGN untuk mengalihkan fokus kita semua berkenaan isu daftar pemilih SPR......saya percaya perbuatan di gereja tu dah lama berlaku dan mereka-mereka tu pun sebenarnya telah pun MURTAD!!!!DAN pihak JAIS dah lama tahu...tetapi hanya menunggu masa yang SESUAI dari PENGARAH sahaja.....bila kita bising pasal MISMAH
GATE....PENGARAH kata....sekarang jalankan operasi kita.....habis tunggang langgang pertahanan Pakatan Rakyat diserang oleh isu ini...sorang sokong Hassan Ali ....sorang serang Hassan Ali...tak nampak penyatuan dalam isu ini...semua gila microphone..tak kira dah Utusan ker...TV3 ker..STAR ker..janji boleh hentam geng sendiri...(dulu dia suruh boikot...) ...MUSUH dok sengeh jer......(tak rugi upah APCO mahal-mahal...)
Laporan dari Malaysiakini:
Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).Kita tengok pada statistik dekat atas.
Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.
Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.
Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.
"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.
Sabah mendahului senarai pemohon Murtad teramai di Malaysia tapi bagi gua Sabah tak sehebat Negeri kelahiran Perdana Menteri Malaysia. Pahang mencatat jumlah permohonan untuk Murtad sebanyak 8 KALI SAHAJA dan kalau korang tak perasan, gua nak jelaskan dekat sini.
Dari 8 permohonan untuk Murtad di Negeri Pahang, HANYA 1 SAHAJA YANG TAK LULUS, yang lain semua lulus..! Pahang ni Negeri kelahiran Najib Razak Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden Parti Melayu yang katanya "Memperjuangkan Islam sehingga ke titisan darah yang terakhir..!".
Gua tak nampak Islam diperjuangkan. Yang gua nampak, Negeri kelahiran Perdana Menteri Malaysia mencatat rekod 8 permohonan Murtad dan yang tak lulus cuma 1 sahaja. Bela Islam..? Pergi mampos la dengan slogan.
Lagi 1 bila sembang bab Murtad, UMNO seboleh-bolehnya cuba nak jadi juara dan selalunya akan dinyanyikan lagu kes Lina Joy. Perdana Menteri Najib Razak pun masa buat lawatan ke Kelantan bulan lepas gunakan isu kes Lina Joy "kunun" untuk menunjukkan betapa puak-puak Khawarij ni lah yang membela Agama Islam.
Dekat sini jugak gua nak bagitau dekat puak-puak Khawarij yang kononnya selama ni mempertahankan Lina Joy... Lina Joy tak pernah ambik Ambiga jadi peguambela dan Ambiga jugak tak pernah membela Lina Joy dalam kes Lina Joy Murtad dulu.
Korang Google sendiri siapa 4 peguam bela Lina Joy.
Hujah Ambiga adalah peguam Lina Joy dalam kes Murtad ni pun dah menampakkan kedangkalan UMNO dalam mempertahankan Islam di Malaysia. Kalau betul UMNO ambik berat dalam hal Murtad, tak mungkin puak-puak Khawarij UMNO termasuk Presiden UMNO yang jugak Perdana Menteri Malaysia boleh tersilap fakta dalam hal ni..?
Sudah-sudahlah berlakon dalam hal Murtad ni wahai puak-puak UMNO ... Banyak Fakta dekat atas yang kita nak kena ambik kira.
- Rang Undang-Undang Murtad pernah dikemukakan dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006 tetapi telah ditolak mentah-mentah oleh UMNO tanpa dibahaskan.
- Usul meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam pernah dikemukakan dalam sidang Parlimen tetapi juga telah ditolak mentah-mentah tanpa dibahaskan oleh UMNO.
- Sebelum itu, pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Haji Hadi telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad telah ditolakjuga tanpa dibahas.
- 2 November 1999, Tuan Guru tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.
- Umno berdiam diri ketika umat Islam bertindak menentang pindaaan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ketika 10 menteri dari Barisan Nasional bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan untuk membunuh kuasa mahkamah Syariah serta membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah.
- Negeri kelahiran PM sendiri pencatat statistik hampir 100% kelulusan atas permohonan untuk Murtad.
- UMNO mengaitkan Ambiga dalam kes Lina Joy padahal Ambiga tidak pernah menjadi peguam Lina Joy dan ini jelas menunjukkan bahawa UMNO langsung tak apa-apa dalam kes Lina Joy.
Tahniah Wakil U-jam KIAS : Seminar SEMINAR PELAKSANAAN SIASAH SYAR‘IYYAH DALAM KONTEKS SEMASA PERINGKAT KEBANGSAAN
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | | Category:
|
0
comments
Assalamu'alaikum W.B.T ..
Sahabat-sahabat Usrah Jamaah Anak Muda (U-jam)
Kami dengan sukacitanya menjemput semua sahabat seperjuangan dan sesiapa sahaja yang perihatin tentang perlunya pelaksanaan Siasah Syar'iyyah di negara ini untuk menghadiri seminar yang kami anjurkan ini.
SEMINAR PELAKSANAAN SIASAH SYAR‘IYYAH DALAM KONTEKS SEMASA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
19 SYAWAL 1432
Sabtu | 17 September, 2011 | 8.00 Pg - 6.30 Ptg | Dewan Besar, Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan
Yuran pendaftaaran seperti berikut :
Pegawai Kerajaan : RM 100
Peserta Umum : RM 80
Pelajar : RM 40
Borang ini hendaklah diisi dan dihantar bersama bayaran yuran.
Bayaran boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu :
1. CEK atas nama PKPII, KIAS Melalui Akaun BIMB
bernombor 03036010036772
2. Wang Pos/Money Order atas nama
SEMINAR PELAKSANAAN SIASAH SYAR’IYYAH
DALAM KONTEKS SEMASA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
3. Bayaran Secara TUNAI.
Cek/Slip Bank-in/Wang Pos atau Money Order
hendak lah dihantar kepada :
SEKRETARIAT
SEMINAR PELAKSANAAN SIASAH SYAR’IYYAH
DALAM KONTEKS SEMASA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra [KIAS]
KM 12, Jalan Kuala Krai, Nilam Puri, 15730,
Kota Bharu, Kelantan.
[IPTS 07010-KP [JPS] 5195/IPTS/1007]
[Cik Tengku Fairos Syakila binti Tuan Mohd Faisool]
Pendaftaran dibuka SEKARANG sehingga
11 SEPTEMBER 2011
SEBARANG PENYERTAAN DAN KETERANGAN LANJUT
SILA HUBUNGI :
PEJABAT KIAS : 609-712 9386 / 87
FAX : 609-712 6161
ATAU
Ustaz Zulqarnain Hassan
013-530 5369
Ustazah Rosmini Mohd Zinon
014-525 2959
Ustazah Nurul Akma Mohamed
013-996 8751
Tengku Fairos Syakila binti Tuan Mohd Faisool
014-512 8410
ATAU EMAIL DI ALAMAT :
seminarsiasah2011@gmail.com
Seminar ini juga boleh dilayari di alamat
seminarsiasah.blogspot.com
MEMAPARKAN PENCERAMAH TERSOHOR
1. Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Aziz bin Hj. Hanafi
2. Tan Sri Syeikh Ghazali Abd. Rahman
3. Prof. Madya Dr. Shukeri bin Mohamed
4. Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman
5. YB. Dr. Mohd Fadhli bin Hj. Hassan
6. Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
7. YB Dato’ Dr. Johari bin Mat
“ SIASAH SYAR‘IYYAH MENJAMIN KESEJAHTERAAN NEGARA ”
ANJURAN | JABATAN AL-SYARIAH KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA [KIAS]
COPY, TAG, SEBAR, PRINT
Tuesday, August 9, 2011
Gempar! Surat Cinta Pemuda PAS Kepada JAIS!
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, August 9, 2011 | Category:
|
2
comments
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) bersetuju dan menyokong tindakan PAS Pusat untuk bertemu dengan pihak JAIS dan pihak Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) untuk meredakan polemik isu serbuan pihak JAIS ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan laporan ada usaha pihak-pihak tertentu yang cuba untuk memurtadkan orang Islam. Inisiatif yang di ambil PAS Pusat ini diharapkan akan dapat menjernihkan suasana tidak tenteram dan sangka buruk masyarakat terhadap pihak JAIS yang cuba untuk menjalankan tanggungjawab mereka berdasarkan laporan yang diterima ataupun pihak gereja yang hanya bertujuan menjalankan aktiviti kebajikan mereka.
Semua pihak yang terlibat perlu di beri peluang untuk membela diri mereka sendiri setelah Dato’ Hassan Mohamed Ali, EXCO Negeri Selangor, sendiri telah memperjelaskan tindakan dan kenyataan beliau terhadap operasi JAIS tersebut kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Selain itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga bersetuju dengan pandangan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) supaya pihak yang bertanggungjawab terhadap Agama Islam dalam negara ini perlu mengambil tindakan pro aktif untuk menjaga kebajikan ummat Islam di dalam Negara Malaysia ini dengan mengurus tadbir dan mengagihkan wang Zakat kepada asnaf-asnaf yang layak secara telus tanpa banyak birokrasi pentadbiran. Wang Zakat yang dikutip setiap tahun meningkat tetapi dalam masa yang sama orang-orang Islam masih lagi dihimpit kesusahan dan kesempitan hidup. Bilakah lagi Negara Malaysia yang telah 54 mencapai kemerdekaan dan mengaku sebagai sebuah Negara Islam ini boleh mencapai sepertimana zaman Khalifah Umar Abdul Aziz yang telah mengagihkan duit Zakat secara selayaknya sehingga tiada lagi orang yang layak untuk menerima Zakat pada zaman beliau memerintah. Itulah keberkatan pemerintahan berteraskan Islam yang syumul.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga merasa terpanggil untuk meminta supaya pihak yang mempunyai ‘autoriti’ tentang zakat di nageri Selangor supaya tidak terlalu bangga dengan kutipan yang meningkat setiap tahun tetapi dalam masa yang sama terdapat keluhan asnaf-asnaf yang mengeluh kerana dinafikan hak zakat mereka. Wang zakat adlah amanah yang perlu diurus dengan sebaik mungkin dan sampai kepada penerima yang berhak. Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor berharap supaya pihak MAIS dan Lembaga Zakat Selangor perlu mendepani dan menunjukkan teladan kepada negeri-negeri lain untuk mencontohi kebijaksanaan pengurusan zakat semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai sebuah negeri yang maju dan mampan. Sepatutnya pengurusan zakat di Selangor telah dapat membangunkan ekonomi dan taraf hidup masyarakat Islam di Nageri Selangor kerana kutipan tahunan yang cukup memberangsangkan. Papan tanda billboard berkenaan zakat boleh bertukar setiap 6 bulan, penyewaan dewan kuliah untuk pengurusan zakat di premis-premis yang di sewa bukan di dewan kuliah masjid-masjid, pusat hemodialisis pun di premis yang di sewa bukan di premis masjid serta ahli jawatankuasa mesyuarat MAIS di bayar elaun untuk menghadiri mesyuarat menunjukkan kemampuan pengurusan kewangan MAIS dan Lembaga Zakat Selangor.
Oleh itu Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap tidak ada lagi pemberitaan di dalam media cetak dan elektronik yang mengatakan bahawa ada ibu tunggal yang dinafikan hak mereka untuk mendapatkan zakat, ada saudara baru yang langsung tidak diberikan zakat, ada pelajar-pelajar anak Selangor yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi terpaksa memendam hasrat kerana tiada sumber kewangan untuk menampung kos pengajian mereka, ada mangsa hutang orang Islam yang dibunuh secara kejam kerana tidak mampu melunaskan hutang dan ada orang Islam di negeri Selangor yang masih lagi tinggal di dalam kehidupan yang penuh dengan kedaifan dan kesusahan.
USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
Makluman : Abaikan Tajuk Post Diatas...yang penting isi kandungan surat ini ~ Wallahu'alam.. U-jam Crew's
Monday, August 8, 2011
Surat Cinta Untuk Perdana Menteri!
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, August 8, 2011 | Category:
|
0
comments
—————————————————————————————-
Assalamualaikum Dato’ Seri.
Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.
Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).
Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.
Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.
Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!
Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.
DASAR
Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?
Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?
Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.
Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.
Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!
Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?
PELAN TRANSFORMASI EKONOMI
Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.
Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.
Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.
Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.
Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?
IFF dan AURAT
Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.
Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?
Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?
JUDI
Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?
Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?
Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?
Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?
KEMISKINAN dan HARGA NAIK
Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.
Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.
Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!
Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).
Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.
Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.
Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.
SUARA RAKYAT
Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.
Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.
Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.
Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?
Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.
Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?
Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?
REFORMASI
Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.
Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.
Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.
Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.
Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?
Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.
Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!
Sekian, terima kasih
Saturday, August 6, 2011
Korek Hidung Batal Puasa? dan Persoalan Sinis Batal Puasa!
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Saturday, August 6, 2011 | Category:
|
2
comments
Assalamualaikum W.B.T sahabat-sahabat U-jam , Alhamdulillah hari ini masuk hari yang ke-5 kita berpuasa di bulan Ramadhan, terasa amat pantas masa ini ..Baiklah ...ada persoalan-persoalan yang dikira sinis oleh sesetengah dari kita yang masih keliru berkenaan hal yang membatalkan puasa , untuk kesekian kalinya..khidmat Ust.Zaharuddin ditagih...kali ini artikel yang menjawab isu tersebut walaupun ianya dikeluarkan [ada tahun 2007.. Syukran Jazilan Kathiro Ustaz...- Semoga Ustaz dan Keluarga sentiasa di bawah lindungan dan Rahmat Allah S.W.T .. Amin... - U-jam Crew
Ramadhan : Batalkah
Puasa Kita Jika...
Oleh : Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.
Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam.
Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu') dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)
Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-
1) Raih Taqwa & Mendapatkan Keampunan : Sangat jelas arahan Allah dan RasulNya menegaskan keperluan kita berusaha meraih taqwa dan keampunan di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.
2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.
3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.
4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.
Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja. Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.
Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.
Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-
1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)
2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.
3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.
4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :
Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Isu ini amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. Namun itu adalah pandangan sebahagian ulama kontemporari yang menyakini masuknya serbuk jisim gas ke dalam perut.
Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.
Pandangan terpilih adalah TIDAK BATAL, kerana terdapat perbezaan informasi dan data oleh para pakar perubatan berkenaan ketepatan fakta masuknya jisim ke dalam perut pada setiap kali semburan dibuat. Justeru, hukum puasa adalah kekal di atas sifat asalnya iaitu sah selagi belum terdapat bukti nyata dan diyakini terbatalnya ia. Sebagaimana kaedah Fiqh "
والأصل بقاء الشيء على ما هو عليه
Ertinya : Hukum asalnya, kekalnya hukum sesuatu pada sifat sebelumnya.
Justeru, jika ada sekalipun jisim yang termasuk ke dalam perut, ia bukanlah makanan yang mengenyangkan dan bukan pula dilakukan secara suka-suka serta ia tergolong dalam ubat-ubatan yang diperlukan secara mendesak. Selain itu, jisim yang termasuk ke dalam perut pula adalah tergolong di dalam kategori DIMAAFKAN sebagaimana beberapa kadar air yang tertinggal di atas lidah dan dalam hidung semasa berkumur dan berwudhu. Wallahu'alam.
5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:
Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.
6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).
7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat
Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramadhan. Pahala puasanya pula akan terhapus. Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa, beroleh keampunan dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)
8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa
Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : -
فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.
9) Wanita tamat haid
Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.
Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )
10) Keluar air mazi
Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.
11) Keluar air mani tanpa setubuh
Mencium dan menyentuh melalui onani sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.
Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.
Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.
12) Menelan air liur dan kahak
Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.
13 ) Mandi
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh, namun mandi junub adalah wajib, bagaimana pula mandi sunat atau harian yang biasa?. Jawapnya ia tidak membatalkan puasa malah sahabat besar seperti Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Anas bin Malik pula adakalanya merendam kepalanya di dalam batu dipenuhi air (seperti telaga) akibat bersangatan panas. (Rujuk Fath Al-bari). Cuma puasa hanya boleh batal apabila seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.
14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.
Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Qudamah menolak pandangan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)
Sekian,
Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua pengunjung zaharuddin.net
Zaharuddin Abd Rahman
13 Sept 2007
01 Ramadhan 1428 H
Tuesday, August 2, 2011
Selebriti Terrorist (The Trouble Makers of the Nation) : Mengganas Di Kelantan!
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, August 2, 2011 | Category:
|
0
comments
Assalamualaikum Sahabat-sahabat U-jam
Hari ini Selasa 2 Ogos 2011 , bersamaan 2 Ramadhan 1432 , Alhamdulillah.. sudah 2 hari kita diberikan nikmat Ramadhan Al-Mubarak dan kita sentiasa berdoa agar dikurniakan nikmat dan rahmat ini sehingga ke permulaan Syawal.
Selepas berusaha bersama-sama sahabat dalam program Karnival Amal 2 Dekad bermula pada 28 - 31 Julai di Stadium Mini Bangi Seksyen 15 , saya berasa amat lega , walaupun letih kerana berkampung selama 4 hari , apatah lagi waktu tidur dan tempat tidur yang tidak menentu namun setelah melihat-lihat kesan program tersebut ianya amat berjaya sekali!, terlalu banyak untuk diceritakan...
Namun, saya seperti terpanggil..terasa masih ada program utama yang saya terlepas pandang..ianya seperti ada sesuatu yang tidak lengkap dan menjadi tanda tanya..mungkin sahabat-sahabat juga pernah mempunyai perasaan sebegini?
Selepas subuh tadi saya melayari FB sahabat-sahabat kelantan , sekadar untuk melihat-lihat program yang muncul di ambang ramadhan dan akhirnya apa yang menjadi tanda tanya Akhirnya terjawab!
Kelihatan beberapa gambar selebriti yang digelar "The Trouble Makers of the Nation" oleh Ustaz Hasrizal sedang bersantai meyampaikan buah pandangan masing-masing dalam satu Forum yang diberikan nama " Hari Hiburan Islam". Ianya berlansung pada 29-30 Julai baru-baru ini.
Umum telah pun mengetahui dan maklum , dalam perjalanan seseorang selebriti , mereka tidak sebebasnya boleh muncul di Media Perdana..walaupun sepopular mana mereka itu , mereka tetap akan dikesan melakukan kesalahan yang besar kerana mereka adalah public figura kepada Masyarakat.
Apa yang memeningkan kepala saya ialah...3 orang selebriti ini seorang bekas Mufti , Seorang bekas gitaris kumpula Rock terkenal dan Seorang Pelakon / Pengacara wanita bukan sahaja dinafikan hak mereka untuk berkelana di Media Konvensional malah diumpamakan sebagai pengganas selebriti..kemungkinan Wardina akan menceritakan bagaimana beliau membuat resepi bom C4 untuk diletupkan di kediaman Perdana Menteri , Sham Kamikaze mungkin merbahaya kerana beliau akan mengajak anak-anak muda membawa senjata , parang dan kayu untuk menawan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman , dan lebih membahayakan Ustaz Asri dipercayai mempunyai pusat latihan militan di bawah tanah perairan Langkawi!
Sebenarnya ..seperti Bob Lokman dan Ustaz Zamri ..mereka ini merbahaya kerana mereka mempunyai pandangan tidak terbatas berkaitan ilmu-ilmu Islam..mereka tiada sensor, mereka akan bercakap hal Islam semahunya tanpa ada apa-apa agenda terselindung , mereka akan mengatakan yang haram adalah haram..dan yang halal adalah halal , mereka dikhuatiri akan memesongkan pemikiran sekular masyarakat yang ditanam sekian lama oleh Pemerintah BN kepada Pemikiran Islam yang syumul yang dibawakan oleh Pembangkang PAS.
Kerana Pemikir Politik Sekular sudah membuat kajian..."Jikalau seorang dari rakyat malaysia (Termasuk Non-Muslim) memahami sepenuhnya apa itu Islam, maka mereka tidak sukar untuk menyokonng PAS!"
Untuk kita menyelami apa yang berlaku dan aksi apakah yang dijiwai oleh selebriti-selebriti ini , maka jalan terbaik kita lihat sendiri apa yang diluahkan oleh mereka kerana mereka berada di atas pentas itu..dan mereka lebih menjiwai..Alhamdulillah..melalui carian..saya akhirnya berjaya mendapatkan ulasan program dari Ukhti Wardina , Akhi Ustaz Hasrizal dan Akhi Asri melalui blog rasmi meraka.
Ukhti Wardina Safiyyah
HIBURAN DIBERI DEFINISI YANG BERBEZA DI KELANTAN
Ianya bermula dengan jemputan ke Kelantan melalui email - untuk hadir ke Program Bicara Selebriti anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang pernah dihadiri saya sehingga mencetus kontroversi suatu ketika dahulu - Ya tepat sekali "Artis TIDAK BOLEH dijadikan IKON" - Kali ini dijangka menggabungkan Dr Asri Zainul Abidin, Ustaz Hasrizal, Sham dan Amin Idris selaku moderator di satu pentas yang sama dengan saya...
Ustaz Hasrizal menggelar kami "trouble maker 2011". Tersenyum saya sendiri. Seorang wanita? Bersama IKON hebat ini? Oh tidaklah saya layak sama sekali...menolaknya? Tidak mungkin saya lepaskan peluang ini untuk menimba pengalaman - ianya satu penghormatan yang amat besar buat diri yang serba kerdil ini... Saya tiba sehari awal untuk program khusus yang dipinta oleh saya sendiri- saya meminta supaya dianjurkan pertemuan bersama ibu bapa muda di KElantan - terlalu banyak yang ingin dikongsikan.
DIbawa ketiga-tiga permata hati bersama saya kali ini. Esoknya satu lagi program diatur bersama dengan Nisa' dan remaja2 serta wanita Kelantan. :) Kita berbicara mengenai definasi "cantik" yang realitnya tidak berapa cantik. Malam 30 Julai adalah malam kemuncak - tibalah saat yang ditunggu-tunggu... dan tiba-tiba entah dari mana kepala saya diserang 'migrane' yang amat perit sekali. Hampir pitam saya dibuatnya, namun saya gagahkan diri melangkah keluar.
Kepala saya seperti ada yang mengetuk gong didalamnya....GONG! GONG! GONG! Aduh... ditelan panadol dengan harapan ianya hilang! Allah, masih kekal.... terlalu penat mungkin... melayan karenah anak-anak dan 2 program sebelum ini membuatkan saya agak keletihan.. baru ingin dilelapkan mata, ada suara yang memanggil "Ummi!, bangunlaaah" Aduh... diseretnya diri keluar dari katil hotel yang empuk itu. Oh Anakku.... :) Saya cuba gagahkan diri... tiba di Balai Islam,melihat pentas yang dihias GAH... saya tak sangka begini hebat perancangan kali ini. Tiada lagi bayangan di KB MAll..... ini..fikir saya "satu petanda dan fenomena yang baru!" "Hiburan Islam diberi satu nafas baru yang cukup membanggakan" "This is what we want!"
Saya naik ke pentas hampir longlai..wajah saya sebetulnya pucat lesu.. minda tidak berapa boleh menumpukan perhatian...namun saya cukup teharu dengan kehadiran pada malam itu. PENUH satu dewan! MasyaAllah....Tanpa wanita seksi, tanpa perkara lagha... tanpa hebahan media.... Inilah dia semangat baru....! Berhimpun semua atas dasar Iman dan kecintaan pada Islam... MasyaAllah..indahnya perasaan ini... Dewan diselubungi semangat mahukan perubahan! Perubahan pada erti HIBURAN itu sendiri- Sudah terlalu lama anak2 muda Malaysia dilalaikan dengan hiburan penuh kemaksiatan yang hanya meracuni minda mereka... Bukan saja perubahan dari bagaimana erti 'hiburan' disampaikan tetapi bagaimana para alim Ulama' dan para Ustaz sendiri memberi definisi kepada hiburan - perbezaan pendapat kita menilai 'hiburan, seni dan muzik' tidak seharusnya dipaksa ke atas sesiapapun.
Kita pilihlah pandangan yang sesuai dengan diri dan cuba memahami perspektif mereka yang mahukan sedikit hiburan dalam hidup , hiburan yang sama sekali tidak menggalkkan kemaksiatan, yang masih dibatasi adab Islam. Kiblat dari Barat boleh dibungkuskan dalam suratkhabar lama... Ianya tidak "trendy" lagi. Islam itu senantiasa trendy...tiada surutnya, boleh disesuaikan pada apa saja waktu, masa dan ketika. Alhamdulillah dengan usaha dan kesungguhan ini. YB Baihaqi dan Ustaz Saifuddin, Nik dan Hajar serta semua yang bersama saya, terima kasih atas keramahan dan layanan yang sungguh istimewa.
Rakyat Kelantan, anda cukup bertuah! Saya merasakan keikhlasan terpancar keluar dari setiap sudut baik dari penganjur, ahli panel dan moderator, baik dari penonton juga kesemua krew yang bertugas..ianya tidak boleh DIJUAL BELI. Ya.. mungkin ada yang tercabar dan cuba meniru yang seakan sama. Namun tanpa niat yang ikhlas...ianya tidak mungkin dapat meninggalkan kesan yang serupa. Terkilan juga tidak dapat mempamerkan persembahan 'istimewa' bersama Amna. Kami mahu mengaji bersama... antara surah kegemaran kami iaitu Surah Buruj dan Insyiqaq...Ya antara hiburan kami anatranya ialah mengaji bersama. Ya ketenangan yang saya dapat daripada Quran tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. Itulah Hiburan Islam yang tiada tandingannya! Allahuakbar! Selepas program tersebut saya pulang dengan seribu satu azam dan mahu mencipta peluang yang baru buat diri...Terima Kasih daun keladi tahun depan buat lagi! :)
-Wardina Safiyyah-
Akhi Ustaz Hasrizal
Kami di Serambi Mekah, Terimalah Ia Sebagai Mujahadah dan Ibadah Dalam Ukhuwwah
Foto ihsan Urusetia HAI
Tahun lalu, saya terlepas peluang ini.Berada di Jordan, saya tidak dapat menerima jemputan untuk bergandingan dengan Kang Abik (Habiburrahman El-Shirazi) dan Wardina Safiyyah Fadhlullah bagi menjayakan Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam 2010 anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
Alhamdulillah tahun ini saya sekali lagi menerima jemputan untuk program yang sama.
Saya tidak melepaskannya.
Kali ini gandingannya mungkin bukan tidak berperingkat Nusantara, tetapi untuk sebuah negara bernama Malaysia, panelis Bicara Selebriti kali ini cukup memberangsangkan. Hingga saya menggelar barisan panelis, “The Trouble Makers of the Nation“.
30 Julai 2011 cukup bersejarah.
YB Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah mengatur program dengan menjemput saya menjadi panelis, bersama tokoh-tokoh hebat tanah air. Barisan ‘diketuai’ oleh ‘selebriti pengganas negara’, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis, Wardina Safiyyah Fadhlullah, Sham Kamikaze dan moderator daripada TV AL-HIJRAH, Amin Idris.
Kami dihimpunkan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan di dalam sebuah majlis gilang-gemilang. Montaj dan set pentas yang jelas menampakkan kesungguhan pihak penganjur mempromosikan satu takrifan baru bagi sebuah keperluan hidup bernama HIBURAN. Jauh daripada tuntutan sebuah industri, hiburan diketengahkan sebagai suatu cara memanifestasikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna namun kekal manusiawi.
Banyak aspek hiburan Islam dikupas secara ilmiah tetapi santai oleh Dr MAZA membabitkan isu penggunaan alat muzik, suara wanita sebagai aurat, serta prinsip-prinsip yang membentuk apa yang dinamakan sebagai hiburan Islam. Itu yang seronoknya dengan forum, penceramah mengambil peluang belajar daripada penceramah yang lain. Alhamdulillah.
Wardina dan Sham Kamikaze pula banyak diajak mengupas tentang pengalaman masing-masing sebagai artis yang pernah berada di ‘dua alam’. Perspektif yang mereka kongsikan, menimbulkan soalan kontroversi daripada hadirin apabila Encik Amin mengajukan soalan, “mengapakah ada artis yang berani menyatakan sokongannya kepada parti Islam, tetapi dalam masa yang sama, ada pula ustaz yang tidak berani melakukan perkara yang sama”.
Soalan diajukan kepada saya.
Artis tidak wajar digandingkan dengan ustaz, kerana seolah-olah kedua-duanya berdiri tidak sama tinggi dan duduk tidak sama rendah dalam asas soalan yang ditanya. Hakikatnya Allah menilai manusia berdasarkan TAQWA. Andai seseorang itu bertaqwa, mulialah dia di sisi Allah, sama ada mereka itu artis, mahu pun ustaz.
Ustaz-ustaz yang tidak secara jelas menyatakan pendirian mereka tentang hal-hal politik, tidak wajar diburuk sangkakan sebagai penakut. Apakah dakwah sembunyi di era Mekah itu ditakrifkan sebagai era penakut? Tentu sahaja tidak. Isunya ialah keutamaan. Kita tidak tahu setiap ustaz atau mana-mana pendakwah itu berada di daerah mana dan apakah keutamaan yang dipertimbangkan mereka.
Maklum sahaja dengan Malaysia, pakai baju kuning pun boleh dilabel komunis!
Maka selagi mereka tidak secara jelas menyokong kezaliman, kita mesti ada baik sangka terhadap mereka. Si empunya dirilah yang bakal menjawab soalan Allah tentang hal-hal itu. Kita mesti mengurangkan sikap menilai dan menghukum.
Akan tetapi apabila para ustaz atau siapa sahaja secara jelas menyokong kezaliman, apatah lagi menyokongnya dengan memberikan alasan agama, mereka musuh Allah, biar pun berijazah Syariah!
NILAI UNTUK PERIBADI
Program ini memberikan nilai yang tersendiri kepada diri saya.
Pertamanya, ia adalah tanda sokongan saya kepada sahabat sepengajian yang sudah beberapa penggal menjadi ADUN, iaitu YB Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah, untuk sama-sama membantu mengisi kemenangan di negeri Kelantan, sedaya mungkin.
SHAM KAMIKAZE
Keduanya, ia menjadi pertemuan pertama saya dengan Sham Kamikaze yang sudah saya ikuti perkembangannya melalui liputan media alternatif dan jaringan sosial. Seorang sifu dalam muzik tetapi membawa paradigma Islam, persembahan beliau yang bersahaja malam tadi sangat menusuk kalbu hingga menitiskan air mata, sama seperti alunan yang pernah saya dengar di persembahan seni klasik Uthmaniyyah di khemah-khemah Ramadan selepas Tarawih di Istanbul suatu ketika dahulu.
Subhanallah.
Orangnya juga sungguh baik hati dan tenang, menampakkan bahawa hijrah yang berlaku kepadanya jauh daripada pengaruh emosi, sebaliknya cukup rasional dan tenang sebagai bekalan konsistensi yang penting. Saya mendoakan istiqamah dan sejahteranya perjalanan Abang Sham hingga hujung kembara.
Saya juga gembira kerana sekali lagi berpeluang berkongsi pentas dengan Wardina Safiyyah selepas lama tidak direzekikan menjejak kaki ke Sri Pentas.
Kekentalan dirinya di dalam perjuangan di medannya yang tersendiri, jika tidak sebesar impaknya kepada masyarakat, saya yakin ketegasan dan ketinggian jati diri Wardina banyak memberi inspirasi kepada rakan artis yang lain untuk meyakini ketinggian hidup berteraskan rezeki yang HALAL, menafikan ketuhanan tuhan-tuhan palsu dalam mengenakan kehendak mereka yang sering membelakangkan kehendak Allah, dalam industri hiburan.
AMIN IDRIS
Sudah tentu wacana-wacana ini dikendalikan secara begitu profesional tetapi kekal santai oleh peguam selebriti yang menghormati hak-hak kebebasan bersuara menurut jaminan Perlembagaan Malaysia, iaitu sahabat yang saya kasihi, saudara Amin Idris. Beliau petah mengusik, mengutip peluang dan melontar provokasi hingga Wardina sendiri beberapa kali terkunci mulut tidak mampu berbicara. Seperti persaingan antara TV Al-Hijrah dengan TV3 pula.
Tentu sekali yang menang bukan JAKIM atau Media Prima, tetapi Amin dan Wardina selaku pejuang di medan mereka yang tersendiri.
USTAZ ASRI
Kemuncak kepada segala-galanya, setelah lama terpisah jauh, membawa diri ke medan perjuangan yang berliku-liku, saya kembali digandingkan dengan sifu saya dalam mengertikan hidup berjuang, iaitu Ustaz Asri, yang lebih mesra di hati saya berbanding bintang-bintang semasanya sebagai Profesor Madya, Doktor, atau Pengganas (?), seperti yang dilabelkan secara dungu baru-baru ini.
Jika di suatu ketika, banyak ijtihad beliau yang menimbulkan keresahan di lubuk jiwa saya sebagai saudara yang mengasihinya dari jauh, kini Ustaz Asri kembali berjaya menyuntik kekuatan dan keyakinan di hati saya, agar menetapkan kaki, tidak dipalingkan oleh rencam manusia, sebaliknya hanya melihat satu antara dua, yang dijanjikan Allah sebagai habuan sebuah perjuangan.
Tidak dapat saya sembunyikan, saya rindukan Ustaz Asri.
Pagi Ahad, keluar bersama beliau bersarapan bersama Ustaz Wan Syarafi dan ditemani Zainal Lutfi, saya tidak banyak berkata-kata. Hanya mahu mendengar celoteh Ustaz Asri, ceritanya, dan hati saya memulangkan 1001 Tahmid kepada Dia.
BERNASYID
Demi menyempurnakan permintaan YB Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah, saya menerima hajatnya untuk saya menyampaikan sebuah nasyid yang berfungsi sebagai anchor kepada mesej di dalam program Bicara Selebriti itu. Saya menyampaikan sebuah nasyid dendangan Usrah al-Wadi Mesir pada tahun 1995 iaitu Wasiat Sayyid Qutb (versi 2).
WASIAT SAYYID QUTB
Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna kita telah dijanjikan Allah dengan dua kemuliaan
Tergugur syahid di medan perjuangan
Atau meraih kemenangan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Kita pasti berjaya
Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna perjuangan memerlukan pengorbanan
Kerna pejuang tak mengenal kerehatan
Aturkanlah langkahmu dengan penuh keimanan
Suburkanlah jiwamu dengan segala keyakinan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Islam pasti berjaya
Relakanlah pemergianku ini
Iringiku dengan seribu doa
Semoga kita kan berjumpa semula
Di taman Syurga yang indah
Keberadaan di Kota Bharu kali ini bukan pertama kali.
Alhamdulillah, saya beroleh rezeki beberapa kali setahun untuk hadir ke negeri Serambi Mekah ini atas jemputan pelbagai pihak untuk mengisi pelbagai program. Namun jarang sekali saya berpeluang untuk bersiar-siar dan mencari sentimental value peribadi di celah-celah pekan Kota Bharu yang eksotik itu. Lazimnya hanya datang dan terus ke lokasi program, kemudian terus ke Lapangan Terbang usai tamatnya program.
ZAINAL LUTFI
Syukur kehadiran kali ini disertai oleh Pengurus Operasi STC yang juga pembantu peribadi saya, Zainal Lutfi.
Tidak penat atau mengeluh sepanjang mengiringi saya bersama urus kerja ke sana sini, kehadiran beliau buat pertama kali di negeri Kelantan selepas kelana menuntut ilmu di bumi Uncle Sam, kami mencelup-celup masa meninjau Kota Bharu serta menghirup hening Subuh di Masjid Muhammadi. Kali terakhir saya bersubuh di masjid itu, mungkin sekitar 17 tahun yang lalu.
Saya juga menjadikan tempoh 24 jam di Kota Bharu kali ini sebagai peluang menemukan Zainal Lutfi dengan semua jaringan sosial saya, mendedahkan beliau dengan pelbagai perkongsian bersama-sama insan hebat seperti YB Ustaz Ahmad Baihaki, Prof Madya Dr Mohd Asri, Sham Kamikaze, Wardina Safiyyah dan Amin Idris, serta beberapa sahabat lama yang sempat saya temukan.
Semoga sesi ini menyuntik keyakinan kepada anak muda ini, juga rakan-rakan segenerasinya, agar semasa tiba masanya generasi kami sirna dimamah masa, obor yang menyala itu disambut penuh optimis oleh mereka pula untuk mengejar sebuah kemenangan.
Jadilah manusia hebat. Manusia biasa yang luar biasa.
Terima kasih kepada TV Kelantan kerana menyiarkan siaran Bicara Selebriti ini secara LIVE di internet. Penonton yang begitu ramai, turut memberi peluang kepada isteri saya mengikutinya dari rumah kami. Jarak yang memisahkan, menjadikan kami kekal dekat, sebagaimana dekatnya Kelantan di hati kami, sebagai negeri tempat Islam dibumikan.
Ramai juga rakan Facebook, Twitter, Blog, tidak dilupakan rakan sepengajian di Jordan, rakan seperjuangan di London, Cardiff, Cork, dan ramai lagi, turut hadir bersama. Namun apakan daya, kekangan masa tidak mengizinkan saya untuk berbual panjang dengan setiap kalian. Namun seribu penghargaan atas kesungguhan hadir bersama.
Saya dan Zainal Lutfi meninggalkan Kota Bharu, demikian juga barisan panelis dan moderator, dengan 1000 doa agar semarak perjuangan diteruskan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Grand Riverview Hotel, Kota Bharu Kelantan
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Saya bukan tidak pernah sepentas dengan Wardina, hanya seminggu lepas saya dan beliau berforum di KUIS, Selangor yang turut dihadiri oleh Dato Sri Shahrizat Jalil. Beliau juga sahabat saya. Demikian Saudara Sham Kamikaze yang selalu juga ke rumah saya di Bukit Mertajam. Namun, untuk sepentas atas nama selebriti agak berat bagi saya. Saya bukanlah terkenal seperti mereka. Mereka selebriti, saya rakyat marhaen.
Ya, saya seorang rakyat biasa, yang kadang-kala terlibat mengulas isu-isu yang menjadi hak rakyat muslim merdeka untuk memperkatakannya. Cuma, saya juga mengulas banyak isu seni di sudut agama dan pemikiran serta menulis puisi dan lirik. Mungkin yang lebih ‘sikit’ pernah jadi Mufti Perlis. Ramai juga artis-artis glamour merupakan sahabat baik saya. Namun, agak ‘segan’ untuk duduk atas pentas atas nama selebriti. Apapun, saya kagum dengan kepimpinan Kerajaan Kelantan yang menampilkan kematangan mereka dalam mengadunkan isu-isu hiburan ini di negeri yang terkenal dengan banyak pusat pengajian agama.

Bahagian Saya
Dalam majlis itu, saya mengambil peranan membahaskan pandangan sarjana tentang nyanyian dan muzik. Saya tahu, bukan senang bagi pihak kerajaan negeri untuk membolehkan lahirnya sikap terbuka dalam kalangan mereka yang ‘kuat agama’ mengenai isu ini. Apatah lagi di Kelantan yang banyak pondok-pondok tradisionalnya. Dalam masa yang sama, generasi muda inginkan hiburan dan mereka perlukan bimbingan.
Dalam majlis itu, saya jelaskan bahawa ada perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana fekah mengenai persoalan nyanyian dan muzik. Dalam persoalan khilaf yang muktabar seperti ini, seseorang berhak memilih pandangan dia yakini dan tidak boleh memaksa orang lain meyakini apa yang dia yakini. Ertinya, setiap muslim berhak berpegang dengan pandangan yang dia rasa lebih rajih atau kukuh. Dia tidak boleh mewajibkan pandangan tersebut ke atas orang lain, jika mereka mentarjihkan pandangan yang berbeza. Ini khilaf yang diiktiraf atau khilaf mu’tabar. Tiada siapa yang berhak memaksa pilihannya ke atas orang lain. Maksudnya, jika ada yang mengharamkan muzik, maka tidak boleh dia memaksa pandangan yang sama ke atas mereka yang mengharuskannya. Demikian sebaliknya.
Bagi saya, saya selalu teringat Nabi s.a.w ketika membenarkan pertunjukkan permaianan perisai dan lembing dalam masjid, sehingga ramai yang menonton termasuk kaum wanita dan isteri Nabi s.a.w sendiri iaitu Aishah, baginda bersabda:

Kelantan Contoh
Sebagai sebuah kerajaan, kepimpinan Kelantan telah mengambil jalan yang yang sederhana. Kelantan –melalui program seperti ini- memberikan pendidikan secara langsung dan tidak langsung untuk activist muslim berinteraksi dengan dunia hiburan. Sekaligus mendekati anak-anak muda. Jalannya bukan memerangi hiburan, sebaliknya mencari ruang untuk dimanfaatkan; maka rakyat dapat berhibur secara terarah dan tidak melampai batas. Dengan itu Kelantan tidak menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab yang membiarkan rakyat bebas lepas dengan hiburan tanpa bimbingan, tidak juga menjadi jumud sehingga mengharamkan segala bentuk hiburan; nyanyian, muzik dan filem.

Gambar: Saya membaca puisi saya yang bertajuk ‘Akan Ku Terus Ketuk PintuMU’, Sham bermain gitarnya.
Demikianlah, apabila sesebuah kepimpinan itu ada wawasan yang jelas dan nurani yang inginkan rakyat berada dalam bimbingan yang betul. Segala gerakerja diselaraskan antara kehendak rakyat dan peraturan agama. Sikap yang matang lagi sederhana diperlukan oleh rakyat dan umat pada setiap ketika. Bukan masanya untuk mengharamkan itu dan ini tanpa memberikan alternative yang dapat membimbing rakyat yang pelbagai ragam dan kehendak. Janganlah pula jadi seperti kepimpinan yang hanya hendak ‘memberikan keseronokan’ kerana inginkan sokongan mereka rakyat tanpa memikirkan kesan dan masa depan.
Cumanya, masih banyak perkara yang perlu dibuat. Kita perlukan pembikinan karya-karya seni dalam pelbagai bidang yang berkualiti dan mendidik. Ada gabungan antara unsuran hiburan dan bimbingan secara terancang. Ada ikatan antara seni dan kehidupan insani secara berkesan. Ini memerlukan satu perancangan jangka panjang dan pendek. Semoga Kelantan mampu melangkah lebih jauh.
Tahniah YB Baihaki Atiqullah
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat yang saya kasihi YB Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Beliau anak tuan guru pondok Pasir Tumbuh, Tuan Guru Haji Atiqullah Yaakob. Latar belakang agamanya dan sikapnya yang terbuka patut menjadi contoh kepada banyak pihak. Beliau adalah salah satu bukti bahawa kepimpinan agama di Kelantan bersikap rasional dan meraikan perbezaan latar belakang rakyat. Sangkaan bahawa kepimpinan agama akan mengharamkan hiburan dan seni ke atas rakyat adalah tidak benar jika dikaitkan dengan kepimpinan Kelantan. YB Ahmad Baihaqi masih muda. Beliau dua tahun lebih muda dari saya. Sama-sama belajar di Jordan dahulu. Hari ini menjadi pemimpin yang makin matang. Apa yang masih perlu untuk semua insan, termasuk beliau adalah terus mendedahkan diri kepada maklumat yang pelbagai, aliran fikir yang semakin rencam dan mencari kesederhanaan di sebalik itu semua. Tahniah YB Baihaqi atas usaha membuka minda dan mencari alternative. Tahniah Kelantan!

Gambar: YB Baihaqi menyampai cenderahati kepada saya.
Alhamdulillah, saya beroleh rezeki beberapa kali setahun untuk hadir ke negeri Serambi Mekah ini atas jemputan pelbagai pihak untuk mengisi pelbagai program. Namun jarang sekali saya berpeluang untuk bersiar-siar dan mencari sentimental value peribadi di celah-celah pekan Kota Bharu yang eksotik itu. Lazimnya hanya datang dan terus ke lokasi program, kemudian terus ke Lapangan Terbang usai tamatnya program.
Syukur kehadiran kali ini disertai oleh Pengurus Operasi STC yang juga pembantu peribadi saya, Zainal Lutfi.
Tidak penat atau mengeluh sepanjang mengiringi saya bersama urus kerja ke sana sini, kehadiran beliau buat pertama kali di negeri Kelantan selepas kelana menuntut ilmu di bumi Uncle Sam, kami mencelup-celup masa meninjau Kota Bharu serta menghirup hening Subuh di Masjid Muhammadi. Kali terakhir saya bersubuh di masjid itu, mungkin sekitar 17 tahun yang lalu.
Saya juga menjadikan tempoh 24 jam di Kota Bharu kali ini sebagai peluang menemukan Zainal Lutfi dengan semua jaringan sosial saya, mendedahkan beliau dengan pelbagai perkongsian bersama-sama insan hebat seperti YB Ustaz Ahmad Baihaki, Prof Madya Dr Mohd Asri, Sham Kamikaze, Wardina Safiyyah dan Amin Idris, serta beberapa sahabat lama yang sempat saya temukan.
Semoga sesi ini menyuntik keyakinan kepada anak muda ini, juga rakan-rakan segenerasinya, agar semasa tiba masanya generasi kami sirna dimamah masa, obor yang menyala itu disambut penuh optimis oleh mereka pula untuk mengejar sebuah kemenangan.
Jadilah manusia hebat. Manusia biasa yang luar biasa.
Terima kasih kepada TV Kelantan kerana menyiarkan siaran Bicara Selebriti ini secara LIVE di internet. Penonton yang begitu ramai, turut memberi peluang kepada isteri saya mengikutinya dari rumah kami. Jarak yang memisahkan, menjadikan kami kekal dekat, sebagaimana dekatnya Kelantan di hati kami, sebagai negeri tempat Islam dibumikan.
Ramai juga rakan Facebook, Twitter, Blog, tidak dilupakan rakan sepengajian di Jordan, rakan seperjuangan di London, Cardiff, Cork, dan ramai lagi, turut hadir bersama. Namun apakan daya, kekangan masa tidak mengizinkan saya untuk berbual panjang dengan setiap kalian. Namun seribu penghargaan atas kesungguhan hadir bersama.
Saya dan Zainal Lutfi meninggalkan Kota Bharu, demikian juga barisan panelis dan moderator, dengan 1000 doa agar semarak perjuangan diteruskan.
Ya Allah, lindungilah negeri Serambi Mekah ini daripada kejahatan, malapetaka, kezaliman dan pengkhianatan, dengan kebesaran-Mu. Kuatkan kami untuk menumpaskan Jahiliyyah yang tidak pernah berhenti memadam cahaya-Mu, ameen ya Rabb al-’Aalameen
Ambo saye Kelate.ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Grand Riverview Hotel, Kota Bharu Kelantan
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Saya bukan tidak pernah sepentas dengan Wardina, hanya seminggu lepas saya dan beliau berforum di KUIS, Selangor yang turut dihadiri oleh Dato Sri Shahrizat Jalil. Beliau juga sahabat saya. Demikian Saudara Sham Kamikaze yang selalu juga ke rumah saya di Bukit Mertajam. Namun, untuk sepentas atas nama selebriti agak berat bagi saya. Saya bukanlah terkenal seperti mereka. Mereka selebriti, saya rakyat marhaen.
Ya, saya seorang rakyat biasa, yang kadang-kala terlibat mengulas isu-isu yang menjadi hak rakyat muslim merdeka untuk memperkatakannya. Cuma, saya juga mengulas banyak isu seni di sudut agama dan pemikiran serta menulis puisi dan lirik. Mungkin yang lebih ‘sikit’ pernah jadi Mufti Perlis. Ramai juga artis-artis glamour merupakan sahabat baik saya. Namun, agak ‘segan’ untuk duduk atas pentas atas nama selebriti. Apapun, saya kagum dengan kepimpinan Kerajaan Kelantan yang menampilkan kematangan mereka dalam mengadunkan isu-isu hiburan ini di negeri yang terkenal dengan banyak pusat pengajian agama.
Bahagian Saya
Dalam majlis itu, saya mengambil peranan membahaskan pandangan sarjana tentang nyanyian dan muzik. Saya tahu, bukan senang bagi pihak kerajaan negeri untuk membolehkan lahirnya sikap terbuka dalam kalangan mereka yang ‘kuat agama’ mengenai isu ini. Apatah lagi di Kelantan yang banyak pondok-pondok tradisionalnya. Dalam masa yang sama, generasi muda inginkan hiburan dan mereka perlukan bimbingan.
Dalam majlis itu, saya jelaskan bahawa ada perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana fekah mengenai persoalan nyanyian dan muzik. Dalam persoalan khilaf yang muktabar seperti ini, seseorang berhak memilih pandangan dia yakini dan tidak boleh memaksa orang lain meyakini apa yang dia yakini. Ertinya, setiap muslim berhak berpegang dengan pandangan yang dia rasa lebih rajih atau kukuh. Dia tidak boleh mewajibkan pandangan tersebut ke atas orang lain, jika mereka mentarjihkan pandangan yang berbeza. Ini khilaf yang diiktiraf atau khilaf mu’tabar. Tiada siapa yang berhak memaksa pilihannya ke atas orang lain. Maksudnya, jika ada yang mengharamkan muzik, maka tidak boleh dia memaksa pandangan yang sama ke atas mereka yang mengharuskannya. Demikian sebaliknya.
Bagi saya, saya selalu teringat Nabi s.a.w ketika membenarkan pertunjukkan permaianan perisai dan lembing dalam masjid, sehingga ramai yang menonton termasuk kaum wanita dan isteri Nabi s.a.w sendiri iaitu Aishah, baginda bersabda:
“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).Bahkan baginda s.a.w apabila hadir ke perkahwinan Ansar, baginda bersabda:
“Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”(Riwayat al-Bukhari).Lebih dari itu, kadang-kala baginda terlibat dalam membetulkan lirik, agar lebih bertepatan dengan ajaran Islam. Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa:
“RasululLah s.a.w datang ke majlis perkahwinanku, lalu baginda duduk di tempat dudukku. Beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).Demikian, Nabi s.a.w tidak melarang nyanyian gadis-gadis tersebut sekalipun lagu-lagu berlirik sedih yang dinyanyikan mengenai mereka yang terkorban. Cumanya apabila mereka menyebut lirik yang bercanggahan dengan kebenaran maka Nabi s.a.w. menegurnya. Dalam hadis ini Nabi s.a.w menegur ungkapan yang menyatakan baginda tahu apa yang akan terjadi pada esok hari. Hal ini tidak benar. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang bakal berlaku.
Kelantan Contoh
Sebagai sebuah kerajaan, kepimpinan Kelantan telah mengambil jalan yang yang sederhana. Kelantan –melalui program seperti ini- memberikan pendidikan secara langsung dan tidak langsung untuk activist muslim berinteraksi dengan dunia hiburan. Sekaligus mendekati anak-anak muda. Jalannya bukan memerangi hiburan, sebaliknya mencari ruang untuk dimanfaatkan; maka rakyat dapat berhibur secara terarah dan tidak melampai batas. Dengan itu Kelantan tidak menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab yang membiarkan rakyat bebas lepas dengan hiburan tanpa bimbingan, tidak juga menjadi jumud sehingga mengharamkan segala bentuk hiburan; nyanyian, muzik dan filem.
Gambar: Saya membaca puisi saya yang bertajuk ‘Akan Ku Terus Ketuk PintuMU’, Sham bermain gitarnya.
Demikianlah, apabila sesebuah kepimpinan itu ada wawasan yang jelas dan nurani yang inginkan rakyat berada dalam bimbingan yang betul. Segala gerakerja diselaraskan antara kehendak rakyat dan peraturan agama. Sikap yang matang lagi sederhana diperlukan oleh rakyat dan umat pada setiap ketika. Bukan masanya untuk mengharamkan itu dan ini tanpa memberikan alternative yang dapat membimbing rakyat yang pelbagai ragam dan kehendak. Janganlah pula jadi seperti kepimpinan yang hanya hendak ‘memberikan keseronokan’ kerana inginkan sokongan mereka rakyat tanpa memikirkan kesan dan masa depan.
Cumanya, masih banyak perkara yang perlu dibuat. Kita perlukan pembikinan karya-karya seni dalam pelbagai bidang yang berkualiti dan mendidik. Ada gabungan antara unsuran hiburan dan bimbingan secara terancang. Ada ikatan antara seni dan kehidupan insani secara berkesan. Ini memerlukan satu perancangan jangka panjang dan pendek. Semoga Kelantan mampu melangkah lebih jauh.
Tahniah YB Baihaki Atiqullah
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat yang saya kasihi YB Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Beliau anak tuan guru pondok Pasir Tumbuh, Tuan Guru Haji Atiqullah Yaakob. Latar belakang agamanya dan sikapnya yang terbuka patut menjadi contoh kepada banyak pihak. Beliau adalah salah satu bukti bahawa kepimpinan agama di Kelantan bersikap rasional dan meraikan perbezaan latar belakang rakyat. Sangkaan bahawa kepimpinan agama akan mengharamkan hiburan dan seni ke atas rakyat adalah tidak benar jika dikaitkan dengan kepimpinan Kelantan. YB Ahmad Baihaqi masih muda. Beliau dua tahun lebih muda dari saya. Sama-sama belajar di Jordan dahulu. Hari ini menjadi pemimpin yang makin matang. Apa yang masih perlu untuk semua insan, termasuk beliau adalah terus mendedahkan diri kepada maklumat yang pelbagai, aliran fikir yang semakin rencam dan mencari kesederhanaan di sebalik itu semua. Tahniah YB Baihaqi atas usaha membuka minda dan mencari alternative. Tahniah Kelantan!
Gambar: YB Baihaqi menyampai cenderahati kepada saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)






