salam arc semua....& Apa Khabar U-jam's
Alhamdulillah syukur yang sangat-sangat pada Allah Taala kerana dengan izinNYA program jambori arc kebangsaan kali ke 2 di gunung jerai, kedah berjaya dianjurkan dan berjalan dalam keadaan yang sangat lancar.
sedikit laporan dan gambar untuk tatapan semua :
pendaftaran para peserta bermula pada hari jumaat 30 sept dari sebelah petang hingga ke malam. antara arc negeri yang berjaya hantar kontinjen adalah arc terengganu, arc selangor, arc perak, arc kedah, arc perlis, arc pahang, arc johor, arc penang dan arc wilayah perseketuan.
jumlah keseluruhan peserta hampir 300 peserta. hampir kepada sasaran pihak arc malaysia iaitu seramai 400 - 500 peserta. syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat....
fuh !! sejuk kow-kow kat atas sana, kebetulan hujan plak sebelum suboh... (rugi siapa pi..)
program dimeriahkan dengan kehadiran yb dato mahfuz omar sebagai perasmi program, yb ust nasir zakaria, yb ust firdaus jaafar, ust nasrudin tontowi dan exco dppm.
program lebih kepada santai, relax dan enjoy..yang paling menarik dan menjadi satu sejarah kebanggaan arc ialah jambori arc kebangsaan kali ini mendapat perhatian satu syarikat production yang sedang membuat dokumentari tenang perihal remaja dan aktiviti lasak dan jambori arc menjadi pilihan untuk membuat rakaman tersebut...bro zahid af 2 menjadi pengacara rancangan tersebut. 'nantikan kemunculan rancangan ini di rtm dan astro 108'
pada tengahari sabtu 1 okt semua peserta dibawa berkonvoi ke kepala batas, penang bagi menghadiri satu program besar disana dan dacs/arc penang telah menyediakan slot-slot kepada rombongan jambori arc.. antara slot yang disediakan dan untuk seluruh pengunjung terlibat adalah 'pocket bike' motor kecil, motor perlahan dan imbangan atas titi.
jambori arc melabuhkan tirainya pada ahad pagi 2okt.. dan jambori kali ke 3 tahun 2012 di selangor pula , insyaAllah.....
kita jumpa lagi edisi ke 3 jambori arc akan datang di selangor....
Tuesday, October 4, 2011
Ameerah : Kelahiran yang dinanti-nantikan!
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, October 4, 2011 | Category:
|
0
comments
Assalamualaikum W.B.T
,
Sahabat-Sahabat U-jam ,
Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Ameerah sempena sambutan 60 Tahun PAS iaitu Lajnah Politik Wanita Muda, bagi merangka strategi mendekati golongan itu.
Pelancaran Ameerah dan gelombang epal hijau memberi nafas baru kepada gerakan Dewan Muslimat yang sudah berjaya dengan pejalanan Nisa' yang telahpun berjalan sempurna.
Sekalung tahniah kepada Lajnah Politik Wanita Muda kerana berjaya mempamerkan satu wadah baru gelombang hijau yang penuh warna warni.
Sekalung tahniah kepada Lajnah Politik Wanita Muda kerana berjaya mempamerkan satu wadah baru gelombang hijau yang penuh warna warni.
Sempena pelancaran itu Presiden telah menyiram air tanda mencerna kesuburan sesuai dengan keserasian yang wujud di kalangan remaja dan wanita muda.
Selain menyiram air presiden telah menanda tangani di atas replika epal hijau dengan iringan beberapa orang remaja yang mengalunkan gerakan kain hijau penuh semangat.
Pergerakan itu diakhiri dengan pelepasan belon yang tergantung di paras satu Dewan Melinium sebagai tanda kejituan tujuh teras yang menjadi panduan menuju Putrajaya.
Dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, muslimat yang lulus menghadapi gelora perjuangan sahaja akan dipandang tinggi oleh Allah s.w.t mereka tidak bakhil dengan masa dan wang semata-mata untuk kemenangan Islam kata .
Muslimah mesti berani memperbetulkan diri serta membaiki diri menjadi isteri yang baik dan terpuji.
"Pengorbanan para isteri membantu menegakan Islam akan dikira mendapat pahala yang tinggi demi kebaikan Islam yang dianuti, " jelasnya ketika merasmikan pelancaran di Dewan melinium, kepala Batas petang tadi.
Muslimat yang ada semangat perjuangan yang tinggi akan menjadi sayap yang baik serta dapat menumpukan kerja berfokus.
Bila kerja digerakan dengan lancar maka menyenangkan peranan muslimat menabur atau menyemai peranan di mana jua.
Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Yusuf dalam ucapanya mengharap golongan wanita muda supaya bersiap mematangkan diri kerana sikap itu sahaja boleh mencerna kemenangan pada masa depan.
Salam AMEERAH. Ramai yang masih tertanya-tanya, Apakah AMEERAH? Siapa AMEERAH? Apa agenda AMEERAH?
AMEERAH اميره dalam Bahasa Arab, bermakna Pemimpin Wanita, atau Puteri.
AMEERAH اميره dalam Bahasa Arab, bermakna Pemimpin Wanita, atau Puteri.
Ia membawa Visi: Ke Arah Kepimpinan Politik Wanita Muda Bertaraf Dunia.
Misi: 3P : Potitik, Patriotisme, Partisipasi
Sebuah entiti dalam Dewan Muslimat, Parti Islam Semalaysia yang bertapak di Negara Malaysia, Asia Tenggara, Asia.
Fokus utama Ameerah adalah menggiatkan kesedaran politik di kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat patriotisme kepada negara dan akhirnya meningkatkan partisipasi wanita muda dalam masyarakat.
Like AMEERAH MALAYSIA: http://www.facebook.com/am
Hubungi AMEERAH MALAYSIA: my.ameerah.malaysia@gmail.
Youtube: http://www.youtube.com/use
Alamat: AMEERAH Malaysia, 3rd Floor, 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Mpmn Malaysia.
Tidaklah ingin menyaingi Puteri UMNO atau bersaing dengan sesiapa, namun ingin bersahabat dan berkolaborasi dengan semua wanita muda di Malaysia.
Menerajui Perubahan Generasi Baru!
Malaysia Needs Us!
Regards,
TEAM AMEERAH 2011
BAJET 2012: AMEERAH MOHON JAMINAN HAK GENERASI WANITA MUDA
Assalamualaikum W.b.t dan Salam Sejahtera,
Pertamanya AMEERAH merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh kepimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat juga kepada ahli PAS seluruh negara yang telah menghadiri Majlis Pelancaran AMEERAH bersempena Kongres sambutan 60 tahun PAS di Dewan Millenium, Kepala Batas, pada 1 Oktober yang lalu.
Penghargaan istimewa buat YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang sudi hadir melancarkan satu lagi entiti baru politik muslimat muda di dalam PAS yang fokusnya adalah untuk menggiatkan kesedaran politik di kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat patriotisme kepada negara dan akhirnya meningkatkan partisipasi generasi wanita muda dalam membangunkan masyarakat.
Justeru, bersempena pembentangan Bajet 2012 yang akan dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada Jumaat ini, AMEERAH memohon agar diberi jaminan berkenaan hak dan peluang generasi wanita muda dalam Bajet tersebut:
- Memberikan bantuan kepada generasi muda untuk mendirikan rumah tangga yakni kursus perkahwinan percuma.
- Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama.
- Pelaksanaan kadar pengurangan faedah PTPTN (sistem ujrah) kepada semua peminjam PTPTN tanpa perlu membuat permohonan semula.
- Memberi Kursus Bimbingan Perniagaan percuma kepada usahawan muda sama ada peniaga industri mahupun perniagaan secara online.
- Memberi bantuan susu percuma kepada keluarga di bawah pendapatan RM1500.
- Memastikan setiap institusi kerajaan mempunyai pusat penjagaan kanak-kanak
- Menguatkusakan polisi pusat penjagaan kanak-kanak bagi memastikan keselamatan anak-anak terjamin.
- Memberi 90 hari cuti bersalin dan sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami.
Dengan keinsafan bahawa setiap ringgit harta rakyat perlu diurus dengan cermat dan berhemat, AMEERAH memohon agar kerajaan memberi jaminan terhadap 8 tuntutan yang dinyatakan seperti di atas. AMEERAH juga menggesa agar pihak kerajaan yang sentiasa mendahulukan dan mengambil berat tentang kebajikan warga Malaysia secara keseluruhannya tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
“MENERAJUI PERUBAHAN GENERASI BARU”
Fareedah Samad
Pengerusi AMEERAH
Upload & Publish by : Team Ameerah U-jam's (",)
Zahid AF Sokong PAS? ~ Cayalah Bro ~ Jambori ARC Kebangsaan Gunung Jerai
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | | Category:
|
0
comments
Monday, October 3, 2011
60 tahun, rahsia kekuatan PAS
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, October 3, 2011 | Category:
|
0
comments
PAS telahpun menyambut ulang tahun ke 60 pada 1 Oktober 2011 di Dewan Melinium Kepala Batas. Pas memilih Pulau Pinang kerana nostalgia lama Pas yang dilahirkan secara rasmi pada 24 Nov 1951 di Bagan Tuan Kecil Seberang Perai. Pas sudah muncul sebagai parti yang tertua di Malaysia, setelah Umno 1946 diharamkan oleh mahkamah, sedangkan Umno sekarang ialah Umno 1988.
Apakah rahsia Pas sehingga mampu menonggah arus dan badai taufan yang melanda, namun Pas dengan izin Allah mampu berada di persada politik tanah air bergerak dengan penuh izzah.
Semua ini kerana Pas mempunyai dasar Islam yang tulin. Walaupun Pas telah bertukar kepimpinan daripada berbagai latar belakang namun Pas tidak pernah menukar dasar, iaitu Islam sebagai mana termaktub di dalam Perlembagaan Pas fasa 3. Mereka memilih Pas kerana dasar, bukan kerana pemimpin.
Islam yang tulin sentiasa dinamik dan sesuai dengan semua masa dan keadaan. Oleh itu semua perhitungan yang dibuat semuanya bersandarkan kepada ajaran Islam. Pas tidak sekali-kali untuk menggadaikan prinsip Islam semata-mata untuk mendapat kemenangan dunia yang tidak seberapa
Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara).
Pas menerima konsep Islam secara keseluruhan “syumul”, bukan tempelan. Pas bukan menerima Islam pada perkara puasa tetapi menghalalkan judi. Pas bukan parti yang menerima hukum zakat tetapi tidak beriman dengan ayat hukuman zina. Pas bukan parti yang menerima hukum wajib puasa tetapi menolak ayat mengenai pengharaman arak.
Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan rekaan mana-mana pemimpin. Tetapi ia bersumberkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang mengajar dan mendidik melalui wahyu yang disampaikan kepada kita. Kerana Islam bukan satu doktren rekaan mana-mana pihak. Dengan itu apa sahaja tindakan yang kita lakukan ia bertitik tolak kepada apa yang diperlakukan oleh Nabi dan Rasul S.A.W. Islam yang diperjuangkan bukan satu yang hendak dipolitik atau mainan politik semata-mata. Oleh itu Pas berusaha untuk memertabatkan Islam apabila ia diberi kuasa. Bukan kita memperalatkan Islam untuk mencari sokongan. Walaupun Pas pernah dituduh merasuah syurga oleh pemimpin Umno.
Justeru itu Pas perlukan kuasa. Jika ada kuasa maka kita boleh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita. Sebaliknya kalau kita tidak mendapat kuasa maka segala kecantikan Islam hanya boleh terdapat dalam kitab feqah dan lipatan tamaddun Islam sahaja
Pas mengajak manusia kepada Islam bukan supaya taasub kepada mana-mana pemimpin. Oleh itu ahli Pas tidak akan keluar parti jika pemimpin mereka keluar parti, kerana perjuangan mereka bukan kerana individu. Berapa ramai pemimpin Pas yang melarikan diri dalam perjuangan tetapi kesetian ahli tidak pernah luntur, malahan Pas semakin berkembang. Keluarnya mereka daripada parti tidak memberi kesan apa-apa kepada parti.
Dato’ Samad Idris (Bekas Menteri Kebudayaan) telah memberi komentar mengenai perjuangan Pas seperti berikut,
“Faktor fanatik kepada perjuangan Pas tidak boleh diketepikan begitu sahaja, mereka setia dengan Pas, mereka sanggup dibakar hangus, direndam basah, dicincang lumat, oleh sebab itu Dato’ Mohd. Asri dan Mohd. Nakhaei keluar daripada parti mereka anggap melukut tepi gantang”. Utusan Malaysia 13hb. Disember 1990)
Rahsia kekuatan Pas yang lain ialah kerana Pas mempunyai ahli yang ikhlas. Mereka menyertai Pas tidak ada matlamat yang lain, kecuali untuk melihat Islam dihayati di negara ini. Penyertaan mereka tanpa dipaksa sebaliknya dengan kesedaran yang membuahkan iman di dalam diri mereka untuk berjuang bersama dengan Pas, selagi Pas berpegang dengan dasar Islam.
Kehadiran mereka bersama Pas bukan untuk meminta sesuatu daripada Pas, sebaliknya mereka yang akan berusaha untuk memberi kepada Pas samaada di segi wang ringgit atau tenaga. Mereka sedar jika berjuang bersama dengan Pas telah terpahat di dalam fikiran mereka bahawa perjuangan ini susah dan payah. Mereka tidak mengharapkan sesuatu di dunia atau imbuhan daripada Pas atau wakil rakyat Pas. Kekuatan ini lah yang dimiliki oleh Pas kerana mempunyai ahli yang begitu ikhlas di dalam perjuangan.
Mereka mengahbiskan wang ringgit dan harta benda untuk diinfaq kepada Pas. Ini boleh dilihat setiap kali pilihanraya mereka mengeluarkan belanja sendiri tanpa mengharapkan daripada pemimpin atau parti.
Walaupun di kalangan mereka ini hanya bekerja sebagai pesawah, penoreh getah, buruh kasar, tetapi mempunyai jiwa yang besar untuk menumbangkan kezaliman di nagara ini. Tepatlah seperti sabda Rasulullah SAW”Bukanlah kaya itu, kaya harta, tetapi kaya yang sebenar ialah kaya jiwa”. Apabila calon yang bertanding menang, sedikit pun mereka tidak ungkit kerja buat dan meminta kembali imbuhan yang mereka labur semasa pilihanraya, cuma mereka harap laksana amanah parti dan ingatlah kepada petugas parti yang memenangkan mereka.
Semua pengkaji politik akur bahawa kekuatan inilah yang membolehkan Pas bergerak sehingga kini dan menjadi saingan terdekat dengan Umno. Sekiranya Pas tidak mempunyai ahli yang ikhlas bagaimana Pas mampu bertahan sehingga kini. Bukan senang untuk melawan gergasi politik yang mempunyai seluruh kelengkapan untuk menghalang kebangkitan sokongan kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Wasiat Allahyarham Profesor Dr Zulkifli Muhammad kepada wakil rakyat Pas selepas pilihanraya 1964 amat menyusut hati.
“Saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa, mungkin tidak kuat. Tetapi keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dapat dilaksanakan. Tidak ada gunanya kita cerdik , pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. Kita sucikan tujuan kita kepada itu. Kita ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita. Keikhlasan yang tidak ada belah baginya lagi. Keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal kita. Kejayaan orang yang dahulu pada diri kita, semuanya pada keikhlasan. Amat perlu keikhlasan ini, kita tanam, kita pupuk pada diri kita”
Sebab itu jika ada di kalangan ahli yang menyertai Pas mempunyai agenda yang tersembunyi mereka ini tidak akan kekal lama, samada mereka ini terbuang atau pun mereka yang membuang diri mereka sendiri.
Ahli Pas yang datang daripada berbagai peringkat dan darjat. Ahli-ahli Pas ada yang berkelulusan Ph.d hinggalah yang buta huruf. Mereka menyertai Pas bukan hendak dapat benda tetapi kerana cintakan Islam. Mereka sanggup menerima risiko yang berat daripada pihak yang berkuasa seperti tidak diberikan subsidi, anak tidak dapat biasiswa, dipotong bantuan kebajikan. Semuanya mereka sanggup menerima kerana perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Kehadiran mereka dalam program ceramah atau program parti tanpa diupah dan disuruh, sanggup untuk berbelanja berbelas-belas ringgit semata-mata untuk mendengar ucapan pemimipin mereka yang dicintai dan menderma kepada perjuangan
Ahli yang ikhlas walaupun buta huruf adalah lebih baik daripada mempunyai ijazah berjela-jela tetapi boleh dibeli oleh Umno. Ahli-ahli Pas yang menerima tarbiah yang jelas mereka tidak rela membiarkan maksiat dan berkompromi dengan program maksiat. Umno bimbang hendak membuat program maksiat kerana takut kepada Pas yang sentiasa menentang program yang berunsur maksiat.
Rahsia kekuatan Pas yang lain ialah kerana ia didokong oleh ulama’ dan mereka yang mempunyai latar belakang agama. Kebetulan penubuhan Pas kerana kesedaran untuk membentuk jamaah yang melakukan kerja-kerja para nabi dan Rasul yang terdahulu iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan perkara munkar.
Ulama’ yang memahami agama dan perintah Allah akan melibatkan diri bersama dengan Pas. Penglibatan mereka secara langsung telah memberikan impak yang besar kepada Pas. Kerana sikap orang melayu yang begitu intim dengan orang agama telah berjaya memberi kesan yang positif kepada perjuangan Pas. Penyertaan orang agama bersama Pas kerana serasi dengan apa yang mereka belajar di sekolah, pondok atau universiti. Sebab itu Mahathir Mohd Khir pernah menulis Pas mempunyai kaitan dnegan 3P, iaitu padi pondok dan Pas.
Memang ini terbukti tempat yang kuat pengajian agama maka di situlah akan menjadi pengkalan Pas. Sebab itu Pas berkembang di Kelantan walau pun penubuhanya di Seberang Perai, kerana Kelantan mempunyai institusi pondok yang banyak.
Pondok menjadi pengkalan Pas walaupun ia bukan markaz Pas tetapi secara tidak langsung segala idea dan fikrah yang bawa oleh Tok Guru telah mempengaruhi orang awam yang untuk menyokong Pas. Sebab itu jika ada Tuan Guru pondok yang menyokong perjuangan Umno, maka pondoknya tidak ramai penghuninya akhirnya pondok tersebut mati begitu sahaja.
Dokongan di kalangan profesionl dan aktivis hasil daripada pentarbiahan yang mereka dapat daripada ulamak telah menjadi nilai tambah kepada Pas. Mereka ini pula berusaha untuk mendekati golongan yang mungkin tidak mampu untuk duduk bersila di masjid atau di surau bersama dengan Tuan Guru. Apabila orang ramai melihat sikap keterbukaan Pas dan pelbagai ragam yang memimpin Pas maka mereka akan tertarik bersama dengan perjuangan Pas
Saturday, October 1, 2011
Gambar Peristiwa Sambutan 60 Tahun PAS
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Saturday, October 1, 2011 | Category:
|
0
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)














































