[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Wednesday, January 19, 2011

RM10 juta Untuk Pekerja Kelab Malam!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Wednesday, January 19, 2011 | Category: | 3 comments

 
 
10 JUTA UNTUK YANG MAHU INSAF....BUKTI JELAS BAHAWA PAKATAN RAKYAT AMAT SERIUS! - UMNO SEMAKIN MEROYAN?

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan penjualan arak mencari pekerjaan alternatif, kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung mereka daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.

“Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.

NONE“Kerajaan negeri merasa simpati kepada umat Islam yang berkerja di premis-premis seperti kilang arak, kelab malam dan premis-premis yang melibatkan arak dalam sektor pekerjaan mereka.

“Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat,” katanya.

Menurut Yaakob, mereka yang berminat boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk memohon bantuan berkenaan

MENGAPA ANAK - ANAK MUDA MALAYSIA MENENTANG UMNO?

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | | Category: | 1 comments

MENGAPA ANAK - ANAK MUDA MALAYSIA MENENTANG UMNO?

HEBAHAN INI DIPERCAYAI AKAN MENGAKIBATKAN KECEDERAAN TERUK DI DALAM LOKAP , NAMUN KAMI SANGGUP CEDERA UNTUK ISLAM DAN KEBENARAN)

Selepas muzakarah ilmu dengan pelajar2 Malaysia seluruh alam dan anak-anak muda di Malaysia.

ABSTRAK/TEORI

Fenomena politik dan pelaksanaannya di dalam UMNO

-Terlalu banyak fenomena namun kenyataannya adalah insiden2 terbaru dan kita lihat perjalannya sama..dan rentak tarinya sama.

Insiden pertama - 2 Orang wakil rakyat PKR dituduh Rasuah --- Fakta
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Isu_Exco_Perak_ditangkap_2008>
- Seterusnya 2 Orang wakil PKR yang diruduh rasuah melompat meyokong UMNO
- Akhirnnya Kes itu selesai

Insiden Kedua - pada bulan Mac 2010 Fathul Bari Mat Jahya telah ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan dan polis kerana mengajar di N.Sembilan tanpa tauliah
- Seterusnya Seorang lagi ulama Fathul Bari Mat Jahya, 29, berkata langkah mereka menganggotai Umno itu berikutan janji Umno untuk memastikan pihak ilmuan dapat meneruskan kerja-kerja dakwah mereka.
- Akhirnya adakah kes itu akan diselesaikan

iNSIDEN KE 3-10000000000000000000000 (LETIH NAKMENAIP)

KONSPIRASI

Sebelum ini banyak lagi kes2 besar yang berpunca dari orang dalam UMNO masih belum dapat diselesaikan diantaranya

1) Kes Percaturan hakim (Video Lingam..corect3x)
2) Kes Pembunuhan Model Altantuya
3) Kes Penyerahan Blok Minyak Kepada Brunei
4) Lagi dan lagi Lagi dan lagiLagi dan lagiLagi dan lagiLagi dan lagiLagi dan lagi

SKANDAL

Undang-undang di malaysia adalah petunjuk keharmonian dan ketelusan kepimpinan Kerajaan sendiri , Namun undang-undang bukanlah milik mutlak Perdana Menteri atau sesiapa sahaja di Malaysia.

Namun mengapa setelah beberapa individu telah diselamatkan dari hukuman setelah menyertai umno?

Apa yang Rakyat ingin tahu , Jika Hakim sendiri yang diberikan kuasa untuk menjatuhkan hukuman di aturkan (lihat Video Lingam)

Adakah undang2 dimiliki oleh seseorang?

ULAMA MUDA MASUK UMNO

Kita sedia maklum , usaha yang baik patut disokong, namun kita sangsi dengan cara ulama' itu memasuki umno, Setelah ditangkap mengajar tanpa tauliah pada bulan 3 dan pada bulan 6 menyertai umno...Yang mana undang2 paling besar?..mengajar tanpa tauliah atau bekerjasama dengan umno?

MANGSA

Kita lihat releven : Anwar ibrahim , kepala besar di dalam ABIM , penggerak Anak Muda Cintakan Islam , masuk umno untukmemperbaiki umno dari dalam , Akhirnya? lihat sini < http://www.youtube.com/watch?v=Nw2l_GSV-qA>

Dr masyitah , Penceramah bebas ..masuk umno untuk menjadi wakil rakyat akhirnya mengeluarkan kenyataan yang menguntungkan umno dalam bab hudud dengan menjual prinsipnya sebagai penceramah dan pensyarah yang disegani dengan mengeluarkan kenyataan menghina hukum Allah disini < http://www.youtube.com/watch?v=SmGoTY4TB2g>

PERSEPSI

UMNO kini mencipta persepsi , dan mengadakan rebranding dalam pelbagai peringkat walaupun ianya adalah kosmetik namun usaha ini harus berjalan , kerana persepsi akan mendatangkan imej yang melonjak kerana persepsi lebih luas keuntungannya.

PENASIHAT UTAMA NEGARA

Kita sedia maklum bahawa sultan ialah Payung negara Pemegang Rasmi Mohor Islam dan Bapa kepada seluruh anak-anak melayu

Namun adakah kita menyangkal kenyataan ini? < APCO secures key Malaysian contract> disini < http://www.publicaffairsasia.com:12080/publicaffairsasia/NewsView.do?id=782>

MENGAPA KAMI ANAK-ANAK MUDA MENENTANG UMNO?

JAWAPANNYA SEMUA DIATAS! DAN JIKA ANAK -ANAK MUDA ATAU ANAK -ANAK TUA MASIH MENYOKONG UMNO , ANDA ADALAH ORANG PALING BERUNTUNG SELAGI UMNO MASIH HIDUP , KERANA SOKONGAN ANDA BAKAL MEMBAWA REBAH!

Monday, January 17, 2011

Media Baru: Peranan Dan Cabarannya Terhadap Gerakan Islam

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, January 17, 2011 | Category: | 0 comments


Pengenalan 1

Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk mencakup kemunculan digital, komputer, atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai ‘media baru’ adalah digital, seringkali memiliki karakteristik dapat dimanipulasi, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Beberapa contoh adalah seperti internet, website, blog, facebook, computer, multimedia, permainan komputer, CD-ROMS, dan DVD. Media baru bukanlah television, filem, majalah, buku atau publikasi berasaskan kertas. (Wikipedia)

Pengenalan 2

Gerakan Islam adalah istilah yang dimaksudkan bagi satu amal Islami berterusan yang bersifat massa, berkumpulan dan tersusun demi mengembalikan hak agama Islam untuk memimpin masyarakat dan mengarah seluruh kehidupan. (al Qaradhawi)

Pengenalan 3

Khalayak pengguna facebook agak tergamam, kecewa dan keliru apabila dikhabarkan bahawa pengasas facebook, Mark Zuckerberg akan menutup media jaringan sosial paling popular itu pada pertengahan Mac 2011 nanti. Khabar angin yang sentiasa mewarnai alam media baru itu mungkin sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk melihat sejauh manakah kebergantungan masyarakat dunia terhadap peranan media baru di dalam kehidupan mereka.

Ini adalah satu contoh keadaan kalut yang menggambarkan betapa besarnya peranan media baru dalam mencorak pemikiran dan pergerakan manusia moden hari ini. Hakikatnya, seluruh dunia begitu terkesan dengan peranan media baru terutama di dalam menggerakkan golongan ‘middle class’ untuk merobohkan tembok penguasaan kelas atasan/pemerintah di dalam menentukan politik dan hala tuju sesebuah negara.

Sebagaimana media baru telah menjadi senjata ampuh yang mencabar dan mengancam kerajaan dan anti establishment, ia juga turut mengundang isu yang sama terhadap gerakan Islam yang berada di tengah-tengah medan pertarungan merebut teraju kepimpinan manusia.
Kertas ini ditulis secara sepintas untuk melihat bagaimanakah peranan dan cabaran media baru terhadap oleh gerakan Islam dan langkah-langkah yang perlu diambil demi memastikan media baru bertindak sebagai senjata yang menghunus untuk mereka, bukan ke atas mereka.

Cabaran Media Baru Terhadap Gerakan Islam

Berikut adalah beberapa cabaran yang bersifat ancaman yang akan memberikan kesan buruk dan negatif terhadap misi dan momentum gerakan Islam di persada masyarakat. Ia juga turut memalit pandangan negatif terhadap para pekerja gerakan Islam;

Lahirnya kelompok muslim yang merajakan kefahaman liberal dan kebebasan hidup mengikut perspektif barat. Ia adalah kesan daripada sekurang-kurangnya dua faktor: Pertama, rasa bosan dan ingin bebas daripada budaya politik mengongkong pemerintah. Kedua, rasa kagum dan terima kasih terhadap dunia barat yang mempromosikan hak dan kebebasan hidup melalui media baru.

Lahirnya kelompok muslim yang secara bebas, terbuka dan tidak terkawal di dalam mengkritik, bahkan mempersendakan perkara-perkara pokok dan suci di dalam ugama. Fenomena kotor ini begitu mempengaruhi tahap sensitiviti umat Islam yang semakin rendah, terutama di kalangan golongan muda dan pertengahan yang begitu terpengaruh dengan budaya baru canangan media baru tersebut.

Menambahkan kekeliruan masyarakat non-muslim terhadap agama Islam dan para pejuangnya, terutama pengenalan mereka terhadap agama Islam yang disalah ertikan. Ini juga disebabkan oleh dua faktor utama; Pertama, mereka lebih rapat kepada rakan-rakan muslim berfahaman liberal yang salah. Kedua, mereka lebih terdedah kepada maklumat-maklumat mengenai Islam daripada sumber-sumber yang salah.

Hilangnya populariti terhadap media baru dan alternatif Islam disebabkan paparan dan hasilan ‘kurang menyengat’ oleh pengamal media baru muslim. Fenomena ini begitu dilihat apabila portal – portal berita faham liberal jauh mendahului saingannya dari portal – portal berita bersifat Islamik.

Patern ‘sentiasa terkebelakang’ atau ‘memegang ekor kerbau’ yang sinonim dengan umat Islam pastinya menambah burukkan lagi persepsi massa terhadap keupayaan Islam untuk memimpin.

Hilangnya minat, pengaruh dan sokongan golongan muda terhadap gerakan Islam dan programnya disebabkan minat mendalam mereka terhadap media baru yang begitu dikuasai kumpulan bukan Islamik. Ini dapat dikesan melalui kurangnya populariti ikon dan qudwah islami di mata golongan muda hari ini.

Budaya akhlak yang agak liar dan buruk yang mewarnai amalan interaksi di dalam media baru akibat pengaruh budaya kebebasan bersuara acuan barat melaluinya. Budaya tidak berakhlak mulia ini akhirnya telah menimbulkan polemik, caci maki dan fitnah yang boleh memporak perandakan institusi kehidupan masyarakat Islam.

Kebocoran maklumat dan kerahsiaan dalaman gerakan Islam yang begitu mudah, cepat dan meluas. Walaupun fenomena ini melampaui tidak hanya ke atas gerakan Islam sahaja, bahkan kepada seluruh pertubuhan dan kerajaan (contohnya fenomena Wikileaks), tetapi ia telah memberi kesan yang besar kepada keutuhan gerakan Islam yang mementingkan etika dan adab kerahsiaan dalam jamaah.

Kegagalan kumpulan Islam untuk mengelak diri atau mengawal diri daripada mendedahkan perselisihan di antara mereka melalui media baru, samada ianya bersifat perselisihan individu di dalam jamaah ataupun di antara kumpulan yang berlainan. Jika sebelum ini perselisihan dalaman hanya pecah di dalam dan mudah diuruskan, tetapi kini ia dilihat agak sukar akibat ‘kegatalan’ pengamal media baru untuk sentiasa mendahului di dalam penyampaian berita dan maklumat sensasi.

Goncangnya ‘keperibadian muslim’ gerakan Islam dengan lahirnya ahli-ahli yang agak longgar ikatannya dengan adab dan akhlak pekerja gerakan Islam. Lahirnya, melalui media baru, budaya mengkritik kepimpinan yang agak melampau, hilangnya budaya thiqah di antara pemimpin dan anak buah, tersisihnya keluhuran budaya wala’ dan taat dan melebarnya jurang perselisihan di antara individu jamaah pasti akan mengakibatkan binaan Islami yang semakin merapuh di dalam gerakan Islam.

Cabaran – cabaran yang bersifat ancaman dari media baru ke atas gerakan Islam sebagaimana di atas menunjukkan betapa besarnya peranan media baru dan hubungannya di dalam memastikan momentum gerakan Islam di dalam menguasai massa dan seterusnya mencapai misi menerajui kepimpinan negara.

Justeru adalah menjadi tuntutan yang begitu mendesak ke atas gerakan Islam dan pekerjanya untuk menutupi segala kekurangan dan kelemahan yang dikesan akibat kelahiran media baru, seterusnya menjadikannya pula sebagai senjata ampuh bagi gerakan Islam di dalam meraih pengaruh dan sokongan masyarakat terhadap mereka.

Gerakan Islam Dan Peranan Media Baru

Berikut adalah beberapa cadangan yang menjadi cabaran positif untuk gerakan Islam yang perlu dinilai, seterusnya dilaksanakan demi memanfaatkan kemudahan teknologi media baru demi kebaikan dan kekuatan Gerakan Islam.

Melahirkan atau memanfaatkan tenaga mahir daripada kalangan aktivis gerakan Islam yang berupaya mengurus dan mencipta sesuatu melalui media baru yang mampu menarik masyarakat untuk mendekati dan memahami Islam, seterusnya mendapat sokongan mereka.

Mewujudkan beberapa tapak di laman sesawang yang sempurna dan menarik untuk kunjungan ramai para pengguna media baru, terutama generasi muda di dalam mendapatkan maklumat tepat, terkini, alternatif, interaktif dan menarik. Ini pastinya menuntut komitmen dan sumber kewangan yang besar, tetapi itu sepatutnya tidak boleh menjadi halangan yang besar kepada sebuah gerakan yang masih ketinggalan di dalam bidang penting ini.

Mengendalikan Facebook atau twitter bersifat portal berita yang sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat menarik dalam genre dipelbagaikan. Juga, kempen-kempen yang berterusan untuk menarik jumlah ‘fans’ yang mencecah ratusan ribu. Sebagai contoh, facebook ‘Pemuda PAS Malaysia’ dan ‘harakahmuda’ yang telah diusahakan oleh Dewan Pemuda PAS

Malaysia hendaklah diperkasakan dengan pemberitaan yang segera dan pelbagai. Ini memandangkan minat dan ‘kegilaan’ yang begitu ketara di kalangan anak muda terhadap penggunaan kedua-dua tapak tersebut.

Sentiasa mampu menyediakan jawaban yang segera daripada sudut pandang Islam terhadap segala isu msyarakat dan negara yang sentiasa dinantikan. Maka media baru akan menjadi instrument dakwah yang cukup berkesan.

Tenaga amilin (sepenuh masa) yang khusus untuk menumpukan sepenuh masanya untuk mengendalikan projek media baru.

Menyebarkan maklumat dan aktiviti lapangan gerakan Islam secara berterusan dan menarik. Di antara aktiviti yang perlu ditonjolkan adalah yang bersifat kebajikan dan hiburan Islam, selain aktiviti dan pendirian politik Islam.

Sentiasa menonjolkan akhlak Islam yang konsisten di dalam penyebaran maklumat dengan menjauhi penyebaran fitnah, penghinaan terhadap individu, humor melampau dan sebagainya.

Sentiasa menyebarkan akhlak Islam dan berpesan agar pengguna media baru terdidik dengan budaya Islam yang mementingkan akhlak yang cemerlang.

Dengan melaksanakan tuntutan di atas ke arah penggunaan media baru secara berkesan oleh gerakan Islam, segala ancaman dan serangan ke atas Islam akan dapat diatasi dengan lebih baik dan terkawal. Ia menjadi cabaran besar ke atas aktivis gerakan Islam untuk menyempurnakan kewajiban tersebut yang menuntut pengorbanan harta, tenaga dan pemikiran.

Penutup

Peranan besar media baru di dalam mencorak pemikiran masyarakat haruslah dilihat secara positif oleh gerakan Islam. Kita terpaksa mendepani kemajuan sains dan teknologi maklumat secara lebih berani dan bersedia. Di hujungnya, kita berharap untuk melihat media baru akan menjadi senjata utama memartabatkan perjuangan gerakan Islam untuk mengembalikan hak Islam sebagai ugama rasmi dari langit untuk menyusun kehidupan manusia, khalifah Allah di bumi ini.

Media baru mestilah dianggap senjata Allah untuk khalifahNya di medan juang.


Murnikan Perjuangan
Maknakan Kemenangan

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Pengerusi Akademi Tarbiyah DPP Pusat
(Dibentangkan untuk Himpunan Dunia Media Baru oleh DPP Malaysia)


Surat Diplomasi Rasulullah Kepada Raja Dan Pengusa Dunia

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | | Category: | 0 comments


Rasulullah sering berdakwah menggunakan utusan surat kepada raja raja dan penguasa penguasa dunia setelah Islam mulai kuat di Madinah dan mulai berkembang luas ke seluruh penjuru.

Surat-surat berkenaan mengajak raja-raja dan penguasa penguasa dunia menerima agama Islam. Salah seorang sahabat mengatakan ada diantara mereka yang enggan menerima surat-surat tanpa dicop mohor terlebih dahulu, maka Nabi saw memerintahkan para sahabat untuk membuatkan baginya cop mohor. Kemudian dibuatlah cop mohor berupa cincin yang berukiran kalimat “Muhammad Rasulullah“. Cop mohor ini dikenakan Nabi saw di tangan kanan beliau sehingga beliau wafat.


Cop Mohornya:



Semua surat surat Nabi saw yang dikirim kepada raja dan penguasa dunia disambut dengan baik dan sangat dihargai sekali oleh mereka kecuali surat beliau yang dikirim kepada Kaisar atau Khosrau II (Penguasa Persia). Setibanya surat beliau dan sehabis dibaca surat beliau dirobek robek oleh Khosrau. Rasulullah berdoa: “Ya Allah robek robeklah kerajaannya”.

Kalau kita membaca isi surat surat Nabi saw yang dikirim untuk penguasa penguasa dunia kita dapat lihat dengan jelas bahwa Rasulallah saw adalah seseorang yang ahli berdiplomasi dan sangat bijak berpoliitik. Kita dapat melihat bahawa beliau sangat menghargai dan memuliakan kedudukan mereka sebagai penguasa dunia.

Di bawah ini terlampir 4 surat Nabi saw:

Surat Nabi saw untuk Raja Negus (Penguasa Ethiopia):



Isi surat:

Dari Muhammad utusan Islam untuk An-Najasyi, penguasa Abyssinia (Ethiopia). Salam bagimu, sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, dan aku bersaksi bahwa Isa putra Maryam adalah ruh dari Allah yang diciptakan dengan kalimat Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam yang terpilih, baik dan terpelihara. Maka ia hamil kemudian diciptakan Isa dengan tiupan ruh dari-Nya sebagaimana diciptakan Adam dari tanah dengan tangan Nya. Sesungguhnya aku mengajakmu ke jalan Allah. Dan aku telah sampaikan dan menasihatimu maka terimalah nasihatku. Dan salam bagi yang mengikuti petunjuk

Surat Nabi saw untuk Raja Heraclius (Kaisar Romawi):



Isi surat:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dari Muhammad utusan Allah untuk Heraclius Kaisar Romawi yang agung.
Salam bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Salain dari pada itu, sesungguhnya aku mengajak kamu untuk memeluk Islam. Masuklah kamu ke agama Islam maka kamu akan selamat dan peluklah agama Islam maka Allah memberikan pahala bagimu dua kali dan jika kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa orang orang Romawi.

“Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. Al-Imran 64

Surat Nabi saw untuk Raja Khosrau II (Penguasa Persia):



Isi surat:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad utusan Allah untuk Khosrau, penguasa Persia yang agung. Salam bagi orang yang mengikuti petunjuk, beriman kepada Allah dan RasulNya, dan bagi orang yang bersaksi bahwa tidak ada Tuhan kecuali Allah, Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bagi yang bersaksi bawha Muhammad itu hamba Nya dan utusan Nya. Aku mengajakmu kepada panggilan Allah sesungguhnya aku adalah utusan Allah bagi seluruh manusia supaya aku memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat. Jika kamu menolak maka kamu akan menanggung dosa orang orang Majusi.

Surat Nabi saw untuk Al-Muqawqis (Penguasa Mesir):


Isi surat:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad bin Abdullah utusan Allah, untuk al-Muqawqis penguasa Mesir yang agung. Salam bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Selain dari pada itu, aku mengajakmu kepada panggilan Allah. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat dan Allah akan memberikan bagimu pahala dua kali. Jika kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa penduduk Mesir.“.

Setelah al-Muqawqis membaca surat Nabi saw, ia membalas surat baginda dan memberikan kepada baginda dua hadiah. Hadiah pertama berupa dua budak beliau bernama Maria binti Syamu’n al-Qibthiyyah yang dimerdekakan Nabi saw dan menjadi isteri baginda, darinya Rasulullah saw mendapatkan seorang anak yang diberi nama Ibrahim (wafat semasih kecil), nama ini diambil dari nama datuk beliau Nabi Ibrahim as. Dan budak kedua adiknya sendiri Sirin binti Syamu’n Al-Qibthiyyah yang dijodohkan dengan Hassan bin Tsabit ra, sasterawan unggul pada zaman Nabi saw. Hadiah kedua berupa kuda untuk tunggangan baginda.
 

Sunday, January 16, 2011

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Gambar sekitar 20 ribu rakyat Terengganu di program "PAS ganti Umno"

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, January 16, 2011 | Category: | 0 comments




Program: Himpunan Kebangkitan Rakyat, PAS Ganti Umno
Tarikh: 15 Januari 2011 (Sabtu)
Masa: 9 pagi hingga 12 malam
Lokasi: Dataran Tok Guru, Kg Geliga, Kemaman
Anjuran: Badan Perhubungan PAS Terengganu

1. Program di sebelah siang






























(Konvoi anak muda Terengganu dari Daerah Besut (tempat Idris Jusuh) shj mencecai seramai hampir 2000 orang!..klik di SINI utk lihat video..)


(Walaupun pihak berkuasa Kemaman mencabut lebih 500 batang bendera PAS sehari sebelum program berlansung, ia sedikitpun tidak menghalang puluhan ribu rakyat seluruh Terengganu utk hadir pada perhimpunan kali ini..)

2. Program di sebelah malam





















p/s: Suka dimaklumkan di sini..dataran orang ramai ini terbahagi kepada dua bahagian..satu bahagian di depan stage (yang mempunyai conopy/khemah putih)..satu bahagian lagi di sebelah depan stage (yang berlatar belakangkan pokok ru/tepi pantai)..bahagian ini lebih rendah sedikit dari bahagian depan stage..kerana itu gambar dlm posisi menarik sukar diambil kerana hadirin berpecah kpd dua kumpulan (sebahagian berteduh di bawah pokok keranan panas terik)..ada pun malam, gambar clear..

sumber gambar: Priya Malaya , Tinta Hijau Dkb dan lain-lain

Saturday, January 15, 2011

Kita harimau tak perlu diajar mengaum!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Saturday, January 15, 2011 | Category: , | 0 comments

JOHOR BAHRU, 15 Jan: Lebih 300 mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memeriahkan Majlis Pelancaran Jentera Pro Mahasiswa UTM walaupun hujan renyai-renyai turun membasahi bumi UTM Skudai.
Majlis yang pada asalnya dirancang untuk diadakan di hadapan bilik 24 jam PSZ telah ditukar ke Dataran Agora bagi menghormati permintaan pejabat Hal Ehwal Mahasiswa.
Walau bagaimanapun, disebabkan hujan turun, tempat majlis itu dipindahkan sekali lagi di hadapan Masjid Sultan Ismail.
Hujan yang turun tidak menghalang warga kampus termasuk staf dan pensyarah untuk hadir mendengar ucapan pemimpin mahasiswa.
Dalam majlis ringkas itu, Pengerusi Pro Mahasiswa UTM, Leftenan Muda Ku Abdul Muhyi telah menyampaikan penerangan berkenaan moto ‘Pro Mahasiswa Pro Universiti’ yang akan diguna pakai oleh jentera Pro Mahasiswa dalam pilihan raya kampus akan datang.
“Kita kena sedar bahawa kita sekarang mendokong aspirasi universiti, mendokong gagasan Datuk Naib Canselor dalam memacu UTM ke mata dunia. Kita akan menyokong apa yang baik dan mengkritik apa yang tidak baik,” ujarnya.
Menurut beliau lagi, Pro Mahasiswa Pro Universiti bukan bermaksud pro kepada mana-mana pihak sebaliknya akan bersama-sama semua pihak yang ingin menjayakan gagasan universiti yang ada pada hari ini.
Beliau juga mengingatkan kepada seluruh mahasiswa agar tidak takut untuk bersama Pro Mahasiswa atas dasar gagasan yang dibawa oleh Pro Mahasiswa tidak bercanggah dengan visi dan misi universiti.
Berikutan kes ugut senior yang disahkan sebagai salah seorang penggerak utama Evolusi UTM ke atas aktivis ProM Tahun 1, Ku Abdul Muhyi juga mengingatkan kepada mana-mana pihak agar tidak mencabar Pro Mahasiswa dengan bertindak sesuka hati tanpa mengikut peraturan.
“Jangan cabar kita. Kita adalah harimau yang tidak perlu diajar untuk mengaum,” tegasnya.
Turut berucap petang tadi ialah dua orang wakil duta Pro Mahasiswa yang baru dilantik iaitu Munzir Musa dan Saudari Khairulwafa’.
Sokongan mahasiswa kepada Pro Mahasiswa dilihat semakin meningkat dan dijangka memberi harapan cerah untuk gelombang oren menawan UTM.

Wednesday, January 12, 2011

Nadi BARU Rakyat Marhaein : 2011 Mahasiswa Negara Kembali Berkuasa!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Wednesday, January 12, 2011 | Category: | 0 comments












Assalamualaikum...


Terbukanya pemikiran ialah kerana ianya seperti payung , payung akan berfungsi apabila dibuka...begitu juga dengan minda , minda akan berfungsi apabila di buka...minda ibarat payung dan penciptaan payung anugerah ilham dari Allah S.W.T yang dikurniakan akal dan fikiran.


Siapa Mahasiswa? , Mahasiswa ataupun Maharajalela adalah orang yang berbeza, itu kenyataan yang PASti!

Mahasiswa Negara adalah dikhususkan kepada Rakyat Malaysia yang lahir di malaysia mempunyai Surat beranak , dan logik akalnya sudah mempunyai Kad pengenalan "bermutu tinggi" , Mereka mempunyai Hak yang Sama seperti rakyat Malaysia yang lain seperti termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.





Satu yang mengesankan..apabila Mahasiswa diberikan Hak yang TELAH-DIREKA hanya disebabkan mereka memasuki pusat-pusat pengajian ..iaitu HAK untuk TIDAK BERSUARA secara BEBAS dan HAK supaya TIDAK MENGKRITIK pusat-pusat pengajian ...HAK itu diberikan secara terus oleh ADMIN-ADMIN universiti yang  AMAT TAKUT dengan GEMA MAHASISWA.


Hanya kerana memasuki pusat pengajian tinggi , maka mereka mestilah seperti burung kakak tua , angguk-angguk sahaja....bagi sesetengah PIMPINAN TERTINGGI rektor-rektor KAMPUS , mereka menyangka bahawa mereka mempunyai ALAT KAWALAN untuk mengawal mahasiswa...tekan sahaja butang khas yang disediakan..maka mahasiswa itu berhak disingkirkan kerana SUARANYA ,tekan butang sahaja , maka mahasiswa itu berhak ditarik peluang zakatnya , tekan sahaja remote itu maka mahasiswa itu bakal digantung kerana GEMA SUARA nya agak kuat melebihi gema suara pensyarah kakak tua di dalam bilik kuliah.





Ada button paling istimewa dimana mahasiswa boleh secara otomatik dibicarakan kerana terlibat di dalam POLITIK ..ini adalah button yang paling otomatik dan paling digemari oleh tangan-tangan kotor berlumpur si burung kakak tua...oh burung kakak tua ada tangan? - benarlah mahasiswa SELALU dituduh hanya pandai berimaginasi!


Bagi burung kakak tua , angguk- angguk ,  jika boleh mahasiswa hanya memakan sebiji pil setiap hari dan terus mengenyangkan!..mereka tidak perlu membeli tepung , minyak masak , beras , gula bawang dan barang keperluan...mahasiswa tidak akan terjejas dengan dunia luar RAKYAT MARHAEIN lagi..mereka tiada kesan lansung keatas ekonomi RAKYAT MAEHAEIN , ada mahasiswa belaan yang dipanggil burung kakak muda yang percaya dengan mitos ini....amat kasihan...bukan sahaja PIL KENYANG yang diformulakan itu belum kelihatan...malah mahasiswa burung kakak muda dilihat sama sahaja memakan nasi goreng yang harganya dibayar sama seperti harga NASI GORENG rakyat marhaein




Anehnya mahasiswa semakin "berperangai pelik" menjelang tahun 2011 , paling pelik ialah sebuah pusat pengajian tinggi  di Negeri Kedah  di bawah Menteri Besarnya memberikan elaun sara hidup percuma sebanyak RM1,150  setiap semester dan mengumpulkan mahasiswa di INSANIAH hanya semata-mata ingin mendengar GEMA SUARA mahasiswa..Mahasiswa dipersilakan untuk BERGEMA . Bukan sahaja mahasiswa berperangai pelik tetapi Menteri Besar Kedah juga terkena Aura pelik itu.Beliau mengucapkan tahniah kerana Mahasiswa berani BERGEMA! , malah GEMA SUARA ini tidak memantul di dinding kosong seperti di tempat lain , sebaliknya disertai oleh ADMIN-ADMIN yang mendengar secara TERUS  dan mempersilakan pula wakil-wakil mahasiswa untuk bergema diatas pentas!http://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=647%3Amb-gembira-pelajar-insaniah-berani-bersuara&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=ms

Perkara pelik biasanya mendapat sambutan yang hangat!


Tahun 2011 menyaksikan lebih banyak GEMA SUARA Mahasiswa kedengaran , burung kakak tua tidak mampu lagi "mendengar" gema: yang boleh merosakkan gegendang telinganya....Satu yang mengesankan dan melucukan ada burung kakak tua yang cemburu kerana belum lagi konvokesyen, mereka kelihatan seperti lebih pandai dari dirinya yang mempunyai PHD luar negara!

Tempurung yang selungkup mahasiswa kini pecah berderai...tempurung itu tidak mampu menahan GEMA SUARA mahasiswa yang terlalu kuat auranya! tidak pernah dalam sejarah tempurung ini pecah berderai menjadi debu-debu berterbangan , paling dahsyat pun hanya merekah sahaja!


MAHASISWA ADALAH NADI RAKYAT MARHAEIN - ayat yang paling tidak selesa didengar oleh sekumpulan kakak tua! , MAHASISWA BERSAMA RAKYAT - oh ayat ini terlalu hina untuk didengar oleh burung kakak tua yang seperti spring melekat ditengoloknya yang hanya angguk-angguk sahaja...


Kini Rakyat Marhaein umpama urat nadi dan darah bersama Mahasiswa..terlalu dekat untuk dipisahkan , dan nadi ini semakin berdenyut kencang...semakin lancar perjalanan darah...semakin bertenaga GEMAnya!


Kerana mahasiswa keluaran 2011 adalah yang paling cerdik dalam sejarah GEMANYA , mereka tahu mahasiswa itu hanya gelaran pinjaman beberapa tahun sahaja.Selepas dari itu mereka akan bergelar RAKYAT MARHAEIN! , burung kakak muda juga akan sedar akhirnya PIL KENYANG hanyalah omongan kosong di dalam makmal mimpi , semuanya akan berhadapan dengan minyak petrol untuk diisi , minyak masak , sayur , daging ,dan semua keperluannya ....mereka tidak boleh melanjutkan lagi hutang puluhan ribuan ringgit yang ditanggung ketika mula-mula keluar untuk menjadi rakyat marhaein.


Pada Tahun 2011 , Mahasiswa Negara Kembali Berkuasa , mereka juga RAKYAT MARHAEIN dan bukan anak patung comel yang boleh dipermainkan.Jika ada tuan-puan melihat mereka ini berpadu dengan GEMA SUARANYA....maka usahlah runsing dan risau kerana mereka bukannya kumpulan koir yang ditaja , kerana mereka juga RAKYAT MARHAEIN!


Dipersilakan Copy & Paste : Credit http://u-jam.blogspot.com/2011/01/nadi-baru-rakyat-marhaein-2011.html
Arikel Asal Penulis : Chief Moderator U-jamV3.0