Tuesday, November 22, 2011
Surat Rasulullah S.A.W kepada Golongan JIN
Thursday, November 17, 2011
Orang Melayu Gedik Lebih , Orang Korea Baca Quran!
10 AKTIVIS PAS SABAH DI TAHAN DI BAWAH ISA
10 AKTIVIS PAS SABAH DI TAHAN DI BAWAH ISA
Oleh : MOHD AMINUDDIN ALING
MASYARAKAT seluruh Tawau tergempar dengan berita penangkapan 10 pendakwah dan aktivis Islam di Tawau pada hari Isnin 14 November 2011.
PAS Sabah mohon supaya pihak polis mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar supaya berita ini tidak disalah tafsir dan akan menimbulkan pelbagai sangkaan buruk terhadap setiap orang yang ditangkap.
Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman bin Omar. Keluarga/Waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA).
Penangkapan tanpa waran, tanpa notis atau dimaklumkan dilakukan di hadapan isteri dan anak-anak terlalu tragis. Situasi ini dilakukan oleh pihak polis yang lengkap bersenjata dengan cara yang kasar bagai satu rompakan dan dirampas beberapa komputer riba (laptop) dan sejumlah wang tunai.
Baru sahaja Perdana Menteri menghebahkan dengan gahnya bahawa ISA akan dimansuhkan kini kelegaan rakyat dikejutkan dengan tangkapan ISA. Di manakah kesungguhan Perdana Menteri,? Jujurkah beliau semasa membuat kenyataan pamansuhan ISA? Kini AKTA ISA yang ’draconian’ (mengerikan) itu menjelma kembali.


NOTIS....Notis tangkapan ini diserahkan kepada keluarga mangsa.
Antara yang ditangkap adalah pendakwah yang disegani di seluruh Tawau. Apakah tangkapan ini menunjukkan sikap ’bengis’ kerajaan (UMNO-BN) terhadap kerja-kerja Islam? Masyarakat yang sakit moral kini sangat perlukan pendakwah kenapa mereka ditangkap. Anehnya pembawa punca keruntuhan akhlak dan moral dibiar berleluasa. tanpa tindakan yang proaktif.
PAS Sabah sangat dukacita dan kesal terhadap tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan yang akan menyebabkan porak-poranda kepada seluruh keluarga orang-orang yang ditahan dan sekali gus memberi kesan atau impak yang negatif terhadap masa hadapan anak-anak mereka.
PAS Sabah menuntut, supaya semua tahanan tersebut dibebaskan serta merta tanpa syarat.
(NOTA : Mohd. Aminuddin Aling ialah Pesuruhjaya PAS Sabah) -sabahkini
Lamar Daku Walau Dengan Sebentuk Cincin Besi!
Assalamualaikum W.B.T Sahabat-sahabat U-jam
~ Berikut ada sepotong hadis yang dipinta oleh seorang sahabiah agar dibaca oleh orang yang mahu melamarnya ~ Wallahu'alam
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 2554
Hadis Sahl bin Saad r.a:
Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata: Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya.
Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin. Sahabat menjawab: Tidak ada! Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin. Lantas sahabat tersebut pulang,
kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata:
Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin.
Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi. Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya
(Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut. Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit.
Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai. Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun.
Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran? Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini.
Sahabat berkenaan menghitungnya, Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz
Sunday, November 13, 2011
Hantu pun Naik Serabut!
Bila ditanya kepada pengarah alasan yang biasa diberi ialah untuk mendidik para penonton dan untuk membuktikan pengarah Malaysia juga setaraf dengan pengarah filem di luar..come on lah bro..!!! korang ingat penonton yang masuk panggung wayang tu dah set minda diaorang awal2 ke dari rumah nak tengok filem dengan niat untuk mendidik jiwa dan sanubari..???
Baru2 ni isu kalimah syahadah yang diucapkan oleh Zizan dalm filem Hantu Bonceng..maka, Pemuda PAS Pusat pun dengan bergayanya pergi berjumpa dengan Zizan dan lepas tu keluarkan statement isu ni setle..wa pun dengan rasa berat hati tengoklah filem tu sendiri untuk mendapatkan kepastian..apa yang wa lihat dalam filem tu bukan setakat isu kalimah syahadah je dimainkan tetapi banyak lagi unsur2 terpesong yang ditunjukkan dalam filem tu..
- Scene Zizan dengan member dia insaf sambil nangis2 depan imam masjid sebab menyesal dengan perbuatan diorang...dah insaf punya insaf lepas tu apa yang Zizan buat..? pergi dating pegang2 tangan awek..insaf ke tu..???
- Watak "Perempuan Anak Tok Imam" adalah watak yang paling teruk sekali memperbodohkan orang melayu..ada waktu dia bertudung dan ada waktu dia tak bertudung..ada satu scene perempuan tu mengaku "Saya kuat pegangan agama" tapi waktu yang sama rambut dia terdedah dengan baju ketat menampakkan tubuh..so..??
- Zizan selepas mendapat hidayah mulut dengan pantas mengucapkan Syukur Alhamdulillah..tetapi perkara pertama yang dia buat bila dia nak tolong adik kepada "Hantu Bonceng" adalah, ajak gadis itu duduk sekali dengan dia..apa ni..?????
- Itu belum dikira lagi mesej-mesej halus yang cuba mempermainkan imej orang Tabligh atau sunnah Nabi yang jadi bahan lawak member si Zizan tu..
Banyak lagi yang wa boleh ulas tentang filem2 hantu lain tapi rasa menyampah sakit hati plak..OK,mungkin ada yang akan cakap..rilek lah bro Rock Halal..jangan ambil serius isu2 ni..pada wa ianya serius!!!! kerana melibatkan maruah agama dan bangsa wa..korang tak malu ke bila ada masyarakat luar yang akan mentafsir budaya dan cara hidup kita adalah sama seperti dalam filem2 tu..?? pihak FINAS pula pernah buat slogan masa dulu iaitu.."Filem Kita Wajah Kita" sila campak jauh slogan seperti itu kerana pada wa filem kita banyak memperbodohkan masyarakat..!!
David Teo dan Ahmad Idham..sila duduk termenung dan tolong fikirkan..
Ahmad Idham sudah pun mengarah lebih 20 filem (23 tak silap wa) Steven Spielberg pula dari dulu sehingga sekarang baru sahaja mengarah 36 buah filem.. dengan jumlah yang sedia ada...Ahmad Idham mungkin akan menghasilkan lebih banyak filem berbanding Steven Spielberg..jika berterusan dengan cara seperti ini, pada wa ianya adalah satu perkara yang menakutkan..sungguh..!!
Wednesday, November 9, 2011
E-Usrah : "Mengepung Dunia Dengan Kebaikan "
Usrah Umum Online (UUO) 5 "Tip: Urus Wang Dan Harta Untuk Ke Syurga"
Wednesday, November 9, 2011 8:30 PM - 10:45 PM
Monday, November 7, 2011
Tribute : Iklan Jabatan Amal Malaysia!
Tribute To : Spyware Hacker >>> in Collaboration With < Kelab Grafik Designer U-jam> < https://www.facebook.com/groups/192370114136105/
Bantu iklan Sahabat : Tasbih Digital
http://muslimbrand.blogspot.com/2011/11/digital-zikr-pengedar-diperlukan.html










