[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

Perihal Zakat Fitrah

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, September 7, 2010 | Category: | 0 comments

oleh Abu Musaddad

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

zakat fitrahBERZAKAT. Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke 24 kita berpuasa. Mungkin di saat ini pelbagai persiapan telah dilakukan bagi menyambut hari lebaran tidak lama lagi. Di dalam kegairahan persiapan menyambut hari raya, jangan kita lupa tentang kewajipan berzakat. Sudahkah anda menunaikan kewajipan zakat fitrah? Mengeluarkan zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima. Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat : 110 yang bermaksud :

“Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.”

Manakala menurut hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar :

“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”

Al-Quran dan Sunnah sentiasa menyebutkan solat dan zakat secara beriringan untuk menggambarkan betapa kuatnya hubungan antara kedua-dua amalan itu. Juga untuk menegaskan tidak akan sempurna Islam seseorang jika mengabaikan kedua-duanya atau salah satu daripadanya.

Al-Quran menyebut, menunaikan zakat adalah sifat orang beriman yang baik, bertakwa dan suka menderma. Zakat salah satu tanda keimanan dan bukti keikhlasan seseorang.

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat fitrah ialah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri mengikut peraturan yang ditetapkan.

Syarat-syarat Wajib Zakat Fitrah

  1. Mestilah ia seorang Islam dan Merdeka.
  2. Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajibnya zakat Fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada akhir Bulan Ramadhan. Tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau bagi seorang muallaf yang baru memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari akhir Ramadhan.

Waktu Membayar Zakat Fitrah

  1. Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
  2. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  3. Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
  4. Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
  5. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah

  1. Kadar bayaran mengikut cara asal ialah segantang Baghdad makanan asasi seperti beras atau
  2. Kadar mengikut timbangan 2.27 kilogram (bersamaan segantang Baghdad).
  3. Nilai ringgit mengikut kadar sekarang – RM6.00 bagi tahun 1430H/ 2009M ( Sarawak) – sila rujuk ketetapan yang telah diputuskan oleh negeri masing-masing )

Nota Peringatan:
Kadar zakat Fitrah akan berubah dari semasa ke semasa bagi mereka yang mengeluarkan Zakat Fitrah menggunakan wang bagi menggantikan beras iaitu mengikut harga beras semasa ( makanan asasi) yang akan ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Jika mengeluarkannya dengan beras ( makanan asasi ) sukatan atau timbangannya tidak berubah.

Lafaz/niat Ketika Mengeluarkan Zakat Fitrah

  1. Bagi Diri Sendiri: “Inilah beras fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala” , jika tidak dikeluarkan dengan beras. sebaliknya jika menggantikannya dengan wang niatnya seperti berikut – “Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  2. Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan: “Inilah beras fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala” , jika dikeluarkan dengan beras. Sebaliknya jika digantikan dengan wang niat seperti berikut “Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  3. Mengeluarkan Zakat Fitrah bagi pihak orang lain: (wakil) “Inilah beras fitrah yang wajib bagi ………….(sebutkan nama)………………….pada tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala.” jika dikeluarkan dengan beras. sekiranya tidak dikeluarkan dengan beras tetapi digantikan dengan wang lafaznya seperti berikut: “Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi …………(sebutkan nama)……… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala”.

Justeru itu, antara hikmah kita diwajibkan berzakat ialah satu saranan yang boleh menolong fakir miskin. Dengan zakat kita boleh menolong orang miskin supaya dapat melaksanakan perintah Allah dan mengerjakan amal ibadat.

Selain itu, zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam). Wallahu a’lam. Sekian terima kasih.

Tanjong Manis, Sarawak
Isnin
14 September 2009H/ 24 Ramadhan 1430H
http://ibnismail.wordpress.com

Monday, September 6, 2010

Iftar Jamaei AMAL

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, September 6, 2010 | Category: , | 0 comments

Saturday, September 4, 2010

Program Super Meriah Tahap yang X Dapat Dilepaskan!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Saturday, September 4, 2010 | Category: , | 0 comments


Jom kite beramai-ramai!Jom kite beramai-ramai!Jom kite beramai-ramai!Jom kite beramai-ramai!Jom kite beramai-ramai!Jom kite beramai-ramai!Jom kite beramai-ramai!

Selangor Anjur Sahur Perdana Bersama Pemimpin Tertinggi KEADILAN, PAS

SHAH ALAM 3 Sept - Kerajaan Negeri Selangor buat pertama kalinya menganjurkan Majlis Sahur Perdana yang akan diadakan esok di Kompleks Belia dan Kebudayaan negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam.

Menurut Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali, majilis ini merupakan salah satu pengisian Ehya' Ramadhan yang kini begitu rancak berjalan di seluruh 531 masjid dan 1980 surau di seluruh Selangor.

Ini tidak termasuk program Ehya’ Ramadhan anjuran berbagai pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan lain.

"Majlis ini disamping membina kekuatan dalaman serta penyucian jiwa juga bertujuan untuk menghimpun umat Islam khasnya dalam satu perhimpunan untuk sama-sama mengabdikan diri kepada Allah SWT disamping menemukan dalam suasana yang syahdu diantara pemimpin dengan berbagai golongan rakyat," kata Dr Hassan dalam satu kenyataan.

Majlis Sahur Perdana tersebut akan diisi dengan Qiyamullail, makan sahur bersama, Solat Subuh berjamaah serta siri ucapan tetamu-tetamu yang dijemput khas seperti Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Pejabat Exco Hal Ehwal Islam yang bertanggungjawab menerajui program ini yakin bahawa program yang julung-julung kalinya diadakan di negeri ini akan mendapat sambutan hangat di luar dugaan.

"Ini memandangkan program yang sama berskala lebih kecil yang diadakan di Gombak dua minggu yang lalu menerima kehadiran mencecah 2,000 orang," tambah beliau.

Dr Hassan membayangkan sekiranya majlis ini berjaya ianya akan dijadikan acara tahunan dengan merangkumi kesemua 9 daerah di dalam negeri ini.

"Usaha seperti ini adalah untuk menjelmakan satu lagi budaya kecil dalam kehidupan masyarakat bagi menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap," tambah beliau.


1. Alhamdulillah, dengan jayanya sudah menghadiri Majlis Sahur Perdana Negeri Selangor 2010.

2. Tidak pernah ada mana2 kerajaan negeri di Malaysia mahupun KERAJAAN PUSAT menganjurkan Majlis SAHUR Perdana. Setakat ni cuma majlis berbuka puasa je.

3. Aku kagum dengan ramainya jemaah membanjiri Kompleks Belia seawal pukul 4 pagi untuk mengerjakan solat sunat tahajud secara berjemaah. Kemudiannya jemaah berzikir memuji kebesaran Allah dan mengharapkan keampunan sempena akhir Ramadhan. Doa yang dibacakan imam solat sunat hajat cukup bermakna dan memberi jemaah semangat baru untuk sama-sama berjuang dan diberi semangat jihad untuk memartabatkan Islam di Malaysia.

4. Pemimpin-pemimpin negeri yang hadir bersama-sama rakyat ialah Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor), YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam), YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa (Ahli Parlimen PAS Bachok dan ada lagi (yang aku x berapa nak ingat). Sepatutnya Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang hadir sekali. Tapi atas sebab2 tertentu terpaksa di-cancel. Ada hal lain yang lebih perlu diberi prioriti. DS Anwar Ibrahim pun aku ingatkan datang. Tapi x dpt dtg...

5. Insyaallah, aku suka dgn program2 sebegini. Bak kata Ustaz Nasharuddin, politik Islam ialah apabila pemimpin menggunakan kuasa untuk mendekatkan rakyat kepada Allah.

6. Sekiranya 6000 orang sanggup hadir berjemaah solat tahajud dan solat subuh atas anjuran pemimpin negeri, diharapkan pemimpin2 negeri buat lebih banyak program2 sebegini supaya rakyat TERLATIH untuk turun subuh berjemaah. Palestin hanya akan dpt ditawan oleh umat Islam sekiranya bilangan umat Islam yang pergi solat subuh secara berjemaah sama bilangannya dgn jemaah solat jumaat.

7. Penghargaan istimewa kepada Atiff, Aizuddin, Hafiz, and Din sbb pergi bersama2 pagi tadi. Syukur ada kereta kelisa yang tumpangkan pagi tadi...alhamdulillah.

8. Burulah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan. Malam yang lebih baik dr seribu bukan. Special untuk umat Muhammad SAW je...


Pasangan yang bergelap kian pupus?

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | | Category: , | 5 comments






Ismail Hashim

SHAH ALAM, 1 Sept: Keadaan sunyi sepi di Taman Tasik, dekat sini selepas jam 12 tengah malam semalam sebaik tamat laungan golongan muda menyambut tarikh kemerdekaan negara ke-53 membawa makna besar kepada pemerintahan Pakatan Rakyat.

Tinjauan sehingga 4 pagi mendapati tidak terdapat pasangan yang berdua-duaan di dalam gelap atas kerusi di bawah pokok menjadikan malam 21 Ramadhan berlangsung aman damai sehinggalah ke subuh hari.

Namun senario itu bukan terjadi dengan sendirinya tetapi ia adalah gabungan dari banyak usaha Kerajaan Negeri Selangor selama ini yang mengutamakan pembangunan modal insan yang dilaksanakan dalam program SPIES, sebagai contoh.

Malam tadi bermula jam 2 pagi, lebih dari 1,000 sukarelawan dari 24 bergabung tenaga untuk bertemu dengan semua pasangan dengan memberikan risalah berkaitan dengan fakta kelahiran luar nikah dan buang bayi.

Mereka bergerak di beberapa tempat tumputan golongan remaja yang sering berkumpul dan ada yang melampiaskan nafsu keinginan badaniah secara tidak halal antaranya di Sunway Paramid, Taman Tasik Shah Alam, Uptown Shah Alam, Dataran Shah Alam dan Dataran Kemerdekaan Shah Alam serta Tanjung Harapan, Pengkalan Batu di Klang.

Sebaik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melancarkan Gerakan Kempen Anti Zina kepada Orang Islam Selangor selepas merasmikan Sambutan Kemerdekaan dan Penghayatan Ramadhan 2010 di I-City, kumpulan-kumpulan duta kasih sayang itu pun diberi taklimat dan bergerak.

Sepatah kata Khalid, inilah pertama kali gerakan seumpama ini dilakukan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor yang ditujukan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam juga diharapkan dapat menjauhi perbuatan begitu.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, merdeka holistik yang diharapkan meliputi kejayaan memerdekakan minda, fizikal dan spiritual.

Menurut Pengarah Kempen Anti Zina 2010, Aszmi Anuar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjaama terbaik sehingga program berjalan dengan lancar.

"Meskipun gerakan kita dengan 24 NGO namun ada juga kumpulan yang bergerak dahulu menjadikan jumlah kumpulan yang bersama malam tadi sekitar 40 NGO dan ini merupakan satu kejayaan bersama.

"Kita berikan mereka peringatan kepada anak-anak muda itu, ramai yang menerima dengan baik dan pulang, namun ada juga yang melawan sebab mereka berhujah, 'ibu bapa benarkan mereka keluar dengan pakaian singkat'.

"Kerjasama pihak polis, MBSA dan Jais malam tadi serta sokongan banyak pihak dapat kita basmikan gejala sosial yang kini banyak menimbulkan anak luar nikah dan buang bayi, inilah gerakan anti zina yang menjadi matlamat agar masyarakat menjadi lebih baik selepas ini," tegasnya.

Sunday, August 29, 2010

Misteri 10 Malam Akhir Ramadhan

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, August 29, 2010 | Category: | 3 comments






Sepanjang perjalanan ...mengajak sahabat2 untuk bersama-sama iktikaf 10 hari terakhir di Masjid ataupun madrasah..dan mengapa ke sana..tentunya banyak ganjaran yang jika dapat dilihat maka seseoarang itu sanggup merangkak untuk mendapatkan tangga masjid...marilah sahabat2 kita iktikaf di masjid dan surau..di Shah Alam...ana minat iktikaf di surau seksyen 7 (hadapan bintang) kerana ianya transit jemaah seluruh negara sebelum mereka meneruskan perjalanan musafir ..jika di selatan thailand , madrasah di kelisa juga baik dengan suasana kampung ...di kuala lumpur sendiri..banyak persinggahan....malah masjid negara sendiri boleh dijadikan lokasi penting...dan di kemboja..iktikaf di bawah pondok rumbia agak baik untuk usaha mujahadah...namun ianya tidak sehebat di khmer dan sempadan burma dimana hanya beralaskan tanah dan kanvas yang panas...dengan sumber air yang terhad dijadikan kawasan lapang yang tandus sebagai musolla...dan beriktikaflah...makanan dan minuman tidak sehebat di pasar2 ramadhan..makan apa sahaja yang halal dan ketika itu keberkatan sebutir buah tamar dan segelas air sungai sudah cukup melegakan!

Lihat ..masjid kita ..surau kita ..dengan air-cond dengan air paip yang sentiasa mengalir..dengan lambakan kueh mueh untuk moreh dengan karpet tebal...nak ke masjid pula boleh dipilih nak naik motor yang mana..nak naik kereta yang mana..walaupun jaraknya hanya 500 meter...disini...berjalan kaki sejauh 2-3 kilometer, hanya destinasinya sebuah khemah kanvas berlantaikan tanah keras..tiada lebihan kueh mueh untuk moreh..hanya tapisan air hujan dan air sungai yang siap dimasak dengan dapur kayu..daun2 teh segar dari bukit berdekatan dan tiada gula..jika bernasib baik..buah tamar gred yang paling murah sebagai pakej.

Ana belum kesempatan ke Pakistan pada ketika ini sahabat2 dan saudara mara kita berbuka dengan siapa?..dengan apa?....bagaimana keadaan mereka?

Dan ketika ini sahabat2 kita di malaysia sedang rehat2 di hadapan laptop..menghabiskan masa senggang dengan apa jua xtivt laptop...sekejap lagi ke baazar memilih juadah,,,dan ketika ini disebuah khemah pelarian..saudara kita belum sempat memikirkan juadah berbuka kerana sibuk meyelak2 al-quran lusuh yang boleh lagi dibaca hurufnya..pada ketika panas terik...3 butir kurma yang ada di dalam kocek bajunnya sentiasa tersedia takut2 terlalu asyik membaca quran hingga tidak sedar waktu berbuka...

Salam ikhlas kami di perantauan musafir....

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ikhwani fiddien rahimakumullah

Dari ‘Aisyah ra katanya: “Sesungguhnya Nabi saw i’tikaf pada tiap-tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadhan hingga beliau wafat. Kemudian istri-istri beliau meneruskan i’tikaf seperti itu sesudah beliau wafat.” (HR Muslim)

Dari ‘Aisyah ra, ia berkata: “Apabila telah masuk sepuluh yang akhir pada bulan Ramadhan, Nabi saw lebih giat beribadah pada malam-malamnya. Beliau membangunkan keluarganya dan beliau lebih tekun. Beliau kencangkan ikat sarungnya (menjauhi istrinya untuk lebih mendekati Allah?).” (HR Muslim)

Banyak yang bertanya: Mengapa ada sunnah Rasulullah saw untuk i’tikaf 10 hari akhir Ramadhan? Kalau semua Muslim meksanakannya apa akan terjadi. Masjid-masjid akan penuh dan roda pemerintahan akan terhenti selama 10 hari, karena semua orang akan memadati masjid dan berhenti bekerja.

Jawabannya sederhana. Ketika ummat Islam melaksanakan shalat lima waktu dengan berjama’ah di masjid atau shalat jum’at, ketika ummat Islam berpuasa, ketika pelaksanaan hajji ke Makkah dan contoh yang lain apakah roda pemerintahan akan terhenti? Realitanya hal itu tidak pernah terjadi. Maka pertanyaan semacam itu jelas pertanyaan yang mengada-ada dan berlindung di balik kalimat ‘kalau’ yang hal ini sangat disukai oleh syaitan.

Adapun hakekat dari i’tikaf itu, ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibu Abbas RA, bahwa Rasulullah bersabda kepada para mu’takifin (orang orang yang beritikaf): “Orang yang beri’tikaf itu, dia berhenti melaksanakan dosa dosa, dan pahala amal yang biasa dikerjakan sebelum dia beri’tikaf akan mengalir terus kepadanya.” (HR Ibnu Majah).

Hikmah hadis ini ialah :

1. Dengan itikaf seseorang akan terjaga dari perbuatan maksiat. Sedangkan maksiat itu seperti perkataan imam Ibnul Qoyyim ialah racun dalam kehidupan yang bisa mematikan seseorang atau melemahkannya atau mengurangi kekuatan dirinya, sedangkan taubat merupakan obat di dalam kehidupan, tiap tiap kali orang bertaubat maka kesehatan dan kehidupannya akan terus terpelihara dan hal yang seperti ini dapat dilaksanakan dengan selapang lapangnya di saat seseorang mengkhususkan dirinya beritikaf 10 hari di bulan ramadhan. Sehingga apabila seseorang itu telah beritikaf selama 10 hari akhir Ramadhan, diharapkan kesehatan rohani dan jasmaninya akan menjadi normal dan pulih secara keseluruhan yang dapat menjadi bekalannya menghadapi kehidupan 1 tahun mendatang.

2. Secara lahiriah orang beritikaf kelihatannya rugi karena tidak mengerjakan amalan-amalan lainnya, seperti bekerja mencari penghasilan, menjenguk orang sakit, mengantarkan jenazah, memenuhi hajat orang lain, dan sebagainya. Dengan hadis di atas amal kebaikan yang biasa dia lakukan itu justru ia mendapatkan keseluruhannya karena dia melaksanakan i’tikaf, dan inilah kemuliaan bagi seorang mukmin.

Dua hikmah inilah yang kadang-kadang tidak terlihat oleh mata, kecuali dengan keimanan yang sempurna, itulah hikmah sunnah nabi yang tidak pernah meninggalkan itikaf 10 hari dibulan ramadhan, bahkan pada tahun kematian beliau, beliau beritikaf selama 20 hari dibulan ramadhan.

Dan ada lagi satu hikmah yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang beri’tikaf dengan benar mengikuti sunnah rosul yaitu kenikmatan rohani yang tidak bisa diuraikan, yaitu ketika seorang mengingat dosanya menetes air matanya, ketika seorang bersujud lama bagaikan terbenam wajahnya ke dalam tanah sambil dia memanjatkan doa, dan disaat menadahkan tangannya sambil munajat di sana terdapat kebahagiaan yang hakiki yang tidak pernah ditemui oleh orang yang tidak beri’tikaf. Kenikmatan rohani ini jauh lebih baik dari kenikmatan jasmani.

Oleh karena itu kepada ikhwani yang dirahmati Allah dan kepada mukminin mukminat, mujahidin dan mujahidah yang belum berpeluang sampai hari ini untuk melaksanakan ibadah yang mulia ini (i’tikaf 10 hari dibulan ramadhan), marilah dan datangilah masjid-masjid yang mengadakan i’tikaf sesuai sunnah Rasulullah saw. InsyaAllah dia akan mendapatkan keberkatan dan rahmat Allah akan meliputinya dalam kegiatan seperti qiyamullail, zikrullah, tadarrus Alquran, thalabul ilmi, dan majelis tazkirah.

Abu Muhammad Jibriel,

Masjid Al Munawwarah, Witana Harja, Pamulang