[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Thursday, December 9, 2010

Kronologi isu air selangor

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Thursday, December 9, 2010 | Category: |

KRONOLOGI DEMO ANTI PENSWASTAAN AIR (not LIVE but EXCLUSIVE)

mahsyul ehsan dari : http://dakwatbasah.blogspot.com/2010/12/kronologi-demo-anti-penswastaan-air-not.html

entry ini panjang, lebih panjang dari barisan FRU yang berbaris membantai kami!

5 december 2010
Masjid Negara, Kuala Lumpur.

5.40 am : saya tiba di Masjid Negara. Tidak ada sekatan jalan yang dilakukan. Selepas solat subuh berjemaah, saya masuk ke tandas untuk menukar baju melayu kepada baju merah. Keluar dari tandas, beberapa petugas masjid menjeling tajam ke arah saya dan mula berbisik.

7.15 am : saya memandu keluar untuk bersarapan. Di belakang masjid ialah kawasan parking bas yang luas. Ada orang menjual makanan disitu. Bas-bas yang membawa orang ramai untuk majlis tarian 1 Malaysia (Dataran Merdeka) semua parking disini.

7.36 am : belum sempat rokok habis dihisap, jalan di hadapan parking bergegar. lebih kurang 5 buah trak FRU lengkap dengan anggota dan 3 buah trak water cannon berpusing di kawasan parking. Saya yang berbaju merah amat menarik perhatian mereka, kebetulan beberapa orang pemandu bas yang membeli makanan juga berbaju merah. Saya melihat jelingan tajam anggota FRU. kenderaan berat ini kemudiannya parking di perkarangan masjid dan kon bertulis POLIS disusun di tepi jalan.


7.59 am: anggota polis bermotosikal mula tiba. mereka membuat U-turn dihadapan masjid, iaitu ditempat yang diharamkan U-turn (ikut undang2 JPJ) iaitu jalan sehala. Seorang anggota polis berjalan kaki meronda kawasan dalam masjid.

8.05 am : 5 buah trak black maria dan 3 buah jip polis sarat dengan anggota melalui jalan besar di hadapan masjid. Di tingkat bawah, 3 orang anggota polis meronda kawasan masjid, berkemungkinan mencari 'tandas'. Lebih ramai anggota polis bermotosikal tiba ~ sebuah motor, 2 anggota, dipercayai untuk menjimatkan minyak.

8.20 am : Kereta peronda polis berjenama proton waja mengelilingi jalan di sekeliling kawasan masjid. Dari atas bukit belakang, bawah bukit, tepi, kiri, kanan, jalan besar, jalan kecil ~ tunjukkan saya jalan yang tidak dilaluinya!

8.30 am : Trak black maria dan jip yang sebentar tadi lalu di jalan besar hadapan masjid, sudah tiba. Sebuah van 'balai bergerak' yang ada lambang 1 malaysia tiba dan parking betul-betul di laluan masuk ke masjid. Pada ketika ini, laman masjid mula dipenuhi oleh anggota polis.


8.41 am : Trak merah FRU diletakkan di bahagian hadapan jalan besar. Polis trafik mula tiba di luar masjid. Sebuah trak polis membawa makanan dalam 'tapau' tiba. Beberapa anggota mengangkat 'tapau' tersebut untuk diagih-agihkan, sebagai sarapan cum makan tengahari untuk anggota polis.

8.50 am : Anggota polis dipanggil untuk mendengar taklimat di hadapan bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP).


8.53 am :
Lebih ramai anggota polis bermotosikal tiba melalui laluan yang sama. U-turn di laluan yang salah, menentang arus dan melalui jalan yang dikhaskan untuk pejalan kaki. Anggota polis yang berjalan kaki semakin ramai meronda kawasan dalam masjid.

8.56 am : seorang anggota polis berpakaian biasa menegur saya, beliau mendakwa sudah lama melihat saya disini. Beliau mengarahkan saya keluar. Saya menjabat tangan beliau dan senyum, beliau turut tersenyum. Saya kata, saya hanya orang awam yang datang kemasjid. Beliau lantas menerangkan bahawa polis dikerah datang sebagai persiapan menghalang demo yang katanya bermula selepas solat zuhur. Dia kemudian berlalu dengan senyuman, saya membalas senyumannya dan tetap berdiri di atas masjid.

9.03 am : Anggota Jabatan Pertahanan Awam tiba dengan kenderaan pacuan 4 roda milik jabatan. Juga kelihatan anggota wanita bertudung hitam yang berwajah manis. Motosikal anggota polis mula diletakkan disekeliling masjid, dalam keadaan mengepung, secara berkumpulan.

9.13 am : Saya terlihat anggota polis berbaju biasa yang menegur saya tadi mengelilingi kawasan masjid di tingkat bawah bersama seorang pekerja masjid yang lengkap berbaju melayu putih.

9.15 am : Anggota trafik mula meronda jalan sekeliling masjid. Menggunakan motosikal besar yang saya lihat selalu mereka gunakan untuk escort orang kaya yang mati.

9.20 am : Saya sempat berborak dengan seorang pekerja masjid. Dia menyifatkan orang yang menganjurkan demo ini sudah tiada kerja lain nak buat. Kami sama-sama menikmati pemandangan laman masjid yang kelihatan hitam, kerana dipenuhi anggota polis beruniform.

9.25 am : Lebih kurang 20 orang SB mula kelihatan. Berpakaian biasa, seluar jeans, berbeg silang di badan, berkasut kulit, tangan kanan memegang rokok dan tangan kiri memegang botol air mineral.

9.35 am : Di sebelah belakang masjid (kawasan makam pahlawan), 5 buah trak polis dan sebuah jip ditempatkan di bahu jalan. Kelihatan seperti tiada apa-apa, jangan silap, ada kepala anggota polis meninjau-ninjau dari dalam lori. Ia penuh dengan anggota!


9.37 am : Sebuah bas besar PDRM berwarna putih sarat dengan anggota polis tiba.

9.43 am : Lebih kurang 30 orang anggota polis dari kawasan belakang masjid bergerak ke bahagian hadapan. Ketika ini, polis trafik mula menutup jalan utama masuk ke masjid di simpang dari round about di hadapan masjid.


9.56 am :
Pintu sebelah kiri (tepi) masjid telah ditutup. 4 orang anggota polis mengawal pintu, sementara lebih 5 kumpulan anggota yang lain menjaga kawasan sekitar.


10.00 am : Saya berborak bersama 3 orang aktivis veteran, mereka ini sudah dipukul dan dihentak oleh polis dan FRU dalam beberapa siri demo yang lalu. Saya terlihat Mat Sabu tiba dalam masjid, tidak jauh dari tempat kami berborak. Sepanjang kami duduk berborak, SB lalu silih berganti dengan renungan tajam mereka. Seorang pekerja masjid (kebetulan sahabat lama kepada aktivis veteran tersebut) mengajak kami minum di tingkat bawah masjid. Rezeki jangan ditolak, siapa yang menolak rezeki tolol namanya.

10.45 am : Kuih belum habis dijamah, namun kami terpaksa beredar dari meja. Para SB berbaris memerhati kami dari tingkat atas. Saya terus mengambil wudhuk dan melihat ramai orang sudah tiba. Selesai berwudhuk, saya terlihat seorang pekerja masjid berlari-lari sambil menjerit "Rantai..mana rantai..". Rupanya beliau meminta rantai dari rakannya untuk mengunci pintu pagar kerana dihadapan pagar ramai orang berbaju merah sudah tiba. Kelihatan anggota polis sedang memeriksa beg milik orang ramai berbaju merah ini. Saya membayangkan merantai leher pekerja masjid ini dan menyeret wajahnya sehingga hancur di jalan tar yang panas. Kau hanya pekerja, bukan pemilik masjid, masjid ini rumah Allah, kenapa sampai macam tu sekali. Saya agak semasa dia lahir, bidan gagal menyambutnya dengan baik menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat dan otaknya bergegar.

10.50 am: Saya sempat bersalaman dengan Mat Sabu dan beberapa orang yang duduk di luar dewan solat. Saya memanggilnya tuan, orang kanannya memperkenalkan saya sebagai blogger. saya hanya tersenyum dan terus berlalu.

11.00 am : Lebih ramai orang mulai tiba. Kebanyakannya membawa beg sandang, seperti saya. Paling saya kagumi, seorang anak muda berbaju merah yang tertulis MEMALI. Namun pada tahap ini, kami semua saling berpandangan dengan curiga, bimbang ada SB dikalangan kami.

11.10 am : Saya 'berkurung' di dalam ruang solat, demi melihat polis yang menegur saya tadi semakin berminat mendekati saya.

11.30 am : Saya keluar ke ruang hadapan dan melihat kumpulan anak muda berbaju merah rasmi (berlambang demo hari ini) mula tiba, mereka berkumpul di satu kawasan tidak jauh dari tempat polis berkumpul. Di kepala mereka terlilit kain merah. Kereta yang lalu lalang membunyikan hon dan mengangkat tangan tanda sokongan.


12.00 pm : RAKYAT MULAI TIBA..!!! laungan Reformasi semakin menjadi-jadi.

12.50 pm : Kumpulan Mahasiswa mula tiba dan berkumpul dihadapan masjid. mereka melaungkan slogan hidup..hidup..!! hidup rakyat..!! tolak..tolak..!! tolak syabas..!! mahasiswa..!! sudah bangkit..!!

1.07 pm : Azan dilaungkan, menandakan masuknya waktu zuhur. Rakyat mula masuk ke dalam dewan solat. Baju merah menjadi warna latar masjid!


1.07 pm : Pintu pagar masjid yang dikunci, dirantai, disembelih tadi dibuka semula. Rakyat bebas melaluinya. Di sebelah pagar, 10 orang anggota polis menjaganya. Disebalik rimbunan daun.

1.30 pm : Selesai solat zuhur berjemaah. Rakyat mula turun ke perkarangan masjid. Di bawah sudah ramai penganut agama lain yang menunggu muslimin dan muslimat selesai bersolat. Penyelaras demo berkumpul ditingkat atas, manakala rakyat berhimpun di hadapan untuk mendengar taklimat. Antara yang memberi ucapan ialah Dr. Badrul Amin, Che Gu Bard, Azmin Ali, wakil mahasiswa dan akhir sekali Menteri besar selangor.


1.45 pm : Dr. Badrul Amin mengumumkan berita gembira. Pihak istana sedia membuka pagar untuk menghantar memorandum dan pihak polis membenarkan perarakan rakyat. Berita ini disambut laungan 'takbir' dan 'tolak syabas' oleh rakyat. Perarakan rakyat menuju Istana Negara bermula. Kertas kuning bertulis 'kembalikan hak air rakyat' yang ditulis dalam pelbagai bahasa dijulang, laungan 'hidup rakyat' semakin kuat bergema mengiringi perarakan.


1.50 pm :
Perarakan belum pun sampai 200 ratus meter, dan janji polis membenarkan perarakan masih terngiang-ngiang di telinga rakyat. Namun, di hadapan bangunan KTM, anggota polis dan FRU membuat benteng menghalang jalan, menghalang rakyat dari berarak menemui agong.


1.54 pm : Tidak tertulis dalam sejarah hang jebat berundur dari bertikam dengan tuah. Hang jebat yang membela tuah diperlakukan sebegitu rupa oleh tuah yang pura-pura mati. Anak-anak muda barisan hadapan menjerit 'Rempuh..!!' maka bertembunglah rakyat yang punya akademik dan semangat dengan entiti besar yang lengkap bersenjata dan hanya punya gaji dan arahan. Pada ketika ini, kenderaan yang membawa menteri besar selangor sudah melepasi benteng polis dan FRU. Tinggal lagi rakyat yang layak menemui raja.


2.05 pm : Jalan ini menyaksikan bahawa rakyat ialah raja sebenar. Senjata dan kekuatan polis dan FRU langsung tidak digentari oleh rakyat. Semangat mereka dibandingkan dengan rakyat cukup jauh bezanya, seperti durian dengan epal. Hanya satu cara yang ada, hancurkan rakyat. Maka siren pun berbunyi, dan trak water cannon FRU mara ke hadapan dan mula menyirami rakyat yang tidak bersenjata. Harus diketahui, air ini bukan air kencing jin, malah lebih bahaya dari kencing jin. Jika terkena percikannya sahaja sudah cukup membuat anda menutup mata dan meraba jalan dek kepedihannya yang mengerikan. Rakyat terpecah kepada dua kumpulan besar, dikiri dan kanan jalan depan bangunan KTM.


Siraman air kencing menteri ini membuat rakyat melarikan diri, mencari tempat berlindung. Terima kasih kepada anggota polis yang berkawal dalam bangunan KTM kerana membenarkan kami berlindung di sebalik dinding bangunan tanpa tangkapan. Saya terlihat sinaran wajah rakyat biasa dalam mata mereka.


Menteri tidak akan pernah puas dengan rasuah projek yang sedikit. Falsafah ini diaplikasikan oleh polis dan FRU. hari ini demokrasi mesti dibunuh! semangat rakyat mesti dipancung! maka kedengaran tembakan dilepaskan, tidak lama kemudian kepulan asap tebal kelihatan. Asap ini lebih bahaya dari bapak segala asap, rakyat yang masih bermata merah, berair kerana air tadi terpaksa pula menerima asap yang lebih beracun!


Keadaan reda seketika. FRU kembali menyusun baris demi menghalang rakyat ke Istana.

Rakyat berundur, tapi semangat untuk ke istana tidak pernah luntur. Perarakan kembali diatur. Biar naga merintang jalan!


Kali ini polis mahu bersikap diplomatik. terdengar kata-kata "tolonglah berundur.." cukup tenang sekali bunyinya.

Rakyat menjawab dengan lebih tenang "kenapa umno boleh buat?", "kenapa dekat shah alam polis tak kacau?", "rakyat ada hak", "kenapa halang rakyat jumpa raja?".... Soalan-soalan ini tidak mungkin dapat dijawab oleh polis dan FRU. Oleh itu polis dan FRU berundur dan diplomatik yang dicipta tadi terus lenyap. Mereka terus berdiri menghalang rakyat. Perarakan dimulakan sekali lagi!


Dan kisah sama berulang. Polis dan FRU yang tidak punya semangat sama seperti rakyat tidak akan bisa menghalang rakyat tanpa bantuan air kencing menteri. Maka trak water cannon mara sekali lagi.


Jalan menjadi kosong, rakyat berundur kerana air yang cukup memeritkan mata.


Kelihatan juga wartawan-wartawan bacul, yang tidak bertelur berlindung disebalik trak FRU. Pastinya berita mereka hanya ditulis dari kaca mata sang kerajaan, bukan dari hati rakyat yang pedih ditembak air dan gas pemedih mata!


Saya meminta seorang wartawan sin chew daily mengabadikan kenangan saya bersama demonstran lain, berlatar belakangkan barisan FRU dan polis.

Tidak lama kemudian, polis dan FRU berkawad mara ke hadapan. FRU memukul perisai mereka dengan rotan yang mengeluarkan bunyi yang menggerunkan. Tapi siapa yang gerun? Tiada siapa yang gerun di jalanan ini. Psikologi ini tidak menjadi. Lalu helikopter polis yang sudah lama berpusing-pusing di atas jalan ini menembak gas pemedih mata ke arah rakyat, memaksa kami berundur ke perkarangan masjid.

FRU sedang berbaris di tepi masjid (Jalan Perdana). Kumpulan mahasiswa berbaris dihadapan mereka dan melaungkan slogan hidup..hidup..!! hidup rakyat..!! tolak..tolak..!! tolak syabas..!!


Di kawasan round about berhadapan masjid, gas pemedih mata terus dibedil. Dan ini dia anak-anak muda yang berani! Anak-anak muda yang bencikan sistem yang penuh corrupt!

2.40 PM : Rakyat berhimpun dihadapan masjid, di tangga. Tangga yang menyaksikan demokrasi disembelih dengan kejam! Di atas, Dr. Badrul Amin sedang membacakan doa penutup. Kemudian Che gu Bard meminta rakyat bersurai secara aman ataupun masuk ke masjid untuk menunggu waktu asar.



Selepas Doa penutup, YB Tian Chua mengambil sedikit masa untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat.


Dan rakyat bersedia, dan mulai bersurai. Beberapa saat kemudian, terdengar jeritan Hishamuddin Rais yang mengarahkan orang ramai naik ke masjid. 'Naik..!! Naik..!!' Saya terkebil-kebil. Kenapa? Rupa-rupanya trak water cannon mula menembak ke arah rakyat di perkarangan masjid, di saat kami mulai bersurai!


Pada ketika ini juga, polis mula membuat tangkapan. Mereka meluru ke masjid. Apa sahaja yang berada di depan akan dibantai! rakyat meluru ke dalam masjid. Selipar saya yang tercabut saya biarkan, selipar itu juga saksi kepada demokrasi yang diludah oleh kerajaan! beberapa orang di kawasan hadapan masjid dihambat dan dibalun sebelum diberkas. Saya terdengar sekumpulan orang bercerita bagaimana seorang mahasiswa dibelasah oleh 10 orang polis dan FRU sebelum diberkas.

Kelihatan polis bersedia membantai seorang demonstran.

Rarkyat berlindung dalam rumah Allah, di tingkat atas sambil menyaksikan rakan-rakan lain dihambat dan diberkas di bawah. Polis dan FRU tidak masuk ke dalam masjid. Seperti ada sempadan yang cukup jelas tentang kawasan ini, sampai sahaja mereka di tangga masjid, mereka akan berhenti! Dari atas masjid, laungan Anjing..!! Anjing..!! kedengaran..

Keadaan tenang seketika. Polis mula berundur, dan rakyat mulai turun untuk bersurai.

3.06 pm :
Kedengaran pengumuman dari pengelola demonstrasi bahawa memorandum telah sampai ke dalam istana dan meminta rakyat bersurai secara aman. 5 buah trak FRU dan 3 buah trak polis tiba untuk menambah kekuatan anggota. Mereka terus membuat benteng dihadapan masjid, ditepi jalan pada saat rakyat sedia untuk bersurai.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi siren. Sebuah trak polis lalu, sarat dengan demonstran yang ditahan. Laungan 'reformasi' kedengaran, bersahut-sahutan dalam suasana yang sedikit pilu. Rakyat melihat wira-wira mereka dibawa oleh trak black maria.

3.16 pm : Polis dan FRU masih mengepung kawasan masjid, lebih tepat laluan keluar utama. kelihatan beberapa orang rakyat berunding dengan polis. Tidak lama, kelihatan YB Zuraida Kamaruddin ahli parlimen Ampang menunjukkan isyarat tangan, yang meminta rakyat melalui sekatan polis dan FRU untuk bersurai. Masih ramai rakyat berada di atas masjid, seperti saya.


3.25 pm : Rakyat beransur-ansur bersurai. Berjalan kaki di celah-celah barisan polis dan perisai FRU yang berwarna jernih. Tiada tangkapan dibuat semasa ini.

3.29 pm : Dr. Dzulkefly meminta rakyat samada menunggu solat asar dalam masjid ataupun terus keluar dari kawasan masjid kerana polis akan terus membuat tangkapan. Semakin ramai rakyat bersurai. Saya duduk di kawasan atas masjid, disebelah saya sekumpulan anak muda bercerita kepayahan mereka melarikan diri dari polis dan FRU.

3.37 pm : Saya memutuskan untuk balik, kerana demo ini saya sifatkan sudah selesai. Saya bersalaman dengan sesiapa sahaja yang saya temui. Tiba ditangga bawah, 4 anak muda memakai baju unit amal PAS sedang berehat bersama Hishamuddin Rais dan YB Tian Chua. Saya bersalaman dengan mereka semua. Saya terdengar YB Tian Chua bertanyakan kereta, lantas saya menawarkan diri. Saya menghantar mereka sehingga ke masjid bukit aman, dimana YB Tian Chua meletakkan keretanya. Kami bertiga sempat bersembang, Hisham mendakwa kenaikan harga minyak dan gula diumumkan pada hari jumaat kerana parlimen cuti pada sabtu dan ahad.

Untuk hisham, brader punya sapu tangan demonstrasi tinggal dalam kereta. Kasi saya lah.

Saya memandu keluar, dan dimana-mana pun diadakan sekatan jalan raya. Semalam saya tengok berita di TV, dan saya tersenyum. Saya menyifatkan wartawan arus perdana sebagai bacul dan tidak mempunyai telur. Yang kamu siarkan bukan berita sebenar! Tulisan saya berpaksikan pada pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah. Lain kali jangan sembunyi belakang trak FRU, pegi depan sama-sama merasa pedih racun yang disimbah.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply