[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Sunday, December 26, 2010

Tahniah Harimau Muda! - Laser Hijau Tidak Membantu Kemenangan!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, December 26, 2010 | Category: |




Assalamualaikum W.B.T

(Perhatian : Artikel di bawah mengandungi bahasa slanga , pasar yang tidak sesuai digunakan untuk surat rasmi - Sekian terima Kasih)

Pertama sekali , wa nak ucapkan terima kasih kepada Editor u-jam kerana memberikan kepercayaan kpd wa untuk wat ulasan berkenaan Final Pertama Piala Suzuki-AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil...

Pertamanya Wa nak Komen dulu pasal sembahnyang...Orang lain wa tak tahu , tapi kata kawan2 wa yang baru wa join ni..dorang ni memang letakkan solat dihadapan mengatasi sorakan penyokong,sebab dorang kata solat ni wajib...bukannya rajin!...ada orang penah cakap...eii rajinnya dia...selalu solat!, jadi wa nak betulkan dengan ilmu wa yang tak berapa ni...bukan rajin. tapi wajib!

Jadinya wa mewakili kawan2 wa di Stadium ingin mencadangkan diadakan solat maghrib dulu ditengah-tengah padang , sebab memang tak logik la surau tu nak tampung puluh ribu orang satu masa...untuk tambah berkat boleh mintak ketua pasukan jadi imam..penyerang jadi muazzin..baru berkat bhai!

Oh..maaf berbalik kepada perlawanan bola malam tadi...Tahniah kepada pasukan Harimau Muda kerana berjaya mengalahkan Indonesia 3-0

Pada perlawanan separuh masa pertama, pemain lincah Indonesia, Oktovianus Maniani hampir meranapkan benteng pertahanan negara, tetapi kecekapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bola berjaga diselamatkan. Kedua pasukan terikat seri tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama perlawanan.

Dalam perlawanan babak kedua pula, pasukan Malaysia berjaya mendahului pasukan lawan apabila Safee Sali menjaringkan gol pertama pada minit ke-59 hasil daripada hantaran Norshahrul Idlan Talaha.

Perlawanan sedikit tercemar apabila ada aksi pancaran laser yang ditujukan kemuka pemain² Indonesia terutamanya penjaga gol Indonesia, Marcus Harison Rihihina sehinggakan perlawanan terhenti selama lima minit.

Apabila situasi tersebut telah reda, pelawanan diteruskan dan sekali lagi stadium digegarkan dengan sorakan penyokong² Malaysia apabila Mohd Ashari Samsudin menambah jaringan kedua negara pada minit ke-67, selepas menggantikan Mohd Amirulhadi Zainal.

Safee sekali lagi menggegarkan stadium apabila berjaya menambah gol ketiga negara sekali gus meletakkan skuad K.Rajagobal ini dalam keadaan selesa bagi pusingan kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, 29 Disember ini. Malaysia berjaya mengatasi Indonesia dengan keputusan 3-0 sehingga tamat permainan.

Seramai 85,000 penonton membanjiri Stadium Nasional di Bukit Jalil membuktikan bahawa penyokong tempatan kini kembali memberi sokongan padu kepada kebangkitan skuad kebangsaan.

Kemenangan ini membuktikan bahawa laser hijau tidak membantu apa2 cara sekali pun diatas kemenangan pasukan Harimau Muda Malam tadi...sebab secara professional , malam tadi perlawanan diadili oleh pengadil FIFA..mengikut standard FIFA cumanya penyokong yang takde standard cuba memanupulasikan keadaan...tapi..sekarang ni kalau korang gi kat google search laser hijau...pergh...bersepah beb..hujah2..ada yang kata malaysia menang sebab laser hijau...

wa nak bagi teori sikit sebab apa wa cakap laser hijau tak membantu kemenangan

1) Laser tidak boleh menggerakkan bola
2) Semasa ketiga2 gol malaysia...laser hijau tidak kelihatan lagi sebab SB tgh mark sape yang main laser tu dan penyokong tak berani nak main laser lagi
3)Laser juga tidak boleh merancang permainan

Oleh yang demikian...Majulah Sukan Untuk Negara...Kepada Pemain Harimau Muda...Indonesia bukanlah lawan sebenar..lawan sebenar anda ialah DUNIA!

Currently have 0 comments:


Leave a Reply