[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Monday, December 13, 2010

Lawatan Khairat & Ukhwah KL - Pattani 2011 >>> Pastikan anda tidak terlepas!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, December 13, 2010 | Category: , |










KERTAS KERJA

Jamaah Khairat Antarabangsa

Inspired by : U-jam v3.0

Kuala Lumpur – Pattani

Program Lawatan Ukhwah & Misi Membina Madrasah Tahfiz Al-Quran

Madrasah Tahfizul Quran An- Nisa' ( TAQWA)

T.4 , Kampung Jabi , D Nongchik , W .Pattani Thailand

Mukaddimah

Usaha dakwah dikalangan anak muda tidak dapat dsiangkal lagi seiring dengan berjalannya peredaran masa yang pantas. Kini usaha dakwah sentiasa berkembang di dalam pelbagai medium yang dijangka dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang disentuh dengan sentuhan hati yang ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah S.W.T.

Allah S.W.T menciptakan manusia sebagai Khalifah di dunia ini dengan membawa panji-panji kebenaran diatas satu tekad mengesakan Allah S.W.T dan memperaktikkan sunnah Rasulullah S.A.W.

Misi

Misi kami ialah untuk membantu mendapatkan dana bagi membina sebuah Madrasah Tahfiz Al-Quran di Kg. Jabi Pattani , Lokasi ini dijadikan pilihan kerana di daerah ini masih belum ada lagi walau sebuah madrasah tahfiz dan bagi tujuan pembinaanya memerlukan sokongan moral dan dana yang mencukupi.

Konsep Program

Program ini akan dijalankan dalam tempoh 7 bulan bagi menjayakan penubuhan madrasah ini , untuk permulaan kami akan melakukan lawatan ukhwah dengan kekuatan jemaah pemikir seramai 27 orang iaitu 14 orang lelaki dan 13 orang perempuan , dimana mereka yang terlibat dalam misi ini ialah golongan pemikir muda yang mempunyai kekuatan jaringan masyarakat , sumber dana dan ilmu-ilmu islam dalam pelbagai cabang.Mereka ini akan dipilih berdasarkan kriteria tersebut,Malah ini adalah Ahli Jawatankuasa penaja yang akan dibentuk untuk menjadikan ianya sebagai sebuah “ Jamaah Khairat Antarabangsa”

Seramai 27 orang anak muda ini akan membawa dana yang dikumpul melalui derma orang ramai sekurang-kurangnya sebanyak RM500 seorang sebagai permulaan yang akan menghasilkan dana sebanyak RM13,500 sebagai dana permulaan untuk kerja-kerja awal pembinaan madrasah ini

Dana ini adalah tidak termasuk dengan kos lawatan ukhwah yang perlu ditanggung sendiri iaitu sebanyak RM250 seorang . Dana awal yang terkumpul akan diserahkan kepada pihak Madrasah dalam satu majlis rasmi yang akan diadakan di kampung Jabi.

Program ini akan dijalankan dalam beberapa fasa seperti berikut ;

Fasa Pertama : Lawatan Ukhwah dengan dana sebanyak RM13,500 (Januari 2011)

Fasa Ketiga : XPDC Dakwah & Jejak Ulama' Pattani dengan dana sebanyak RM135,000 ( March 2011)

Fasa Ketiga : Majlis pelancaran Madrasah Tahfizul Quran An-Nisa (TAQWA) dengan dana sebanyak RM 16,500 (May 2011)

Fasa Keempat : Majlis perasmian Madrasah Tahfizul Quran An-Nisa (TAQWA) dengan dana sebanyak RM 5,000 (June 2011)

Untuk Pertanyaan Lanjut , sila hantarkan detail peribadi anda ke info.ujam@gmail.com untuk kami hubungi anda.

Sila Lihat Jemputan di FB (Mohon Share ya')

http://www.facebook.com/home.php?#!/event.php?eid=167507573286818

Currently have 4 comments:

  1. Jemputan di FB - Mohon invite sahabat2 lain...Syukran ^_^

  2. Copy & paste link ini dalam fb :)

    http://www.facebook.com/home.php?#!/event.php?eid=167507573286818

  3. Tahniah, teruskan perjuangan :)

  4. Assalamualaikum....Esok Khamis Malam Jam 9.00 16 12 2010 , ana akan menaiki Bas Dari Seksyen 17 Shah Alam Ke Rantau Panjang Kelantan.Pagi Jumaat 17.12.2010 ana akan dibawa ke Kg Jabi Pattani untuk hadir mesyuarat bersama AJK Pelaksana pembinaan Madrasah Tahfizul Quran An-Nisa' yang diketuai oleh Al-Fadhil Amir , Ustaz Syukri , Mudir Madrasah , Ustazah Kalsom , wakil dari pejabat Agama Islam Pattani , Ketua Kampung dan dijangkakan ana akan mengadap hampir 15 Orang Ahli JAwatankuasa disana...Ana dari Malaysia hanya seorang kerana sahabat2 lain ada tuntutan lain....Ana mohon doa dari sahabat2 :)


Leave a Reply