[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Sunday, December 4, 2011

Laporan Bergambar : Kem Bina Amal Perdana Negeri Selangor (Tamrin)

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, December 4, 2011 | Category: |

(hanya draft...akan complete esok....coz internet slow mellow :(


Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu:



“Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
(As-Saff 61:14)

Menyampaikan dakwah dan berjihad di jalan allah itu merupakan suatu kewajipan yang dituntut oleh Syara’. Pelaksanaan prinsip-prinsip dakwah dan jihad itu dapat dilakukan melalui dua keadaan : perseorangan dan berkumpulan. Pelaksanaan dakwah secara berkumpulan adalah fardhu ain yang mesti dilaksanakan oleh setiap umat Islam sehingga tertegaknya agama Allah di atas muka bumi ini.

Justeru, dengan kefahaman tentang keperluan menyampaikan risalah dakwah inilah, Jabatan Amal Selangor mengambil inisiatif untuk melaksanakan program pembinaan sahsiah muslim dikalangan ahli Jabatan Amal Selangor bagi memperkuatkan lagi barisan para jemaah kami dengan terbinanya sahsiah muslim yang unggul disamping memupuk semangat dan jati diri yang sebenar bagi meluaskan lagi penyebaran risalah Islam ke seluruh tanah air. Tanpa kekuatan fizikal dan rohani disamping ketajaman fikiran para petugas dakwah ini nescaya perjuangan islam ini akan gagal kerana terdapat kelemahan-kelemahan yang ada pada diri para petugas itu sendiri.

OBJEKTIF

Menanamkan keperibadian islam, kemantapan jatidiri dan membina semangat kerja berpasukan serta melatih ahli baru supaya menanamkan sikap sanggup berkerja untuk menegakkan agama islam.

NAMA PROGRAM

“Kem Bina Amal Perdana Peringkat Negeri Selangor”

MATLAMAT PROGRAM

“ Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”

(As-Saff 61:4)

Untuk mewujudkan semangat kerja berpasukan dan ikhlas dalam beramal dikalangan peserta terutamanya peserta yang baru menganggotai Jabatan Amal Malaysia peringkat Negeri Selangor, seperti apa yang dinyatakan oleh Allah melalui kitabnya seperti yang tertera diatas.

TEMA

“BERSAMA MELESTARIKAN AMAL~MEMPERKASAKAN DAKWAH”

TARIKH

2, 3 DAN 4 DISEMBER 2011 (Jumaat, Sabtu Dan Ahad)

TEMPAT

KEM BANYU MANIS ECO RESORT, Kebun Baru , Kampung Bukit Kerayong, Jeram..... 


PENGANJUR

Jabatan Amal Negeri Selangor
Dengan kerjasama, Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Amal Malaysia dan Briget Amal Negeri Selangor

SASARAN PESERTA

Seluruh ahli Jabatan Amal Malaysia Selangor, Briged AMAL Selangor, ARC Club Selangor


15.0 PENUTUP

Diharapkan penglibatan dan usaha Jabatan Amal Negeri Selangor ini dapat dijadikan satu wadah yang bukan saja dapat menjadikan berkerja kerana agama Allah sebagai satu cara hidup kepada setiap ahli Jabatan Amal tetapi juga dalam masa yang sama dapat menjalinkan ukhuwwah di kalangan ahli masyarkat Islam sekaligus memberi pendedahan baru kepada semua ahli Jabatan Amal dalam menyampaikan dakwah dan berkerja kerana Allah.

Allahu’alam bissawab
BERAMAL KERANA ALLAH
Islam: Dakwah & Amal
Disediakan Oleh:
...........................................................................
( MOUHAMAD HAFIZ BIN SHAMSURI )
Setiausaha Program Kem Bina Amal Peringkat Negeri Selangor.
Jabatan Amal NEGERI SELANGOR.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PENASIHAT

HJ MOHAMAD ASZMI ANUAR

PENGARAH PROGRAM

MOHD NAZREE BIN MOHD ARIS

PENOLONG PENGARAH

NORMAZALI BIN ZAINAL

SETIAUSAHA PROGRAM

MUHAMMAD HAFIZ BIN SHAMSURI

BENDAHARI

MOHD ZAINURI BIN AHMAD

UNIT PENAJAAN

IZUAN IBRAHIM

UNIT PROGRAM & AKTIVITI

AHMAD POZI BIN DARMAN
NOORAZIZ BIN MUDAKIR
MASHADI BIN SAIDN

UNIT MAKANAN DAN TEMPAT

MOHD ZULKIFLI ABD HALIM
AIDIHAM BIN JEMADI

UNIT KESELAMATAN & LOGISTIK

MOHD ZULKIFLI ABD HALIM
MASHADI BIN SAIDN

UNIT PUBLISITI & PROMOSI

MOHD SHA’AUZI BIN HUSSIN

UNIT TUGAS-TUGAS KHAS

HUD BIN ABD HAMI


TENTITIF

02/12/2011
Jumaat

4.00 pm - Pendaftaran
Parking di Padang Kerayong 1

5.00 pm - Solat asar berjemaah/ khidmat diri

6.00 pm - Taklimat program

6.30 pm - Bersama AMAL/Pimpinan Jabatan Amal*


7.00 pm - Solat Magrib berjemaah

7.30 pm - Tazkirah magrib disampaikan oleh
Ustaz Yusni Mat Piah
(Exco Dewan Pemuda Pas Pusat,
Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang)

8.30 pm - Solat Isyak berjemaah

9.30 pm - Pembentangan kertas kerja
Sdr Johari Bin Osman
( Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia )

11.00 pm - Aktiviti bebas




03/12/2011
Sabtu

4.00 am - Qiam al-lail 

5.40 am - Solat subuh/kuliah subuh oleh
Ustaz Yusni Mat Piah

7.00 am - senaman

8.00 am - sarapan pagi / khidmat diri

9.00 am - majlis perasmian oleh

Dr. Hajah Halimah Binti Muhamad Ali
( Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan
Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor)

Hasbullah Bin Ridzwan
( Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor )

Sdr Johari Bin Osman
( Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia )

11.00 am - Pembentangan Kertas Kerja Disampaikan
Oleh Ustaz Nik Muhamad Abduh Bin
Nik Abdul Aziz
(Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia)
Tajuk: Melahirkan Jiwa Yang Bebas Dan Merdeka
Yang Sebenar Dalam Menuju Allah

1.00 pm - Khidmat Diri / Solat Zohor Berjemaah /
Makan Tengah Hari

2.00 Pm - Ustaz Salehuddin Nasir
(YDP Pas Gombak, AJK Perhubungan Pas Selangor)

- Program Amal Bersama Masyarakat Kampong
Bukit Kerayong *

- Mengagihkan Bantuan Makanan Kepada Fakir
Dan Miskin

- Gotong Royong Membersihkan Pusat Komuniti
Seperti Surau, Dewan Komuniti

- Membaiki Bumbung Rumah Warga Emas

- Pemeriksaan kesihatan bersama
YB Dr. Abdul Rani Bin Osman
(Pesuruhjaya Pas Selangor/Adun Meru)

4.30 Pm - Solat Asar Berjemaah / Minum Petang

5.00 Pm - Tresure Hunt ( Paint Ball Di Dalam Hutan )
- Perlawanan Futsal Persahabatan Bersama
Penduduk Kampung.

6.30 Pm - Khidmat Diri / Makan Malam

7.00 Pm - Solat Magrib Berjemaah / Tazkirah Magrib
Oleh Ustaz Ikhwan Efendy
( Kor Motivasi dan Kaunseling Jab. Amal Pusat )
(Penegakan Syariat Islam Dan Memperkasakan Amal)

8.45 Pm - Solat Isya Berjemaah

9.15 Pm - Ustaz Ridwan Rahmat
(Exico Pemuda Selangor, Ahli Majlis Kuala Langat)

11.00 Pm - Minum Malam

12.30 Am - Aktiviti bebas

*program adalah berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan yang menonjolkan nilai-nilai Islam yang disertai oleh ARC Club, Briget Amal Selangor, Jabatan Amal Selangor dan JKK Kampong Bukit Kerayong dan Bukit Kapar

Tarikh
Agenda
Remarks
04/12/2011
Ahad

4.00 Am - Qiam Al-Lail

5.00 Am - Solat Subuh/Ceramah Subuh

7.00 Am - Senaman Pagi

8.00 Am - Sarapan Pagi / Khidmat Diri

9.30 Am - Perbarisan Kawad Kaki Jabatan Amal

10.00 Am - Taujihat Yang Disampaikan Oleh
Ustaz Nasaruddin Tantawi
( Ketua Pemuda Pas Malaysia )

11.00 Am - Majlis Perasmian Penutup
- Ucapan perasmian penutup
Haji Muhammad Bin Sabu
( Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia )

1.00 Pm - Makan Tengah Hari / Solat Zuhur / Bersurai

Currently have 1 comments:

  1. Assalamu'alaikum wbt. hai!

    Kawan saya minta tolong promote link ni. Sila klik yea. Tiada kena apa2 pun. :)

    http://www.dataentryjobs.us/59614.html


Leave a Reply