[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Sunday, March 27, 2011

Mesyuarat Agung Paling Romatis

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, March 27, 2011 | Category: | 1 comments



Sekarang ini musim mesyuarat Agung , Mesyuarat Agong tetap diteruskan bagi Sebuah Parti Gerakan Islam , Bermula dari cawangan , kawasan , seterusnya negeri dan Pusat.Ianya tetap diteruskan , di dalam Parti-parti haluan Barisan Nasional telah dimuktamadkan bahawa tiada pemilihan dalam mesyuarat Agong kerana menumpukan usaha pilihanraya tidak memberi kesan kepada Mesyuarat Agung Parti Gerakan Islam yang terus menghormati perlembagaanya dan tidak mengkhianati ahli-ahli pendokong gerakan Islam dengan terus mengadakan pemilihan dari grass root seterusnya pucuk pimpinan tertinggi pusat.

Begitulah yang dialami oleh penulis , seringkali terngiang-ngiang di minda akan ayat “ Melakukan ibadat kerana makhluk ialah riak , dan meninggalkan ibadat kerana makhluk ialah syirik”.

Semalam mesyuarat Agong bagi Pemuda  Kawasan penulis,sebelum mesyuarat Agong ini berlansung pada tarikhnya semalam , selama 2 tahun memegang jawatan sebagai exco kawasan , banyak program-program direncanakan , paling banyak ialah yang melibatkan anak muda…Dengan program2 yang “Rare” sperti paintball , konvoi anak muda, live screen piala dunia 2010 kepada program2 tradisi Usrah , Tamrin , Muqayyam , Ijtima dan lain2 program-program tarbiah.

Semuanya atas nama Pemuda Kawasan.
Pergerakan program yang direncanakan oleh lujnah yang diamanahkan oleh penulis agak menonjol sebelum ini , dan kelibat penulis banyak kelihatan di markas dan juga di  lapangan program..sehinggakan ada ahli yang pening kepala!.Banyak sangat program syeikh!..padat betul!..Aik…? dorang ni bila takde program..bising?..bila banyak program pun bising?

Mungkin disebabkan agak popular dengan program,nama penulis disebut 2-3 kali dalam ucapan Mesyuarat Agung Pemuda Kawasan oleh wakil Kawasan.Begitu juga sahabat-sahabat lain yang faham dengan karektor Penulis sebagai kilang Program!

Penulis tidak memasukkan semua itu samada pujian atau kritikan di dalam hati kerana semua gerak kerja, melibatkan tenaga , wang ringgit dan masa malah diri penulis telah diinfakkan kepada jemaah,biar Jemaah Gerakan Islam yang popular bukannya penulis!

Disebabkan ada 3 orang pemuda yang telah tamat tempoh dan meletakkan jawatan tertinggi, maka mereka perlu diganti dan penggantinya ialah mereka yang lebih senior dimana pemilihanya dilakukan oleh Syura iaitu tiada pertandingan oleh mereka..semuanya memalui musyawarah syura.

Begitulah dengan mereka ,masing-masing menolak jawatan Ketua Pemuda walaupun mereka amat berkelayakan..maka itulah pentingnya Syura.Itulah Hikmah Gerakan Islam..di kala Parti lain yang Dasarnya tidak meletakkan islam  sebagai rujukan dapatlah dilihat pertandingan 2-3 penjuru yang melibatkan Wang dan kebendaan!

Cumanya Pemilihan Exco pemuda diserahkan kepada Perwakilan untuk memilih,Penulis tidak kisah berkaitan jawatan Exco kerana sebelum ini , sebelum dilantik sebagai Exco penulis tetap berkhidmat dengan Jemaah berjawatan ataupun tidak..

Penulis tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk dipilih oleh perwakilan tetapi jika diikut logiknya ada sebab mengapa perwakilan akan memilih penulis jika terpilih nanti.

Nak dijadikan cerita , selepas pengundian untuk 8 orang Exco yang dipilih dalam Mesyuarat Agong Pemuda Kawasan , nama penulis tiada dalam senarai yang terpilih.

Ada sahabat-sahabat yang terkejut ataupun merasa pelik..mengapa nama penulis tidak terpilih?
Sedangkan sebelum ini penulis dianggap calon “Favourite “ dikalangan Perwakilan…
Penulis menerima dengan hati yang terbuka..itu semua kehendak perwakilan dan sudah menjadi ketentuan ilahi terhadap penulis..

Walaupun begitu , sebagai manusia biasa, sudah tentu ada perasaan bercampur baur , bukan kerana tidak terpilih..tetapi berfikir dan muhasabah..mengapa ya ini semua berlaku…mesti ada mesej dan hikmah yang tersembunyi disebalik setiap kejadian…

Kebetulan selepas Mesyuarat Agong yang berakhir pada jam 12.30 malam itu , penulis perlu meneruskan program Qiamulail , dan pemikiran itu terbawa2 sehingga ke dalam surau!
Selepas melakukan solat sunat tahyat Masjid Penulis cuba berbaring untuk melelapkan mata..Sambil memeriksa waktu yang tertera di telefon , penulis melihat 1 sms yang belum dibaca.
Membuka Sms dan mula membaca..

Oh datangnya dari seorang sahabat dari utara…
“Salam’alayk..Sebelum matamu terlelap dari kesibukan dunia,ingatlah tuhanmu yang menjadikan siangmu di warnai dengan cabaran sebagai Tarbiyah Dari-Nya.Yang menjadikan malam mu indah dengan Cinta , Kasih dan Sayang Darinya.Apa yang di damba selain cinta seorang Hamba buat sang Khalik.Alunkanlah Zikrullah..Basahkan lidahmu dengan rentak Kalamullah .Moga Kita menjadi Pengemis Cinta Ilahi…Perindu Syahid Sejati….”
Penulis membalas sms..
“Alhamdulillah…macam tahu2 ana ada Qiam Jamaei hari ni…?”
Sms Berbalas..
“Aiseh…mana ana tahu?.. “
Penulis membalas sms..
“Ni baru lepas mesy Agong Pemuda..Alhamdulillah ana x dilantik oleh perwakilan sebagai Exco Pemuda jadi Rakyat Marhaeinlah ana…”

Tiada SMS masuk…
Penulis terlena dan mungkin sahabat dari utara juga terlelap!
Bangun Tahajjud…kebetulan ada Jemaah Tabligh yang iktikaf sekali…Jemaah dari golongan Alim..iaitu mereka yang banyak menulis buku-buku ilmiah ilmu-ilmu Islam..
“Rezeki enta Syeikh…rezeki Program enta, kebetulan Jemaah Alim pun ada…ni baru meriah..Jemaah Gerakan Islam berjamaei dengan Jemaah Tabligh..”
Sapa seorang sahabat …

“Eh…ni Rezeki ahli-ahli Kariah Surau ni lah..” “Rezeki kita semua” , penulis membalas sambil tersenyum..
Selepas Program Qiamulai, Penulis menjemput seorang sahabat untuk menyampaikan Tazkirah Subuh,beruntungnya ada sahabat yang susah nak jumpa tiba-tiba kena balik ke Malaysia akibat krisis di mesir..alhamdulillah…Ulama Muda ini membuatkan Ahli-ahli jemaah tidak mampu melelapkan mata dengan keletah Ulama Muda yang lantang bersemangat..Isi Kuliahnya juga Mantop dengan olahan 5 Golongan Sahabat-Sahabat  Rasulullah..bermula Sahabat dari Golongan Hudaibiyah…Golongan Uhud dan 3 Golongan lagi kita sambung lain kali kerana tak cukup masa…Aduh memang cekap Ulama Muda ini memancing jemaah untuk sentiasa datang mendengar kuliah!

Selepas Habis Program sempat disapa dan berbual mesra dengan seorang Alim penulis Kitab bertajuk “Hadiah Untuk Insan Yang Mulia” –  Rupanya beliau ialah Syeikh Maulana Mansor Bin Ismail,dengan Rujukan lebih 50 Kitab-kitab Muktabar….insyaAllah akan penulis kongsikan syarah kitab ini di masa mendatang..
Ketika melangkah kaki keluar dari perkarangan surau…
Satu Sms Masuk…
Sahabat dari utara awal pagi tadi…
“Maaf lambat reply, Tak jadi Exco sebab dah banyak tanggungjawab lain, jadi Allah nilai Ustaz  , tak mampu.. ( walaupun penulis x layak dipanggil ustaz..Aminkan jelah…insyaAllah)
Penulis membalas
“ana x layak dipilih oleh manusa…”
Sahabat utara reply
“Sebaliknya ustaz memang dah lama dipilih Allah sebagai Khalifah kat dunia ni”
Fuh…Dalam ayat nih!

Tiba-tiba semacam ada satu semangat yang berkobar-kobar meresapi jiwa penulis..
Penulis membalas..
“Dan ana dapat idea paling bernas , sebelum ini ana hadir mesyuarat Exco sebagai Exco , kali ni ana nak hadir sebagai wakil cawangan , buat prog atas nama cawangan , ana kena bijak kali ini..perkasakan Cawangan…Yes!3x”
Sahabat Utara Reply
“Wah, berkobar semangat,terasa bahangnya kat utara ni..Yes! Perkasakan Cawangan…Cayalah Ustaz!”
Penulis membalas
“Sebelum ni All out jugok…mcm ginilah..sepertinya Allah memberikan peringatan kepada ana , faham ana lebih kurang macam gini .. “ Hang Duk Pulon Kawasan..tapi Cawangan Hang tinggai.., hang pi balik cawangan, perkasakan cawangan!”
Last Reply sahabat Utara
“Ha, tu dia..fully Kedah version!., orait la tu , lebih baik jadi akar daripada julai pokok, selagi akar hidup..selagi tu pokok hidup!”
Sampai di rumah…Penulis seperti mendapat semangat baru…penulis tersenyum sendirian..Ya allah sesungguhnya Perancangan mu adalah yang Maha Sempurna!
Terasa Romatisnya Cinta kepada Mu Ya Allah…, telah ku infakkan diriku sejak awal lagi kepada Agama mu..Jika peluh ini laku untuk perjuangan agamamu mu…, jika batang tubuh ini laku untuk perjuangan Agama mu…Ya Allah…telah ku infakkan Batang tubuhku ini untuk perjuangan Agama mu…
Penulis tersenyum lagi…

Alangkah romantisnya mesyuarat Agong kali ini…
Takbir!..
AllahuAkbar!

·         Penulis adalah seorang ahli u-jam yang aktif..dan kadang kala Hyper Active
-         Chief Moderator U-jam





Friday, March 25, 2011

Fitnah Akhir zaman : Hadith Hudzaifah satu analisis

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Friday, March 25, 2011 | Category: | 0 comments

Hadits Hudzaifah Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu
Oleh : Syaikh Salim bin 'Ied Al-Hilali


Syarah : Ustaz Emran Bin Ahmad ( http://www.facebook.com/people/Emran-Bin-Ahmad/1257168389)

terjemahan Nash Hadits.

"Artinya : Dari Hudzaifah Ibnul Yaman Radhiyallahu Ta'ala Anhu berkata : Manusia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya kepada beliau tentang keburukan karena khawatir jangan-jangan menimpaku. Maka aku bertanya ; Wahai Rasulullah, sebelumnya kita berada di zaman Jahiliyah dan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah ini ada keburukan ? Beliau bersabda : 'Ada'. Aku bertanya : Apakah setelah keburukan itu akan datang kebaikan ?. Beliau bersabda : Ya, akan tetapi didalamnya ada dakhanun. Aku bertanya : Apakah dakhanun itu ?. Beliau menjawab : Suatu kaum yang mensunnahkan selain sunnahku dan memberi petunjuk dengan selain petunjukku. Jika engkau menemui mereka maka ingkarilah. Aku bertanya : Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan ?. Beliau bersabda : Ya, da'i - da'i yang mengajak ke pintu Jahannam. Barangsiapa yang mengijabahinya, maka akan dilemparkan ke dalamnya. Aku bertanya : Wahai Rasulullah, berikan ciri-ciri mereka kepadaku. Beliau bersabda : Mereka mempunyai kulit seperti kita dan berbahasa dengan bahasa kita. Aku bertanya : Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemuinya ?. Beliau bersabda : Berpegang teguhlah pada Jama'ah Muslimin dan imamnya. Aku bertanya : Bagaimana jika tidak ada jama'ah maupun imamnya ? Beliau bersabda : Hindarilah semua firqah itu, walaupun dengan menggigit pokok pohon hingga maut menjemputmu sedangkan engkau dalam keadaan seperti itu". (Riwayat Bukhari VI615-616, XIII/35. Muslim XII/135-238 Baghawi dalam Syarh Sunnah XV/14. Ibnu Majah no. 3979, 3981. Hakim IV/432. Abu Dawud no. 4244-4247.Baghawi XV/8-10. Ahmad V/386-387 dan hal. 403-404, 406 dan hal. 391-399).


Makna Hadits

1. Mengenali Sabilul Mujrimin adalah kewajiban Syar'i.

Perlu diketahui bahwa Manhaj Rabbani yang abadi yang tertuang dalam uslub Qur'ani yang diturunkan ke hati Penutup Para Nabi tersebut tidak hanya mengajarkan yang haq saja untuk mengikuti jejak orang-orang beriman (sabilul Mu'minin). Akan tetapi juga membuka kedok kebathilan dan menyingkap kekejiannya supaya jelas jalannya orang-orang yang suka berbuat dosa (sabilul Mujrimin).
Allah berfirman.
"Artinya : Dan demikianlah, kami jelaskan ayat-ayat, supaya jelas jalannya orang-orang yang suka berbuat dosa". (Al-An'am : 55)

Yang demikian itu karena istibanah (kejelasan) jalannya orang-orang yang suka berbuat dosa (sabilul Mujrimin) secara langsung berakibat pada jelasnya pula sabilul mu'minin. Oleh karena itu istibanah (kejelasan) sabilul Mujrimin merupakan salah satu sasaran dari beberapa sasaran penjelasan ayat-ayat Rabbani. Karena ketidakjelasan sabilul Mujrimin akan berakibat langsung pada keraguan dan ketidakjelasan sabilul Muminin. Oleh karena itu, menyingkap rahasia kekufuran dan kekejian adalah suatu kebutuhan yang sangat mendesak untuk menjelaskan keimanan, kebaikan dan kemaslahatan.

Ada sebagian cendikiawan syair menyatakan.

"Artinya : Aku kenali keburukan tidak untuk berbuat buruk, akan tetapi untuk menjaga diri". "Barangsiapa yang tidak dapat membedakan antara kebaikan dan keburukan, maka akan terjerumus ke dalamnya".

Hakikat inilah yang dimengerti oleh generasi pertama umat ini -Hudzaifah Ibnul Yaman Radhiyallahu 'anhu. Maka ia berkata : "Manusia bertanya kepada Rasulullah tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya tentang keburukan, karena khawatir akan terjebak di dalamnya".

2. Kekuatan ummat Kita Dihancurkan dari Dalam

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda berkenan dengan keinginan kaum kafir untuk membinasakan kaum muslimin dan Islam, seperti yang dinyatakan dalam hadits Tsaubah Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian seperti menyerbu makanan di atas piring. Berkata seseorang : Apakah karena sedikitnya kami waktu itu ? Beliau bersabda : Bahkan kalian pada waktu itu banyak sekali, akan tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn. Seseorang bertanya : Wahai Rasulullah, apakah wahn itu ? Beliau bersabda : Mencintai dunia dan takut mati". (Riwayat Abu Dawud no. 4297. Ahmad V/278. Abu Na'im dalam Al-Hailah).

Dari hadits di atas dapat disimpulkan bahwa :

Kaum kafir saling menghasung untuk menjajah Islam, negeri-negerinya serta penduduknya.
Negeri-negeri muslimin adalah negeri-negeri sumber kebaikan dan barakah yang mengundang air liur kaum kafir untuk menjajahnya.

Kaum kafir mengambil potensi alam negeri muslimin tanpa rintangan dan halangan sedikitpun.
Kaum kafir tidak lagi gentar terhadap kaum Muslimin karena rasa takut mereka kepada kaum Muslimin sudah dicabut Allah dari dalam hati mereka. Padahal pada mulanya Allah menjanjikan kepada kaum Muslimin dalam firman-Nya :

"Artinya : Akan kami jangkitkan di dalam hati orang-orang kafir rasa takut, disebabkan mereka mempersekutukan Allah, dimana Allah belum pernah menurunkan satu alasanpun tentangnya". ( Ali-Imran : 151).

Dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda : "Artinya : Aku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku : Aku ditolong dengan rasa ketakutan dengan jarak satu bulan perjalanan ; dan dijadikan bumi untukmu sebagai tempat sujud ; .... dan seterusnya ". (Riwayat Bukhari, lihat Fathul Bari I/436. Muslim dalam Nawawi V/3-4 dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu)


Akan tetapi kekhususan tersebut dibatasi oleh sabda beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hadits Tsauban yang lalu, yang menyatakan : "Allah akan mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian ...".


Dari hadits ini mengertilah kita bahwa kekuatan umat Islam bukanlah terletak pada jumlah dan perbekalannya, atau pada artileri dan logistiknya. Akan tetapi kekuatannya terletak pada aqidahnya. Seperti yang kita saksikan ketika beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab pertanyaan yang berkenan dengan jumlah, maka beliau jawab : "Bahkan ketika itu kalian banyak sekali, akan tetapi kalian seperti buih di atas aliran air".

Kemudian apa yang menjadikan "pohon yang akarnya menghujam ke bumi dan cabangnya menjulang ke langit" itu seperti buih yang mengambang di atas air ?

Sesungguhnya racun yang meluruhkan kekuatan kaum muslimin dan melemahkan gerakannya serta merenggut barakahnya bukanlah senjata dan pedang kaum kafir yang bersatu untuk membuat makar terhadap Islam, para pemeluknya dan negeri-negerinya.

Akan tetapi adalah racun yang sangat keji yang mengalir dalam jasad kaum muslimin yang disebut oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sebagai "Dakhanun"

Ibnu Hajar dalam Fathul Bari XIII/36 mengartikannya dengan hiqd (kedengkian), atau daghal (penghianatan dan makar), atau fasadul qalb (kerusakan hati). Semua itu mengisyaratkan bahwa kebaikan yang datang setelah keburukan tersebut tidak murni, akan tetapi keruh.

Dan Imam Nawawi dalam syarh Shahih Muslim XII/236-237, mengutip perkataan Abu 'Ubaid yang menyatakan bahwa arti dakhanun adalah seperti yang disebut dalam hadits lain.
"Artinya : Tidak kembalinya hati pada fungsi aslinya". (Riwayat Abu Dawud no. 4247)


Sedangkan makna aslinya adalah apabila warna kulit binatang itu keruh/suram. Maka seakan-akan mengisyaratkan bahwa hati mereka tidak bening dan tidak mampu membersihkan antara yang satu dengan yang lain.

Kemudian berkata Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah XV/15: Bahwa sabda beliau : "Dan didalamnya ada Dakhanun, yakni tidak ada kebaikan murni, akan tetapi didalamnya ada kekeruhan dan kegelapan".

Adapun Al 'Adzimul Abadi dalam 'Aunil Ma'bud XI/316 menukil perkataan Al-Qari yang berkata : "Asal kata dakhanun adalah kadurah (kekeruhan) dan warna yang mendekati hitam. Maka hal ini mengisyaratkan bahwa kebaikan tersebut tercemar oleh kerusakan (fasad)".

Dan sesungguhnya penanam racun yang keji dan menjalar di kalangan umat ini tidak lain adalah oknum-oknum dari dalam sendiri.

Seperti yang dinyatakan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam : "Mereka adalah dari kalangan bangsa kita dan berbahasa dengan bahasa kita". Berkata Ibnu Hajar Rahimahullah dalam Fathul Bari XIII/36 : "Yakni dari kaum kita, berbahasa seperti kita dan beragama dengan agama kita. Ini mengisyaratkan bahwa mereka adalah bangsa Arab".


Sedangkan Al-Qabisi menyatakan -seperti dinukil oleh Ibnu Hajar- secara lahir maknanya adalah bahwa mereka adalah pemeluk dien (agama) kita, akan tetapi batinnya menyelisihi. Dan kulit sesuatu adalah lahirnya, yang pada hakikatnya berarti penutup badan". Mereka mempunyai sifat seperti yang dikatakan dalam hadits riwayat Muslim.


"Artinya : Akan ada di kalangan mereka orang yang berhati iblis dengan jasad manusia". (Riwayat Muslim)


Yakni mereka memberikan harapan-harapan kepada manusia berupa mashalih
(pembangunan), siyadah (kepemimpinan) dan istiqlal (kemerdekaan dan kebebasan) ..

dan umat merasa suka dengan propaganda mereka. Untuk itu mereka mengadakan pertemuan-pertemuan, muktamar-muktamar dan diskusi-diskusi. Oleh sebab itu mereka diberi predikat sebagai da'i atau du'at -dengan dlamah pada huruf dal- merupakan bentuk jama' dari da'a yang berarti sekumpulan orang yang melazimi suatu perkara dan mengajak serta menghasung manusia untuk menerimanya. (Lihat 'Aunil Ma'bud XI/317).


3. Jama'ah minal Muslimin dan bukan Jama'ah Muslimin/'Umm.


Kalau kita mengamati kenyataan, maka kita akan melihat bahwa faham hizbiyah (kelompok) telah mengalir di dalam otak sebagian besar kelompok yang menekuni medan da'wah ilallah, dimana seolah-olah tidak ada kelompok lain kecuali kelompoknya, dan menafikan kelompok lain di sekitarnya. Persoalan ini terus berkembang, sehingga ada sebagian yang menda'wahkan bahwa merekalah Jama'ah Muslimin/Jama'ah 'Umm (Jama'ah Induk) dan pendirinya adalah imam bagi seluruh kaum muslimin, serta mewajibkan berba'iat kepadanya. Selain itu mereka mengkafirkan sawadul a'dzam (sebagian besar) muslimin, dan mewajibkan kelompok lain untuk bergabung dengan mereka serta berlindung di bawah naungan bendera mereka.
Kebanyakan mereka lupa, bahwa mereka bekerja untuk mengembalikan kejayaan Jama'atul Muslimin. Kalaulah Jama'atul Muslimin dan imam-nya itu masih ada, maka tidaklah akan terjadi ikhtilaf dan perpecahan ini dimana Allah tidak menurunkan sedikit pun keterangan tentangnya.


Sebenarnya para pengamal untuk Islam itu adalah Jama'ah minal muslimin (kumpulan sebagian dari muslimin) dan bukan Jama'atul Muslimin atau Jama'atul 'Umm (Jama'ah Induk), karena kaum muslimin sekarang ini tidak mempunyai Jama'ah ataupun Imam.


Ketahuilah wahai kaum muslimin, bahwa yang disebut Jama'ah Muslimin adalah yang tergabung didalamnya seluruh kaum muslimin yang mempunyai imam yang melaksanakan hukum-hukum Allah. Adapun jama'ah yang bekerja untuk mengembalikan daulah khilafah, mereka adalah jama'ah minal muslimin yang wajib saling tolong menolong dalam urusannya dan menghilangkan perselisihan yang ada diantara individu supaya ada kesepakatan di bawah kalimat yang lurus dalam naungan kalimat tauhid.

Al-Hafidz Ibnu Hajar Rahimahullah dalam Fathul Bari XII/37 menukil perkataan Imam Thabari Rahimahullah yang menyatakan : "Berkata kaum (yakni para ulama), bahwa Jama'ah adalah Sawadul A'dzam. Kemudian diceritakan dari Ibnu Sirin dari Abi Mas'ud, bahwa beliau mewasiatkan kepada orang yang bertanya kepadanya ketika 'Utsman dibunuh, untuk berpegang teguh pada Jama'ah, karena Allah tidak akan mengumpulkan umat Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam kesesatan. Dan dalam hadits dinyatakan bahwa ketika manusia tidak mempunyai imam, dan manusia berpecah belah menjadi kelompok-kelompok maka janganlah mengikuti salah satu firqah. Hindarilah semua firqah itu jika kalian mampu untuk menghindari terjatuh ke dalam keburukan".


4. Mejauhi Semua Firqah


Dinyatakan dalam hadits Hudzaifah tersebut supaya menjauhi semua firqah jika kaum muslimin tidak mempunyai jama'ah dan tidak pula imam pada hari terjadi keburukan dan fitnah. Semua firqah tersebut pada dasarnya akan menjerumuskan ke dalam kesesatan, karena mereka berkumpul di atas perkataan/teori mungkar (mungkari minal qaul) atau perbuatan mungkar, atau hawa nafsu. Baik yang mendakwahkan mashalih (pembangunan) atau mathami' (ketamakan) dan mathamih (utopia). Atau yang berkumpul di atas asas pemikiran kafir, seperti; sosialisme, komunisme, kapitalisme, dan demokrasisme. Atau yang berkumpul di atas asas kedaerahan, kesukuan, keturunan, kemadzhaban, atau yang lainnya. Sebab mereka semua itu akan menjerumuskan ke dalam neraka Jahannam, dikarenakan membawa misi selain Islam atau Islam yang sudah dirubah ...!


5. Jalan Penyelesaiannya


Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah memerintahkan kepada Hudzaifah untuk menjauhi semua firqah yang menyeru dan menjerumuskan ke neraka Jahannam, dan supaya memegang erat-erat pokok pohon (ashlu syajarah) hingga ajal menjemputnya sedangkan ia tetap dalam keadaan seperti itu.

Dari pernyataan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tersebut dapat ditarik kesimpulan sebagai berikut.

Pertama.Bahwa pernyataan itu mengandung perintah untuk melazimi Al-Kitab dan As-Sunnah dengan pemahaman Salafuna Shalih. Hal ini seperti yang diisyaratkan dalam

hadits riwayat 'Irbadh Ibnu Sariyah.
"Artinya : Barangsiapa yang masih hidup diantara kalian maka akan melihat perselisihan yang banyak. Dan waspadalah terhadap perkara-perkara yang diada-adakan karena hal itu sesat. Dan barangsiapa yang menemui yang demikian itu, maka berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah khulafa'ur rasyidin. Gigitlah ia dengan geraham-geraham kalian". (Riwayat Abu Dawud no. 4607, Tirmidzi no. 2676, Ibnu Majah no. 440 dan yang lainnya)


Jika kita menggabungkan kedua hadits tersebut, yakni hadits Hudzaifah Ibnul Yaman Radhiyallahu 'anhu yang berisi perintah untuk memegang pokok-pokok pohon (ashlu syajarah) dengan hadits 'Irbadh ini, maka terlihat makna yang sangat dalam. Yaitu perintah untuk ber-iltizam pada As-Sunnah An-Nabawiyah dengan pemahaman Salafuna As-Shalih Ridlwanalahu Ta'ala 'alaihim manakala muncul firqah-firqah sesat dan hilangnya Jama'ah Muslimin serta Imamnya.

Kedua.

Di sini ditunjukkan pula bahwa lafadz (an ta'adhdha bi ashli syajarah) dalam hadits Hudzaifah tersebut tidak dapat diartikan secara dzahir hadits. Tetapi maknanya adalah perintah untuk berpegang teguh, dan bersabar dalam memegang Al-Haq serta menjauhi firqah-firqah sesat yang menyaingi Al-Haq. Atau bermakna bahwa pohon Islam yang rimbun tersebut akan ditiup badai topan hingga mematahkan cabang-cabangnya dan tidak tinggal kecuali pokok pohonnya saja yang kokoh. Oleh karena itu maka wajib setiap muslim untuk berada di bawah asuhan pokok pohon ini walaupun harus ditebus dengan jiwa dan harta. Karena badai topan itu akan datang lagi lebih dahsyat.


Ketiga.

Oleh karena itu menjadi kewajiban bagi setiap muslim untuk mengulurkan tangannya kepada kelompok (firqah) yang berpegang teguh dengan pokok pohon itu untuk menghadapi kembalinya fitnah dan bahaya bala. Kelompok ini seperti disabdakan beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam akan selalu ada dan akan selalu muncul untuk menyokong kebenaran hingga yang terakhir dibunuh dajjal.


Maraji' :


Al Ilzamat wa at Tatabu oleh Ad-Daruquthni
Tafsir Al-Qur'an Al-Adzim, oleh Ibnu Katsir
Al Jami' As Shahih, oleh Bukhari dengan Fathul Bari
Haliyatul Auliya' oleh Abu Na'im Al- Ashbahani.
Silsilah Al-Hadits As-Shahihah, oleh Muhammad Nashiruddien Al-Albani
As-Sunnan, oleh Ibnu Majah
As-Sunnan, oleh Abu Dawud
As-Sunnan, oleh Tirmidzi
Syiar A'lam An-Nubala, oleh Adz-Dzahabi
Syarhu Sunnah, oleh Baghawi
As-Shahih, oleh Muslim bin Al-Hujjaj
'Aunil Ma'bud, oleh Syamsul Al-Abadi
Al-Kaasyif, oleh Dzahabi
Al-Mustadrak, oleh Hakim
Al-Musnad, oleh Ahmad bin Hambal
Tulisan ini disadur dan diringkas dari kutaib yang berjudul "Qaulul Mubin fi Jama'atil Muslimin" karangan Salim bin 'Ied Al-Hilali, Penerbit Maktab Islamy Riyadh tanpa tahun, dan dimuat di majalah As-Sunnah edisi 07/1/1414-1993 hal. 8-13

Puisi Si Dungu-Dungu

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | | Category: | 0 comments

Riang sungguh si dungu-dungu
Riang sambil memakan sagu
Rakyat hanya penanam sagu
Buat makanan di dungu-dungu

...Pastikan rakyat jelata menjadi dungu
Hingga tiada seorang pun yang tidak dungu
Pastikan sagu sentiasa penuh
Buat Makanan si Dungu-dungu

Maka berteriaklah seorang Rakyat Marhaien
Kami ini Penanam Sagu
Mengapa kami tidak menjadi Dungu?

Maka berteriaklah kepala pemakan sagu
Pastikan kamu memakan sagu
Daripada sang dungu-dungu!

Artikel Asal : Ibnu Rahman

Monday, March 21, 2011

Benarkah Politik Tiada Dalam Agama Islam?

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, March 21, 2011 | Category: | 0 comments

5 Syarat untuk Melakukan Maksiat

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | | Category: | 0 comments

 5 Perkara Yang Mencegah Maksiat

Ibrahim Adham berwasiat : “Jika kamu mahu menerima 5 perkara serta mampu melaksanakannya nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi iaitu :

1. Apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia maka janganlah kamu memakan rezekiNya



2. Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepadaNya maka jangan sampai kamu memijak bumiNya



3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayahNya maka sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui olehNya di mana tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat


4. Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu maka cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah



5. Jika pada hari kiamat nanti ketika malaikat Zabaniyah penjaga neraka datang kepadamu untuk membawamu ke neraka maka usahakan untuk menolaknya



Apakah sebab berlaku fenomena ini di mana manusia memandang perbuatan mereka yang sebenarnya salah tetapi pada pandangan mereka perbuatan mereka adalah betul, elok dan baik. Dalam setengah kes pula puak ini semakin ramai dan memandang orang yang mengamalkan poligami dan hudud adalah orang yang kuno, kolot dan ketinggalan zaman. Mereka memandang diri mereka pula sebagai contoh terbaik untuk diikuti.




Jawapan persoalan ini diterangkan Allah dalam 10 ayat di dalam Al Quran yang sama maknanya iaitu Al An’aam 43:

“dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.”




dan At Taubah 37:

”.......... Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. ......”..

Serta Al Anfaal ayat 48-




“Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), .......”



At Taubah ayat 37-.

“.......... Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. ........”



An Nahl ayat 63-

“.............. lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu;.........”



Orang yang telah berkawan rapat dengan syaitan seperti diterangkan dalam surah Az Zukruf di atas lalu syaitan tadi telah menjadikan manusia ini memandang cantik perbuatan salah mereka, apabila ditegur – masyaAllah, kita yang menasihati akan dijadikan musuh.

“Ya Allah, jadikanlah kami kasih kepada iman, hiasilah iman itu dalam hati kami, tanamkanlah dalam diri kami kebencian kepada kekufuran, kefasikan dan maksiat. Jadikanlah kami di kalangan orang yang mendapat petunjuk.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dari ‘Abid bin Fifa’ah az-Zarqi)

Wallahu'alam

Thursday, March 17, 2011

Qiam Jamaei U-jam Siri 2 (PJS)

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Thursday, March 17, 2011 | Category: | 0 comments

Wednesday, March 16, 2011

MENGKAJI STRATEGI DAKWAH RASULULLAH

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Wednesday, March 16, 2011 | Category: | 0 comments



Titik Awal Dakwah Nabi saw
 
Titik Awal Dakwah Nabi saw. Ketika Nabi saw. diutus, mula-mula baginda mengajak isterinya, Khadijah binti Khuwaid untuk memeluk Islam, maka Khadijah pun beriman. Baginda lalu mengajak saudara sepupunya, iaitu Ali bin Abi Thalib, dan Ali pun beriman. Kemudian baginda mengajak hambanya, Zaed, dan Zaed pun akhirnya beriman. Baginda juga mengajak temannya, Abu Bakar, maka Abu Bakar pun beriman. Setelah itu, baginda mengajak pada semua orang, sehingga berimanlah orang yang beriman, dan kufurlah orang yang kafir. 

Setelah Abu Bakar ra. memeluk Islam, Abu Bakar sengaja mengisytiharkan keislamannya pada orang yang boleh dipercayai serta mengajak mereka agar beriman kepada Allah dan RasulNya. Abu Bakar adalah orang yang berpengaruh bagi kaumnya, menyenangkan dan ringan tangan. Oleh itu, ahli-ahli kaumnya datang kepadanya dan mereka menyerahkan kepadanya bukan hanya untuk satu urusan, disebabkan oleh kerana ilmu, niaga dan akhlak baiknya. Utsman bin Affan adalah orang yang memeluk Islam kerana ajakan beliau. Demikian pula dengan Zubair bin Al-Awwam, Abdurrahman bin Auf, Saad bin Abi Waqash dan Thalhah bin Ubaidillah. 

Mereka dibawa menghadap Rasulullah saw. ketika mereka telah bersedia memenuhi ajakan beliau. Mereka lalu memeluk Islam dan solat. Setelah itu, Abu Ubaidah, yang nama asalnya adalah Amir bin Al-Jarrah, Abu Salamah, yang nama asalnya adalah Abdullah bin Abdi Al-Asad, Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, Utsman bin Al-Mathghun dan sebagainya memeluk Islam. Kemudian orang ramai memeluk Islam, baik dari kalangan lelaki mahupun wanita, sehinggalah Islam mulai diperkatakan di Mekah dan ramai orang membicarakannya. Mula-mula Nabi saw. mendatangi rumah-rumah mereka. Baginda menyampaikan kepada mereka, bahawa: "Allah memerintahkan kalian agar kalian menyembah Al- lah dan tidak menyekutukanNya dengan yang lain."

Beliau mengajak orang ramai di Mekah secara terbuka agar mereka memeluk Islam, kerana memenuhi perintah Allah: "Wahai orang yang berselimut, bangkit dan berilah peringatan" (Al-Mudatsir: 1-2)
Baginda juga terus melakukan interaksi dengan orang ramai untuk menyampaikan agama Islam, serta mengajak mereka bergabung bersama baginda dengan asas agama tersebut secara rahasia. Sahabat Rasulullah saw. apabila melakukan solat, mereka pergi ke lembah-lembah dan menyembunyikan solat mereka agar tidak diketahui oleh kaumnya. Rasul juga selalunya mengirim orang yang lebih dahulu memeluk Islam, dan telah mendalam pemahaman agamanya untuk mengajari Al Quran pada sesiapa sahaja yang baru memeluk Islam. Baginda pernah mengutus Khubab bin Al-Art agar mengajarkan Al-Quran kepada Zainab binti Al-Khattab dengan suaminya, Said. Di mana, melalui halaqah inilah, Umar akhirnya memeluk Islam. Ketika mereka dikejutkan oleh kedatangan Umar, mereka sedang berada di rumah Said, yang sedang mempelajari Al-Qur’an.

Bukan setakat itu sahaja, baginda bahkan telah mempergunakan sebuah rumah untuk mendidik kaum muslimin dengan Islam, serta menjadikannya sebagai pusat kelompok orang-orang mukmin tersebut, sekaligus menjadikannya sebagai sekolah dakwah baru. Rumah itu adalah rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam. Di situlah kaum musliniin dikumpulkan untuk dibacakan Al-Quran dan dijelaskan maknanya, serta memerintahkan mereka agar mengisytiharkan Islam. Ketika seseorang memeluk Islam, baginda akan memasukkannya ke rumah Al-Arqam. 

Baginda menahan diri selama tiga tahun, sementara itu baginda terus membina orang-orang Islam tersebut. Baginda solat dan bertahajud dengan mereka di malam harinya, sehingga lahirlah pada diri mereka kekuatan spritual melalui solat dan membaca Al-Quran. Baginda banyak membangkitkan pemikiran mereka dengan merenungkan ayat-ayat Allah, menganalisa penciptaannya. Baginda juga mendidik intelektual mereka dengan makna dan lafadz Al-Quran, serta pemahaman dan pemikiran Islam. Baginda melatih mereka agar bersabar dalam menerima penganiayaan, taat dan tunduk sehingga tumbuh keikhlasan semata untuk Allah. Nabi dengan kaum muslimin tetap tidak mengisytiharkan ajarannya, ketika masih di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, hingga turun firman Allah:
"Maka, isytiharkan apa yang diperintahkan kepada kamu, serta tentanglah orang-orang musyrik."(Al-Hijr: 94)

Sunday, March 13, 2011

U-jam Tubuhkan Skuad Graphic Designer!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, March 13, 2011 | Category: | 0 comments

 Assalamualaikum..Sahabat-sahabat u-jam

Alhamdulillah , U-jam kini mara lagi setapak setelah berjaya menubuhkan Jamaah Fastabiqul Khairat KL - Pattani , Jamaah Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN) dalam kempen Anti-Zina Seluruh Malaysia, Bekerjasama dengan DACS & Alternatif Riding Club - Ganu / Selangor , Kini menubuhkan Kelab Graphic Designer U-jam

Kepada Sahabat-sahabat yang sudi berkongsi kepakaran , Boleh join Disini --->
http://www.facebook.com/bhonline/posts/10150157730020600#!/home.php?sk=group_192370114136105

Umno Liabiliti Kepada Ummat Islam di Malaysia.

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | | Category: | 0 comments


1. Kelihatan UMNO dan BN 'all out' menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang - orang melayu untukmenanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.

2. UMNO dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa  "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan melayu UMNO". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.

3. Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihanraya kecil.

4. Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada UMNO dan BN lalu memenangi pilihanraya secara gentleman. Malang demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh UMNO dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang.

5. Insyaallah, jika UMNO dan BN masih gagal membuka peluang untuk PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana menjelang 1 Mei akan datang, Himpunan 500K BERSIH 2 akan menjadi kenyataan pada bulan june akan datang.

6. Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya ummat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul saw bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekaligus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul saw telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin [ rahmat - naungan kasih buat seluruh alam ].

7. Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman:
  • Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw :
 شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم
Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali .
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193
Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing .
  • Hilful Fudhul : Urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian atau kerjasama Fudhul dimeteri untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah . Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang - orang asing yang berurusan di Kota Makkah .  Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka .
Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian atau kerjasama [Fudhul] yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya .
Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.

Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab . Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya .

8. Kedua, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi :
Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya dinaiki pencuri [ waliyazubillah - sbg contoh ]. Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134.000. Pencurinya hanya seorang perempuan tapi lariannya agak licik dan pantas, lalu saya berteriak : Tolong ! Tolong ! perempuan itu curi wang saya ! Tiba - tiba jiran - jiran saya yang terdiri orang India beragama hindu namanya Balendran [sekadar contoh ] dan juga orang cina beragama kristian namanya Vincent [ sekadar contoh ], malah ramai lagi jiran saya turut keluar dan mereka terdiri dari pelbaga bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.

Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa - rupanya bulan lepas rumah mereka juga dinaiki pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100.000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama - sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul dihadapan rumah saya di Jalan Raja Laut [ sekadar contoh ], lalu mereka melafaz ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.

Kendati pun saya seorang muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non muslim, Islam membenarkan saya memeteri perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu.

9. Kenapa UMNO dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP ? bagaimana pula dengan UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC ? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India ? atau ada yang lebih cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ? Perangai UMNO ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab :

ضربني و بكى شتمني واشتكى
Dia pukul aku dia yang menangis , dia fitnah aku dia yang mengadu .
Begitu juga orang tua - tua pernah bisik pada saya, UMNO ni macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai UMNO ini. Kata mereka , paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.
10. Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka ? bukankah UMNO  menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasinal  ? :
  • Sekian lama UMNO bertanding di kerusi Parlimen Raub akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya UMNO terpaksa gadaikannya kepada MCA.
  • UMNO pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang UMNO menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan.
  • Lebih dari 3 penggal pilihanraya, UMNO yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi melayu di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semuala kawasan pilihanraya dilakukan, sebaliknya menambah kerusi di negeri - negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan melayu di Parlimen. Bukankah UMNO menjadi alat dan boneka kepada pihak lain ?

Friday, March 11, 2011

Tsunami Di Jepun

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Friday, March 11, 2011 | Category: | 0 comments

Assallamualaikum

Kejadian tsunami telah berlaku kembali hari di Jepun. Dahsyat betul.......







Wednesday, March 9, 2011

Peristiwa Cicak Dan Burung

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Wednesday, March 9, 2011 | Category: | 0 comments



Mengapa Agaknya ahli-ahli Jemaah Gerakan Islam bertungkus lumus sebagaimana ingin mencuba sebaik mungkin agar Islam itu akhirnya mencapai kemenangan?

Tidakkah mereka sedar , dalam perkiraan logik bahawa amat susah untuk menegakkan Daulah Islamiyyah di Malaysia?


Seringkali penulis bertembung dengan soalan-soalan diatas yang datang sendiri dari orang islam sendiri yang amat tidak bersetuju dengan usaha gerakan islam , bagi mereka sudah cukup untuk memperjuangkan kebangsaan kerana di Malaysia namanya Tanah Melayu , maka melayulah yang perlu dijulang!


Banyak artikel yang sudah dibahaskan untuk tujuan penerangan yang jelas akan hal ini , tetapi mungkin susah difahami, maka penulis ingin berkongsi dengan penerangan kisah orang-orang yang terdahulu untuk kita muhasabah bersama-sama


Kami Jemaah Gerakan Islam tidak mengira bila kemenangan itu akan tercapai sepenuhnya kerana Kemenagan islam dijamin oleh Allah S.W.T dan bukannya atas jaminan Makhluk.Kita akan ditanya apa usaha kita untuk kemenangan Islam?
Bukannya di tanya mengapa Islam itu tidak mencapai kemenangan.


Jika tidak boleh menjadi burung , janganlah menjadi seperti cicak.

Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, 

buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’

 
Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.
Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)
Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.
Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”

Qiam Jamaei Mingguan Anak Muda Siri 1/2011

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | | Category: | 0 comments

Qiam Jamaei Mingguan Anak Muda Siri 1/2011 Anjuran Jemaah Anak Muda PJS dengan kerjasama Jabatan Amal Petaling Jaya Selatan

Mukaddimah : Sesunguhnya Amalan itu diterima di dalam tiga perkara iaitu : Ilmu , Ikhlas & Ehsan
Objektif :

...1) Iktikaf dan amalan memperbaiki hati & iman kepada Allah S.W.T dan menghidupkan Sunnah Sayyiduna Rasulullah S.A.W

2) Mengukuhkan ukhwah islami diantara Ahli Kariah Anak Muda Surau/Masjid di PJS bersama Ahli-Ahli Amal PJS dalam suasana yang penuh mahabbah

3) Menghidupkan amalan ibadah secara berjamaah

Misi : Majlis secara bersiri setiap minggu secara istiqamah bermula pada 11.03.2011 pada siri pertama dan tanda aras pada 24.02.2012 lengkap 42 Surau dan 7 Masjid

Visi : Menghidupkan amalan Qiam Anak Muda Secara Berjemaah satu surau/masjid setiap minggu sehingga semua 42 Surau dan 7 Masjid istiqamah mengadakan majlis yang sama setiap minggu

Siri 1 Bermula Esok 10.03.2011 , Berkumpul di Surau Nahdatul Islamiyah PJS 4 jam 12 malam
Aturcara

12.00 am : Tiba di Surau (Tidur & Iktikaf)
4.30 am : Qiam , solat Sunat , Dzikir & Mathurat
6.15am : Solat Subuh
6.30 am: Tazkirah Subuh
6.45 am: Bersurai

Moderator Qiamulai : Ustaz Hakimi , Tazkirah Subuh : Ustaz Firdaus

Tuesday, March 8, 2011

Eh Aku Malaslah! - Berjuang untuk Siapa?

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, March 8, 2011 | Category: | 1 comments

 
Muhasabah untuk diri saya yang teramat dhaif ini.......

Ayat-ayat biasa yang didengar

"Saya kalau tak ada si fulan , jangan harap saya nak masuk berjuang ...sebab si fulan lah yang tarik saya ...dan saya juga sukakan cara si fulan ...malah saya sukakan si fulan ..hik..hik..hik.. (hik tu hanya tambahan untuk meriahkan suasana)

"kalau si fulan x diberi jawatan...kita jangan datang program tu!"

"Si fulan kene lawan...! mana boleh gini..mana ada org lain yang layak...kalau si fulan xada..habis..hancurlah kita!"

"Tahu takkk...? mereka semua yang masuk perjuangan ni...semuanya kerana saya!,kalau x ada saya jgn harap dorang nak masuk!"

Ayat yang terngiang2..

"ish,,sy ni orng biasa2...sy malaslah datang usrah"

"hah!..usrah ni utk org yg ada jawatan jer...mmg patut dorang kene pergi...kite ni x gi pun xpa"

"ish..jawatan saya x tinggi...sy x nak buat kerja ni..."

"siapalah sy ni....org bawahan je...."

Perlu merendah diri..tapi tengok pada tempatnya...ketika paluan perang bersahut...! kita perlu ke depan..tanpa kira kita siapa..dan ketika jemaah memerlukan kita...kitalah orang yang paling beruntung!



Sedikit peringatan untuk diri saya yang dhaif ini....

Sejarah tetap sejarah. Namun sejarah peribadi didikan Rasulullah terlalu indah. Indah untuk dikenang, manis untuk di bayang, dan pastinya terlalu agong untuk diteladani.

Ianya bukan lakonan. Ianya satu keikhlasan. Mereka mempunyai pandangan tersendiri, namun mereka memuliakan pandangan sahabat lain. Cinta mereka mengatasi cinta diri sendiri. Jihad mereka bukan memburu ghanimah duniawi.

Nama empat sahabat agong khalifah Arrasyidin memang tiada tolok bandingnya, namun terlalu banyak nama lain mengukir dan melakar sejarah perjuangan unik ini. Benarlah kata Assyahid Syed Qutb Mereka adalah generasi Al Quran yang unik. Hasil tangan didikan langsung dari Rasulullah SAW. Antaranya Khalid Al Walid

Indahnya membaca kisah Khalid Alwalid. Sejarah hidupnya penuh kegemilangan di medan peperangan. Dari zaman Jahiliah, beliaulah perancang menyebabkan medan Uhud menjadi medan muhasabah sepanjang masa pejuang Islam. Di kemuncak karier sebagi panglima tentera, di tengah medan peperangan sedang bergelora, sampai berita pertukaran pimpinan perang. Khalid dilucutkan jawatan. Hanya menjadi tentera biasa. Semuanya percaturan politik saidina Umar alkhattab.

Bermusuhkah Umar dengan Khalid??? Tidak!!! Hilangkah kepercayaan Umar kepada Khalid??? Tidak. Curigakah Umar kepada Khalid??? Juga tidak!!! Apa perlu jawatan Khalid dilucutkan? Dia tidak pernah mengkritik Umar. Atau mengkritik orang kepercayaan Umar. Apabila ditanya tentang tindakan Umar…. Jawapan mudah… tanda betapa ikhlasnya Khalid Al Walid “ Aku berjuang bukan kerana Umar. Aku berjuang kerana Allah”

Alangkah indahnya keperibadian Khalid Al Walid. Terlalu agongnya cinta Khalid kepada perjuangan Islam. Kalau Khalid mengkritik Umar, Khalid punya alasan yang kuat. Khalid menerima dengan penuh kerelaan. Namun Umar jua punya alasan tersendiri. Tindakan Umar kerana sayangnya Umar kepada perjuangan. Umar mahu menjaga perjuangan. Memastikan halatuju perjuangan di landasan yang benar. Tindakan Umar ialah tarbiah buat tentera agar mereka menyedari bahawa kemenangan tentera Islam adalah kerana pertolongan Allah, bukan kerana kehebatan Khalid.

Pernahkah Khalid mendakwa kemenangan Islam kerana kebijaksanaan atau kepimpinannya?? Atau pernahkah Khalid mengkritik pemimpin pasukan tentera lain yang mungkin tidak sehebat percaturan Khalid atau kemenangan yang diperolehi Khalid?? Tidak… tidak… tidak sama sekali… Jauh sekali untuk Khalid bertemu musuh meluahkan kekecewaannya. Alangkah indahnya keperibadian Khalid Al Walid!!! Semoga kita semua mencontohi Khalid Al Walid walu kita bukan bernama Khalid!!
 
Seorang ulama tasawuf terkenal, Fudhail bin Iyadh pernah menyebut: “Meninggalkan sesuatu amal kerana manusia adalah riak. Melakukan sesuatu amalan kerana manusia pula adalah syirik. Penyelamat daripada kedua-duanya ialah ikhlas.”
Artikel Asal : http://u-jam.blogspot.com/2011/03/eh-aku-malaslah-berjuang-untuk-siapa.html

Monday, March 7, 2011

Mencari Damai Ummat Ini

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, March 7, 2011 | Category: | 0 comments

 
Manhaj Pemikiranku .

Apabila saya menegur dan mengkritik bukan saja saya mesti bersedia untuk menerima respon balas ( dalam bentuk penghujjahan positif atau negative ) dari pihak yang dikritik , tetapi juga saya mestilah jujur dan benar dalam teguran dan kritikan yang dilontarkan. Malah saya jua mesti terikat dengan etika mengkritik sekalipun berhadapan dengan kemungkinan hujjah balas yang tidak beretika dan berdisiplin.

Ianya tidaklah bermakna hanya saya yang benar . Berkemungkinan besar saya salah dan silap dalam mengemukakan pandangan dan setiap kali saya berbeza pendapat dengan pihak lain , apa yang saya harapkan agar Allah menunjuk jalan-Nya yang benar .

Inilah prinsip yang akan terus saya "genggam" bersama sedikit nikmat ilmu anugerah ilahi .

Tidak senang sebenarnya untuk mengkritik , justeru kritikan adalah melahirkan rasa tidak setuju terhadap pihak lain yang berkemungkinan boleh mengguris perasaannya dan mungkin juga boleh mengendurkan tali persahabatan yang telah lama terjalin.

Namun begitu , selamanya saya tidak boleh berdiam diri terhadap suatu yang saya tidak bersetuju dengannya . Terutama dalam perkara yang melibatkan penyelewengan fakta , kekeliruan maklumat , tuduhan tanpa bukti , fitnah tanpa asas dan keangkuhan yang berpanjangan .

Lantaran itu , sebagaimana saya mesti tabah , terbuka dan berhati – hati dalam menatah kalimah bernada kritikan , saya juga sangat mengharapkan pihak lain ( yang dikritik ) tidak cepat melatah , berjiwa besar , jujur dalam menilai dan apa yang paling penting ialah , tidak menganggap kritikan itu sebagai satu peluru yang membunuh nilai persahabatan dan juga nilai keintelektualan atau kesarjanaan.

Saya percaya jika yang dikritik itu bertaraf sarjana , sebagaimana ia tidak mudah tewas hujjah begitulah seharusnya ia tidak mudah terpengaruh dengan elemen – elemen yang mengheretnya ke medan pergaduhan atau perbalahan yang menimbulkan rasa benci di hati dan kecewa di jiwa .

Sebaliknya ia mestilah sangat menghormati kritikan dan pandangan pihak lain biarpun ia menganggap kritikan itu hanyalah hujah picisan atau pandangan yang dangkal ( sebab kita boleh tidak menerimanya ) , justeru menghormati pandangan dan kritikan pihak lain adalah suatu sikap terpuji dan selayaknya itulah penampilan seorang sarjana.

الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنة
أولئك الذين هدا هم الله و أولئك هم أولوا الألباب

18. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan Yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan Yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang Yang berakal sempurna.

Surah az Zumar . Ayat : 18

Sikap tidak menghormati hujjah dan kritikan pihak lain hanya mempamerkan keangkuhan dan keegoan diri yang mungkin "teruja" dengan pencapaian ilmunya atau anugerah kesarjanaannya.

Soalnya , apakah hujjah dari pihak kita sahaja menepati ciri – ciri ilmiyyah sedang hujjah dari pihak lain dinilai picisan biarpun sarat dengan hujjah dan dalil ?

Saya suka membawa pendekatan para sarjana agong dalam sejarah peradaban Islam . Ternyata mereka sangat tinggi disiplin dalam menangani khilaf dalam apa jua isu , terutama dalam isu – isu yang tidak menjejaskan aqidah .

Ilmu dan tawadhu' ( merendah diri ) menjadi asas disiplin tersebut disamping mereka mengetengahkan adab – adab ikhtilaf yang cukup wibawa dan berkualiti .

Lihat sahaja bagaimana imam – imam mazhab mengendalikan khilaf dikalangan mereka . Biarpun mereka menafikan sekeras – kerasnya hujjah pihak lain , tidak sedikit pun mencalarkan penghormatannya terhadap orang yang mereka kritik apatah lagi meremehkan hujjah pihak lain.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata terhadap imam As-Syafii;

كانَ أفْقَهُ النَّاسُ فِىْ كِتابِ اللهِ وَ سُنَّةِ رَسُوْلِهِ

“Beliau (Imam As-Syafii) adalah manusia yang paling faqih (paling faham) tentang Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya ”

Lihat : Tarikh at-Tasyri’ al-Islami. hlmn 312.
(karangan As-Subki, As-Sais dan Al-Barbari, di ta’liq oleh Dr ‘Alauddin Za’tari)

Imam Ahmad bin Hanbal juga ada menyebut;

ما عرفتُ ناسِخَ اْلحَدِيْثِ مِنْ مَنْسُوْخِهِ حَتَّى جَالَسْتُ الشَّافِعِى

“Aku tidak mengetahui nasikh hadis daripada mansukhnya melainkan aku duduk bersama As-Syafii ”

Lihat : Tarikh at-Tasyri’ al-Islami. hlmn 312.
(karangan As-Subki, As-Sais dan Al-Barbari, di ta’liq oleh Dr ‘Alauddin Za’tari)

Mereka berkhilaf di atas pentas ilmu yang dihiasi dengan keikhlasan dan ketaqwaan bukan semangat menegakkan benang basah dan bersikap prejudis terhadap pihak lain .

Wajarnya disiplin mereka dalam menangani medan perbahasan dan penghujjahan ini diterima pakai dalam setiap pertikaian antara kita dewasa kini.

Saya akur , bahawa khilaf tidak mungkin boleh dihapuskan . Terlalu banyak punca dan sebab yang menghela ke arah khilaf . Perbedaan latar belakang menuntut ilmu sudah cukup meletakkan para ilmuan ini berkhilaf antara mereka . Tahap pencapaian ilmu , perbedaan manhaj dan method , jurang usia , perbedaan zuruf ( suasana ) , perbedaan kefahaman dan ( maslahah ) kepentingan turut menjadi penyumbang penting berlakunya khilaf .

Kita tidak perlu sempit dada dan sesak nafas dengan fenomena ini . Ianya sihat malah terlalu sihat andainya para ilmuan Islam ini dapat menanganinya dengan disiplin khilaf yang tinggi dan baik.

Mentajdid Gerakan Tajdid .

Kecelaruan social , kekacauan minda , kekeliruan maklumat dan kesamaran ilmu meletakkan ummah dalam resah mendepani cabaran zaman . Menyaksi pula pertikaian dan perdebatan para ilmuan mereka , bagaikan tidak membawa tuah . Ummah kekal dirundung malang .

Realiti ini membuktikan betapa ummah memerlukan gerakan tajdid dan islah kearah membuka ruang dan peluang kepada mereka membina kembali kegemilangan dan kecemerlangan sebagaimana yang penah dicapai oleh ummat terdahulu.

Ummat ini tidak hebat sekadar kita berbangga dengan sejarah dan pencapaian silam tanpa kita mencipta sejarah hebat untuk dibangga oleh generasi akan datang .

Menggerakkan usaha tajdid bukanlah membawa agama baru tetapi membawa ummah yang sekian lama jauh dari penghayatan agama agar kembali memertabatkan hidup berasaskan agama melalui sumbernya yang asal.

Usaha tajdid tidak juga memperkenalkan istilah – istilah baru tetapi memahamkan ummah terhadap istilah dan falsafah agama yang suci berteraskan manhaj an Nabawiyyah .

Usaha tajdid tidak diasaskan di atas manhaj yang suka berpolemik dalam isu – isu khilafiah dan meresahkan ummah sebaliknya menggerakkan usaha untuk menenangkan ummah seraya membimbing mereka dengan ilmu yang benar dan membuka lebih banyak ruang persepakatan.

Usaha tajdid jua mesti terbit dari dhomir yang tinggi kecintaannya terhadap syariat dan tulus keikhlasannya terhadap ummah.

Usaha tajdid memerlukan kepimpinan ummah yang berani dan mampu ( layak ) berijtihad berasaskan ilmu yang benar dan tasawwur amal Islami yang jelas.

Usaha tajdid meletakkan para mujaddidnya di atas perjuangan yang hak dan tegas mempertahankannya .

Usaha tajdid juga menampilkan mujaddid yang berani menentang perkara mungkar dan bathil sekalipun terpaksa mengorbankan segala kepentingan hidupnya.

Manhaj perjuanganku.

Sepanjang saya melibatkan diri dengan Parti Islam SeMalaysia PAS , bersama pengalaman gerakkerjanya mendepani segala cabaran dan isu ummah menjadikan saya sangat sayang terhadap perjuangan islam yang suci ini.

Walaupun PAS adalah sebuah parti politik , pada saya ia adalah sebuah gerakan Islam yang melaksanakan tanggungjawab kearah mendaulatkan syariah Ilahi di atas tanahair ini. Justeru itu , hingga saat ini saya tidak pernah merasakan saya orang politik .

Sebaliknya saya hanya seorang anggota sebuah gerakan Islam yang menjalankan tugas untuk mendaulatkan syariat Allah , memartabatkan ummah , berdakwah memahamkan masyarakat dan gerakkerja politik adalah sebahagian dari tugas yang wajib saya laksanakan.

Dasar perjuangan PAS sangat jelas , segalanya untuk islam . Saya antara yang diamanahkan untuk memimpin dan mentarbiyyah anggota parti , bukan saja bertanggungjawab ke atasnya tetapi sangat masak terhadap perjalanan parti ini.

Modul dan manhaj yang digunakan adalah untuk melahirkan anggota atau jundi yang ikhlas berjuang dan faham tanggungjawab serta amanah melaksanakan tugas sebagai pejuang islam atau ansarullah.

Saya sangat pasti akan ketulenan sumber dan keaslian maraji’ ( tempat dan bahan rujuk ) perjuangan yang saya dokong ini bahawa ia bersih dari segala penyimpangan aqidah dan penyelewengan fikrah yang membawanya keluar dari manhaj ahli sunnah wal jamaah.

Saya tidak dapat nafikan , dalam jumlah keanggotaan yang mencecah setengah juta ahli , tentu sahaja ada anggota parti yang “ kebal tarbiyyah ” dan “ tidak makan saman ” , namun mereka masih menjalani proses pengambilan skima tarbiyyah secara berperingkat. Biarpun tidak secara rasmi , tetapi ia akan banyak mempelajari selok belok perjuangan melalui keistiqamahannya bersama perjuangan ini.

PAS sangat tegas terhadap sebarang penyelewengan dan penyimpangan yang merosakkan prinsip perjuangan Islam dokongannya. Pemimpin atau ahli parti yang terlibat akan dikenakan tindakan melalui proses tata tertib dan disiplin parti .

Lantaran itu , bukti dan saksi sangat diperlukan dalam apa jua tuduhan dan prasangka bahawa PAS dan anggotanya menyeleweng dari perjuangan Islam dan manhaj ahli sunnah wal jamaah.

Sebagai contoh , tuduhan PAS atau anggotanya adalah khawarij , syiah , konsevertif dan seumpamanya mesti dilampirkan bukti dan saksi . Melemparkan tuduhan dan memasang prasangka tanpa asas bukti dan saksi adalah suatu yang sangat mengecewakan dan pasti mengguris perasaan saya.

Apalagi menuduh PAS akan menubuhkan negara Special Branch . Secara prinsipnya saya melihat tuduhan itu sangat tidak benar dan tidak pula mempunyai asas kecuali dilihat sebagai “ melepas geram ” terhadap PAS.

Persoalannya , apakah wajar rasa tidak senang umum terhadap individu dalam parti lalu menjustifikasikan parti .

Boleh menuduh , tetapi disiplinnya menuntut bukti dan saksi .

Nasihat buat rakan seperjuanganku .

Pun begitu , nasihat saya buat rakan – rakan seperjuangan jua mereka yang memimpin saya dalam parti ini agar konsistan dengan amal Islami bersama akhlak murni yang menjadi asas keperibadian seorang pejuang .

Kita pejuang bukan pemberontak . Kita pendakwah bukan penghukum . Responsif terhadap isu ummah tetapi tidak melatah terhadap provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hulurkan tangan “ membimbing ” biarpun lidah tegas menentang dan menegur kedholiman . Yang hak dikata hak dan yang bathil dikata bathil.

Sampaikan salam perjuangan dan persahabatan kita buat madu’u serta bukalah pintu enggagement kita buat semua. Namun pintu harus ditutup buat pengkhianat yang mengkhianati perjuangan suci ini.

Tegurlah saya andai saya silap , bimbinglah saya andai saya tersasar dan bantulah saya andai saya benar .

Apa yang saya cari , ialah Damai buat Ummat Ini .
 
Kalam U-jam : AlFadhil Ustaz Nasruddin Tantawi