[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Tuesday, May 21, 2013

Hasutan UMUM untuk Rakyat Malaysia

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, May 21, 2013 | Category: |




penafian : Kenyatan ini tidak mewakili pandangan rasmi dalam Pakatan Rakyat.

HASUTAN UMUM KEPADA RAKYAT MALAYSIA!

1. Pemuda PAS boleh dikatakan pencetus kepada siri-siri demonstrasi bantahan kepada apa juga isu-isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat.Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar (Ketika ituTahun 2000) dipenjarakan sebulan selepas didapati bersalah terlibat dalam satu perhimpunan "haram" di depan Universiti Malaya bagi membantah pasukan kriket Israel pada 1997.

2. Walaupun yang ditangkap ialah Mahfuz Omar..namun orang yang pertama kena penerajang ialah unit amal PAS.

3.Persoalannya ialah bukan "Malaysia Spring" atau menerima kekalahan dengan sabar.Persoalannya ialah Negara telah diprogramkan dengan sebuah model demokrasi kuku besi.

4.Model ini disalin semula dari model-model demokrasi kuku besi dari kebanyakan negara yang menerima tsunami rakyat (arab spring)

5.Parti Husni Mubarak menang besar (dengan sistem kuku besi) sebelum Kebangkitan rakyat mesir , setelah kebangkitan rakyat menggulingkan beliau dan setelah sistem demokrasi yang bersih dikembalikan kepada rakyat , Parti Islam Ikhwanul muslimin menang besar!

6.Tahun 2013 ,Di Malaysia, Anwar ibrahim diugut bunuh secara terang2(Hamidah)  , Pelampau umno menyarankan agar orang cina dibunuh(papa gomo)  namun mereka(penghasut) masih tidak dihukum.

7.Sistem di Malaysian rupa-rupanya kerajaan akan mengubah dasar bukan kerana pendebatan di parlimen , tetapi kerana kebangkitan rakyat melalui demonstrasi.Setelah itu ISA dikatakan dimansuhkan & PPSMI dikaji semula., dakwat kekal dan tak kekal diperkenalkan.

8. Adakah BN akan mengembalikan sistem demokrasi yang bersih setelah adanya demonstrasi besar-besaran?

9.Rakyat sudah terlalu letih.

10.Untuk rekod , UMNO adalah pengamal demonstrasi ala-ala rusuhan yang cemerlang setakat ini.Sebelum ini di penang , Pejabat Ketua Menteri diserang setelah usaha memberikan "hadiah" seluar dalam dan bra , Kek Tahi tidak mendapat sambutan.

11. Pejabat Keadilan diserang dengan siri-siri demonstrasi ganas.

12. Peserta Flashmob di ipoh cedera parah diserang pemuda umno.

13.Video merancang huru-hara bagi menggagalkan rombongan ANAK terbongkar.

14.Apa yang menarik , "peserta" demonstrasi yang menyelinap masuk kedalam himpunan bersih 3.0 sudahpun menghadiri kursus untuk mencetuskan rusuhan.

15.Umno kini umpama syiah jadi-jadian apabila mengamalkan "Taqiyah" dengan berbohong dan menipu dalam kedaan mereka tahu akan kebenaran.UMNO sendiri tahu akan kebenaran dan mereka juga tahu bahawa DAP tidak pernah ada usaha untuk menegakkan negara kristian.

16.Hasilnya Pengerusi Persatuan Sekolah Mubaligh Kristian jadi Timbalan Menteri Pelajaran bagi kabinet baru najib 2013.

17.Hasilnya kerajaan najib juga amat takut untuk mengiktiraf pelampau melayu seperti zul nordin , ibrahim ali , hassan ali , lah geting dn konco-konconya.

18.Hasilnya  Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy dilantik  sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

19.Pertama kali dalam sejarah PRU Malaysia , ada siri-siri blackout di pusat penjumlahan undi.

20.Akhirnya yang akan bangkit menentang BN bukanlah dari kalangan mereka yang partisan , yang akan bangkit adalah rakyat marhaein yang tidak ada kena mengena dengan kepentingan politik , mereka bangkit bukan kerana bencikan kerajaan.

21. Mereka bangkit kerana tidak tahan dengan asakan kesempitan hidup dan kezaliman yang melampau , adalah satu yang amat mendatangkan bencana kepada BN jika kemuncak kebangkitan adalah dikalangan orang-orang "bebas" yang asalnya adalah pelampau umno.

22.Professional dan anak-anak muda umno bangkit menentang pimpinannya sendiri, langkah pertama najib digugurkan dari mengemudi umno selangor.

23.Untuk Rekod Pemuda-Pemuda umno lebih berani , lebih lantang , lebih ganas dari gerombolan Adam Adli dalam apa juga siri-siri demonstrasi! 

24.Untuk rekod..unit amal yang dikatakan ganas itu akhirnya berdemonstrasi dengan mengutip sampah-sampah ditengah-tengah jalanraya!


Currently have 0 comments:


Leave a Reply