[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Wednesday, October 2, 2013

Ustaz Abu Bakar Chik juga berminat rebut jawatan naib presiden

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Wednesday, October 2, 2013 | Category: |

Gegak gempita mengenai pemilihan di dalam Umno tidak mudah meredakan cakap-cakap apa yang sedang berlaku di dalam Pas waktu ini. Pas yang juga akan mengadakan pemilihan pemimpinnya tahun ini turut sama diberi perhatian oleh orang ramai. Sepak terang kecil sudah berlaku dalam Pas sebagai kempen dan promosi calon-calon untuk merebut jawatan penting.
Abu Bakar Chik
Pas agak kurang bernasib baik sedikit kerana jawatan nombor dua akan berlaku perlawanan tidak seperti Umno di mana jawatan nombor dua dan nombor satu telah diumumkan menang tanpa bertanding. Masing-masing diperolehi Najib Razak dan Muhyiddin Yassin.

Dengan terelaknya berlaku pertandingan didua jawatan utama itu, gelora di dalam pemilihan Umno tidaklah besar sangat.

Berbeza dengan Pas. Kedudukan Abdul Hadi Awang sebagai presiden selamat. Tidak ada yang tergamak untuk melanggar Abdul Hadi. Di sinilah sedikit kelebihan Pas sebagai parti haraki di mana nilai wala'nya tinggi. Kalau ada pun yang ingin menentang Abdul Hadi ia adalah angin semilir yang kuasa tiupannya tidak bisa menggerakkan daun lalang pun.

Untuk jawatan timbalan saya sudah sorot serba ringkas sebelum ini. Kedudukan Mohamad Sabu akan dicabar. Dua nama yang berpotensi untuk mencabar kedudukan Mat Sabu ialah Tuan Ibrahim Tuan Man dan Husam Musa. Nasharuddin Mat Isa sudah tenggelam dalam lautan mati. Ini pun akan ditentukan oleh 'sikon'.Walaupun nama Mohd Amar Abdullah (Nik Amar) disebut-sebut tetapi hakikatnya bukan beliau akan melangkah ke tangga nombor dua itu. Lesen beliau sebagai timbalan menteri besar Kelantan belum cukup gah untuk berbuat begitu.

Mahfuz Omar

Salahudin Ayub
Melalui catatan ini saya nak sorot sedikit mengenai jawatan ketiga di dalam Pas, naib presiden. Jawatan ini sekarang disandang oleh Sallahudin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar, tokoh yang dilihat moderate di dalam Pas atau mengikut istilah Mujahid Yusof kumpulan yang ingin melakukan perubahan.

Jawatan ini menjadi idaman beberapa nama lain lagi. Yang disebut-sebut dan besar kemungkinan akan merebut jawatan ini ialah Tuan Ibrahim Tuan Man, Nik Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Mujahid Yusuf. Mereka ini juga pernah mencuba merebut kerusi berkenaan dua tahun lepas kecuali Tuan Ibrahim yang 'dipaksa rela' bertanding menentang Nasharuddin Mat Isa namun tewas.

Selain nama itu, satu nama baru kini muncul iaitu Abu Bakar Chik. Abu Bakar Chik sebenarnya bukan asing dan bukan nama baru. Pemimpin yang saya sifatkan kelompok Van C20, nama Abu Bakar masih relevan. Jika dibanding satu persatu mereka yang satu gerobok dengannya, Abu Bakar Chik paling tahan lasak dan evergreen dan kukuh.

Melihat kepada beliau bekerja seolah beliau tidak pernah merasakan dia sudah veteran dan masih merasakan dia adalah pemuda Pas. Apa sahaja program dan majlis Pas beliau akan kelihatan. Dalam pilihan raya lalu meskipun tidak bertanding, tetapi cara beliau berkerja seolah-olah beliau bertanding sendiri. Semangat begitulah yang perlu dicontohi.

Dalam beberapa nama itu siapakah yang akan sahih merebut jawatan itu? Saya tidak mahu meramalkan siapa yang bakal mengambil alih kerusi berkenaan tetapi hanya ingin meramalkan siapakah yang bakal bertanding. Dua nama, Salahudin dan Mahfuz sudah pasti akan mempertahankan jawatan itu. Tidak ada sebab untuk mereka berundur dan memberi laluan kepada yang lain. Perubahan, kemajuan Pas yang kini dirasai tidak dapat dinafikan adalah atas kedudukan mereka sebagai pemimpin tertinggi parti.

Mujahid Yusuf Rawa
Baik Mahfuz maupun Salahudin mereka diperlukan untuk berada dijawatan berkenaan bagi meneruskan agenda mengembang dan memantapkan kedudukan Pas di Kedah dan Johor. Dengan jawatan itu sedikit sebanyak ia memberi 'raa' kepada Pas Johor dan Kedah untuk mengobarkan semangat perjuangan. Adalah elok kalau Mahfuz dan Salahuddin berada di situ memandangkan tiada sesiapa lagi dari Johor yang menduduki jawatan tertinggi.

Kedudukan Husam Musa masih belum pasti. Beliau juga ada pencalonan untuk timbalan presiden. Saya mengira Husam akan melihat perkembangan seterusnya sama ada beliau akan mencuba sekali lagi untuk merebut kerusi berkenaan atau bertahan di kerusi naib presiden saja. Ia banyak bergantung kepada perkembangan Mohamad Sabu dan juga sejauh mana berlaku perikatan di antara Tuan Ibrahim dengan Nik Amar. Hubungan Tuan Ibrahim dan Nik Amar setakat ini nampak erat dan semacam ada persefahaman. Darah Pulau Melaka menghubungkan mereka.

Saya kira Husam tidak akan bertanding kerusi timbalan presiden sekiranya berlaku kompromi antara Nik Mohd Amar dengan Tuan Ibrahim. Walaupun desakan dari orang luar terhadapnya tinggi tetapi banyak faktor lain yang perlu dinilai Husam. Tidak berapa selesa untuk Husam ikut sama bertanding kalau berlaku pertandingan tiga penjuru; beliau, Mohamad Sabu Tuan Ibrahim atau Nik Amar. Apa lagi kalau Tuan Ibrahim yang disuruh bertanding Husam akan surender.

Kecuali Mohamad Sabu akan memberi laluan kepada Husam untuk membolehkan berlaku pertandingan dua penjuru antara Husam sama ada dengan Nik Amar atau Tuan Ibrahim. Saya mengira Tuan Ibrahim akan direstui oleh Pulau Melaka. Husam juga akan bertanding kalau terjadi pertandingan empat penjuru; beliau, Mat Sabu, Nik Amar dan Tuan Ibrahim. Tetapi ini amat mustahil sekali. Sebaik-baik bagi melihat pertandingan secara 'jantan' sekiranya Mat Sabu memberi laluan kepada Husam.

Seandainya Husam bertanding timbalan presiden menjadikan satu kerusi naib presiden kosong. Kekosongan inilah yang akan menjadi rebutan sengit penentang Bakar Chik, Idris Ahmad atau pun Dr Mujahid Yusuf Rawa. Tanpa Husam mengekalkan kerusi naib, Pas akan menyaksikan muka baru dalam barisan naib presiden kelak.

Kedudukan hari ini Salahuddin dan Mahfuz pasti akan mengekalkan kedudukan mereka. Bagaimana pun dengan ada persefahaman dalaman bukan senang juga untuk Salahuddin dan Mahfuz mempertahankan kerusi mereka. Tidak mustahil kalau arus golongan konservetif (pinjam istilah Mujahid) kuat bergelombang ia boleh menghayutkan sama Salahuddin dan Mahfuz.

Sehingga kini sudah hampir pasti Salahuddin dan Mahfuz akan bertanding naib presiden selain Bakar Chik, Idris Ahmad. Mujahid sehingga kini belum menunjukkan minat untuk bertanding. Anak bekas presiden Pas ini tidak begitu ghairah sangat dalam perebutan jawatan. Perebutan jawatan naib ini menarik perhatian kerana ada tanda-tanda ia akan dibabit dengan kelompok tertentu di dalam Pas.

Yang pastinya kehadiran Bakar Chik yang dianggap sebagai pencabar baru kerana sebelum ini dalam muktamar tahun lepas beliau tidak bertanding dan era beliau untuk berada dalam barisan pimpinan pun sudah dianggap berlalu. Kemunculan beliaulah adalah come backdengan nawaitu dan misi tertentu. [wm.kl 10: am 02/10/13]


Currently have 0 comments:


Leave a Reply