Sunday, March 27, 2011
Mesyuarat Agung Paling Romatis
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, March 27, 2011 | Category:
|
Sekarang ini musim mesyuarat Agung , Mesyuarat Agong tetap diteruskan bagi Sebuah Parti Gerakan Islam , Bermula dari cawangan , kawasan , seterusnya negeri dan Pusat.Ianya tetap diteruskan , di dalam Parti-parti haluan Barisan Nasional telah dimuktamadkan bahawa tiada pemilihan dalam mesyuarat Agong kerana menumpukan usaha pilihanraya tidak memberi kesan kepada Mesyuarat Agung Parti Gerakan Islam yang terus menghormati perlembagaanya dan tidak mengkhianati ahli-ahli pendokong gerakan Islam dengan terus mengadakan pemilihan dari grass root seterusnya pucuk pimpinan tertinggi pusat.
Begitulah yang dialami oleh penulis , seringkali terngiang-ngiang di minda akan ayat “ Melakukan ibadat kerana makhluk ialah riak , dan meninggalkan ibadat kerana makhluk ialah syirik”.
Semalam mesyuarat Agong bagi Pemuda Kawasan penulis,sebelum mesyuarat Agong ini berlansung pada tarikhnya semalam , selama 2 tahun memegang jawatan sebagai exco kawasan , banyak program-program direncanakan , paling banyak ialah yang melibatkan anak muda…Dengan program2 yang “Rare” sperti paintball , konvoi anak muda, live screen piala dunia 2010 kepada program2 tradisi Usrah , Tamrin , Muqayyam , Ijtima dan lain2 program-program tarbiah.
Semuanya atas nama Pemuda Kawasan.
Pergerakan program yang direncanakan oleh lujnah yang diamanahkan oleh penulis agak menonjol sebelum ini , dan kelibat penulis banyak kelihatan di markas dan juga di lapangan program..sehinggakan ada ahli yang pening kepala!.Banyak sangat program syeikh!..padat betul!..Aik…? dorang ni bila takde program..bising?..bila banyak program pun bising?
Mungkin disebabkan agak popular dengan program,nama penulis disebut 2-3 kali dalam ucapan Mesyuarat Agung Pemuda Kawasan oleh wakil Kawasan.Begitu juga sahabat-sahabat lain yang faham dengan karektor Penulis sebagai kilang Program!
Penulis tidak memasukkan semua itu samada pujian atau kritikan di dalam hati kerana semua gerak kerja, melibatkan tenaga , wang ringgit dan masa malah diri penulis telah diinfakkan kepada jemaah,biar Jemaah Gerakan Islam yang popular bukannya penulis!
Disebabkan ada 3 orang pemuda yang telah tamat tempoh dan meletakkan jawatan tertinggi, maka mereka perlu diganti dan penggantinya ialah mereka yang lebih senior dimana pemilihanya dilakukan oleh Syura iaitu tiada pertandingan oleh mereka..semuanya memalui musyawarah syura.
Begitulah dengan mereka ,masing-masing menolak jawatan Ketua Pemuda walaupun mereka amat berkelayakan..maka itulah pentingnya Syura.Itulah Hikmah Gerakan Islam..di kala Parti lain yang Dasarnya tidak meletakkan islam sebagai rujukan dapatlah dilihat pertandingan 2-3 penjuru yang melibatkan Wang dan kebendaan!
Cumanya Pemilihan Exco pemuda diserahkan kepada Perwakilan untuk memilih,Penulis tidak kisah berkaitan jawatan Exco kerana sebelum ini , sebelum dilantik sebagai Exco penulis tetap berkhidmat dengan Jemaah berjawatan ataupun tidak..
Penulis tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk dipilih oleh perwakilan tetapi jika diikut logiknya ada sebab mengapa perwakilan akan memilih penulis jika terpilih nanti.
Nak dijadikan cerita , selepas pengundian untuk 8 orang Exco yang dipilih dalam Mesyuarat Agong Pemuda Kawasan , nama penulis tiada dalam senarai yang terpilih.
Ada sahabat-sahabat yang terkejut ataupun merasa pelik..mengapa nama penulis tidak terpilih?
Sedangkan sebelum ini penulis dianggap calon “Favourite “ dikalangan Perwakilan…
Penulis menerima dengan hati yang terbuka..itu semua kehendak perwakilan dan sudah menjadi ketentuan ilahi terhadap penulis..
Walaupun begitu , sebagai manusia biasa, sudah tentu ada perasaan bercampur baur , bukan kerana tidak terpilih..tetapi berfikir dan muhasabah..mengapa ya ini semua berlaku…mesti ada mesej dan hikmah yang tersembunyi disebalik setiap kejadian…
Kebetulan selepas Mesyuarat Agong yang berakhir pada jam 12.30 malam itu , penulis perlu meneruskan program Qiamulail , dan pemikiran itu terbawa2 sehingga ke dalam surau!
Selepas melakukan solat sunat tahyat Masjid Penulis cuba berbaring untuk melelapkan mata..Sambil memeriksa waktu yang tertera di telefon , penulis melihat 1 sms yang belum dibaca.
Membuka Sms dan mula membaca..
Oh datangnya dari seorang sahabat dari utara…
“Salam’alayk..Sebelum matamu terlelap dari kesibukan dunia,ingatlah tuhanmu yang menjadikan siangmu di warnai dengan cabaran sebagai Tarbiyah Dari-Nya.Yang menjadikan malam mu indah dengan Cinta , Kasih dan Sayang Darinya.Apa yang di damba selain cinta seorang Hamba buat sang Khalik.Alunkanlah Zikrullah..Basahkan lidahmu dengan rentak Kalamullah .Moga Kita menjadi Pengemis Cinta Ilahi…Perindu Syahid Sejati….”
Penulis membalas sms..
“Alhamdulillah…macam tahu2 ana ada Qiam Jamaei hari ni…?”
Sms Berbalas..
“Aiseh…mana ana tahu?.. “
Penulis membalas sms..
“Ni baru lepas mesy Agong Pemuda..Alhamdulillah ana x dilantik oleh perwakilan sebagai Exco Pemuda jadi Rakyat Marhaeinlah ana…”
Tiada SMS masuk…
Penulis terlena dan mungkin sahabat dari utara juga terlelap!
Bangun Tahajjud…kebetulan ada Jemaah Tabligh yang iktikaf sekali…Jemaah dari golongan Alim..iaitu mereka yang banyak menulis buku-buku ilmiah ilmu-ilmu Islam..
“Rezeki enta Syeikh…rezeki Program enta, kebetulan Jemaah Alim pun ada…ni baru meriah..Jemaah Gerakan Islam berjamaei dengan Jemaah Tabligh..”
Sapa seorang sahabat …
“Eh…ni Rezeki ahli-ahli Kariah Surau ni lah..” “Rezeki kita semua” , penulis membalas sambil tersenyum..
Selepas Program Qiamulai, Penulis menjemput seorang sahabat untuk menyampaikan Tazkirah Subuh,beruntungnya ada sahabat yang susah nak jumpa tiba-tiba kena balik ke Malaysia akibat krisis di mesir..alhamdulillah…Ulama Muda ini membuatkan Ahli-ahli jemaah tidak mampu melelapkan mata dengan keletah Ulama Muda yang lantang bersemangat..Isi Kuliahnya juga Mantop dengan olahan 5 Golongan Sahabat-Sahabat Rasulullah..bermula Sahabat dari Golongan Hudaibiyah…Golongan Uhud dan 3 Golongan lagi kita sambung lain kali kerana tak cukup masa…Aduh memang cekap Ulama Muda ini memancing jemaah untuk sentiasa datang mendengar kuliah!
Selepas Habis Program sempat disapa dan berbual mesra dengan seorang Alim penulis Kitab bertajuk “Hadiah Untuk Insan Yang Mulia” – Rupanya beliau ialah Syeikh Maulana Mansor Bin Ismail,dengan Rujukan lebih 50 Kitab-kitab Muktabar….insyaAllah akan penulis kongsikan syarah kitab ini di masa mendatang..
Ketika melangkah kaki keluar dari perkarangan surau…
Satu Sms Masuk…
Sahabat dari utara awal pagi tadi…
“Maaf lambat reply, Tak jadi Exco sebab dah banyak tanggungjawab lain, jadi Allah nilai Ustaz , tak mampu.. ( walaupun penulis x layak dipanggil ustaz..Aminkan jelah…insyaAllah)
Penulis membalas
“ana x layak dipilih oleh manusa…”
Sahabat utara reply
“Sebaliknya ustaz memang dah lama dipilih Allah sebagai Khalifah kat dunia ni”
Fuh…Dalam ayat nih!
Tiba-tiba semacam ada satu semangat yang berkobar-kobar meresapi jiwa penulis..
Penulis membalas..
“Dan ana dapat idea paling bernas , sebelum ini ana hadir mesyuarat Exco sebagai Exco , kali ni ana nak hadir sebagai wakil cawangan , buat prog atas nama cawangan , ana kena bijak kali ini..perkasakan Cawangan…Yes!3x”
Sahabat Utara Reply
“Wah, berkobar semangat,terasa bahangnya kat utara ni..Yes! Perkasakan Cawangan…Cayalah Ustaz!”
Penulis membalas
“Sebelum ni All out jugok…mcm ginilah..sepertinya Allah memberikan peringatan kepada ana , faham ana lebih kurang macam gini .. “ Hang Duk Pulon Kawasan..tapi Cawangan Hang tinggai.., hang pi balik cawangan, perkasakan cawangan!”
Last Reply sahabat Utara
“Ha, tu dia..fully Kedah version!., orait la tu , lebih baik jadi akar daripada julai pokok, selagi akar hidup..selagi tu pokok hidup!”
Sampai di rumah…Penulis seperti mendapat semangat baru…penulis tersenyum sendirian..Ya allah sesungguhnya Perancangan mu adalah yang Maha Sempurna!
Terasa Romatisnya Cinta kepada Mu Ya Allah…, telah ku infakkan diriku sejak awal lagi kepada Agama mu..Jika peluh ini laku untuk perjuangan agamamu mu…, jika batang tubuh ini laku untuk perjuangan Agama mu…Ya Allah…telah ku infakkan Batang tubuhku ini untuk perjuangan Agama mu…
Penulis tersenyum lagi…
Alangkah romantisnya mesyuarat Agong kali ini…
Takbir!..
AllahuAkbar!
· Penulis adalah seorang ahli u-jam yang aktif..dan kadang kala Hyper Active
- Chief Moderator U-jam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
subhanallah..
benar, setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya..
ana betul2 tersentuh dengan artikel ni..
terasa semangat kembali menerjah setelah sekian lama terkubur sepi..
kita dah berjanji pada ALLAH menginfakkan diri untuk kepentingan agama, jadi pilihan manusia bukan lagi perkara penting dlm kehidupan kita..
apa yang penting, teruskn "sumbangan" sebagai peng"infak" yang terbaik demi meraih redhaNYA..
salam juang, salam mujahadah, salam istiqomah..