Wednesday, March 9, 2011
Peristiwa Cicak Dan Burung
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Wednesday, March 9, 2011 | Category:
|
Mengapa Agaknya ahli-ahli Jemaah Gerakan Islam bertungkus lumus sebagaimana ingin mencuba sebaik mungkin agar Islam itu akhirnya mencapai kemenangan?
Tidakkah mereka sedar , dalam perkiraan logik bahawa amat susah untuk menegakkan Daulah Islamiyyah di Malaysia?
Seringkali penulis bertembung dengan soalan-soalan diatas yang datang sendiri dari orang islam sendiri yang amat tidak bersetuju dengan usaha gerakan islam , bagi mereka sudah cukup untuk memperjuangkan kebangsaan kerana di Malaysia namanya Tanah Melayu , maka melayulah yang perlu dijulang!
Banyak artikel yang sudah dibahaskan untuk tujuan penerangan yang jelas akan hal ini , tetapi mungkin susah difahami, maka penulis ingin berkongsi dengan penerangan kisah orang-orang yang terdahulu untuk kita muhasabah bersama-sama
Kami Jemaah Gerakan Islam tidak mengira bila kemenangan itu akan tercapai sepenuhnya kerana Kemenagan islam dijamin oleh Allah S.W.T dan bukannya atas jaminan Makhluk.Kita akan ditanya apa usaha kita untuk kemenangan Islam?
Bukannya di tanya mengapa Islam itu tidak mencapai kemenangan.
Jika tidak boleh menjadi burung , janganlah menjadi seperti cicak.
Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu,
‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’
Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.
Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)
Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Currently have 0 comments: