[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Tuesday, April 26, 2011

Kisah benar 3 Sahabat Menangkap Perompak

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, April 26, 2011 | Category: |


Kecoh satu kampung apabila baru-baru ini banyak rumah dirompak dan mangsanya dizalimi oleh perompak tersebut , Lama perkara ini berlaku dan sudah pelbagai cara penduduk kampung usahakan untuk menangkap perompak ini.

Dalam usaha untuk mengesan perompak ini , ada juga cakap-cakap kedai kopi bahawa perompak ini sebenarnya dilindungi oleh orang kampung sendiri , sehinggakan ada mangsa yang tahu siapa perompak itu tetapi terpaksa mendiamkan diri akibat termakan umpan konco-konco perompak dan yang paling sedih ada segelintir mangsa akhirnya bersekongkol dan bersubahat dengan perompak ini hanya kerana ingin menjaga periuk nasi mereka sendiri.

Sudah banyak kali laporan kepada polis sudah diusahakan , bukan itu sahaja sehinggakan jenuh diwujudkan suruhanjaya Diraja untuk menyelesaikan kes ini..Akhirnya siasatan hanyalah siasatan sehingga Raja pun naik pening!

Di Kalangan penduduk kampung ada 3 kumpulan yang menentang habis-habisan dan berkempen dari rumah ke rumah untuk menghapuskan perompak ini,walaupun usaha ini tampak murni , mereka amat tidak disenangi oleh konco-konco perompak..pelbagai cara dilakukan untuk menggagalkan usaha 3 kumpulan ini

Kumpulan pertama ialah orang melayu islam dari golongan mereka yang suka pergi ke masjid dan kerap mendengar kuliah-kuliah agama

Kumpulan kedua ialah bangsa cina yang baik dan selalu tolong – menolong orang kampung dalam banyak hal tanpa mengira warna kulit

Kumpulan yang ketiga ialah bangsa india yang amat tidak suka kepada kezaliman dan banyak mangsa rompakan adalah dari kalangan keluarga mereka sendiri.

Kumpulan ini akhirnya bermesyuarat dan membentuk pakatan untuk menghapuskan kumpulan perompak ini..Namun ada sahaja halangan-halangan

Dari orang melayu sendiri mereka mencemuh kerana kumpulan pertama berpakat dengan orang bukan islam walaupun mereka tahu tujuannya ialah murni kerana jika perompak itu dihapuskan maka aman damailah kampung ini,mereka sanggup menyekat ceramah-ceramah agama dan bersekongkol dengan konco-konco perompak untuk menggagalkan usaha ini

Dari orang Cina sendiri , mereka kebanyakannya menyokong kumpulan ini tetapi ada juga segelintir mereka yang rapat dengan konco-konco perompak menakut-nakutkan kumpulan kedua dengan berkata “habislah lu kena sunat jika berpakat dengan orang islam”

Dari orang india , mereka akur dengan  pakatan ini , tidak semuanya ada juga yang mendiamkan diri tidak mahu terlibat dengan mana-mana pihak dan ada juga yang menyokong senyap-senyap

Pakatan itu akhirnya membuat keputusan , mereka sanggup berkorban masa , wang dan tenaga seterusnya bergabung atas satu matlamat , bagi kumpulan pertama tujuan mereka ialah untuk menunjukkan akhlak islam dan berjanji islam tidak akan menindas sesiapapun apalagi berlaku zalim

Pada satu hari , satu rompakan berlaku di sebuah rumah yang juga dikenali sebagai orang kuat kepada konco perompak… Kebetulan pula 3 kumpulan ini berada dekat dengan tempat kejadian..”Ok Saya kejar ikut jalan tengah , kamu kumpulan 2 kejar ikut jalan kiri , kamu kumpulan 3 kejar ikut jalan kanan” Arah kumpulan 1 kepada semua pakatannya.. “ kita jumpa di simpang depan..sama-sama menangkap perompak itu..

Akhirnya perompak itu Berjaya ditangkap..dan penduduk kampung semakin ramai..malangnya mangsa yang dirompak sudah diikat oleh gerombolan konco-konco perompak dan diugut supaya menyatakan bahawa perompak itu bukan merompak tetapi hanya meminjam sahaja dan akan dipulangkan balik barang-barangnya.
Mangsa terpaksa akur seperti juga mangsa yang lain , ada juga mangsa yang tidak akur ditangkap kerana dituduh membuat laporan palsu dan ketiga-tiga pemimpin yang berusaha sebentar tadi juga ditangkap kerana dituduh menangkap perompak yang telah insaf!

Di dalam penjara berkatalah pimpinan kumpulan 2 & 3 kepada ketua kumpulan 1 ..Haji..apa sudah jadi..kita mahu ini kampung jadi baik..tapi kita yang masuk penjara..

Dengan Wajah yang ikhlas dan tersenyum..Haji itu menjawab “Di dalam islam kita diwajibkan berusaha dan kejayaan itu adalah Hak Milik Allah S.W.T , saya takut jika meninggal nanti akan ditanya mengapa saya tidak berusaha , itulah sebabnya saya meneruskan usaha ini  dan hanya mengharapkan keredhaan Allah dan bukan mengharapkan pandangan Makhluk”

Seminggu kemudian berlaku rompakan besar-besaran..kali ini lebih banyak mangsa dan kerugian…Akhirnya penduduk kampung tidak dapat lagi bersabar ..mereka mengejar perompak tetapi ianya tetap terlepas..akhirnya diketahui bahawa perompak itu sebenarnya ialah ketua kampung sendiri..mereka terus keluar beramai-ramai menuntut pembelaan ,ramai anak-anak muda yang sebelum ini bosan dan tidak mahu ambil pusing akan masalah ini keluar di jalanan..mereka mengamuk dan terus berkumpul hingga bilangannya bertambah dari sehari ke sehari….kampung ini sebenarnya akan aman jika ketua kampung ini di hokum! Laung anak muda sambil membawa gambar ketua kampung dan konco-konconya yang bersama dengan slogan Si zalim,pengkhianat dan hukum mereka!

Kumpulan Pakatan itu walaupun berlainan bangsa dan agama hanya mempunyai satu tujuan yang sama dengan anak-anak muda tadi…iaitu menangkap perompak yang zalim..kini mereka tersenyum kerana dengar khabarnya ketua kampung yang baru akan membebaskan mereka.
Hormati & Raikan Penulis Asal : Ibnu Rahman
Sumber Asal : http://u-jam.blogspot.com/2011/04/kisah-benar-3-sahabat-menangkap.html




Currently have 7 comments:

  1. nice..ad pengajaran n makna tersirat disebalik cerita..(^_^)

  2. ~tersenyum~ ketika membaca...ada isi tersurat dan tersirat...

  3. thumbs up..good moral values..

  4. seronok membaca....cuma realiti tak seindah tulisan kata2......yang baik diambil yang buruk disanggah

  5. tajuk cerita... 3 sahabat.. meaning 3 orang... then bila cerita 3 kumpulan pulak.... 1 kumpulan pegi masjid... 1 kumpulan cina baik... 1 kumpulan tak suka zalim.... nak cerita pasal politik pon tak payah la buat jalan cerita macam buku SHIT tu.... tak suit langsung ngan keadaan la....

  6. Setahu saya x ada perkataan politik dalam cerita tu ..setakat ni x ada siapa yg marah kecuali kumpulan perompak diatas hehe

  7. Puak2 UMNO memang macam tu bila kita cakap hal kezaliman,rasuah,judi,arak,hudud walaupun tak sentuh hal politik mereka akan terasa sebab memang kerja mereka macam tu.....


Leave a Reply