[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Monday, April 11, 2011

Pidato Ustazah Cilik

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, April 11, 2011 | Category: |

video
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

saya nak ngepek ni (saya nak membebel ni). kalau tok ngepek tok jadi (kalau tak membebel tak menjadi).

tengok loni (tengok sekarang ni), koho sari koho berat (semakin hari semakin teruk), koho sari koho berat (semakin hari semakin teruk)....
...
...atau pun takpo (atau pun tak mengapa). anok nak ngaji sekolah tadika pun tak buleh (anak nak belajar sekolah agama pun tak bagi). kalu ngaji sekoloh siam phado sangat (kalau belajar sekolah kebangsaan (siam) ambil berat sangat). pagi2 gi hantar (pagi-pagi pergi hantar, petang gi amik (petang-petang jemput pulang). pagi2 gi hantar, petang gi amik.

ikut po (ikut semua kehendak), beli belako (beli semua). kalu sekolah tadika cikgu mitok duit sekok (kalau sekolah agama cikgu minta duit sepuluh sen), dua kok (dua puluh sen), ngepek slalu (membebel selalu). ooo berat ore tua peseng ning (ooo teruk betul perangai ibu bapa macam ni).

anok daro tu eh (Eh, anak-anak perempuan tu!). acu pakat mugheh getek eh (tolong nasihat/marah sikit). ning anok daro geletik gelenya supo cacing kena cok (ini tidak, anak perempuan gedik2 macam cacing kena mata cangkul). paka baju koho sari koho napok sikat (pakai baju semakin hari semakin singkat). supo barut nako (macam pembalut nangka). kain klubung tok paka yak atas palo (kain tudung tak pakai langsung atas kepala). dok kace turut dara siam (tiru cara pemakaian artis Siam). dara siam takpo la dio kafir (artis siam tak mengapa la sebab diorang kafir). dia telanye pun dia buleh duit (diorang bogel pun dapat duit).

tuan pulok asal ko comei supo jewok kabuk (empunya diri plak, dah la tak cantik, macam biawak 'kabuk'). naik motor nah dua tiga (naik motorsikal membonceng sampai dua tiga orang). broom kok tu (broom! ke sana). breem kok ni (breem! ke sini). ooo berat (oooh, teruk/dahsyat!). tok pade ngn tino garik (tak padan dengan perempuan).

pete ko tok pete duk cuk sekolah lagi (petang-petang pun masih pakai uniform sekolah lagi). Smaye asar tok tahu priye mano (solat asar tak tau masa mano), bo ngorik paka cuk tido (masuk je waktu maghrib terus pakai pakaian tidur). penuuuh, dok main atas temok (penuh duk lepak atas/tepi jalan).

penoh pakat thow tharosat (semua guna hand phone). thow pulok lamo2 (berborak dgn telefon bimbit lama-lama). duk thow cari palo bapok apo tok tahu (berborak ape benda pun tak tahu la).

toksoh ngaji ngaji la kalu gatal sangat gok (tak payah bersekolah la kalau dah gatal sangat). berlaki la (berkahwin terus la). ooo alo perut ku tengok puok ni (oooh serabut perut aku tengok manusia macam ni).

make daroh korok (melahap arak [tak pasti betul ke tidak]). tu mok jange kiro nok wi anok bleh ngaji ni (ibu/bapa bersusah payah cari duit nak sara anak belajar). anok dok bengau situ (anak tetap bengong/dungu juga). khe khe mitok duit (kejap-kejap minta duit). khe khe mitok duit. kata ustajah nok la (dakwa ustazah nak la), cikgu nok la (dakwa cikgu nak la). ooo mapuhla pemuda lagu ni (teruk betul la anak-anak macam ni).

anok2 paka kasut pade ratus tu (anak-anak pakai kasut harga beratus-ratus). mok pok paka selipar cepet go limo kok (mak bapak pakai selipar jepun harga 50 sen). tu pun merah belah hijau belah (itu pun sebelah kaki warna merah, sebelah kaki lagi warna hijau).

puok2 werong tuh buke maghi nak tengok nasik nih (golongan remaja/pemuda bukannya datang menonton persembahan Nasyid). nak maghi ngeceh nih (tapi datang nak mengorat). khayal pulok khayal ubat batuk (jenis khayal ketagih ubat batuk). khayal mara (mabuk ganja). mata glebek po hatu rayo (mata bengkak, merah macam hantu raya). nok masuk keda takdok duit (nak masuk kedai tak ada duit). .....([tang ni tak berapa jelas sound tp rasa mcmni], boleh rokok sebatang kongsi hisap sampai 6 orang). ni buwa rajin phado malah (cakap je pandai, buatnya tidak). ooo berat (teruk betul).

wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh

Currently have 1 comments:

Leave a Reply