Wednesday, June 8, 2011
FIQH AL JIHAD: MENENTANG PEMERINTAH YANG ZALIM V2.0
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Wednesday, June 8, 2011 | Category:
|
Hujjah Golongan Pertama
Dalil-dalil golongan pertama(Wajib taat kepada pemerintah walaupun zalim selagimana pemerintah tidak menyuruh kepada maksiat)
Ada beberapa hadis yang menyuruh rakyat supaya taat dan patuh kepada pemerintah dan yang paling jelasnya ialah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ubadah bin Samit r.a. katanya:
“Rasulullah s.a.w. telah memanggil kami maka kami sahut panggilan baginda dan terus bermubaya’ah dengan baginda. Antara perkara yang kami berjanji dalam mubaya’ah itu ialah taat setia dalam masa suka atau duka, senang atau susah, dan akan berkorban, dan tidak merebut kuasa dari tangan orang yang memegangnya. Sabdanya :kecuali jika kamu lihat kekafiran yang terang-terang yang kamu dapat bukti menurut pengajaran Allah s.w.t.”
Kedua, hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah bahawa Rasulullah s.w.t. telah bersabda:
“Akan dilantik ke atas kamu para pemerintah, ada yang kamu kenali (yang baik) dan ada yang kamu sangkal(yang jahat). Maka barangsiapa yang membenci, maka ia telah membersihkan dirinya, dan barangsiapa yang menyangkal maka selamatlah dia. Akan tetapi barangsiapa yang hatinya rela dan menurut sahaja…Ujar mereka: “Wahai Rasulullah, tidakkah patut kami perangi mereka? Jawab baginda: Jangan, selama mereka mendirikan sembahyang.”
Ketiga, Hadis yang diriwayatkan oleh Auf bin Malik al Asyja’ie, katanya: “Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sebaik-baik pemerintah kamu ialah mereka yang kamu kasihkan mereka dan mereka kasihkan kamu. Kamu berdoa bagi mereka dan mereka berdoa bagi kamu. Dan sejahat-jahat pemerintah ialah mereka yang kamu benci kepada mereka dan mereka bencikan kamu. Kamu melaknati mereka dan mereka melaknati kamu. Lalu para sahabat berkata, “ Tidakkah kami mesti bangkit menentang mereka? Jawab baginda, “Jangan! Selama mereka mendirikan solat bersama kamu(sabdanya dua kali). Kecuali jika ada orang melihat pemerintah itu melakukan sesuatu maksiat kepada Allah maka hendaklah ia membenci apa yang dilakukan dari maksiat itu tetapi jangan sekali-kali menarik diri dari mentaatinya..”
Jelas bahawa hadis di atas menjadi dalil bahawa haram bagi orang Islam bangkit menentang pemerintahnya yang beragama Islam, dengan menggunakan pedang (senjata) dan merebut kuasa dari tangannya untuk diserahkan kepada orang lain, kecuali jika ia keluar dari agama Islam atau meninggalkan sembahyang dan tidak mendirikannya dengan orang ramai.
Hujjah pihak kedua
1.Adapun mereka yang lain dari mereka itu adalah berhujjah dengan ayat-ayat suci dan banyak hadis-hadis yang warid yang mewajibkan “Al Amru bil ma’ruf wan Nahyu ‘anil munkar”, dan tiada padanya sebarang perbezaan yang mesti dilakukan di antara orang-orang yang mengabaikan ma’aruf dan mengerjakan munkar.
2.Begitu juga mereka berdalilkan dengan hadis-hadis yang menegah taatkan pemerintah dalam perkara maksiat terhadap Allah ta’ala sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
لا طاعة في مغصية الله انما الطاعة في معروف
“Tidak harus taatkan sesiapa kerana melakukan maksiat terhadap Allah. Sesungguhnya ketaatan itu ialah pada perkara kebaikan.”
Dan sabdanya lagi,
على المرء المسلم السمع و الطاعة فيما أحبّ وكره الاّ أن يؤمر بمعصية فان أمر بمعصية فلا سمع و لا طاعة
“
Wajib di atas orang Islam itu taat dan patuh sama ada pada perkara yang dia suka atau tak suka, kecuali jika disuruh melakukan maksiat. Maka kalau ia disuruh melakukan maksiat, tidaklah wajib ia taat dan patuh.”
3. Mereka juga berdalilkan bahawa Allah ta’ala memerintah orang-orang Islam bertolong menolong di atas perkara- perkara kebajikan dan takwa dan mengharamkan ke atas mereka bertolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Firman Allah:
“Dan bertolong menolonglah dalam perkara kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.”
Bersikap diam terhadap pemerintah yang zalim sedangkan dia melakukan penganiayaan ke atas hamba-hamba Allah adalah merupakan perbuatan bertolong menolong atas dasar dosa dan permusuhan.
4. Mereka juga berdalilkan dengan hadis-hadis yang menggesa individu muslim mempertahankan harta benda dan maruah kesopanannya dan kalau dia mati kerana tindakannya itu, maka matinya adalah mati syahid yang dimuliakan di sisi Allah ta’ala. Menurut sebuah hadis sahih baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
من قتل دون ماله فهو شهيد و من قتل دون دمه فهو شهيد قتل دون دينه فهو شهيد ومن قتل دون أهله فهو شهيد
“Barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan nyawanya maka dia syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia juga syahid.”
Hadis-hadis yang telah dikemukakan juga meliputi keadaan sekiranya seorang pemerintah mencabuli hak seseorang atau sekumpulan orang-orang Islam lalu mereka mempertahankan hak-hak mereka. Mereka berhak berbuat demikian bahkan kematian mereka dikira sebagai mati syahid kalau dibunuh oleh pemerintah yang zalim dalam keadaan mereka mempertahankan hak-hak mereka.
PENDAPAT YANG DITARJIHKAN
Kaedah menentang pemerintah Islam yang zalim hendaklah ditentukan dengan membezakan antara jenis-jenis kefasikan dan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah-pemerintah Islam itu. Sekiranya perkara itu termasuk dalam perkara-perkara peribadi yang mendatangkan mudarat kepada mereka dari segi agama atau mendatangkan mudarat kepada sebahagian kecil daripada rakyat tanpa sampai kepada tahap yang membuktikan bahawa pemerintah itu telah mengikuti suatu jalan yang terpesong jauh dari jalan Allah dalam perjalanannya mentadbir urusan rakyat, maka perbuatan fasiq dan maksiat yang dilakukan itu tidaklah mengharuskan orang ramai menderhaka terhadapnya dan bangkit menentangnya dengan mengerah penyokong dan pembantu, serta menggunakan senjata untuk menjatuhkannya, selagi dia memimpin orang ramai menurut jalan Allah dan syariatnya dengan secara umum kerana dia tidak mendatangkan bencana kepada mereka dari segi agama, malahan apa yang dilakukannya itu hanya mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Kalaupun ada terlibat di dalamnya beberapa orang tertentu, yang demikian tidaklah boleh disamakan dengan fitnah yang akan timbul dengan memecahbelah perpaduan dan pertumpahan darah jika senjata digunakan untuk menjatuhkannya.
Sebaliknya kalau kefasiqan pemerintah itu dan kemaksiatannya kepada Allah merupakan suatu jalan lain yang dipaksakan atas rakyat untuk menerimanya, bukan jalan yang diredhai Allah baik dari segi akidah, akhl;aka tau hukum-hukum dan memimpin mereka tanpa menggunakan kitab Allah dan sunnah rasulNya, maka fitnah yang timbul dari kesabaran melihat penyelewengan yang melampaui batas itu adalah jauh lebih besar daripada fitnah yang ditimbulkan dengan sebab tindakan menentangnya dan menghunus pedang terhadapnya.
Wajiblah ke atas orang- orang Islam berjihad menentang pemerintahan seumpama itu dan mengambil segala daya usaha yang halal untuk melucutkan dia dari tampuk pemerintahan dan menggantikan dia dengan salah seorang yang akan memimpin dan memerintah rakyat menurut landasan Allah yang Maha Suci kerana berjihad menentang orang-orang kafir itu sendiri pun tidak disyariatkan melainkan dengan tujuan untuk menyingkir manusia-manusia durjana yang memegang tampuk pemerintahan itu dari mendatangkan fitnah kepada rakyat jelata dan untuk menyekat tindakan mereka menahan hamba-hamba Allah dari jalan yang benar dan menikmati cahayaNya, agar dapat mereka memaksa manusia menghayati cara-cara hidup yang dibentuk menurut keinginan hawa nafsu mereka. Allah ta’ala berfirman:
“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan Yang baik) kerana Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang mereka kerjakan.”
Tidaklah dikatakan seseorang itu pelampau apabila dia berkata seorang pemerintah itu wajib diderhakai kalau sudah jadi tekadnya menyekat manusia dari mengikuti jalan Allah dan memaksa mereka menggunakan hukum-hukum yang tidak kena mengena dengan syariat Allah seraya memfitnahkan mereka dalam agama mereka, meskipun pemerintah itu berpura-pura melahirkan dirinya sebagai seorang Islam. Kerana orang Islam tidak setuju pelantikannya sebagai pemerintah melainkan supaya dia menolong mereka dalam usaha agama mereka., agar agama kekal dalam negeri mereka dan terus tersebar ke serata pelosok dunia.
Posted by : Ibnu Abbas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ur crazy...
lagi zalim pempertahankan pmimpin yg mmbenarkan nama Allah swt dibolehkan utk agama2 lain..> http://www.youtube.com/watch?v=gt1oSwZxur8 ... video xbleh dijadikan bahan bukti menandakan kita mghina teknologi sains yg juga anugerah Allah swt ..> http://www.youtube.com/watch?v=Uc0gsT29XN8&feature=share
fikir...kita ckp ttg hukum guna maqasid syariah, jgn kita gna akal atau logik utk tafsir bnda2 cmtu..bleh sesat nnti.
maqasid gunanya utk mmandukn akal kita utk mmhmi Al-Quran dan Sunnah sbgai dalil.
kalimah Allah mmg dri dulu dgunakn oleh agama lain malah di malaysia pn dah lama digunakn(cuba check fakta sejarah blik). jd klau dahulu kita bg kmudian ttba kita xbg maka kita brlaku zalim trhadap agama lain.
lgpn agama samawi mmg mnggunakn kalimah Allah utk mrujuk kpd tuhan. ni krna ajaran ni mmg datangnya dari rasul2 trdahulu, cumanya diselewengkn oleh rahib2 kemudiannya.
sy harap saudara jgn trlalu mngikut provokasi pihak musuh yg kurang mngerti ttg ajaran Islam.
wallahu 'alam
Kristian sekarang bukan agama samawi ...jgn taksub dengan politik dan mempolitikkan isu agama. Inilah rosaknya orang pas DAN tOKO guru yg menyamakan Tuhan dengna mencarut dan samseng dengan sifat manusia!