Tuesday, June 14, 2011
Haramkah Ustazah Pilihan?
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, June 14, 2011 | Category:
Nisa'
|
Assalamualaikum Sahabat-sahabat U-jam
Secarah SAH Astro Oasis telah pun selesai buat perasmian rancangan realiti terbaru iaiatu Ustazah Pilihan yang bermatlamatkan pencarian ikon muslimah dan pendakwah dikalangan wanita. Rancangan ni telah pun dirasmikan oleh Ustazah paling popular di Malaysia tak lain dan tak bukan Dr Mashitah Ibrahim.bakal ditayangkan pada jangkaan bulan oktober 2011
Konsep nya lebih kurang imam muda, 10 orang peserta, ada matapelajran tertentu cuma ianya melibatkan kesemua krew wanita, mursyid wanita @ mursyidah dan penonton yang datang juga adalah dikalangan wanita sahaja. Tumpuan mereka adalah isu isu wanita masa kini. Penerbit juga menjanjikan ianya berlandaskan syarak.
Sesi temuduga sudah pun disusun dan akal dijalankan di seluruh negara pada Julai nanti. 9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah 15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu 23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru. 30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Dengan syarat berumur 18-27 tahun serta sihat tubuh badan. Yang berminat juga kena bawa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.
Dengan syarat berumur 18-27 tahun serta sihat tubuh badan. Yang berminat juga kena bawa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.
Pelbagai komentar dan kritikan malah sokongan untuk program ini...pelbagai lapisan masyarakat memberikan pandangan mereka masing-masing...
Jika Ustazah Masyitah yang meramikannya...kita tunggu dan lihat sebab katanya mengikut syara'!
Apa komen U-jam's? - Nyatakanlah kebenaran walaupun pahit!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ana kurang bersetuju.... Walaupun ianya satu program yang baik, tapi, ianya bertentangan dengan konsep menundukkan pandangan bagi pihak lelaki, kerana tengok tv, ertinya tengok mereka.... Lagipun, mereka nak masuk tv, bersolek la gayanya... Lagi la sukar nak terima........
xsetuju. cukuplah media mengeksploitasi kami sebagai kaum wanita. untuk apa d tonjolkan muslimah.??menambahkan fitnah..?mencari yg solehah..?perlukah solehah itu ditunjuk2..?? lain la dr. mashitah. beliau memang suka 'menonjol'. xpayah nak cari2 lagi. beliau tu yg selayaknya jd 'ustazah pilihan'
ana sejujurnya setuju dengan program ustzah pilihan nie...satu program yg boleh menimba dan mengembangkan ilmu/pandnagan...cuma yg buatkan ana jd xsetuju bila nak tayang2 mcm ni...kalau mereka bergerak kerja dan belajar secara diam-diam,tiada sebarang campur aduk media ataupun tayangan,ok...just update sj keputusan tu...tapi bila dah konsepnya nak tayang2 mcm ni, yg pertamanya, sejauh mana kita nak jaga niat kita tu yg nak masuk ustazah pilihan...takut berlaku penyelewengan niat asal di situ...keduanya,aurat...muka tu boleh menimbulkan fitnah...ditayangkan secara terbuka kepada jutaan penonton lagi..kalau di minta bertaranum atau keluarkan suara pulak, sejauh mana empunya diri tu menjaga 2'harta' nie...yang paling ana runsingkan adalah dr.mashitah tu...ana takutkan dia masukkan kemodenan islam tu di dalam cr berfikir ustazah pilhan..ana teringat satu slot dia di astro hr tu mengenai pemakaian tudung...pandangan dan pendapat yg dia 'moden'kan...
jadi kesimpulan dr ana,kalau pihak penganjur boleh pastikan tiada sebarang campur aduk media dan juga pengeksploitasian para ustazah ni. tafaddol..tapi,sekiranya masih lagi mahu di tayangkan, gambar2 di ambik ,masuk dlm majalah,news or laman facebook 'ustazah pilhan', ana sangat tidak bersetuju....
Assalamu'alikum w.b.t.. Alhamdulillah, Allah cetuskan ilham untuk membincangkan perkara nie.. wujud saja iklan tu TV Hijrah, dan Program Solehah dalam TV Oasis.. perkara yg sama mcl dlm benak fikiran saya.. Mereka nie semua, sgt arif dalam perkara2 tntg agama.. Tapi, betulke buat program macam nie?? Tapi saya tak boleh nak ckp apa2.. Asbabnya mereka itu tntu punya seribu satu hujah yang lebih bernas drpd sy yg hanya terdetik berfikir saja nie.. Tapi, setakat ini saya beranggapan positif.. Walaupun demikian cara penampilan Dr.Mashitah.. sepanjang saya mengikuti rancangannya, saya terkesan dengan apa yang disampaikan.. Maksud saya, apa-apa yang cuba dijelaskan, Alhamdulillah, sangat bermanfaat kpd sy untuk dijadikan panduan dlm hidup nie.. Kemudian program nie, mcm imam muda banyak menampilkan kursus2 pd imam2 muda dlm melengkapkan diri sbg seorg imam.. saya sbnrnya tercari2 alternatif untuk membantu diri melengkapkan diri sbg seorg bergelar muslimah solehah.. hadirnya program ni, terus sy berniat, untuk setia menjadi penontonya.. sebabnya saya turut sama nak belajar drpd program ini.. Setakat itu pendapat saya... mudah2an diberikan ilmu untuk memahami perkra ini dgn lebih jelas lagi.. amin
Asalamualaikum sahabat-sahabat , ada pepatah yang digunakan , jangan dengar siapa yang bercakap tetapi dengar apa yang dicakapkan..mungkin benar pepatah ini..namun diantara pepatah dan hadith malah Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran mana yang lebih utama?
Persoalan Dr.Masyitah yang dikehadapankan bukanlah satu persoalan kerana beliau telah dilantik dibawah JPM itu perana beliau sebagai pendakwah..
Namun apa yang dipertikaikan disini ialah Akhlak sebagai seorang pendakwah
Apa yang baik diambil iktibar dan apa yang buruk perlu dijauhi
ada ucapan2 beliau yang agak mengecewakan seperti kes hudud --> http://www.youtube.com/watch?v=s4ea0c6HYOw
kes pandangan beliau yang membenarkan darurat kepada pelacur dibahaskan panjang disini ---> http://www.archive.org/stream/TiadaKonsepTerpaksaDalamPelacuran/TiadaKonsepTerpaksaDalamIsuPelacuran_djvu.txt
dan apabila masyarakat melihat track record pendakwah itu yang mempunyai pandangan yang mengelirukan ummat maka natijahnya apa?
kita sebagai orang yang menuntut ilmu , jika mendengar ilmu dari seseorang dan jika kita terkesan ..itu adalah Kuasa Allah yang memberikan hidayahnya kepada kita, bukan kuasa manusia.
Rancangan ini tetap akan diteruskan walau apa sahaja komen disini kerana ianya telah diagendakan...
cuma untuk pandangan awal..kita sudah boleh mengkaji siapa yang dibelakang tabir
selebihnya kita akan memantau program ini dan kita akan lihat natijahnya nanti.
Sebagai ummat islam kita selayaknya mempunyai fitrah kearah kebaikan...dan sebenarnya kebaikan itu tidak boleh dicampur adukkan dengan kemungkaran
Wallahu'alam
jawpan faqih ustaz azhar idrus ---> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=218674414832965&set=a.101649783202096.3823.100000712237820&type=1&ref=nf
"kesemua krew wanita, mursyid wanita @ mursyidah dan penonton yang datang juga adalah dikalangan wanita sahaja"
yang ayat atas ni ana setuju..tapi pastu dah sah2 akan ditayangkan kat tv, dah nama pun astro..confirm ulang banyak2 kali, walau pun x dinyatakan syaratnya 'berpenampilan menarik'..nak masuk tv bertanding insyaallah yg comel2 je..pastu ad la yg guna program ni nk cari jodoh la, rakam guna astro beyond PVR la, kalau nak 'zoom' ustazah yg cute nanti boleh guna astro beyond HD, boleh pause2 lagi...ish3, perkara yg bakal terjadi ni ana x setuju sangat2..
ana rasa progrm ni boleh on
kalau
penerbit yakin
mana-mana lelaki yang melihat dengan sengaja Atau Tidak
tidak akan naik syahwat
salam... ana kurg bersetuju... sbbnya, wlaupn smua krew2 yg terlibat hatta penonton d studio pn pmpuan, tp kt luar sna bgaimna pula? bknkh ia disiarkn di seluruh Malaysia? hmm...lg 1, muslimah sbg ikon ni kurg sesuai, sbbnya ada hadith yg mngatakn pmpuan itu aurat, apabla ia kluar, maka syaitan tegak d atasnya... makanya, ni bkn stkat kluar, malah dijadikan tontonan....na'uzubillah.. bg ana, rancangan sebegini lbh bersifat komersil.... wallahua'lam..=)
betul...ok...disebalik tabir pencarian imam muda..kita dh tgk kan bagaimana? mmg saya x setuju...lebih kpd komersial...mmg bagus..tp dgn syarat! tiada kesan make-up yg tebal, lebih kepada seperti realiti tv show seperti berunsurkan akademi al-quran, tiada pemakaian yg lebih nk mengiklankan baju lebih dari Islam itu sendiri... kalau x,,,memang!! memang lebih kepada iklan komersial...
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA<-- !!!!!!
Taat ALLAH cara Nabi sahaja diterima, selainnya tertolak walau cara mana sekalipun, walau alasan kebaikan pada pandangan kita [program tersebut]. ALLAH hantar Rasul2 untuk ajar bagaimana cara mau bertaqarrub kepadaNYA, dah ditetapkan prosedur. Kita tegas dalam soal aqidah+ibadah dan berkeluasan dalam soal muamalat.Nabi Sallallohu 'Alaihi Wa Sallam pernah bersabda:
Barangsiapa yang masih hidup dari kalian, maka akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpegang teguhlah kepada Sunnahku & Sunnah Para Khulafa Ar-Rosyidin. [Hadits Sohih Lighairihi. HR Imam Ahmad, Ad-Darimi, At-Tirmidzi, Ibn Majah. ]
Jadi, berhati-hati dengan fiqh waqi' yang adakalanya disalah-guna dengan aqal-pendapat(fatwa) sendiri. Husnu dzhon memang perlu, waspada tetap mengiringi. Yang haq nyata-yang bathil pun nyata.Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual dan menggadaikan agama."<---
Qullil haq, wala kana' murron..
-berkatalah benar , walau ianya pahit-
Wana'Uzubillah~
just wanna share :)
http://serikandi26.blogspot.com/2011/09/ustazah-pilihan-solehah-gadis.html
Ana tidak bersetuju. Alasannya, lebih baik menutup pintu fitnah dari membuka ruang kepadanya. Jika alasan ingin bersaing dengan program realiti spt AF, Mentor dsb demi melahirkan pemimpin contoh/role model agamawan, tidak cukupkah dengan realiti bahawa guru/ibu bapa di rumah yang sudi menjadi suri tauladan?apa guna pemimpin jika gagal menunjukkan contoh yang baik?kesimpulannya, cegah yang mungkar (AF/mentor dsb), barulah tiada alasan persaingan. Seolah-olah menubuhkan kelab malam dlm masa yg sama menubuhkan madrasah utk menyainginya. Ini semua cerita karut!
..Sangat tidak bersetuju..Untuk Faqih dalam bidang agama dan kemasyarakatan, bukan perlu kepada pertandingan atau persaingan, apatah lagi untuk tontonan ramai!. Ya Matlamat tidak menghalalkan cara!