[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Tuesday, October 4, 2011

Ameerah : Kelahiran yang dinanti-nantikan!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, October 4, 2011 | Category: |



Assalamualaikum W.B.T 
Sahabat-Sahabat U-jam  , 
Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Ameerah sempena sambutan 60 Tahun PAS iaitu Lajnah Politik Wanita Muda, bagi merangka strategi mendekati golongan itu.


Pelancaran Ameerah dan gelombang epal hijau memberi nafas baru kepada gerakan Dewan Muslimat yang sudah berjaya dengan pejalanan Nisa' yang telahpun berjalan sempurna.

Sekalung tahniah kepada Lajnah Politik Wanita Muda kerana berjaya mempamerkan satu wadah baru gelombang hijau yang penuh warna warni.


Sempena pelancaran itu Presiden telah menyiram air tanda mencerna kesuburan sesuai dengan keserasian yang wujud di kalangan remaja dan wanita muda.

Selain menyiram air presiden telah menanda tangani di atas replika epal hijau dengan iringan beberapa orang remaja yang mengalunkan gerakan kain hijau penuh semangat.

Pergerakan itu diakhiri dengan pelepasan belon yang tergantung di paras satu Dewan Melinium sebagai tanda kejituan tujuh teras yang menjadi panduan menuju Putrajaya.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, muslimat yang lulus menghadapi gelora perjuangan sahaja akan dipandang tinggi oleh Allah s.w.t mereka tidak bakhil dengan masa dan wang semata-mata untuk kemenangan Islam kata .

Muslimah mesti berani memperbetulkan diri serta membaiki diri menjadi isteri yang baik dan terpuji.

"Pengorbanan para isteri membantu menegakan Islam akan dikira mendapat pahala yang tinggi demi kebaikan Islam yang dianuti, " jelasnya ketika merasmikan pelancaran  di Dewan melinium, kepala Batas petang tadi.

Muslimat yang ada semangat perjuangan yang tinggi akan menjadi sayap yang baik serta dapat menumpukan kerja berfokus.

Bila kerja digerakan dengan lancar maka menyenangkan peranan muslimat menabur atau menyemai peranan di mana jua.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Yusuf dalam ucapanya mengharap golongan wanita muda supaya bersiap mematangkan diri kerana sikap itu sahaja boleh mencerna kemenangan pada masa depan.



Salam AMEERAH. Ramai yang masih tertanya-tanya, Apakah AMEERAH? Siapa AMEERAH? Apa agenda AMEERAH?

AMEERAH اميره dalam Bahasa Arab, bermakna Pemimpin Wanita, atau Puteri.

Ia membawa Visi: Ke Arah Kepimpinan Politik Wanita Muda Bertaraf Dunia.
Misi: 3P : Potitik, Patriotisme, Partisipasi
Sebuah entiti dalam Dewan Muslimat, Parti Islam Semalaysia yang bertapak di Negara Malaysia, Asia Tenggara, Asia.

Fokus utama Ameerah adalah menggiatkan kesedaran politik di kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat patriotisme kepada negara dan akhirnya meningkatkan partisipasi wanita muda dalam masyarakat.

Like AMEERAH MALAYSIA: http://www.facebook.com/ameerahmalaysia
Hubungi AMEERAH MALAYSIA: my.ameerah.malaysia@gmail.com
Youtube: http://www.youtube.com/user/ameerahmalaysia
Alamat: AMEERAH Malaysia, 3rd Floor, 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Mpmn Malaysia.

Tidaklah ingin menyaingi Puteri UMNO atau bersaing dengan sesiapa, namun ingin bersahabat dan berkolaborasi dengan semua wanita muda di Malaysia.

Menerajui Perubahan Generasi Baru!
Malaysia Needs Us!

Regards,
TEAM AMEERAH 2011
 

BAJET 2012: AMEERAH MOHON JAMINAN HAK GENERASI WANITA MUDA

Assalamualaikum W.b.t dan Salam Sejahtera,
Pertamanya AMEERAH merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh kepimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat juga kepada ahli PAS seluruh negara yang telah menghadiri Majlis Pelancaran AMEERAH bersempena Kongres sambutan 60 tahun PAS di Dewan Millenium, Kepala Batas, pada 1 Oktober yang lalu.

Penghargaan istimewa buat YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang sudi hadir melancarkan satu lagi entiti baru politik muslimat muda di dalam PAS yang fokusnya adalah untuk menggiatkan kesedaran politik di kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat patriotisme kepada negara dan akhirnya meningkatkan partisipasi generasi wanita muda dalam membangunkan masyarakat.

Justeru, bersempena pembentangan Bajet 2012 yang akan dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada Jumaat ini, AMEERAH memohon agar diberi jaminan berkenaan hak dan peluang generasi wanita muda dalam Bajet tersebut:

  1. Memberikan bantuan kepada generasi muda untuk mendirikan  rumah tangga yakni kursus perkahwinan percuma.
  2. Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama.
  3. Pelaksanaan kadar pengurangan faedah PTPTN (sistem ujrah) kepada semua peminjam PTPTN tanpa perlu membuat permohonan semula.
  4. Memberi Kursus Bimbingan Perniagaan percuma kepada usahawan muda sama ada peniaga industri mahupun perniagaan secara online.
  5. Memberi bantuan susu percuma kepada keluarga di bawah pendapatan RM1500.
  6. Memastikan setiap institusi kerajaan mempunyai pusat penjagaan kanak-kanak
  7. Menguatkusakan polisi pusat penjagaan kanak-kanak bagi memastikan keselamatan anak-anak terjamin.
  8. Memberi 90 hari cuti bersalin dan sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami. 
       Dengan keinsafan bahawa setiap ringgit harta rakyat perlu diurus dengan cermat dan berhemat, AMEERAH memohon agar kerajaan memberi jaminan terhadap 8 tuntutan yang dinyatakan seperti di atas. AMEERAH juga menggesa agar pihak kerajaan yang sentiasa mendahulukan dan mengambil berat tentang kebajikan warga Malaysia secara keseluruhannya tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
 
                         “MENERAJUI PERUBAHAN GENERASI BARU”

Fareedah Samad
Pengerusi AMEERAH

Upload & Publish by : Team Ameerah U-jam's (",)

Currently have 0 comments:


Leave a Reply