[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Wednesday, January 18, 2012

ChatBox Punya Pasal!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Wednesday, January 18, 2012 | Category: |





Assalamualaikum W.B.T


Sahabat-sahabat U-jam


Maaf lama tak update blog ni..bukannya malas tapi broadband tak berapa nak sehat..dan sekarang ia sudah sihat sejahtera ~ Alhamdulillah


Tapi masalah baru pulak menjelma.. apekebende tu Shoutmix Gadget yang boleh autohide tu pulak dah kena bayar pulak.. ~ Alkisahnya habislah semua komen-komen nostalgia sahabat-sahabat semua..


Untuk menggantikan ShoutMix tersebut.. maka saya gantikan dengan ChatBox Baru!


Dan Akhirnya bertemulah Fibox , jadi terujalah saya hendak berkongsi dengan blogger2 semua tambahan Fibox ini adalah ciptaan anak tempatan!



Servis Shoutbox percuma daripada FiBox.ws




FiBox merupakan salah satu shoutbox online yang percuma untuk digunakan. Fibox telah dibina dan dicipta oleh orang Malaysia sendiri, kagum kan? Dan, yang lebih menariknya lagi, orang yang mencipta fibox ini adalah bangsa dan orang melayu sendiri, bukan setakat melayu je, siap dengan agama Islam lagi tu. Hehe, nampaknye dah maju orang melayu kita sekarang sampai boleh buat shoutbox sendiri.

Dengan banyak lagi fungsi menarik daripada fibox yang tak ada dalam shoutbox lain-lain kat internet ni, fibox baru lagi launchkan kepada umum untuk pada 10 disember 2011 yang lalu sedia untuk dicuba dan diuji oleh pengguna internet.

Laman web fibox: http://www.fibox.ws/

Contoh yang terdapat dalam blog u-jam


Antara kelebihan yang boleh nampak kat fibox ini adalah seperti berikut:

Real time chat
Tidak seperti shoutbox yang lain, fibox memberikan fungsi `real time` atau `live` chat itu secara percuma kepada semua pengguna tanpa perlu mengenakan sebarang bayaran.
Maksudnya adalah fibox ini memberikan fungsi `real time` ataupun dalam bahasa melayunya adalah `secara langsung`.

Contohnya adalah jika pembaca cuba hantarkan apa-apa komen atau shout kepada shoutbox itu, shoutbox itu akan terus menghantar teks pembaca telah hantarkan kepada pelayan fibox secara `live` dan dapat diperlihatkan secara terus oleh semua pembaca atau pelawat shoutbox yang melihat atau membuka shoutbox itu pada ketika itu tanpa melakukan refresh tiap 1 atau 2 saat untuk memaparkan mesej yang baru.

Percuma
Setakat ini, fibox tidak mengenakan apa-apa bayaran bagi menggunakan shoutbox di fibox ini kepada semua pengguna. Dengan pelbagai fungsi yang menarik, fibox masih lagi percuma untuk digunakan oleh orang ramai.

Pantas dan Laju
Buat masa sekarang,ianya pasang fibox di blog u-jam sendiri dan mencubanya buat beberapa kali untuk menguji tahap kelajuan dari segi penerimaan dan penghantaran mesej shoutbox tersebut, dan ternyata, servis shoutbox yang fibox berikan ini adalah sangat terbaik dan laju untuk memaparkan apa-apa shout yang baru.

Fungsi jumlah pelawat di talian
Selain daripada fungsi `real time chat`, fibox juga menambah dan meletakkan fungsi `total online user` bagi melihat berapa ramai ahli atau pelawat yang sedang melihat shoutbox tersebut secara di dalam talian(online) dan live.

Fungsi lain-lain
Sama seperti shoutbox lain-lain, fibox juga mempunyai fungsi emoticon smiley, bbcode, avatar dan lain-lain. Tidak lupa juga dengan fungsi `bad word filter` bagi menghalang pelawat daripada shout perkataan yang tidak sesuai untuk dipaparkan shoutbox kepada umum. Tetapi fungsi itu mungkin akan ditambah oleh pencipta fibox tersebut suatu hari nanti dan masih lagi dalam perancangan.







Currently have 0 comments:


Leave a Reply