[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Monday, January 16, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus & Kejutan Budaya Kuliah Agama

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, January 16, 2012 | Category: |


Assalamualaikum sahabat-sahabat U-jam
Pada hari ini nama UAI meniti di bibir mat-mat rock dan si kaki lepak di simpang tiga kampong , jika di Bandar KL nama UAI disebut di dalam Studio Jamming, malah tidak dinafikan nama UAI juga ada disebut dalam GIG Underground Scene.Tajuk-tajuk kuliah beliau menjadi kupasan anak-anak muda in,i malah seorang  anak muda negeri Sembilan pula sudah pandai menuturkan bahasa Terengganu yang agak pekat dan likat,ada sahaja ayat slanga ganu kite yang dibualkan padahal asalnya anak muda itu dari jemapoh! ~ bereh boh katanya…berat nanang pompuan lening , baju mahal..tapi singkat!

“Bro..wa nak Tanya lu satu soklan..boleh tak gua bawak motor bonceng awek gi kuliah agama?”
Tanya seorang kutu lepak kepada seorang sahabatnya yang baru balik dari mesir..
“Isy..dengar kuliah tu memang la pahala bro..tapi bonceng awek bukan muhrim ..Haram Qatie bro!”
Jawab sahabatnya dengan nada tegas..
“Boleh la bro! tak haram pun…”
“Boleh??? Ajaran sesat mana yang ko belajar ni?”
“Iye..boleh..Ustaz Azhar Idrus kata boleh!”
“Kau jangan nak fitnah Ustaz Azhar Idrus Pulak!”
“Boleh bro…percayalah…tapi dengan satu syarat!”
“Eh..ada syarat pulak..dah Haram tu haramlah!..haram Qatie pulak tu!!! Kau tau taka apa tu Qatie?..dah apa syaratnya???”
“Apa pulak Qatie..gua mana reti.. Syaratnya ialah bapak dia kena duduk tengah-tengah ..lu bawak motor..awek lu duduk belakang bapak dia! Hahaha Sendiri mau ingat la Bro!”

Saya terpegun dengan jawapan jujur dari seorang mat rock gonjeng..

" Tak sangka sebenarnya mat gonjeng macam aku ni pun boleh dengar kuliah agama , sebelum ni aku fikir kuliah-kuliah agama hanya untuk budak-budak "nerd" , alim dan "skema" dan untuk orang-orang yang berjubah dan tudung labuh"

Manusia apabila terasa dihargai , itulah harga yang paling mahal yang tidak boleh dibayar dengan wang ringgit!


Siapa Ustaz Azhar Idrus..?

Persoalan siapa UAI tidaklah ingin penulis dedahkan di U-jam , kerana penulis ingin mendidik sahabat-sahabat menjadi pembaca yang rajin..cari-carilah info yang rasmi untuk mengetahui siapa sebenarnya UAI ini.
Oleh yang demikian…UAI selalu memberikan jawapan kepada persoalan hukum dengan nada yang sinis dan lucu tetapi amat berkesan kepada para pendengar..kuliah yang penuh santai dan mudah difahami untuk semua peringkat manusia.

UAI tidak mempopularkan dirinya..tidak ada media elektornik yang sanggup menayangkan mukanya di kaca TV malah belum ada kolum soal jawab di halaman suratkhabar utama Negara

UAI popular di kalangan underground..anak muda sukakan underground..yang rare..yang grunge..yang alternative..lain daripada yang lain..akhirnya promosi dari mulut ke mulut sampai ke kemuncak pada malam tahun baru 2012 di Dataran kemerdekaan shah Alam Berjaya menarik sejumlah hampir 70,000 manusia pelbagai peringkat!

Fenomena ini mencetus minat kepada anak-anak muda terutamanya yang “gonjeng” malah buta tuli agam
a , yang dikatakan sampah masyarakat , yang dikatakan mat rempit memusnahkan Negara , yang dikatakan penghisap dadah , yang dikatakan gemar bersosial clubbing – mereka ini yang kelam kabut nak ke masjid mendengar ceramah UAI , biarlah tak masuk masjid..asalkan dapat bertenggek di atas motor sambil berkongsi sebatang rokok dengan sahabat-sahabat yang sama pokai dan sama gonjeng!

Esoknya di simpang tiga kampung , sambik memetik gitar kapok mereka “berusrah” tentang point-point soal jawab ilmu agama yang mereka dengar… itu petanda baik!

Anak-anak dara yang lalu lalang pun terkejut..nak kiamatkah dunia? Selalunya belum 50 meter sampai di simpang tiga..mat-mat gonjeng ni dah siap dengan lagu ketipang payung..apabila melintasi kumpulan itu..bermacam-macam nada pujuk rayu ayat-ayat mengorat..tapi hari ini tak ada!

“bhai…kalau orang lain ngorat adik lu macam kitaorang ngorat camneh?”

“ berani la korang..aku patah ruyuk rusuk korang nanti!”

“itu la pasal…kalau orang lain buat kat adik aku..kakak aku..mak aku..isk2”

“Tak jadi aku nak melalak ngorat anak dara orang lagi!”

“Salah satu jawapan UAI senang sahaja..jika kita ada niat nak melakukan perkara buruk kat anak dara orang..fikirkan kalau perkara buruk itu berlaku kepada adik-adik kita..kita sanggup ke??”

“Bro..macam best je kuliah agama macam ni..bila nak gi lagi bro…ajak kitaorang!”

AJK masjid pening kepala nak ajak anak-anak muda datang ke masjid..puas dipujuk..tak datang jugak dorang..sekali UAI datang..tah dari pelusuk mana mat-mat gonjeng ni datang..lagi awal dari tok imam!

Kehebatan itu milik Allah S.W.T , UAI tidak hebat..yang hebat ialah Allah yang menciptakan UAI , namun sosok tubuh ini perlulah dihormati akan ilmunya , beliau hanyalah asbab… namun diatas mujahadah  jalan dakwahnya....maka sosok tubuh ini perlulah dihormati…

Kejutan budaya kuliah agama pun terjadi..sebelum ini kuliah agama disinonimkan dengan mereka yang hadir kebanyakan dikalangan mereka yang dah pencen , pakcik dan makcik..kali ini kuliah agama penuh dengan anak-anak muda.

Apa yang mengesankan kita selalu menyebut hidayah…kita lupa akan Taufiq..anak-anak muda ini berusaha dengan “Taufiq” dan hidayah itu milik Allah S.W.T

Sayangnya UAI adalah salah seorang penggerak Gerakan Islam malah sebagai salah seorang pemikir Gerakan Islam di Malaysia ( PAS) .. UAI tidak diundang didalam kaca TV.

Penulis juga seorang penganalisis pemasaran dan memang dalam bidang penulis adalah pemasaran..pada jangkaan penulis..jika ada syarikat pembekal jubah dan songkok menjadikan UAI sebagai duta produk, maka insyaAllah jualannya akan meningkat mengikut hukum pemasaran sekurang-kurangnya 25%

Jika TV3 tidak dikawal oleh mereka yang membenci gerakan Islam…insyaAllah menurut hukum pemasaran rating program akan naik dan Rate“airtime” iklan akan naik sekurang-kurangnya 7%

Tahukah harga anda.. harga iklan TV dikira dengan Saat/RM!

Sayangnya jika karangkraf peduli.. ,,UAI akan ditempatkan di kolum soal jawab dan circulation majalah tersebut akan naik sekurang-kurangnya 15% - Majalah apa sahaja!

Dimana saya mendapat formula ini? Ingatkah Fenomena Aura Mawi? 
Ketika itu kawan saya membawa Doktor yang tidak popular untuk ditemuramah oleh wartawan berkenaan dengan hubungkait AURA dan MAWI  lalu.. dikeluarkan artikel ilmiah kolum kesihatan dalam Utusan Malaysia full page! Dan tak semena-mena rating doktor  tu pulak yang meningkat..tak menang tangan layan pesakit..sampai sekarang doktor  tersebut buat untung hanya kerana membuat ulasan dari segi ilmiah tentang Aura!

Itu penangan marketing!

Usah ditanya tentang formula..mengikut rekod..kehadiran UAI di mana-mana lokasi di Lembah Klang , rekodnya tidak kurang dari 1,500 orang pendengar  secara lansung dan pecah rekod di dataran kemerdekaan Shah Alam 70,000 orang, sampai KOSMO bagi Half Page papar gambar-gambar program malam tu..aik ..KOSMO pun pandai Marketing? Tahu pulak pasal “circulation”!

Adat bumi ini bulat..jika ada yang diatas ..maka pasti ada yang dibawah untuk naik keatas..

Sayangnya Ustaz Azhar Idrus tidak duduk bersama Ulama UMNO..jika tidak UAI mungkin boleh menubuhkan majlis syura ulama umno..eh…beliau juga boleh jadi pengerusi biro Anak Muda 1 malaysia!

Sehingga kini , sudah ada bunga-bunga plastik  yang dihias cantik , disembur dengan wangian mahal untuk menampakkan keindahannya , UAI bunga yang asli akan diserang dengan lebah-lebah robot yang dihantar oleh puak gerombolan bukan untuk menyedut madu ilmu UAI ,tetapi untuk memberakkan najis agar bunga UAI kelihatan busuk dan kotor!

Pernahkah anda melihat perlawanan gusti dimana juara bertahan diikat di tengah-tengah gelanggang  dan seorang yang belum bergelar juara naik ke pentas dengan megah mencabar juara bertahan tadi! ~ bayangkan jika ikatan itu terlepas!

Saya orang melayu dan saya beragama islam..jika nak berpencak , biarlah di tanah yang rata , jangan melaung diatas bukit dan menyorok di balik gua!

Kepada gerombolan yang menghina dan memfitnah UAI , anda boleh membantu industry A & P ( Advertising & Promotion ) melalui peningkatan rating media gerombolan sendiri  , adakan Forum terbuka di TV3 secara LIVE! Panel UAI dan wakil puak gerombolan sendiri.. kalau nak tengok rating dan circulation malah Airtime request naik mencanak-canak , puak gerombolan boleh buat duit ! untung banyak besar! Dan kami di belakang UAI menang mempertahankan maruah!

Penulis Asal : Ibnu Rahman 2012 , Kampus PTS , Bentong Pahang
p/s : dibenarkan copy paste artikel ini dengan kredit kepada u-jam.blogspot.com

Currently have 3 comments:

  1. ORG MUDE GENG KITE..org mude pemangkin agama,perjuang yg akan menyangkal golongan2 yg jahat..ISLAM ITU INDAH,ISLAM ITU BENAR&ISLAM D'WAY OF LIFE...

  2. mintak share ye... :)


Leave a Reply