[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Tuesday, June 4, 2013

Individu Itu Kamu!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, June 4, 2013 | Category: |



Individu Itu Kamu!
1.Perang konvensional & Perang ideologi amat berbeza sekali.Perang konvensional matlamatnya membunuh musuh dengan senjata.Perang ideologi membunuh minda musuh dengan manipulasi saraf.

2.Dalam PAS tiada istilah perang ideologi , yang ada ialah perang dakwah & politik.Kerana Islam itu bukanlah ideologi.Islam itu adalah agama.Zarah & kuman yang halus pun dikaitkan dengan islam.Apatah lagi bukit dan gunung yang besar.Jika nak ketandas pun membaca doa apatah lagi nak memilih pemimpin dan meyantuni pentadbiran negara ( politik @ siasah) .Semua perkara dikaitkan dengan Islam.

3.Saidina Umar Al Khattab tidak hebat sebelum masuk islam.Baginda hebat kerana Islam.Tuan Guru Nik Aziz tidak hebat jika bukan kerana beliau bersama Jamaah Islam.Hassan Ali hilang kewibawaan apabila beliau keluar dari Jamaah Islam.

4.Islam itu Sempurna , yang tidak sempurna itu ialah manusia.Jangan Islam disalahkan kerana kekhilafan manusia.Jangan seluruh Jamaah di lemparkan tahi hannya kerana secalit manusia yang tidak faham perlembagaan Jamaah Islam.

5.Setiap ahli ada matlamat peribadi , jangan jadikan matlamat peribadi sama dengan matlamat Jamaah.Jika tidak bersetuju dengan Individu maka wajib bersetuju dengan Jamaah , Jamaah wajib bersetuju dengan perlembagaan Parti , andaikan sudah seluruh jamaah tidak berdasar kepada perlembagaan dan hanya tinggal seorang sahaja yang mempertahankan perlembagaan parti..PAStikan seorang itu adalah kamu!

~Senyum ~
Syabab PAS 05.06.13

Currently have 0 comments:


Leave a Reply