Sunday, June 30, 2013
Taujihad Isu Semasa - Dato' Ustaz Abu Bakar Chik
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, June 30, 2013 | Category:
|
Assalaamualaikum WM.WB.
peristiwa di mesir menandakan benarnya sabda rasulullah S.A.W yang bermaksud islam telah datang dalam keadaan dagang dan akan kembali pada akhir zaman dalam keadaan dagang juga. Maka mendapat kemenanganlah orang-orang yang dagang. hadis ini menerangkan bahawa Islam diterima oleh orang-orang yang meyakini akidah tauhid dan ia terbina atas asas akidah yang teguh. Penerimaan terhadap akidah islam diikuti pula dengan penghayatan dan perjuangan menegakkan kalimah allah di muka bumi. Justeru, mereka yang menerima Islam atas sebab selain daripada akidah akan berdepan dengan ujian yang tidak memungkinkan mereka mempertahankan Islam di akhir zaman. Bahkan, akan terjebak dalam konspirasi musuh untuk melemahkan dan menghancurkan Islam.
Pengajaran yang diperolehi daripada hasrat golongan yang memusuhi kumpulan islam di mesir hari ini ialah mereka tidak menerima kemenangan Islam walaupun melalui pilihanraya ataupun demokrasi. inilah yang telah dinafikan oleh mereka semenjak kemenangan FIS di algeria yang lalu, di ikuti dengan kemenangan kumpulan Islam mutakhir melalui sistem demokrasi. Pemimpin negara-negara umat Islam sendiri sanggup mengkhianati agama dan bangsanya dan melakukan tipu helah dan penyelewengan yang berterusan untuk memenangi pilihanraya di negara masing-masing dan meneruskan perancangan kerajaan dan pemerintahan yang direstui oleh musuh Islam. dalam masa yang sama, negara-negara islam yang kaya-raya di bawah sistem pemerintahan monarki juga sanggup menjadi talibarut pemerintahan barat yang memusuhi Islam.
Kita menyeru agar setiap orang yang mengucap la ilaaha illah muhammadu rasulullah memberi sokongan kepada dakwah islam dan politik islam secara muwajahah silmiah untuk sampai kepada tampuk pemerintahan dan dalam masa yang sama menyedari perjuangan atau jihad itu adalah mercu ketinggian dan kebanggaan Islam.
sabda rasul " Immannasru wa immasy syahadah"
allahu akbar,
allahu akbar,
allahu akbar.
wallahu a'lam.
Nota : Dato' Ustaz Abu Bakar Chik adalah mantan Ketua Pemuda PAS Malaysia, beliau mengasaskan PASTI dan UNIT Amal , beliau juga pernah dikenakan tahanan ISA selama 2 Tahun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Currently have 0 comments: