[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.
Showing posts with label Isu Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Isu Pendidikan. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Bukti Kukuh Gerakan Islam -> KONVENSYEN PENDIDIKAN ISLAM MALAYSIA 2010

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Friday, December 24, 2010 | Category: , , | 0 comments






KONVENSYEN PENDIDIKAN ISLAM MALAYSIA 2010
Tarikh: 25-26 Disember 2010
Masa: Mula 2.00 Petang
Hari: Sabtu dan Ahad
Tempat: HOTEL BLUE WAVES SHAH ALAM
Anjuran: LUJNAH PENDIDIKAN ISLAM MALAYSIA
Yuran: RM20 sahaja

10 Kertas Kerja Pendidikan akan dibentangkan. Kepada bakal guru dan Warga Pendidik amat-amat digalakkan.

Daftar kepada MOHD NAJMUDDIN BIN HASSAN 0196345376

BERSAMA KITA MEMBANTU SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

SHAH ALAM, 25 Dis: Konvensyen Pendidikan Islam Malaysia 2010 yang diadakan Hotel Grand Bluewave, di sini bermula malam ini dan esok antaranya akan membincangkan isu yang membabitkan perkembangan akhlak pelajar yang semakin kritikal.

Ianya meliputi masalah gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah rendah, menengah, IPTA dan IPTS seperti isu pergaduhan, penyalahgunaan dadah, arak, samun, seks bebas, membuli, mengandung tanpa nikah dan membuang bayi, merempit, merokok, pembunuhan dan lain-lain lagi memperlihatkan bahawa sistem pendidikan negara gagal dalam mendidik dan membangun para pelajar.

Turut dibincangkan ialah isu pembiayaan pendidikanjuga turut dipersoalkan apabila RMK-10 telah mengurangkan bajet untuk tujuan pendidikan, isu pembiayaan pelajar di IPTA yang masih tidak berkesudahan dan isu pinjaman PTPTN yang membebankan pelajar IPT.

Soal lain ialah soal sistem pengukuran dan penilaian yangterpaksa dilalui oleh pelajar sekolah sehingga guru-guru, ibu bapa dan pelajar memberi tumpuan terhadap keperluan sistem tersebut yang kesannya lahirlah budaya ”exam-oriented” sehingga mengabaikan pembentukan akhlak pelajar kerana ibu bapa dan guru berbangga dengan pencapaian akademik sahaja tetapi bukan akhlak anak-anak.

Isu transformasi pendidikan yang tidak diuruskan secara sistematik dan sengaja mengabaikan kepentingan bahasa Melayu dan Pendidikan Islam dalam kurikulum sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti kerana setiap perubahan yang dicapai tidak dibincangkan dengan lebih mendalam dengan pakar-pakar pendidikan sebelum dikuatkuasakan di samping isu kerajaan mengabaikan pendidikan Islam di sekolah Agama Rakyat dan kurikulum sekolah.

Tujuan konvensyen itu ialah untuk memahami dan menguasai isu-isu pendidikan terkini berdasarkan penyelidikan dan fakta yang diyakini agar mampu melahirkan masyarakat yang peka terhadap keperluan sistem pendidikan yang mampu membentuk sahsiah para pelajar seterusnya mampu mengurangkan isu gejala sosial dalam kalangan remaja masa kini.

Ia juga untuk mengenalpasti dan mendapatkan pandangan positif dan realistik daripada pakar dan masyarakat terhadap perjalanan dan kemajuan pendidikan negara masa kini ke arah pembentukan masyarakat yang sihat dan seimbang dari aspek jasmani, rohani dan intelek di samping mengumpul tenaga pakar, pemikir, penggerak dan pengamal pendidikan untuk merealisasikan sistem Pendidikan Islam sebagai alternatif utama menyelesaikan permasalahan masyarakat.

Selain itu, konvensyen juga bertujuan untuk memastikan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri tidak mengabaikan perkembangan pendidikan Islam terutama Sekolah Agama Rakyat dalam perancangan perkembangan pendidikan negara.

Bermula jam 8.30 hingga 10.30 malam ini diisi dengan wacana bertajuk “Transformasi Pendidikan: Realiti, Globalisasi dan Harapan” di mana ahli panel terdiri daripada Prof. Madya Haji Zainal Abidin Kidam, Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar UNISEL, Dr. Mohd Nor Manuty, Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Ummat dan Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, Pengerusi Sekretariat Majlis Ulama Asia Tenggara (SHURA).

Pagi esok, majlis bermula pada jam 8.30 pagi dengan ucapan pengarah program, Azrin Ab Majid, diikuti ucaptama oleh Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik bertajuk “Membangun Gagasan Baru Pendidikan Islam Malaysia” yang merupakan tema konvensyen.

Seterusnya pembentangan kertas kerja 1 bertajuk “Falsafah dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia: Satu Tinjauan dan Kesesuaian Terhadap Pendidikan Islam” oleh Dr. Noor Hisham Md. Nawi, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah Universiti Malaysia Kelantan, “Pendidikan Islam: Tajdid Gerakan Islam” oleh Dr. Asiah Ali, Pengarah Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah (ILHAM).

Ucapan Pleno 1 bertajuk “Pembentukan Dasar dan Perlaksanaan Program Pendidikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat: Ke Arah Membangun Masyarakat Adil dan Sejahtera” oleh Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains Dan Teknologi Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim, diikuti pembentangan kertas kerja 3 “Membangun Pendidikan Prasekolah di Malaysia: Pengalaman PASTI” oleh Azrin Ab Majid, Ketua Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Malaysia, “Sumbangan dan Peranan PAS dalam Bidang Pendidikan di Malaysia” oleh Ustaz Riduan Mohd Nor, Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat, “Bahasa dan Integrasi Kaum di Malaysia” oleh Prof. Emeritus Abdullah Hassan, UPSI.

Pembentangan dan soal jawab kertas kerja 6 bertajuk “Di bawah Bayangan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) : Undang-undang dan Mahasiswa” oleh Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar, Universiti Malaya, “Nilai dan Moral (Akhlak): Kepentingannya dalam Pendidikan” oleh Ustazah Wahibah Tahir, “Permasalahan Remaja di Malaysia Masa Kini: Pengabaian Terhadap Pendidikan Islam” oleh Dr. Che Noraini Hashim, “Membina Generasi Ulul Albab dalam Sistem Pendidikan di Malaysia : Konsep, Aplikasi, Cabaran dan Harapan” oleh Prof. Madya Dr. Ishak Sulaiman.

Ucapan Pleno 2 bertajuk “Pembentukan Dasar dan Perlaksanaan Program Pendidikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat: Ke Arah Membangun Masyarakat Adil dan Sejahtera” oleh Dr Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor dan pembentangan kertas kerja 10 “Sekolah Agama Rakyat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan : Realiti, Cabaran dan Masa Depan” oleh Encik Azizi Umar.

Pada jam 4.30 petang, Ustaz Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat merangkap Pengerusi Majlis Permuafakatan Pendidikan PAS Kebangsaan (MPPK) akan menyampaikan ucapan penutup

Monday, August 23, 2010

Nikah Khitbah Satu Alternatif

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, August 23, 2010 | Category: , , | 34 comments





Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan



1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti

Sunday, August 22, 2010

Pemuda PAS Mengetuai Konvensyen Sosial Kebangsaan

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, August 22, 2010 | Category: , , | 0 comments

Gejala sosial: Dari meja bulat ke konvensyen nasional

Written by Hazayani Zakaria
GOMBAK, 22 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan konvensyen sosial kebangsaan akhir November ini sebagai lanjutan kepada sidang meja bulat mengenai gajala sosial yang berlangsung hari ini.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghadiri sidang meja bulat dekat sini, siang tadi.

Katanya, isu berkenaan bukan satu isu yang mudah untuk diselesaikan kerana membabitkan banyak pihak khususnya kerajaan dan tidak hanya terhenti di persidangan meja bulat sahaja.

"Setelah perbincangan diadakan dengan wakil-wakil NGO yang hadir hari ini, kami dapati gejala zina, buang bayi dan rogol ini berkait rapat dengan gejala lain seperti ketagihan dadah, sistem pendidikan dan sosial negara, dan satu isu yang sangat besar untuk dibincangkan.

"Jadi kami dapati bahawa sidang meja bulat bukan satu medium yang menepati objektif yang ingin kita capai mengenai gejala negatif ini.

"Oleh sebab itu kita telah bersetuju mengadakan konvenyen sosial kebangsaan supaya isu ni boleh dibincangkan dengan lebih serius lagi," katanya pada sidang media selepas berakhirnya sidang meja bulat di Anjung Rahmat, dekat sini.

Mengulas mengenai hasil perbincangan meja bulat yang dihadiri sebelas NGO itu, Nasrudin berkata, kerajaan harus mengkaji dan menilai semula sistem pendidikan di negara ini yang telah digunakan hampir 50 tahun sejak kemerdekaan.

Katanya, sistem pendidikan yang ada pada hari ini seharusnya boleh melahirkan masyarakat yang tinggi akhlak dan sahsianya, bukan semata-mata cemerlang dalam bidang akademik sahaja.

Kerajaan katanya perlu memberi perhatian serius terhadap sistem pendidikan agama dan moral terhadap remaja termasuk memberikan penekanan terhadap sekolah agama rakyat yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya selama ini.

"Kita bincang mengenai sistem pendidikan negara yang kita lihat perlu dikaji dan dinilai secara menyeluruh agar sistem pendidikan ini benar-benar berjaya membangunkan manusia, bukan semata-mata mengeluarkan sijil sahaja.

"Sekolah agama rakyat dibiarkan lesu begitu sahaja, tiada satu galakan untuk mempopularkan sistem pengajian agama dan pendidikan agama kepada genarasi kita," katanya.

Perbincangan itu juga mendapati bahawa gejala zina berkait rapat dengan pornografi di media cetak dan elektronik yang akhirnya membawa kepada gejala seks bebas.

Sehubungan itu, mereka mendesak kerajaan melakukan kawalan ketat terhadap laman-laman web lucah dan filem-filem yang tidak sopan.

Selain itu, kerajaan juga diminta memantau semua majlis sambutan keraian di negara ini seperti sambutan malam tahun baru, malam kemerdekaan dan hari kekasih yang sangat popular di kalangan remaja.

Nasrudin juga berkata, kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri harus serius dalam melibatkan NGO-NGO yang berpengaruh untuk menangani gajala negatif yang berlaku.

"NGO-NGO yang berpengalaman dalam menangani isu melibatkan remaja ini perlu diberikan peruntukan untuk melaksanakan peranan mereka menangani gejala negatif yang semakin kritikal," katanya.

Selain itu, mereka turut mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya sosial negara dengan segera bagi menagani segala gejala negatif termasuk pengedaran dadah, keruntuhan moral, media massa yang tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

Pas sebagai parti yang mendokong perjuangan Islam juga katanya, meminta kerajaan mengkaji pendekatan dan sistem penyelesaian yang diajar dalam Islam.

Antaranya katanya, melalui pelaksanaan syariah Islam yang boleh dijadikan alternatif untuk menyelesaikan masalah setelah 50 tahun negara ini menggunakan undang-undang yang sedia ada.

Syariah Islam yang bermula dengan pendidikan, kawalan, pencegahan dan akhirnya hukuman ke atas pesalah.

"Setelah 50 tahun kita menggunakan undang-undang dan peraturan yang sedia ada tetapi dilihat gagal meyelesaikan masalah sosial, apa salahnya kita kembali kepada syariah Islam sebagai alternatif," katanya.

Antara NGO yang menghadiri persidangan itu ialah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Jama'iyah Wilayah Persekutuan.

Friday, July 30, 2010

Sekolah Hamil : Anda Setuju??

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Friday, July 30, 2010 | Category: | 5 comments


Negara kita kini digemparkan dengan isu penubuhan sekolah bagi pelajar yang hamil. Biarpun tidak mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuklah Kementerian Pelajaran, namun Ketua Menteri Melaka tetap bertegas untuk meneruskan hasrat penubuhan sekolah tersebut. Umat Islam kini berhadapan dengan masalah penzinaan dan mengandung anak luar nikah yang tidak dibendung dengan sewajarnya. Sebab-sebab berlakunya masalah ini adalah kerana pergaulan bebas, hiburan merata-rata dan wujudnya pusat-pusat maksiat yang bermaharajalela. Masalah ini sudah lama berlarutan dan seharusnya kita mengambil langkah-langkah pencegahan disamping langkah pemulihan dilakukan. Hanya melalui undang-undang Islam mampu menangani isu-isu sebegini.

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

Masyarakat khususnya Umat Islam seharusnya mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan perintah Amar Maaruf dan Nahi Mungkar dengan sebaiknya . Isu penzinaan, penguguran dan pembuangan bayi telah merosakkan keharmonian masyarakat dan telah memusnahkan institusi kekeluargaan negara.

Cadangan tersebut meskipun untuk menjaga kebajikan mereka yang sudah berzina dan mengandung anak luar nikah, namun ia menunjukkan betapa tidak mahunya kita menyelesaikan masalah seumpama ini sampai ke akarnya. Idea-idea seumpama ini dan begitu juga idea menyediakan tempat khas membuang anak adalah lebih bersifat memotong ranting-ranting pokok sahaja yang pastinya akan tumbuh kembali kerana akarnya masih utuh.


Bukahkah semua pihak menyedari bahawa buang anak adalah berpunca dari zina? Zina pula berpunca dari pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan, video lucah, kelab malam, pusat hiburan, taman bunga yang selesa untuk buat maksiat, pusat-pusat rekreasi yang tersembunyi dari pandangan ramai, hotel-hotel bujet yang kesemuanya menjadi lokasi selesa berzina dan penggalak kepada zina yang akhirnya menatijahkan buang anak. Sebelum pergi kepada menubuhkan sekolah hamil atau pusat buang bayi eloknya pihak berkuasa bertindak membasmi terlebih dahulu segala punca yang membawa kepada perzinaan. Mungkih boleh ditubuhkan dahulu Pusat Membasmi Zina dahulu sebelum sekolah hamil.

Monday, July 5, 2010

Pendidikan Seks vs Pendidikan Islam

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, July 5, 2010 | Category: | 0 comments




Assalamualaikum w.b.t....Bukan Akhir-akhir ini dan bukan pada bila2..malah sejak dari Loh Mahfuz hingga ubun2 mencecah liang lahad tetaplah islam adalah agama yang sempurna, Malah tiada apa2 diatas islam kerana Islam adalah sistem , falsafah , agama dan namakan apa sahaja..Islam adalah yang paling tertinggi kedudukan darjatnya.

Pendidikan Seks ...satu jenama yang direka oleh sesiapa sahaja untuk diambil dan dirumuskan menjadi satu silibus atau satu method yg bersilibus bagi menangani masalah kebejatan sosial.Malah Jenama ini seperti juga jenama yang direka yahudi untuk orang islam iaitu "Terrorist"!.

Nampak lembut gaya bahasa ...PENDIDIKAN SEKS!.

Sudah kurangkah gaya bahasa PENDIDIKAN ISLAM!

Oh...pendidikan islam untuk orang islam sahaja ..orang bukan islam tak boleh...!
Pak kiyai , Pak syeikh , Maulana , Habib , Al-Faqir , Ustazah dan Ustaz malah ahli-ahli usrah boleh tak bukak mata luas2 pada Firman Allah dalam Kitabul Aziz...

Allah juga berfirman:

ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين

Maknanya: “Dan barangsiapa mencari selain Islam sebagai suatu agama maka tidak akan diterima daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. [Surah Ali ^Imran, ayat 85]

إن الدين عند الله الإسلام

Maknanya: “Sesungguhnya agama yang diredai Allah adalah agama Islam”. [Surah Al ^Imran, ayat 19]

Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 107:
"....dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. "
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.

Sesungguhnya Islam dan segala isinya adalah mencakupi seluruh alam ...ini adalah hujah bahawa penganut agama lain pun jika menurut agama islam maka mereka akan selamat...dan Islam amat sesuai dalam semua penyelesaian masalah di dalam dunia ini.

Akhirnya...u-jam ingin membuka lapangan muzakarah kepada sahabat2 untuk memberikan pendapat diatas tajuk " Pendidikan Seks @ Pendidikan Islam?"

sahabat2 berilah komentar yang ilmiah disini , dan bolehlah kita muzakarah insyaAllah...

Jika sahabat2 ingin mengambil artikel ini jangan lupa credit kepada
http://u-jam.blogspot.com/

Wallahu'alam

Allah Yubarik Fik