Friday, July 30, 2010
Sekolah Hamil : Anda Setuju??
Negara kita kini digemparkan dengan isu penubuhan sekolah bagi pelajar yang hamil. Biarpun tidak mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuklah Kementerian Pelajaran, namun Ketua Menteri Melaka tetap bertegas untuk meneruskan hasrat penubuhan sekolah tersebut. Umat Islam kini berhadapan dengan masalah penzinaan dan mengandung anak luar nikah yang tidak dibendung dengan sewajarnya. Sebab-sebab berlakunya masalah ini adalah kerana pergaulan bebas, hiburan merata-rata dan wujudnya pusat-pusat maksiat yang bermaharajalela. Masalah ini sudah lama berlarutan dan seharusnya kita mengambil langkah-langkah pencegahan disamping langkah pemulihan dilakukan. Hanya melalui undang-undang Islam mampu menangani isu-isu sebegini.
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
Masyarakat khususnya Umat Islam seharusnya mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan perintah Amar Maaruf dan Nahi Mungkar dengan sebaiknya . Isu penzinaan, penguguran dan pembuangan bayi telah merosakkan keharmonian masyarakat dan telah memusnahkan institusi kekeluargaan negara.
Cadangan tersebut meskipun untuk menjaga kebajikan mereka yang sudah berzina dan mengandung anak luar nikah, namun ia menunjukkan betapa tidak mahunya kita menyelesaikan masalah seumpama ini sampai ke akarnya. Idea-idea seumpama ini dan begitu juga idea menyediakan tempat khas membuang anak adalah lebih bersifat memotong ranting-ranting pokok sahaja yang pastinya akan tumbuh kembali kerana akarnya masih utuh.
Bukahkah semua pihak menyedari bahawa buang anak adalah berpunca dari zina? Zina pula berpunca dari pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan, video lucah, kelab malam, pusat hiburan, taman bunga yang selesa untuk buat maksiat, pusat-pusat rekreasi yang tersembunyi dari pandangan ramai, hotel-hotel bujet yang kesemuanya menjadi lokasi selesa berzina dan penggalak kepada zina yang akhirnya menatijahkan buang anak. Sebelum pergi kepada menubuhkan sekolah hamil atau pusat buang bayi eloknya pihak berkuasa bertindak membasmi terlebih dahulu segala punca yang membawa kepada perzinaan. Mungkih boleh ditubuhkan dahulu Pusat Membasmi Zina dahulu sebelum sekolah hamil.
kecewanya nya saya...saya x suka ditubuhkan sekolah nih..seolah-olah menggalakkan benda macamnih terus terjadi kat negara kita..rumah untuk gadis2 yang bermasalah kan dah ada..apakata kita majukan yg tuh jer..sepatutnya kita kena guna duet dengan sewajarnya,ni macam nak membazir ja..macam lar dorang nak sgt masuk sekolah tuh nanti..tak berbaloi...
salam...
saya pun x setuju sangat2 cadangan ini...
bukan ini jalan penyelesaiannya...
Islam telah memberi panduan sewajarnye namun sedikit pun tidak di ambil berat...
ape dah jadi ngan umat islam zaman sekarang nie??
sekolah numero uno... ga sekolah mau jadi apa pd nanti??/
sekolah nomor satu organisasi nomor wahid
mmg x setuju sgt...use the guideline from AlQuran is the best way to prevent this disaster...