Friday, June 18, 2010
amal penentu tiket kematian..
assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..alhamdulillah..(^_^)
alhamdlillah..syukur pada Allah, hari ini merupakan waktu pagi 6 Rejab 1431H (Malaysia)..(^_^)
sedar tak sedar, kita sudah berada pada hari keenam di dalam bulan Rejab..namun, apakah kita sudah bertanya apa yang telah kita lakukan pada bulan Rejab ini? apakah pada 29 Rejab nanti baru kita mahu bertanya pada diri? astaghfirullah..
sesungguhnya hidayah dari Allah S.W.T adalah milik mutlak Allah S.W.T..Allah yang memberi hidayah-Nya kepada insan yang DIA kehendaki (amin ya rabbi..), dan DIA juga yang menarik kembali hidayah-Nya dari insan yang DIA kehendaki (astaghfirullah, wal iyya dzubillah)..
apakah seorang manusia itu boleh berkata ; "malas aku nak buat amal ibadah hari ni, esok ada lagi utk aku"..astaghfirullah, apakah kita bisa mengetahui apa yang Allah takdirkan kepada kita?
ketika 6 Rejab 1431H ini melintasi kita, apakah kita masih mendabik dada bahawa ; "aku mempunyai masa!"..astaghfirullah..andai ada, manusia ini telah lupa akan kematian..astaghfirullah..
di sebabkan itulah, para ulama' Tassawuf sentiasa ziarah kubur, sentiasa menceritakan hal2 kematian, sentiasa menceritakan azab kubur, dan seumpamanya..
kenapa? supaya hati kita sentiasa mengingati kematian..
sesungguhnya setiap manusia itu sudah mempunyai "tiket penerbangan"..dan pada "tiket" ini sudah dinyatakan tarikh, masa dan harinya...namun, ianya di dalam kekuasaan Allah S.W.T..
namun..persoalan di sini, "kerusi" apakah yang kita hendak "duduk" nanti? apakah "kerusi" yang "buruk" atau "kerusi" yang "mewah"? astaghfirullah..
andai mahukan kerusi yang buruk, maka usah lakukan apa2 amal ibadah, dan beradalah di atas dunia ini dalam keadaan lalai..astaghfirullah, wal iyya dzubillah..andai mahukan kerusi mewah, maka berusahalah mencari ilmu Iman dan Islam, berusahalah mempelajarinya, berusahalah mengamalinya...insya Allah, kita akan memperolehi kerusi yang mewah pada penerbangan nanti..amin ya rabbi..
alhamdulillah..wallahua'lam..
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya" (Surah Al-Baqarah ayat 5)..wallahua'lam..
siapakah mereka? mereka adalah manusia yang BERUSAHA untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T..wallahua'lam..
bagaimana mereka lakukannya? mereka telah BERUSAHA mencari ilmu Iman dan Islam, mempelajarinya, dan mengamalinya..wallahua'lam..
subhanallah..di bulan Rejab ini..ambo sentiasa mengingati setiap pesanan Tok Guru ambo..
"setiap amal ibadah di bulan Rejab ini akan digandakan dengan 70 kali, setiap amal ibadah di bulan Sya'ban akan digandakan dengan 700 kali, setiap amal ibadah di bulan Ramadhan akan digandakan dengan 1000 kali, wallahua'lam"
"ustaz, kalau saya nak beramal di bulan Ramadhan nanti, boleh?"
"boleh, tapi kamu tahu apakah kamu akan sampai pada bulan Ramadhan nanti?"
astaghfirullah..bersamalah kita bermuhasabah diri..kematian sudah ditetapkan, namun segalanya milik mutlak Allah S.W.T, Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..
insya Allah..tingkatkanlah kesabaran di hatimu, tingkatkanlah ketabahan di hatimu..insya Allah, ilmu yang dicari, dan dipelajari, insya Allah akan diamali..dan, insya Allah, tiket kematianmu adalah husnul khatimah..amin ya rabbi..wallahua'lam..
Currently have 0 comments: