Tuesday, June 29, 2010
Graf yang dipertahankan
Graf ‘bagaimana boleh bertahan’? bagaimana memahaminya?
Ianya boleh di bincangkan bagaimana atau betul dan salahnya. Tapi ia hanya pengalaman dari sunnatullah. Kita berusaha dan orang lain juga berusaha… tak semestinya kita bangga dengan pencapaian kita. Maybe ada formula lain yang lebih baik.
Fasa semasa belajar adalah paling kritikal dalam generasi Y. Di masa itu ia umpama besi yang berada di leburan atau relaunya. Semasa itulah masa untuk dibentuk oleh apa saja ideologi dan trend. Siapa yang cepat dan mampu bekerja keras dengan menggunakan sunnatullah yang paling tepat, nescaya dia berjaya membentuk seramai mungkin bentuk-bentuk manusia yang ada di dalam masyarakat.
Oleh kerana masa itu pendek dan masa pelajarlah yang saat paling mudah untuk diubah, maka saat itu juga perlu dibentuk ke tahap ke paling maksima. Maksima dari segi swing kepada Islamnya, maksima dari segi semangatnya, maksima dari segi keinginan dan rasa perlu kepada ilmu. Juga maksima untuk berpisah dari jahiliyyah akidah, perasaan dan kelakuan tingkahlaku.
Berjaya atau tidak semasa pembentukan dan pembenturan semasa fasa menjadi pelajar, itulah yang membentuk keinginan hidupnya semasa selepas belajar. Ingin atau tidaknya untuk meneruskan apa yang difahami dan dipegangi semasa zaman belajar ditentukan banyak oleh ia mencapai tahap lulus atau melepasi ‘area’ gelombang. Selepas gelombang akan ada kawasan tenang dan aman. Sesiapa yang tidak dapat melepasi area gelombang itulah maka ia akan terumbang ambing selepas zaman belajar !
Oleh itu……
Usaha maksima perlu dilakukan semasa zaman belajar….. adakah anda sebagai murabbi sanggup bertungkus lumus untuk itu? Atau mad’u anda akan meninggalkan anda dengan senyum selepas zaman belajar mereka dan berkata: “terima kasih bang kerana membantu saya ber’halaqah’ semasa saya di IPT….” Tapi lepas kerja ni tengoklah dulu samada saya akan bersama atau tidak……!
Murabbinya terkebil-kebil…. di mana silap aku?
Tapi semua hati manusia adalah di dalam kuasa al-Rahman, di bolak balikkan ke mana yang dikehendakiNya
Currently have 0 comments: