Wednesday, June 16, 2010
Pahlawan bersemangat VS Pahlawan Pintar..
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Wednesday, June 16, 2010 | Category:
usrah
|
alhamdulillah..
dewasa ini...golongan anak muda sama ada lelaki atau perempuan semakin ramai mempunyai semangat perjuangan Islam..terutama di universiti-universiti tempatan di Malaysia..begitu juga di universitas di Indonesia..dan juga di negara Asia yang lain serta seluruh dunia..
di mana, kita di memperolehi pelbagai maklumat yang menceritakan perjuangan anak muda di Perancis, Uzbezkistan, Mesir, dan dimana2 negara, walaupun halangan utama adalah mereka minoriti dalam memperjuangkan Islam, mereka tetap bersemangat dalam "mengibarkan Panji Islam"...hal ini adalah amat dibanggakan..
subhanallah..wallahua'lam..
tetapi ingat wahai saudara sekalian...semangat bukan kunci kemenangan Umat Islam..bahkan ia boleh menjadi kunci kemusnahan kepada perjuangan dan akhirnya memberi kekalahan mutlak kepada umat Islam..astaghfirullah..wallahua'lam..
anak muda perlu pintar dalam berjuang..bukan terlalu mengikut darah muda yang sememangnya sentiasa membara..sikap terburu-buru dalam perjuangan adalah sifat syaitan laknatullah..astaghfirullah..wallahua'lam..
Sayyidina Ali Abi Talib berkata yang bermaksud :
"Kepalsuan yang tersusun rapi akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun rapi"..wallahua'lam..
wahai sahabatku sekalian..wahai anak muda yang darahnya masih mendidih..sikap agresif dalam perjuangan itu memang perlu kerana kita semua mahu menjadi "asadullah", mahu menjadi seperti Sayyidina Hamzah yang hanya ada Allah dan Rasul di hatinya, mahu menjadi seperti Sayyidatina Sumayyah yang teguh beriman pada Allah dan Rasul...namun bukan semangat kuncinya, tetapi ia hanyalah kekuatan kepada kepintaran wahai saudara sekalian..
anak muda yang pintar tetapi tidak mempunyai semangat perjuangan juga adalah anak muda yang sia-sia..
umpama ilmu ada, tetapi amal tiada, ini golongan fasiq namanya..astaghfirullah..nauzubillah..wallahua'lam..
maka..ayuh anak muda sekalian..kita berjuang dengan kekuatan semangat tetapi dibaluti dengan kepintaran yang dijana dengan Iman dan Islam..insya Allah..
maka, mulailah dari sekarang...semangat sudah ada, maka binalah kepintaran dengan ilmu Iman dan Islam..insya Allah..
maka..dari sinilah nilai kesabaran di uji...semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua...
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu." (Surah Muhammad ayat 31)..wallahua'lam.
sedarlah wahai anak muda..
usah leka dengan ni'mat dunia..
musuh sedang merangka tipu daya..
agar kita mudah diperdaya..
ingatlah wahai anak muda..
bukan semangat yang dipinta..
tetapi kepintaran yang perlu dibina..
maka sabarlah menunggunya..
Rasulullah (S.A.W) menjadi ikutan..
maka ingatlah pada sirah perjuangan..
umat Islam telah membina kekuatan..
secara sabar selama 13 tahun..
bangkitlah wahai anak muda..
kita menjadi tunjang kebangkitan..
carilah dan pelajarilah ilmu Iman..
maka Islam akan diamalkan..
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Currently have 0 comments: