Thursday, December 16, 2010
E-Book Daei - Majalah Baru U-jam >>> Nantikan Kemunculannya! =)
Alhamdulillah....Pertamanya kami kami ahli-ahli U-jam's mengucapkan syukur kepada Allah kerana menemukan kami sahabat-sahabat yang sentiasa setiap hari memikirkan ummat.Dalam kesibukan harian sebagai pelajar , Guru , pensyarah , professor , doktor , peguam , Ustaz ,designer , usahawan malah apa sahaja tugasan keperluan harian yang dilakukan..sahabat-sahabat ini tidak pernah mengenal erti lelah dalam perjuangan...Terima Kasih kepada Amir , Naqib , Naqibah dan Daei yang menyokong U-jam's selama ini
Hari ini kami mendapat berita baik dari Akhi Aswadi , ahli u-jam Terengganu selaku Freelance Designer U-jam's diatas usaha baik beliau yang telah menghasilkan e-book terbaru di "pasaran" dakwah internet.Kami percaya majalah ini akan dilancarkan dalam masa terdekat dan bakal "dipasarkan" oleh U-jam.
Kami percaya e-book ini akan diberikan percuma ataupun memerlukan sedikit sumbangan sahabat-sahabat bagi meraikan usaha baik ini.Walaubagaimanapun kami di U-jam's akan berusaha sehabis baik untuk memastikan hebahan yang menyeluruh ke segenap pelusuk internet dan moga ianya menjadi tatapan wajib setiap daei.
U-jam yang telah ditubuhkan hampir 2 tahun , mendapat sambutan di luar jangkaan terutama kepada mereka yang masih baru berjinak-jinak untuk menempatkan diri mereka dalam jamaah gerakan Islam di Malaysia khususnya.
Akhir kalam , kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli-ahli dan pendokong u-jam yang selama ini terlibat secara lansung ataupun sekadar di alam internet.
Semoga usaha murni ini menjadi penunjuk bahawa , kebangkitan Anak Muda Cintakan Perjuangan Islam kini tidak dapat disekat dan dibendung lagi kemaraannya.
Ayuh sahabat-sahabat bersama kami!..Takbir!...AllahuAkbar!
Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
" قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "بلـّغوا عني ولو آية
Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
- Chief Moderator U-jam ^_^
salam alayk~
sy nantikannya..
insyaAllah dalam masa terdekat =) doakan kami