[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Sunday, December 12, 2010

Jangan Ditanya Babi-Babi Di Syurga

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, December 12, 2010 | Category: |



Pernah suatu ketika seorang Ustaz yang baru pulang belajar dari luar negara ditanya satu soalan yang agak aneh oleh orang kampung dalam kuliahnya.“Ustaz, babi ni masuk syurga ke tidak ?”Ustaz tersebut terpegun sebentar dengan soalan tersebut, mungkin kerana ia adalah satu persoalan yang tidak terfikir olehnya dan tidak juga terlintas jawapan dalam kepalanya.Sudah pasti, kerana kadang-kadang kita tidak sempat untuk mengkaji persoalan-persoalan yang agak halus sebegini walaupun kita adalah lepasan pelajar Timur Tengah.Sekiranya anda yang berada di tempat tersebut, agak-agaknya apakah respon anda dalam berhadapan dengan persoalan tersebut?.


Berdakwah Dengan Hikmah


Pernah terjadi di zaman Rasulullah dahulu, apabila para sahabat bertanyakan soalan, Rasulullah memberi jawapan yang berbeza walaupun soalannya adalah sama.Apakah amalan dalam Islam yang paling Afdhal?Ada masanya Rasulullah menyebut amalan yang berkaitan dengan jihad dan peperangan. Ada masanya Rasulullah menyebut amalan yang berkaitan dengan kekeluargaan.Ada masanya Rasulullah menyebut amalan yang berkaitan dengan ibadat.Jawapan Rasulullah semuanya menjurus kepada siapa yang bertanya dan lihatlah bagaimana Rasulullah menjawabnya dengan penuh hikmah.Bayangkan seandainya jawapan yang diberikan tidak menjurus kepada siapa yang bertanya malah terus menjawab dengan satu jawapan tetap yang hanya sekadar untuk melepaskan tanggung jawab untuk menjawabnya. Susah pasti kita akan melihat kepincangan dalam amalan yang dilakukan oleh para sahabat yang bertanya tersebut.Walaupun jawapan yang diberikan kepada Rasulullah itu adalah berdasarkan Ilham dari Allah ataupun di atas kebijaksaan baginda sendiri, tetapi Itulah hikmah. Setiap jawapan yang diberikan bersesuaian dengan keperluan dan keadaan, bukan hanya dengan lemah lembut semata-mata.


Jadilah Dai’e Yang Proaktif


Dalam satu keadaan yang lain, pernah suatu ketika Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang pemuda bagi meminta keizinan untuk berzina. Zina bukanlah perkara yang sukar mahupun sulit untuk difahami implikasinya pada ketika itu menyebabkan orang ramai yang ada disekeliling Rasulullah pada ketika itu menyerbu ke arah pemuda tersebut lantas memaki dan memarahinya. Rasulullah pada ketika itu jelas menunjukkan sikap yang proaktif. Berfikir sebelum bertindak.Pemuda tersebut telah dibawa mendekati Rasulullah. “Wahai pemuda,” sapa Nabi SAW. Lemah lembut, “Apakah kamu suka kalau perbuatan zina itu dilakukan orang lain terhadap ibumu?” “Tidak, ya Rasulullah. Demi Allah yang menjadikan aku sebagai tebusan anda, saya tidak ingin itu terjadi,” jawabnya. “Begitu juga kebanyakan manusia, tidak menyukai atau menginginkan perbuatan zina itu dilakukan terhadap ibu mereka,” ujar Nabi.“Apakah kamu senang zina itu dilakukan terhadap anak-anak perempuanmu kelak?” tanya Baginda selanjutnya.“Sama sekali aku tidak menginginkan hal itu terjadi, ya Rasulullah. Demi Allah, bermimpi pun saya tidak ingin.” “Begitu pula kebanyakan manusia, mereka tidak senang kalau sampai perbuatan zina itu terjadi pada anak-anak perempuan mereka. Apakah kamu senang kalau zina itu dilakukan terhadap adik beradik perempuanmu?” tanya Baginda lagi.“Tidak, ya Rasulullah. Demi Allah saya tidak senang.”“Begitu juga dengan orang lain, sama dengan anda, tidak senang kalau zina itu dilakukan terhadap adik beradik perempuan mereka. Apakah kamu ingin itu terjadi pada ibu-ibu saudaramu?”“Tidak, ya Rasulullah. Demi Allah tidak,” pintasnya.“Kebanyakan manusia juga tidak ingin itu terjadi pada ibu-ibu saudara mereka.”Nabi saw. kemudian meletakkan tangan beliau pada tubuh pemuda itu dan mendoakannya: “Ya Allah, bersihkanlah hatinya, dan peliharalah kemaluannya serta ampunilah dosa pemuda ini”

Lihat bagaimana proaktifnya Rasulullah dalam menjawab persoalan pemuda tersebut. Boleh sahaja baginda untuk menjawab ‘Aku Rasulullah dan perkara yang aku bawa ini adalah benar, maka zina adalah haram ke atas kamu,’ tetapi Rasulullah menjawab dengan jawapan yang penuh manusiawi, menyentuh pintu hati agar dibuka kesedaran tentangnya.Cara baginda menjawab tersebut masih kekal dan berpegang dengan prinsip kebenarannya, namun pendekatan dalam menyampaikan kebenaran tersebut penuh hikmah sekali.Janganlah kita menjadi pendakwah yang hanya tahu untuk meletakkan hukum halal dan haram kerana ini bukan lagi zamannya. Jadilah pendakwah yang mu’tadil, pendakwah yang tahu bagaimana untuk menyatukan ummah dikala ummah kini dilanda perpecahan fikrah.

‘Kita adalah pendakwah, bukan penghukum’ – Albanna

Pendakwah yang proaktif ialah pendakwah yang mampu untuk berfikir sebelum bertindak. Pendakwah berlu berfikir apakah kesan yang akan terjadi dalam setiap tindakan yang diambil. Dalam masa yang sama, pendakwah juga perlu lebih meletakkan sesuatu implikasi yang terjadi adalah kerananya sendiri dan tidak pada orang lain. Barulah kita akan melihat peningkatan dan usaha dalam dakwah kita. Tidaklah hanya kita reti untuk menyalahkan orang lain sahaja walaupun dakwah kita sebenarnya yang kurang hikmahnya.

Konklusi

Pendekatan yang paling halus dan berkesan harus untuk kita pelajari terutamanya sebagai persediaan dalam kita menghadapi suasana mad’u yang pelbagai di Malaysia kelak. Masing-masing dengan gelagat tersendiri. Seandainya, berhadapan dengan golongan professional, bagaimanakah uslubnnya? Bila berhadapan dengan golongan orang kampung bagaimana pula kaedahnya?. Semuanya perlu kita kuasai. Sirah dan sejarah menjadi pelajaran dan panduan untuk kita semua.Berdakwahlah dengan nilai manusiawi, bukan dengan emosi. ‘Masuk ke dalam kasut mereka’, mungkin itu antara istilah yang sesuai untuk menggambarkan bagaimana kita benar-benar perlu meletakkan diri kita ke dalam diri mereka bagi mudah untuk kita menyentuh dan mengetuk pintu hati mereka. Jangan meminggirkan soal kreatif di dalam berdakwah ini, sebelum anda yang akan ditendang oleh masyarakat yang lebih bijak berfikir daripada anda kini. Apabila anda berhadapan dengan situasi seperti ustaz di atas, apakah jawapan yang akan anda berikan kepada orang kampung tersebut. Mungkin anda semua akan buntu dan mengetepikan soalan tersebut, tetapi tidak bagi ustaz di atas kerana jawapannya sungguh berkesan sekali. Namun, ia hanya bersesuaian dengan sasarannya sebagai orang kampung bagi mengelakkan lagi persoalan yang sedemikian berulang. Di samping untuk mengajak mereka berfikir tentang persoalan-persoalan yang lebih besar dan penting. Jawab ustaz tersebut spontan ; “ Pakcik ni duk sibuk kat babi plak, yang kita tu dah layak masuk syurga ke?!,”Sama-sama fikirkan, bagaimana untuk menjadi pendakwah yang berhikmah dan proaktif.

Currently have 3 comments:

  1. Pak cik kita kat kampung ni , memang benci sangat kat babi , sebab babi jahat , kadang2 datang masuk dalam kebun kita , tapi kan ia adalah haiwan , dan haiwan tak menanggung dosa dan pahala...bagaimana dia nak masuk syurga atau neraka? , kecuali yang dipilih Allah seperti Anjing dalam kisah Ashabul Kahfi... dan ada 10 haiwan yang masuk syurga..nanti saya buat artikel kisah haiwan masuk syurga ye..pak cik dah makan?..meh saya suapkan (terlampau mesra sngat deh :P)

  2. pak cik ni duk sibuk kat babi plak,yang kita tu dah layak masuk syurga ke?

  3. Haiwan adalah ciptaan Tuhan sama ada halal atau tak, ciptaan itu adalah untuk mewarnai bumi ini...haiwan adalah eko sistem bumi...tanpa haiwan bumi dan manusia akan rosak atau mati. ikut kan dalam alkitab atau alquran. asal usul makanan manusia ialah vegetarian. Bila manusia makan daging maka banyak penyakit kita akan dapat/lalui. ingatkan pemanasan bumi, ianya salah satu jumlah haiwan yg berkurang di muka bumi...bukan setakat alam yang diusik (flora dan fauna), haiwan juga diusik utk dagingnya dan kulit. semua ciptaan Tuhan bersangkutan. Berbalik kepada topik babi, babi haiwan pengotor atau tong sampah. Di zaman kitab manusia yg ikut hukum Tuhan tak akan makan haiwan ni atas alasan haiwan ni bekerja sebagai "majlis pembentungan atau pekerja cleaner" macam yg cleaning service tu...tujuan nya haiwan ini dan bbrapa haiwan lain membersihkan alam sekitar termasuk najis manusia. maka tak perlu la manusia bkerja kuat atau mencari pekerjaan sebagai cleaner...haiwan d darat dan haiwan d laut lah pekerja miracle..haiwan ni la sebenarnya yg boleh dikatakan pekerja majlis perbandaran (berkenaan sampah). Kita tak bole sombong atau benci babi sebab biarpun sejak zaman dulu haiwan ni tak boleh disentuh / makan ianya ciptaan baik di mata Tuhan, masakan Pencipta mencipta alat yang Dia tak suka? Babi semacamnya tak akan wujud di syurga nanti sbb haiwan ini dan bbrapa haiwan lain hanyalah untuk ciptaan manusia dan di bumi ini sahaja. Di syurga hal ehwal perfect dan tak akan kotor...maka tak perlu haiwan mengurus kekotoran seperti di bumi.


Leave a Reply