Assalamualaikum..sahabat2 u-jam , bilakah kali terakhir anda mendapat berita tentang pejuang dan sahabat-sahabat kita dari mesir , benar... di malaysia terlalu banyak isu dan peristiwa yang berlaku sejak daripada "Tsunami Rakyat" pada tahun 2004 , Terkini adalah isu kenaikan harga komoditi , kenaikan harga minyak dan akan menyusul kenaikan tarif elektrik , selalunya isu ini akan diselesaikan seterusnya dalam pilihanraya nanti dan mungkin ada bau2 pilihanraya ke-13 semakin hampir.
Baiklah , disni mari kita sebentar meraikan berita dari sahabat kita di Mesir , khususnya dari PMRAM , sebuah persatuan yang lama peringkat otai sejak tahun 1930'an dan banyak melahirkan mujahid dan mujahidah dalam gerakan islam....Mari kita raikan :)
HisbahRiders : PMRAM Lancar Skuad Hisbah Bermotor 7 DISEMBER- Sempena Program Sambutan Maal Hijrah peringkat PMRAM Pusat yang telah diadakan di Dataran Hayyu Asyir, Unit Hisbah Pusat Telah melancar secara rasminya Skuad Hisbah Bermotor untuk melancarkan kerja-kerja amar makruf nahi mungkar di Bumi Mesir ini.
Skuad bermotor tersebut yang dibarisi 16 buah motosikal telah diketuai oleh Ustaz Jamal Najmuddin selaku Ketua Unit Operasi Hisbah Pusat bersama wakil skuad dari negeri lain termasuklah Selangor dan Kelantan dimulai dengan kehadiran beramai-ramai dam penyerahan vest dan Kad Kuasa Hisbah yang telah disampaikan sendiri oleh Ustaz
Shahrizan bin Mohd Hazime.
Skuad ini akan melibatkan wakil dari setiap BKAN yang turut bersama-sama akan mambantu dalam mengekalkan biah solehah mahasiswa Malaysia di Mesir ini terutamanya di Kaherah.
Semoga seluruh mahasiswa dapat memastikan keselamatan diri dalam keadan baik dari segala kesulitan dan kejahatan seterusnya membebaskan diri dari jenayah dan maksiat.
Kami Nak Bilik Kecik Tu Je.. Salah Ke?
Bilik kecik itu adalah hadiah,
Diatas pengorbanan nyawa mereka yang terdahulu,
Mengapa kamu rampas dan halau kami,
Walhal ia jelas milik kami,
Kamu zalim dan kami yang teraniaya,
Kami hidup merempat dirumah sendiri,
Kami bukan mengemis apatah lagi meminta,
Apa yang kami mahukan hanyalah sebuah bilik kecil,
Bilik yang kamu jadikan ia sebuah perpustakaan kini,
Kembalikan hak kami, atau kami tuntut ia dinegeri abadi.
Kembalikan hak kami,
kembalikan hak kami..
Akan kami tuntut sampai mati!!
Currently have 0 comments: