[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Sunday, January 2, 2011

Himpunan Mahasiswa 1.1.11 : Mahasiswa Bukan Anak Patung Comel!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, January 2, 2011 | Category: |







Kebangkitan Gerakan Mahasiswa bukanlah perkara baru..ianya wujud sejak dari Peristiwa HARTAL yang tidak ada dalam buku teks sejarah pendidikan rendah atau menengah...


Persoalannya mengapa mereka berjemur di halaman panas dan berhimpun?..tidakkah mereka dihantar oleh ibu bapa untuk belajar sahaja?..kerana pelajaran lebih penting!


Siapa yang bertanyakan persoalan sebegitu...saya ingin menjelaskan..sebagai orang yang pernah bersama-sama mahasiswa ketika saya menuntut dari tahun 1995-1999 di sebuah Universiti Tempatan, saya mempunyai pengalaman untuk diceritakan..


Mahasiswa mempunyai pilihan untuk mengambil kursus yang sesuai dengan jiwa mereka ..maka saya mengambil kursus BBA (Marketing) , caranya mudah..anda hanya perlu pergi ke kelas..tidak ponteng sebanyak 3 kali dan mengekalkan pointer sebaik mungkin seterusnya menghadiri peperiksaan , selepas itu anda akan praktikal selama 3 bulan sebelum anda keluar dari Universiti dengan satu misi utama iaitu membayar hutang PTPTN puluhan ribu ringgit!


Ya Mahasiswa terpaksa berhutang dengan Kerajaan , itu pelajaran pertama yang terdapat dalam mana2 kursus yang diambil.


Jadi saya seorang Mahasiswa yang praktis..sesuai dengan jurusan saya..saya berniaga kecil-kecilan di dalam universiti, perniagaan yang mudah..membaiki komputer , design dan jual t-shirt , mengadakan seminar2 bersama konsultant luar...tetapi pihak UKU (Unit Keselamatan Universiti) menahan saya kerana berniaga di dalam universiti walaupun saya telah mendaftar sebuah syarikat enterprise..malahan saya dinasihatkan oleh pensyarah untuk tidak mempraktikkan ilmu perniagaan dan pemasaran di dalam universiti!


Jadi saya hanya belajar untuk lulus peperiksaan dan saya umpama anak patung comel yang sentiasa disisir rambutnya..dipakaikan dengan pakaian yang cantik2..di puji oleh semua orang tetapi malang...saya menjadi PLASTIK!


Bagaimana mereka yang mengambil jurusan sains politik?..Syariah?..usuludin?..mereka juga tidak boleh memperaktikkan ilmu...mereka dipaksa belajar teori seperti melihat gambar gunung dan memuji gunung itu tanpa di beri cabaran untuk mendaki!.


Mahasiswa adalah angugerah teristimewa ibu bapa...jangan ditanya berapa pointernya..kerana kejayaan hidup bukan semata2 pointer..tetapi ilmu yang diamalkan apabila keluar kelak!


Jika Akademiknya pointernya 4 Flet tetapi Pointer siasahnya Zero Defect...ianya umpama KLCC yang menarik2 maksiat mendekatinya!


Jika Akademiknya 3.5 dan siasahnya 3.5 ianya umpama Masjid Al-Syakirin di KLCC!


Mahasiswa bukanlah boneka...bebaskan mahasiswa daripada pembodohan yang melampau!, mereka adalah Aset kepimpinan negara..mereka mempunyai suara untuk dibahaskan!


Mereka juga makan dan minum!..mereka juga perlu berkereta dan bergerak...mereka juga membeli sayur dan daging..mereka ada keluarga yang menanti untuk berbakti!


Mereka juga perlu mempunyai hak untuk ditunaikan...


Apa yang menjijikkan mereka diharamkan bersiasah (politik) tetapi segelintir mereka dipaksa untuk berpolitik oleh kepimpinan universiti...mereka diangkut dengan tidak sukarela dan diberi markah untuk menyokong PARTI pemerintah negara..mereka dikumpulkan dan dipaksa untuk mendengar ahli politik berucap di dalam universiti.


DOUBLE STANDARD! , benarkan atau tidak berpolitik?


Jika tidak..jangan ada satu pun usaha politik..tetapi realitinya Universiti itu sendiri penuh dengan Politik!...Jika ada Makmal Siswa Be-End , perlu juga ada Makmal Siswa PR


itu namanya mahasiswa bukan untuk dicabul kehormatannya sebagai manusia!


Mahasiswa bukanlah anak patung comel yang boleh di main-main , seperti Pinocchio , akan panjang hidungnya apabila dipuji...akan memberontak merosakkan apabila dikeji. mereka adalah manusia hidup! , dipuji dan dikeji mereka bukan mengharapkan itu...Kerana Mereka Bukan Anak Patung Comel seperti Makmal Siswa Be-end!


(Penulis adalah Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (1995-1999)


Jan 1, Petaling Jaya : Hampir 300 mahasiswa daripada pelbagai kampus di seluruh negara termasuk utara dan barat Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak telah hadir dalam satu himpunan yang diadakan sebentar tadi di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Himpunan yang dinamakan Himpunan 1.1.11 sempena kedatangan Tahun Baru 2011 itu diberitakan bermula seawal 7.00 pagi dengan mengecat ‘banner’ sebagai sesi ‘memanaskan badan’ dan berakhir sekitar 12.30 tengahari tadi.

Antara yang hadir untuk menyampaikan beberapa ucapan dan pidatonya adalah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Shazni Munir, Presiden GAMIS, Ahmad Syazwan, Pengerusi SIGMA, Nazirah Abu Bakar, Kartiges yang merupakan Presiden Pemuda Sosialis Malaysia.

Selain itu, hadir juga Presiden KAMI, Hilman Idham, Ryan Gan yang memegang jawatan sebagai S/U Hubungan Antarabangsa DEMA dan ramai lagi pimpinan ‘front-front’ gerakan mahasiswa yang turut sama memeriahkan aturcara.

Himpunan yang dianjurkan oleh Majlis Politik Nasional GAMIS dengan kerjasama SMM dan gerakan-gerakan mahasiswa lain itu menggagaskan empat objektif besar yang ingin digapai mahasiswa pada tahun ini (2011).

Empat objektif tersebut adalah menghimpunkan mahasiswa Malaysia sebagai tanda solidariti di bawah semangat patriotisme, merangka deklarasi Mahasiswa Malaysia bersempena dengan kedatangan tahun baru 2011.

Selain itu,memberikan mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat Malaysia dan juga memberi gambaran kepada masyarakat bahawa segala tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa adalah berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap Negara.

Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam himpunan itu tadi adalah mengecat ‘banner besar’ yang memaparkan tulisan ‘Mahasiswa Untuk Malaysia’.

Seterusnya pidato mahasiswa berantai yang disampaikan oleh barisan pimpinan ‘front-front’ mahasiswa yang hadir sebagai wakil daripada GAMIS, SMM, DEMA, PKPIM, SIGMA, KARISMA dan sebagainya.

Sementara itu, majlis perasmian himpunan yang bertemakan ‘Mahasiswa Untuk Malaysia’ itu telah dirasmikan oleh bekas aktivis mahasiswa di kampus Universiti Malaya iaitu Saudara Mohd Nazree bin Yunus yang juga mantan Pengerusi SMM.

Beliau dalam ucapannya berbangga dengan penganjuran yang diadakan dan berharap ianya diteruskan dengan pelaksanaan momentum yang tinggi, bukan dengan semangat semata-mata.

“Saya berbangga dengan kehadiran pada hari ini dan berharap kekuatan ini terus bertambah dari semasa ke semasa bagi menyatakan suara dan hak mahasiswa sebagai warganegara Malaysia dengan pelbagai isu yang melanda sekarang terutamanya hal-hal berkaitan pendidikan dan hak-hak sebagai mahasiswa.”, jelasnya.

Selepas itu, Saudara Nazree juga berkesempatan menandatangi satu kain rentang dan menyampaikan Anugerah Ikon Mahasiswa kepada Shazni Munir Mohd Ithnin di atas sumbangan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau.

Kelihatan juga turut meraikan himpunan itu ialah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan beberapa NGO lain yang kelihatan memberi sokongan padu apabila beberapa laungan keramat mahasiswa seperti ‘Student Power’, ‘Hidup Hidup Mahasiswa’ serta laungan ‘Takbir’ dilaungkan


Currently have 0 comments:


Leave a Reply