[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Friday, January 7, 2011

Pemuda PAS Malaysia Anjur Himpunan Media Baru : Se-Malaysia & Sedunia!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Friday, January 7, 2011 | Category: |





 KUALA LUMPUR, 7 Jan: Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat akan menganjurkan Himpunan Dunia Media Baru Peringkat Kebangsaan pada 15 Januari ini.
Menurut Ketuanya, Nasrudin Hassan, himpunan yang akan berlangsung di Hotel Green Park Temerloh Pahang itu dianjur bagi mencapai beberapa matlamat yang difikirkan perlu oleh dewan itu.

Ianya antara lain mahu mengeratkan hubungan DPP dengan semua pengamal media baru  termasuk blogger, facebooker, websiter, dan twitter.

Selain mahu membina jejantas yang kukuh dan erat antara DPP dengan pengamal media baru, mereka juga mahu memberi sokongan padu kepada pengamal dunia baru untuk berperanan membentuk minda ummah.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia menyedari malah benar-benar memahami kepentingan dan keupayaan kuasa media baru menakluki dunia maklumat.

"Justeru itu, sebagai sayap penting kepada sebuah gerakan Islam (PAS) di Malaysia ini, Dewan Pemuda PAS merasakan media baru yang kini sedang membina empayarnya mestilah dipimpin dan dibimbing agar lahir sebuah dunia yang benar-benar boleh mendatangkan manafaat kepada ummah dan membina tamadun yang harmonis dan informatif," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan penganjuran itu juga antara lain mahu menjernihkan kekeliruan dan memurnikan persepsi terhadap DPP dalam satu dialog yang akan diadakan pada program itu.

Dengan penganjuran itu juga, mereka merancang untuk membentuk task force media baru yang berperanan membantu DPP.

"Langit terbuka ini bila-bila masa sahaja boleh diceroboh dan dihuni oleh petualang media yang berperanan melampiaskan fitnah jahat untuk mengkucar kacirkan dunia, mencetus permusuhan, merosakkan kejernihan maklumat, mengeksploitasi realiti dan mencemari persepsi," tambahnya lagi.

Program tersebut dijadual dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, manakala dua kertas kerja akan dibentangkan.

Kertas kerja pertama bertajuk 'Media Baru dan Isu Semasa' akan dibentang oleh blogger Cucu Mat Kilau, manakala kertas kerja kedua 'Peranan Media Baru dalam Gerakkan Islam' dibentang oleh Pengerusi Akademik Tarbiyah Pemuda, Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua blogger untuk hadir bagi berkongsi pandangan bersama DPP

Currently have 0 comments:


Leave a Reply