[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Monday, August 15, 2011

Gempar !!! Punggung Berapi ketika mendengar Ayat Al-Quran!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, August 15, 2011 | Category: |


Assalamualaikum W.B.T , Sahabat-sahabat U-jam yang dirahmati Allah S.W.T , hari ini ialah hari yang ke-15 Ramadhan..begitu pantas masa berlalu..terasakan baru semalam kita menyambut Aidilfitri..dan kini sudah pun hampir ke hari lebaran...tidak hairanlah jika lagu dan kempen-kempen promosi Aidilfitri bertebaran di ruang-ruang media..peliknya tiada iklan-iklan pendek tentang kemuliaan Ramadhan...
Saya tinggal dan menetap di negeri Selangor , ada satu perkara yang membezakan diantara Ramadhan 3 tahun kebelakangan ini di Selangor iaitu "Diwujudkan" Tazkirah Ramadhan yang sebelum ini "Tidak Wujud" di Masjid-masjid dan surau-surau ni negeri ini.

Saya masih ingat pada tahun 2009 , Tazkirah Ramadhan dan Solat Tarawikh 8 Rakaat yang "diperkenalkan" oleh kepimpinan baru Masjid dan surau..susah untuk diterima oleh masyarakat..sepertinya Amalan Surah Yassin digantikan dengan bacaan Surah Al-Kahfi pada malam jumaat!

**Saya tidak ingin menceritakan tentang mana yang paling Afdal samaada 8 atau 20 Rakaat..apa yang saya ingin ketengahkan ialah Amalan Tazkirah di dalam bulan Ramadhan..Sebenarnya, para ulama salaf solih sendiri berbeza pendapat tentang bilangan rakaat bagi solat tarawih bersama witir. Antaranya, pendapat yang menyatakan empat puluh satu, tiga puluh sembilan, dua puluh sembilan, dua puluh tiga, tiga belas dan sebelas. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan, jawab beliau:

“Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sebelas rakaat samada dalam bulan Ramadan ataupun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)" 
 
Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah. Lajnah Tetap dan Kajian Ilmiah serta Fatwa, Arab Saudi sendiri ketika mengulas hal menyebut:
“Tiada menjadi salah untuk menambah lebih dari sebelas kerana Nabi s.a.w tidak pernah menghadkannya sedikit pun. Bahkan apabila ditanya tentang solat malam baginda menyebut: “Dua rakaat, dua rakaat (secara dua rakaat setiap solat), jika seseorang kamu bimbang masuk waktu subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir kepada apa yang telah dia solat sebelum” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis ini baginda tidak menghadkan sebelas atau selainnya. Ini menunjukkan ada keluasan dalam solat malam pada Bulan Ramadan atau selainnya”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 7/195, Riyadh: Riasah Idarah al-Buhuth).
~ Sumber **DR Maza

Baiklah...berbalik kepada Tazkirah (Majlis Ilmu ) Di Bulan Ramadhan.. termasuk kuliah-kuliah Agama di Masjid dan Surau.., boleh dikatakan majoriti Penceramah yang menyampaikan Tazkirah di Masjid-Surau (Selangor) yang saya kunjungi apabila memulakan Tazkirah sering kali mengingatkan Jamaah akan kemuliaan manusia yang sentiasa mengikuti majlis ilmu , sementelaah kerana hampir lebih dari separuh mereka yang berduyun-duyun solat tarawikh tadi meninggalkan masjid tatkala Tazkirah Ramadhan bermula! ( Tazkirah bermula selepas selesai solat sunat witir)

Saya suka untuk berkongsi pengalaman daripada Al-Fadhil Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malik bersama-sama Sahabat-sahabat U-jam

Ikuti Coretan beliau...

Sekitar tahun 2001-2002, saya berkhutbah Jumaat pada bulan Ramadhan di sebuah masjid di daerah Kemaman. Ketika itu Terengganu di bawah kerajaan PAS baharu sahaja mewartakan satu peruntukan undang-undang iaitu meletakkan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai undang-undang tubuh negeri Terengganu. Ia diperkenankan oleh as-Sultan Mizan (moga Allah sentiasa memelihara Tuanku dan Sultanah). 
 
Dari atas mimbar saya melihat beberapa wajah makmum yang seperti ada sesuatu di dalam diri mereka. Saya belum berkhutbah ketika itu. Ketika mula berkhutbah kemudiannya, saya membacakan firman Allah tentang kewajipan puasa: “Wahai orang beriman! Difardhukan ke atas kamu sebagaimana difardhukan puasa itu kepada umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (183: alBaqarah). Saya juga membacakan ayat di dalam mushaf pada mukasurat sebelumnya tentang hukum Qisas. “Wahai orang yang beriman! Difardhukan ke atas kamu qisas (pembalasan setimpal) dalam jenayah pembunuhan.

Saya hubungkaitkan antara 2 ayat tersebut, lalu saya berkata: ‘Kedua-dua ayat diseru kepada orang beriman. Kedua-duanya disebut kutiba iaitu difardhukan. Puasa berkait dengan ibadat. Qisas adalah salah satu hukum berkait jenayah selain hudud dan takzir. Puasa di mana sahaja boleh dilakukan tapi Qisas perlu kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang menaunginya.’

Tiba-tiba beberapa orang makmum bangun dan meninggalkan masjid. Ke mana mereka pergi? Sakit perut? Bukan. Apabila ditanya kepada makmum lain selepas solat Jumaat, mereka rupanya keluar terus dari masjid tanpa solat Jumaat. Mereka sakit dalam hati. Iman mereka sakit sebenarnya. Benarlah Allah yang menyebut, maksudnya: “Dalam hati mereka ada penyakit. Lalu Allah tambah penyakit kepada mereka.”

Saya sengaja membacakan ayat tentang kewajipan puasa dan kewajipan melaksanakan hukum qisas itu di atas mimbar ketika berkhutbah di masjid itu dalam bulan Ramadhan dengan tujuan menyelamatkan aqidah para jemaah dari kesesatan sekularisme hasil tanaman UMNO/BN selama puluhan tahun. Bukan bermaksud menghalau mereka keluar dari masjid. Tapi itulah yang berlaku.

Aqidah sesat UMNO/BN (ada jawapan untuk ini wahai ulama muda UMNO?) ditanam begitu kuat dan kukuh dalam diri rakyat sehingga mereka tidak boleh menerima Islam secara menyeluruh. Benar kata-kata: ‘Mereka boleh terima hukum puasa, tapi tidak boleh menerima hukum hudud dan qisas.’

Apa salah saya membacakan ayat-ayat itu? Ini bukan soal politik semata-mata. Ini soal Islam yang mesti ditegakkan. Ketika diberi amanah memerintah Terengganu, PAS Terengganu telah melaksanakan satu perkara asas besar iaitu meletakkan asas pemerintahan undang-undang negeri berpandukan wahyu. Justeru itu saya
 mengingatkan makmum tentang perkara ini.

Ketika itu kes buang bayi tidak sekerap sekarang. Ketika artikel ini ditulis kes buang bayi hampir saban hari dilaporkan. Kerajaan yang memerintah seperti hilang punca mencari penyelesaian yang entah bila akan ada
kesudahannya ini.

Apakah apabila al-Quran disusun demikian rupa menyebut tentang hukum Qisas sebelum beberapa ayat tentang hukum puasa Ramadhan, ia dibuat saja-saja? Maha Suci Allah dari bermain-main dan Allah Yang Maha Mengetahui tentang susunannya.

Kesimpulannya ..saya ada simple "carculation" berkenaan perbezaan ganjaran Solat Sunat Tarawikh dan Majlis Ilmu Di Bulan Ramadhan..walaupun ianya tidaklah tepat kerana Allah Maha Mengetahui ..tetapi sekadar perbandingan mengikut logik akal manusia yang terbatas ini...

Jika solat Tarawikh 20 Rakaat + witir 3 Rakaat ( 23 X 30 ) = 690 Rakaat , Sesiapa yang menghadirkan diri ke majlis ilmu pada Ramadan, Allah akan menulis pahala ganjaran pada setiap langkah selama setahun ibadah ~ Tarawikh itu sunat , Tazkirah Ramadhan itu Wajib (Majlis ilmu) ~ berapa rakaat solat dalam masa setahun? ( 2+4+4+3+4) x ( 365) = 6205 Rakaat ..itu baru selangkah!


Sahabat-sahabat..Tiada niat untuk menghitung pahala..tetapi untuk membuat perhitungan yang mana lebih aula' diantara Sunat dan Wajib..Tarawikh itu Sunat dan Majlis Ilmu itu Wajib ~ Wallahu'alam.




Currently have 0 comments:


Leave a Reply