[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Monday, August 29, 2011

Perutusan Hari Raya 1432H ~ Tuan Guru Nik Aziz

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, August 29, 2011 | Category: |




PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Aziz mengajak umat Islam supaya bersyukur dan bertaqwa kepada Allah SWT kerana diberi peluang menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H.
“Setelah kita menjalani tarbiyah Ramadhan selama sebulan dengan ibadat seperti puasa, qiam, bacaan al-Quran dan sebagainya, kita diperintahkan untuk menyambut Hari Raya sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan menewaskan hawa nafsu.
“Semoga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmah puasa itu sendiri,” kata Menteri Besar Kelantan itu dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri yang dipetik dari bloknya.

Beliau menjelaskan, taqwa ertinya pelindung. Apa yang dimaksudkan dengan pelindung ialah pelindung dari api Neraka.
“Justeru, apabila masyarakat yang bertaqwa berjaya diwujudkan hasil daripada tarbiyah di bulan Ramadhan, InsyaAllah tidak akan berlaku kes-kes rasuah, penipuan, pecah amanah dan sebagainya.
“Ini kerana punca kepada semua jenayah ini ialah kerana manusia tidak bertaqwa kepada Allah SWT,” ujar beliau.

Nik Aziz berkata, begitu juga dengan jenayah aqidah seperti murtad juga berpunca dari ketaqwaan yang tidak dipupuk dalam diri masyarakat.
“Justeru, saya menyeru kepada semua pihak agar marilah kita menjadikan taqwa sebagai asas dalam setiap sudut kehidupan kita,”
“Alhamdulillah, tahun ini Hari Raya disambut hampir serentak dengan Hari Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 2011.

“Saya berharap biarlah sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini dapat dihayati dengan makna kemerdekaan yang sebenar iaitu merdeka daripada penjajahan hawa nafsu dan seterusnya melaksanakan setiap perintah Allah SWT.

“Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Idul Mubarak” kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira apa fahaman mereka.
“Demikan juga kepada ahli parti dan para pejuang Islam sekalian, tingkatkan pengorbanan demi mencapai keberkatan Allah SWT.

“Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik-tolak kepada keyakinan kita bahawa al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW adalah panduan kita yang hakiki dalam semua segi kehidupan kita,” pesan beliau.
Salam Aidilfitri dari KM Pulau Pinang
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua umat Islam di Malaysia.

“Semoga 1 Syawal 1432 Hijrah dengan harapan baru untuk menjalankan tugas kerja masing-masing dengan penuh bertanggungjawab dan melawan sebarang kemungkaran,” katanya dalam satu perutusan Hari Raya Aidilfitri dalam blognya hari ini.
Beliau berkata “kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berusaha menunaikan kewajipan kami kepada rakyat dengan urustadbir CAT – Cekap, Akauntabel dan Telus yang berlandaskan “amar maaruf nahi mungkar”.

Menurutnya, urustadbir baik dan cekap ini bukan sahaja mendapat pengiktirafan di peringkat tempatan dan negara seperti oleh Lapuran Ketua Audit Negara dan perunding dana kewangan Tan Siok Choo.
“Malah Pulau Pinang baru-baru ini dipuji oleh majalah ekonomi antarabangsa “The Economist” dan “Transparency International” atas usaha melawan rasuah dan mengamalkan sistem tender terbuka,” katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Lim berkata, walau pun ada segelintir orang mahu menyempitkan ajaran I
slam dengan memburukkan orang lain serta menimbulkan fitnah dan memainkan sentimen perkauman, kerajaan negeri yakin bahawa Islam yang sebenar menggalakkan kita semua untuk bersahabat dengan penuh kasih sayang tanpa rasa curiga antara satu sama lain.

“Itulah sebabnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengulangi jaminan bahawa ia bukan anti-Cina, anti-Melayu atau anti-India tetapi hanya anti-rasuah sahaja.

“Hanya dengan menghayati dan mengamalkan ajaran agama yang mengajak kepada kasih sayang, perpaduan dan saling faham-memahami antara satu sama lain dapat meruntuhkan tembok yang selama ini memisahkan kita semata-mata kerana perbezaan kaum, agama dan cara hidup,” ujar beliau.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply