[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Monday, August 29, 2011

Senarai Keperluan Wajib yang perlu dibeli Sempena Aidilfitri! ~ Don't Miss It!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, August 29, 2011 | Category: |

Assalamulaikum W.B.T Sahabat-sahabat U-jam , InsyaAllah pada hari selasa 30 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal 1432 , Budaya orang kita ..Orang Malaysia ... Hari Raya adalah Hari Bersuka-Ria (Suka-Suki?) , Hari Bergembira Ceria, Hari cahaya tujuh likur..dan sebelum anda bergembira..ada beberapa keperluan (Kehendak?) yang perlu anda beli..(Memang selalu sangat orang bincang bila tiba nak raya)..Diantaranya ialah...

1) Langsir dan Perabot


Kain Langsir dari jenis satin , jarang digunakan selain panas..namun kain langsir dari jenis fabrik agak mahal namun berbaloi...Di Malaysia ..mereka pening cara nak pilih Langsir..Di Somalia..jika ada kanvas terbuang..itu sudah memadai bagi mereka..

Perabot mana yang nak diganti raya ni..nampaknya..ada sale di sana -sinun..tu gobok buruk kat umah nenek bila nak kasi tukar???


2.Tak Canggih la kalau balik kampung tak show-off i-Pad!

Rileks..senyum lagi..dorang dok kecoh-kecoh i-Pad..kami kat sini belajar mengaji guna papan je..itupun syukur..kenapa ..korang semua ngaji guna i-pad ke..baguslah..tapi selalu tengok asyik main game ja!

3) Taksah raya kalau tak ada ketupat..lemang..rendang..sedap2..sluprppp...

Lemang ke..ketupat ke..jangan negngade nak membazir..tambah-tambah lagi jamuan raya..buffet..ambik macam nak makan sebulan..last sekali rasa sikit..lain masuk tong sampah..kalau jamuan raya..berebut-rebut tamak ambik ayam sampai 3 ketul sorang..last sekali..tong sampah! ~ Bayangkan gambar ni sebelum mencedok makanan!
4.Bawak budak-budak ni mandi laut nak...
Tak salah..bawak anak-anak jenjalan mandi laut..baik untuk kesihatan ...tapi ingatlah ..aurat anak-anak perlu dijaga..aurat isteri-isteri mesti dijaga..susah atau senang..aurat itu wajib ditutup mengikut syara'(untuk orang Islam sahaja..)

5.Jangan Lupa baju raya kita tahun ni 3 pasang!

Beli la lapan belas puluh pasang pun kalau anda mampu..jangan membazir sudah.. Masalahnya ialah golongan wanita..mengapa ya ketika kamu semua bersolat..pakaian kamu (telekung) labuh..semuanya labuh..namun bila luar solat..tukar jadi baju sendat..tudung bonggol unta..tudung kilas ala kristian..Sudah-sudahlah...Tabarruj adalah dosa yang dikatakan. Niat berpakaian ialah untuk menutup aurat dan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t bukanyya berfesyen menghadapkan jelingan manja lelaki ..bukan muhrim!. "alah..biasaklah we are gurl..!" ~ Ni jawapan Biasaklah??? ~  



“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

6.Bawa anak-anak berlibur

Saya yakin ini bukan anak-anak anda ..ataupun ini bukannya anda ketika kecil..kerana anda ketika kecil amat dimanjakan oleh ibu bapa..sebelum anda terlalu manjakan anak-anak , janganlah lupa sedekah kepada anak saudara kita yang miskin tu..jangan lupa mak ayah yang dah tua tu...

Kemungkinan ada banyak lagi yang saya tak dapat senaraikan..dan jika anda membca artikel ini sampai habis..dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa semua ayat-ayat diatas ditujukan kepada diri saya sendiri.dan sahabat-sahabat u-jam yang membaca..seoaah-olah memberikan amaran kepada saya...terima kasih! ^_^



Currently have 0 comments:


Leave a Reply