Saturday, November 5, 2011
Cinta Mesti Dibuktikan Dengan Pengorbanan
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Saturday, November 5, 2011 | Category:
|
Muqaddimah
Banyak binatang ternakan akan dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S.
Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 “ Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”. Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah menggantikannya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.
Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah SWT ,memerintahkan nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa keraguan untuk melaksanakannya. Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada pengahayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail A.S.
Jika sekiranya Nabi Ibrahim AS menyembelih anaknya kerana ia adalah arahan Allah SWT, maka kita sebagai pengikut agama tauhid seperti yang diajar oleh Nabi Ibrahim AS maka menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati falsafah korban dalam konteks perjuangan Pas untuk menegakkan Islam dan keadilan sejagat. Justeru itu dalam konteks perjuangan ia tidak boleh memakai kaedah logik dan akal semata-mata, tetapi ia mesti berpandukan kepada wahyu Allah SWT. Sembelih anak ini bukan perkara logik, tetapi nabi Allah Ibrahim A.S melaksanakan kerana ini arahan Allah SWT. Justeru itu renungan kita sebagai pejuang, di mana Allah SWT tidak memerintahkan kita menyembelihkan anak, tetapi hanya untuk berkorban apa sahaja untuk Islam dan demi kelangsungan perjuangan agama Allah SWT.
Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi A.S. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW, Bermaksud
“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang seumpamanya”Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar atau yang kecil kerana ini merupakan penghalang besar untuk menjadi pejuang.
· Memberikan perhatian mengenai sunnah perjuangan Islam (PAS) adalah payah. Bukan di hampari dengan permaidani merah.
· Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
· Sentiasa mendampingi orang soleh dan berjiwa besar
· Sentiasa mengkaji dan merujuk buku-buku sirah
· Sentiasa mengingati mati dan siksa kubur
· Sentiasa mengingati syurga dan neraka ini adalah balasan terakhir manusia
· Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa
· Keinginan diri sendiri untuk mempertingkatkan kerja parti.· Mesti merasakan kita boleh seperti orang lain boleh.· Merasa diri bersalah dengan Allah apabila melihat kemungkaran dan kezaliman bermaharajalela.
Konsep pengorbanan perlu dihayati oleh pejuangan Pas, walaupun bulan korban sudah hendak meninggalkan kita. Keberkesanan akan dapat dilihat dalam diri, keluarga, jamaah apabila kita benar-benar menghayati falsafah korban
~ Nukilan Khas untuk U-jam ~ Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Currently have 0 comments: