Saturday, February 11, 2012
14 FEBRUARI: HARI GERAKAN MENUTUP AURAT ANTARABANGSA
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Saturday, February 11, 2012 | Category:
|
14
FEBRUARI: HARI GERAKAN MENUTUP AURAT ANTARABANGSA.
Assalamualaikum W.B.T ~ Alhamdulillah Crew U-jam akan bersama-sama menggerakan prog ini..
Gerakan Menutup Aurat (GERAK) dicetuskan idea
oleh sahabat aktivis di Jakarta yang diketuai Herry Nurdi
(Penulis/PresidenTeachers Working Group Indonesia). Kempen ini akan bergerak serentak
di beberapa Negara seperti Indonesia, United Kingdom/London, Hong Kong, Macau,
Thailand dan Malaysia.
14 Februari: Hari Gerakan Menutup Aurat Peringkat Negeri
Pulau Pinang.
Aktiviti mengumpul tudung telah digerakkan bermula
2 Februari yang lepas dan akan dilaksanakan secara berterusan. Jumlah terkini selepas6
Februari, sebanyak 8 kotak tudung telah terkumpul.
Program ini melibatkan seramai mungkin individu,
aktivis dan NGO yang berminat untuk bersama-sama menyampai mesej dakwah ini kepada
semua sister yang masih tidak berpeluang menutup aurat dengan sempurna. Setakat
ini NGO yang terlibat secara rasmi ialah UNGGAS Malaysia, Nisa’ Pulau Pinang,
IKRAM, ISMA, KOSUKE, KRL dengan kerjasama Masjid At-Taqwa Bertam Indah.
Kempen ini boleh digerakkan seminima dan semaksima
yang mampu dan dimana sahaja.
KAEDAH PELAKSANAAN
TARIKH
|
TEMPAT
|
PIC
|
|||
|
|
|
|||
12 Februari 2012
|
Pantai Jerjak, Queensbay
5pm hingga 8pm
|
|
|||
14 Februari 2012
|
Forum Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa
~Masjid At-Taqwa, Bertam
|
|
Kumpulkan ahli, sekurang-kurangnya dua (2)
orang, semakin ramai semakin berimpak, namun kelompok kecil pun tidak
menghalang untuk beraksi.
Sekiranya mampu mengumpul jumlah penyertaan
yang ramai, kumpulan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :
a)bahagian membawa sepanduk dan banner Mari
Menutup Aurat
b)bahagian memberi flyers dan berinteraksi
dengan masyarakat
c)bahagian yang mengajak untuk menutup
menutup aurat dan memberikan tudung
Sekiranya kumpulan tidak terlalu
besar, maka cukup membawa sepanduk dan banner, serta berinteraksi langsung
dengan masyarakat. Alat pembesar suara atau bersuara keras tidak diperlukan dan
digalakkan dalam kempen ini kerana kaedah kita adalah menggunakan pendekatan
yang berhikmah dan membawa kaedah daya pujukan.
Muslimat dan muslimat seluruh Malaysia
dialu-alukan melaksanakan kempen ini. Mudah-mudahan dengan usaha kecil yang
kita usahakan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah.
Info terkini:
GEMAR di RnR Pantai Bersih, Bagan Ajam akan bermula dengan pendaftaran pada jam
6ptg. Diteruskan dengan taklimat dan pembahagian kumpulan pada jam 7ptg.
Seterusnya pergerakan dakwah akan bermula pada jam 8 mlm hingga 10 malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum. mohon share
http://www.facebook.com/pages/Hari-Menutup-Aurat-Sedunia-Malaysia/345581678798698