Monday, February 27, 2012
Kuin tawar jurusan perubatan Mei ini
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, February 27, 2012 | Category:
|
JERAI, 28 Feb: Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menawarkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan mulai Mei tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutid InsanMedik, Dr Ramli Saad berkata, pihaknya telah mendapat kelulusan dari Majlis Perubatan Malaysia (MMC) baru-baru ini untuk membolehkan kursus pengajian itu dijalankan..
"Pengambilan pertama pelajar akan dilakukan Mei nanti yang akan melibatkan kemasukan 50 pelajar, dan mereka akan didedahkan dengan topik-topik asas perubatan di dalam tahun pertama dan kedua manakala pada tahun tiga dan seterusnya mereka akan menjalani pembelajaran klinikal di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, Hospital Daerah Kulim dan juga Hospital Daerah Baling atas kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya pada sidang media di The Regency HIll Resort, petang kelmarin.

Menurut beliau, sukatan pelajaran bagi program pengajian perubatan di Kuin diolah dan dikaji dengan teliti bagi mencapai matlamat melahirkan doktor yang terlatih serta memiliki nilai-nilai murni ketika menjalankan tugas kelak.
"Pelajar perubatan di sini akan ditekankan dengan aspek profesionalisma dan diterapkan dengan nilai-nilai Islam yang tinggi sepanjang sesi pengajian yang mengambil masa selama lima tahun ini.
"Inilah yang membezakan pengajian perubatan di Kuin dengan universiti-universiti lain supaya produk yang akan dikeluarkan nanti adalah doktor-doktor yang terlatih dan mahir dalam selok belok hukum agama yang melibatkan perubatan.
"Ini adalah bertepatan dengan konsep 'insaniah' iaitu seorang insan dalam ertikata yang sebenarnya. Insya Allah, Kuin bukan sahaja mampu melahirkan doktor-doktor yang cekap malah berupaya menjadi pemimpin dalam masyarakat kita nanti," katanya.
Program pengajian perubatan itu akan dijalankan di kampus Kuin di Mergong yang telah dilengkapi prasarana serba baru dan barisan tenaga pengajar yang berpengalaman serta mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalam..mcm mana dgn pembiayaan nya?ada information lebih lanjut tak? syukran..