[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Wednesday, August 4, 2010

Cinta Dalam Tembikai

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Wednesday, August 4, 2010 | Category: | 1 comments


Saya nak ceritakan satu kisah antara si isteri, suami, dan 3 biji tembikai.
Satu hari, si suami pulang dari kerja dengan membawa 3 biji tembikai yang dibelinya. Dengan hati yang gembira, si suami segera menyuruh isterinya membelah sebiji tembikai. Akan tetapi, tembikai pertama itu tidak manis.

Lalu si suami menyuruh si isteri membelah tembikai kedua pula. Kali ini, tembikai yang dibelah tidak cukup masak. Si suami yang dari tadi menunggu dengan sabar terus menggesa isterinya membelah tembikai yang ketiga.

Jeng...Jeng...Jeng...

Tembikai yang ketiga itu pula busuk isinya...
Dengan hati yang membara, si suami terus menendang dinding rumah mereka sambil meradang, "Kenapa semua tembikai ni busuk?! Tadi saya cuba rasa sebelum beli OK jer! Ni mesti apek tu tipu saya! Nak kene apek ni... Siap kau!"

Dengan nada selamber tapi sopan, si isteri berkata, "Abang...Abang marah kat siapa ni?"

"Awak tak boleh teka ke? Mesti la saya marah kat apek jual tembikai ni! Bengang betul saya!" balas si suami.

"Owh...Abang marah dekat Allah yer?" sahut si isterinya lagi.

Terkejut mendengar kata-kata si isteri, si suami berkata lagi, "Eh eh isteri aku ni... Awak sakit telinga ke? Bila masa pulak saya marah kat Allah ni? Ada awak dengar saya kata macam tu?"

Sambil tersenyum si isteri menjawab, "Abang...mana apek tu dapat tembikai?"

Suami: "Dari petani la!"

Isteri: "Dari mana petani tu dapat tembikai pulak bang?"

Suami: "Mestilah dia tanam! Takkan tu pun nak bagitau."

Isteri: "Macam mana dia tanam bang?"

Suami: "Dia pakai benih tembikai la. Takkan benih jagung!"

Isteri: Dalam hati (Kerek jugak suami aku ni). "Siapa yang buat benih tembikai tu bang?"

Suami: "Mestilah Allah yang ciptakan."

Isteri: "Jadi...Betullah abang marahkan Allah yer? Abang nak marah apek, dia cuma menjual tembikai sahaja. Abang nak marahkan petani, dia cuma menanamnya aja. Jadi, abang sebenarnya marahkan Allah kerana Dia yang menciptakannya."

Suami: (Terdiam)

**Kita sering mencela makanan yang kita dapati, ujian yang kita tempuhi, dan cabaran yang kita hadapi...tanpa memikirkan dari mana datangnya semua itu. Sememangnya sebagai manusia biasa, kita sering terlupa. Tapi ingatlah, dari Allah datangnya semua ini, dan kepada Allah jugalah kita perlu bersangka baik. Ada hikmah disebalik setiap kejadian. Cuba lah cari hikmahnya. Moga kita akan berlega hati dengan ketentuan yang diberiNya.

Salam Ramadhan!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | | Category: | 0 comments

Novel Isabella v3.0 : Surat Menyurat

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | | Category: | 0 comments






BAB 3
Surat Menyurat

Pada suatu petang, selang beberapa hari kemudian, Isabella pergi lagi ke taman yang sama tempat dia mendengar perbincangan dua orang Muslim yang hebat itu. Tidak lama setelah dia mengambil tempatnya yang biasa, Umar Lahmi dan Maaz pun tiba. Mereka duduk di tempat yang dulu juga. “Aku telah mendengar satu laporan yang aneh dan menarik hari ini.” kata Umar Lahmi.
“Apa dia?” tanya Maaz dengan agak terkejut.
“Keraguan yang tuan timbulkan mengenai salah satu ayat di dalam surat St Paul tempoh hari,” kata Umar Lahmi, “rupanya telah sampai ke telinga ketua paderi. Akibatnya, satu keributan telah terjadi di kalangan para paderi. Sehingga ada orang yang berfikiran sihat telah menjadi ragu-ragu.”
Mendengar cerita sahabatnya itu, Maaz dengan tenang menjawab, “Ya, itu hanyalah khabar angin saja atau gunjingan belaka. Siapa gerangan yang ada mendengar perbincangan kita?”
Umar Lahmi agak gempar melihat tanggapan Maaz yang dingin terhadap berita penting yang telah disampaikannya.
“Siapa yang mendengar perbincangan kita, kata tuan? Takkanlah tak ada angin pokok boleh bergoyang? Paderi-paderi itu menjadi begitu heboh.”
“Jadi, apa yang menyebabkan mereka itu heboh begitu sekali?” tanya Maaz apabila melihat kegusaran sahabatnya. “Apakah ini kali pertama paderi-paderi itu mendengar keraguan kita?”
“Sebab-sebabnya aku sendiri pun tidak tahu tetapi apa yang aku dengar ialah para paderi itu sudah mula gelisah kerana keberatan-keberatan kita itu. Beberapa kali mesyuarat telah mereka adakan untuk mencari jawaban. Berita itu sampai kepadaku melalui sumber-sumber Kristian.” kata Umar Lahmi.

Mendengar penjelasan sahabatnya, Maaz tersenyum kecil. Hatinya merasa geli.
“Baru cuma satu bantahan saja paderi-paderi itu sudah heboh demikian rupa. Bagaimana pula kepercayaan-kepercayaan Kristian yang lain yang menggelikan itu? Dosa yang dilakukan Adam hukuman dikenakan kepada semua anak cucunya. Seluruh umat manusia dicalit dengan noda dosa itu. Apakah kepercayaan ini ada mempunyai dasar kebenaran? Sebagai pembalasan terhadap dosa semua pembuat dosa, orang yang tidak berdosa dikenakan hukuman dan disuruh pikul beban semua dosa. ‘Putera Tuhan’ turun ke bumi lalu disalibkan. Tidakkah hal ini sudah melampaui batas, menjadikan Tuhan seorang yang lemah dan tidak berdaya? Kalau benar orang-orang Kristian itu ada mempunyai jawaban terhadap semua soalan ini, sila maju ke depan dan jelaskan kepadaku.”

Umar Lahmi ketawa besar mendengar kata-kata Maaz. Sambil mengesat air mata, dia berkata,”Kalau bukan orang Kristian yang sanggup mengada-adakan hal yang bukan-bukan serupa itu, siapa lain lagi yang boleh mengadakannya? Semua orang boleh bercakap secara wajar tetapi mesti pula ada orang yang bercakap kosong.”
Setelah diam sejenak, Maaz lalu berkata perlahan seolah-olah seperti kepada dirinya sendiri.
“Aku fikir sudah sampai masanya kita mengeksploitasi keributan yang timbul sekarang ini.”
“Itu satu cadangan yang baik.” sahut Umar Lahmi dengan cepat. “Kita mesti keluarkan poster yang berisi dengan segala macam kepercayaan Kristian yang bukan-bukan itu.”
“Bagus.” Maaz menyampuk. “Akan menimbulkan keributan di kalangan orang-orang Kristian di seluruh negeri Sepanyol.”

Isabella bersama-sama dengan dua orang sahabatnya yang duduk di salah satu sudut taman yang berhampiran dengan tempat kedua orang Muslim itu, mendengar semua percakapan tersebut. Wajah mereka yang putih bersih menjadi kemerah-merahan kerana menahan geram. Akhirnya, dia tidak dapat lagi menahan perasaan hatinya lalu dia berkata kepada kedua orang sahabatnya.
“Ini tidak boleh jadi. Kita mesti menyangkal semua tuduhan mereka dan kita mesti melakukan apa saja untuk menyakinkan mereka. Mudah-mudahan Tuhan Kristus akan menarik mereka ke sebelah kita. Andaikata orang-orang Muslim ini dapat dikristiankan, alangkah besarnya kemenangan bagi dunia Kristian. Dengan itu, sekaligus orang-orang Muslim yang lain tidak dapat menegakkan kepala mereka lagi di negara ini.”
Sambil mengucapkan kata-kata akhir itu, Isabella mengangkat muka dengan bersungguh-sungguh memanjatkan doa meminta Tuhan membawa orang-orang kafir ini dan musuh kaum Kristian masuk ke dalam pelukan agama Kristian. Dengan demikian, semakin nyatalah keagunganNya.

“Isabella,” ujar salah seorang sahabatnya sebaik-baik saja Isabella menundukkan muka semula. “Orang-orang kafir ini sangat keras kepala. Bagaimana mereka boleh meninggalkan syaitan dan menyambut tangan Tuhan Kristus? Tambahan pula, yang sulit adalah paderi-paderi kita sendiri. Mereka takut kepada orang-orang Muslim. Macam kelmarin saja, setelah aku melihat kegusaran kau tentang keraguan mereka terhadap hukum-hukum agama kita dan tentang kutukan yang mereka perkatakan, aku tanya kepada paderi gereja kita. Mereka buat acuh tak acuh saja sambil berkata tak usah hiraukan sangat apa yang dikatakan oleh orang-orang Muslim itu. Jawaban mereka bukan pembahasan tetapi hunusan pedang. Bila sikap paderi-paderi kita serupa itu tak hairanlah kalau orang-orang Muslim semakin angkuh.”

“Masalahnya bukan paderi-paderi kita tidak mahu berbincang dengan orang-orang yang tidak beriman itu atau sengaja mendiamkan diri.” kata Isabella menjawab komen sahabatnya. “Diam mereka bukanlah bererti mereka tidak dapat menghuraikan masalah tetapi mereka mahu jaminan kalau nanti sesudah diberi keyakinan, semua orang-orang Muslim itu bersedia memeluk agama Kristian. Maka paderi-paderi kita dengan senang hati mahu berhadapan dengan mereka.”

Sahabat Isabella diam sejurus mendengar kata-kata Isabella. Dalam kepalanya terlintas satu idea.
“Bagaimana kalau kita minta satu pengakuan bertulis daripada orang-orang Muslim itu bahwa mereka bersedia bersemuka dengan paderi-paderi kita. Dengan surat itu pula kita boleh mendesak cendekiawan Kristian untuk bercakap dengan orang-orang Muslim itu dan memaksa mereka memeluk agama kita.”
“Cadangan itu baik sekali. Tetapi apakah orang-orang Muslim itu bersedia menerima?” tanya Isabella sedikit ragu.
“Mengapa pula tidak?” Bukankah kau juga baru mendengar dari mulut mereka sendiri?”
“Kalau begitu kenapa mesti kita tunggu lagi? Di sini juga kita beritahu mereka agar bersedia berbincang dengan paderi-paderi kita. Aku akan tuliskan secarik surat yang akan aku sampaikan kepada mereka dan lihat apa jawabannya.” kata Isabella dengan perasaan gembira.
“Tetapi …!”
“Tetapi apa lagi?” Isabella yang baru mahu mengeluarkan pena dan kertas dari begnya terhenti sebentar lalu memandang wajah sahabatnya dengan ragu-ragu.
“Tetapi bukankah baik kita mendapatkan jaminan daripada paderi-paderi kita lebih dulu? Nanti apa akan jadi kalau orang-orang kafir itu bersedia dan paderi-paderi kita menolak?”
Kalau orang-orang ini sudah membuat perjanjian dengan bertulis bahwa mereka akan memeluk agama Kristian apabila sudah diyakinkan kebenarannya,” ujar Isabella, “maka cendekiawan kita sudah pasti mahu berdialog dengan mereka.”
Mendengar penjelasan itu, sahabatnya pun diam.

Isabella mengeluarkan pena dan secarik kertas lalu menulis:

Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh perhatian perbincangan rahsia tuan-tuan itu. Bersebab kami juga berminat dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama, saya percaya tuan-tuan tidak keberatan dengan gangguan saya ini. Saya telah mendengar salah seorang daripada tuan ada berkata kepada temannya bahwa jika kami penganut Kristian dapat memberi penjelasan yang memuaskan tentang perhubungan antara hukum-hukum agama dengan kutukan, tuan bersedia memeluk agama kami. Tuan juga mahu mencabar kami, orang-orang Kristian, tentang hukum-hukum agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan Jesus Kristus, kami dengan sangat senang hati menyambut cabaran tuan dengan syarat tuan membuat pengakuan bertulis.

Hamba hina agama Kristian

Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella kepada Umar Lahmi. Agak terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba saja seorang anak gadis datang menyerahkan surat serupa itu kepadannya. Gadis itu pula tidak dikenali sebelumnya. Maaz memandang sahabatnya dengan pandangan yang berisi pertanyaan.
“Surat apa ini?” tanya Umar Lahmi kepada sahabat Isabella.
“Dari teman saya. Dia sedang menunggu jawaban tuan.” jawab gadis itu.

Umar Lahmi menyambutnya dengan perasaan yang berdebar-debar. Dia membuka lipatan surat sambil dahinya berkerut-kerut. Setelah membaca isinya, wajah Umar kembali berseri-seri. Dengan senyum kecil, dia menunjukkan surat itu kepada Maaz. Maaz mengangguk-anggukkan kepala dan memberi isyarat kepada Umar Lahmi supaya menjawab segera.

Umar Lahmi pun mengeluarkan kertas dan pena lalu menulis:

Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona. Kami bersetuju sekiranya anggota-anggota gereja dapat memberi penjelasan kepada kami tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukan dengan penjelasan yang memuaskan, saya dan sahabat saya akan memeluk agama Kristian. Sila nyatakan tempat dan tarikh perbahasan akan diadakan.

Hamba hina agama Islam
(Umar Lahmi)

Setelah selesai ditulis dan ditandatangani, surat itu pun diserahkan kepada sahabat Isabella yang segera pula kembali ke tempatnya semula. Isabella sangat gembira menerima balasan surat tersebut, lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui bahwa rancangannya dipersetujui oleh kedua pemuda Muslim itu. Dia segera membalasnya.

Tentang masa dan tempat, saya sendiri akan datang memberitahunya esok.

Hamba yang hina

Surat itu ringkas saja dan setelah disampaikan kepada Umar Lahmi, mereka pun beredar dari tempat itu dengan satu masalah baru pula. Siapa gerangan orang yang akan berhadapan dengan orang-orang Muslim itu. Sebaik saja keluar dari taman Cordova itu, Isabella terus saja ke tempat gurunya yang baik hati. Diceritakan kesemua yang berlaku tadi kepadanya. Guru itu yang juga seorang paderi adalah seorang yang benar-benar mengetahui semua masalah agama. Ketika dia melihat Isabella dalam keadaan resah gelisah, dia pun memarahinya dan memberitahu itu bukan suatu masalah besar yang boleh sampai merunsingkan fikiran. Isabella lalu menunjukkan surat Umar Lahmi.

Apabila guru itu membaca surat tersebut, dia pun bersetuju mahu membahas perkara itu dan merasa seseorang yang berpengalaman dan terkemuka patut ikut mengambil bahagian. Kesediaan gurunya membuat hati dan perasaan Isabella yang gundah menjadi tenteram dan membolehkannya pulang ke rumah dalam keadaan selesa. Guru itu berjanji akan menetapkan tempat dan tarikh sebelum tengah hari esok.

Malam itu, Isabella tidak dapat tidur dengan nyenyak. Berbagai-bagai macam persoalan terus menerus menghantui fikiran. Apa akan terjadi sesudah esok hari? Andaikata cerdikpandai Kristian tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan kepada orang-orang Muslim, maka orang Kristian akan dipertakuti sepanjang zaman. Akhirnya, pagi pun tiba. Setelah selesai membersihkan dirinya, Isabella mengambil Kitab Injil dan mentelaahnya. Menjelang tengah hari barulah dia keluar dan mengajak kedua orang sahabatnya yang akrab pergi ke rumah guru. Di sana mereka melihat sudah ramai paderi yang berkumpul seolah-olah mereka sedang menunggu seseorang yang penting. Apabila orang yang ditunggu itu tiba maka dia pun dipersilakan duduk di sebuah kerusi yang khas.

Guru Isabella, sesudah mengucapkan puji-pujian kepada Jesus Kristus, menerangkan tujuan perhimpunan diadakan dan dengan bersungguh-sungguh meminta semua cendekiawan yang hadir supaya berani dan bersedia untuk berdialog dengan orang-orang Muslim dan mencuba untuk menarik mereka masuk Kristian.

“Kami merasa hairan apakah gerangan masalah besar sehingga kami semua disuruh berkumpul di sini.” kata seorang paderi yang berbadan kurus dan bermuka cengkung, nada suara seperti mengejek. “Tetapi bila sampai kemari, aku dapati hanyalah satu perkara remeh saja yang mahu dibincangkan. Panggil saja orang-orang Muslim itu ke mari sekarang juga dan sesiapa saja di antara kita dengan mudah boleh menyakinkan mereka.”

Seorang paderi lain yang bertubuh gemuk dan berkepala bulat dan licin menyampuk.
“Memang benar perkara ini bukanlah besar sangat, kita pun selalu mengadakan perbincangan dengan orang-orang Muslim. Tapi setelah ada berita tersebar yang mengatakan orang-orang Kristian tidak dapat menjawab keraguan orang-orang Muslim maka perkara ini sekarang dapat dianggap sebagai perkara besar dan penting. Kita patut tetapkan masa untuk perbincangan itu.”

“Besok hari Ahad dan semua penganut Kristian akan berkumpul di gereja besar. Ada baiknya kita memanggil mereka esok pagi. Mudah-mudahan Tuhan Jesus memberi petunjuk kepada mereka.” ujar seorang paderi lain yang kelihatan lebih muda daripada yang lain.

Cadangan itu disampuk segera oleh seorang paderi tua yang duduk di sebelah Michael.
“Itu satu cadangan yang baik.” Dia memandang muka Isabella yang sedang duduk berhadapan dengan Michael.
“Bapamu yang mulia yang memimpin sembahyang di gereja itu mesti ikut hadir sebab ada kemungkinan kami memerlukan bantuannya sewaktu-waktu. Apatah pula kamu sendiri yang menjadi perantaraan dalam perbincangan antara kita dengan orang-orang Muslim.”

Seorang paderi yang perawakannya gemuk dan pendek menambah, “Bapamu ialah ketua semua paderi di Sepanyol ini. Tidak ada orang lain yang lebih alim daripadanya tentang hukum-hukum agama Kristian. Sebab itu kehadiran bapamu amat diharapkan.”

Pada waktu itu, Michael, guru Isabella, segera menjawab, “Susah tentu!”

Setelah berlaku perbincangan yang agak serius, akhirnya dicapai kata sepakat, cadangan mengadakan dialog dengan orang-orang Muslim itu diterima dengan sebulat suara dan hari Minggu telah ditetapkan sebagai hari dialog itu diadakan. Atas permintaan Isabella, Michael telah menulis surat memberi kebenaran kepada Umar Lahmi untuk masuk ke dalam gereja besar pada hari tersebut.

Waktu perbincangan itu selesai. Matahari sudah condong ke barat. Isabella dan kedua sahabatnya meminta diri diikuti Mirano, anak Michael. Mereka berjalan perlahan-lahan menuju ke taman tempat Umar Lahmi dan Maaz menunggu. Mereka dapati selain daripada Umar Lahmi dan Maaz ada orang lain pula bersama-sama mereka. Baru pada petang itulah Umar Lahmi dan Maaz melihat wajah Isabella dari dekat. Mereka terpegun sejurus lamanya kerana terpesona dengan wajahnya yang jelita itu. Kedua-duanya mengucapkan ‘Subhanallah!’ di dalam hati, memuji kebesaran Allah.

Isabella lalu menyerahkan sendiri surat Michael, gurunya, kepada Maaz. Surat itu segera dibuka dan dibaca untuk didengar oleh semua yang hadir.
“Kami semua sangat berterima kasih di atas segala susah payah nona.” kata Maaz. “Andaikata pihak mana saja yang nanti mendapat petunjuk, maka pahalanya pertama sekali nonalah yang menerimanya.”

“Aku mendengar nona ini ialah seorang cendekiawan dalam ilmu falsafah Kristian di samping seorang ahli teologi yang terpelajar. Sesungguhnya pujian yang tinggi patut kita berikan kepadanya kerana usaha mahu melepaskan kita daripada ‘kemungkaran’.” kata Umar Lahmi kepada teman-temannya.
Isabella agak tersipu-sipu sedikit mendengar puji-pujian Umar Lahmi itu.
Dengan lemah-lembut dia menjawab, “Saya hanyalah seorang hamba hina Tuhan Jesus Kristus. Terima kasih banyak kerana sudi menerima jemputan kami.”
Salah seorang Muslim yang hadir menyampuk dengan agak keras, “Astagfirullah. Tengok betapa orang-orang Kristian itu menyekutukan Allah dan memuja Nabi Isa. Memang benar mereka ini gila. Kalau tidak masakan manusia yang hidup …”
Umar Lahmi dengan cepat memotong cakapnya untuk tidak menimbulkan kegusaran kepada Isabella.
“Nanti dulu. Tuan secara tidak langsung sudah memulai perdebatan. Perkara itu akan kita putuskan esok di gereja besar.”
Kemudian dia memandang Isabella. “Nona boleh memberi jaminan kepada para paderi itu bagi pihak kami bahwa insyaAllah kami akan sampai di gereja esok sesudah sarapan.”

Isabella dan sahabat-sahabatnya pun meminta diri meninggalkan tempat itu. Mereka tidak lagi tunggu sampai matahari terbenam seperti yang seringkali mereka lakukan.

Tuesday, August 3, 2010

Kisah Lalat dan Lebah

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, August 3, 2010 | Category: | 2 comments




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Alhamdulillah, sekali lagi kita bertemu dalam blog ini untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Moga mendapat manfaat dan kebaikan daripadanya, insyaAllahu Ta’ala.

Perbandingan lebat dan lalat seperti orang mukmin dan orang munafik. Kebanyakan sifat yang ada pada lebah ada pada diri orang mukmin. Manakala sifat yang ada pada lalat ada pada diri orang munafik. Apabila kita melihat kepada lebah dan lalat, subhanallah tiada perbezaan antara kedua. Kedua-duanya mempunyai rupa yang hampir sama, boleh terbang, dan berada di taman dan ladang yang sama. Tetapi,perbezaannya pada sifat sebagai contoh manusia ada yang mukmin dan ada yang munafik walaupun berada di tempat yang sama.
Sifat lebah menyerupai sifat orang mukmin manakala sifat lalat menyerupai sifat munafik. Mari kita perhatikan;

Pertama, lebah dan lalat apabila kedua-duanya memasuki taman ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan tetapi lalat akan hinggap di tempat yang kotor.

Yang kedua, makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.

Ketiga, lebah menyukai amal jamai’ atau kerja berkumpulan manakala lalat suka membuat kerja seorang diri.

Keempat, lebah mempunyai wala kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai wala kepada Allah, Rasul, dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.

Kelima, lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan ‘jaja’ perkara itu kepada orang lain.

Keenam, lebah menghasilkan ubat dan kesembuhan manakala lalat hanya memindahkan penyakit . Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.
Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. Wallahu alam….

Nota Kaki Cinta Agung:
*…(^^)…
*Pulau Musang, K.Terengganu
Sabtu, 9.51 a.m

Monday, August 2, 2010

Tarbiah Modul & Tarbiah Dari Allah

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, August 2, 2010 | Category: | 0 comments






Alhamdulillah..selesai sudah Mukhaiyam Jabatan Amal Selangor baru-baru ini , apa yang mengesankan ialah perjalanan program pada hari tersebut ialah mengikut tentatif yang telah direncanakan , malah modul tarbiah juga disediakan agar menjadi pelengkap kepada program yang boleh mencapai matlamat yang ditetapkan...

Namum pada malam ke-2 , semua modul tarbiah seperti yang direncanakan tidak menjadi pada malam itu...kerana Allah menghantar Tarbiah-Nya secara terus!

Apabila para sahabat2 sedang berkumpul di bawah khemah utama untuk meneruskan program..tiba-tiba angin kencang seperti ribut datang merembas apa sahaja halangan dihadapannya..lokasi program betul2 di tepi pantai...dan angin seperti ribut yang hadir entah dari mana tanpa amaran itu...melarikan khemah2 kami..sahabat2 di tenangkan dan paling utama ialah menyelamatkan khemah utama...saya melihat sahabat2 berpaut pada tiang2 khemah beramai-ramai dalam keadaan pasir2 halus pantai dibawa berterbangan masuk ke dalam mata kami...dan rintik2 halus hujan seiring dengan angin ribut itu...

Tidak ada masa menyelamatkan khemah sendiri, kerana itu tidak penting,..sahabat2 meninggalkan usaha menyelamatkan khemah2 mereka yang berterbangan dan bersama2 sahabat2 lain merangkul tiang2 khemah utama daripada melayang!

Angin ribut berterusan hingga awal pagi ...khemah utama diturunkan dan sahabat2 ada yang tertidur keletihan...ada sahabat2 yang tertidur dalam keadaan hujan membasahi tubuh masing2..saya terasa pelik..bagaimana tidur yang lena itu tidak mengendahkan ribut dan hujan.

dan kami bersembahyang subuh di tepi pantai dalam keadaan hujan membasahi ubun2 masing2..dengan keadaan yang tidak selesa..solat subuh pada pagi itu adalah nikmat tarbiah dari Allah...dan bukan tarbiah dari modul!..

Tinta Ikhlas : Ibnu Rahman
------------------------------------------------------------------------------------------

Menjadi seorang muslim adalah bermaksud memasukkan diri ke dalam kerangka dan acuan Islam. Ia bermaksud anda beriman kepada Allah, tuhan yang esa lalu akur dan tunduk kepada pengajaran dan undang – undangNya.

Apabila anda kekal di dalam acuan itu, anda adalah seorang muslim yang sempurna. Jika sebaliknya, anda cacat dan kecacatan itu akan terus membesar dan bertambah mengikut tahap perlanggaran terhadap undang – undangNya. Jika berlaku keengkaran, ia bererti kekufuran dan keluar dari agama.

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya.

Kesempurnaan dan taqarrub kepada Allah hanya berlaku apabila kita semakin mendekati sunnah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Baginda adalah penunjuk jalan yang satu dan baginda adalah ikutan yang satu di dalam agama. Tiada siapa boleh berlumba di atas landasan selain landasan binaannya.

Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas.

Ia bererti anda bukan hanya beriman dengan Islam, bahkan menyiapkan diri sebagai pejuang yang mendukung perjuangan menegakkan ugama Islam di dunia dan kehidupan ini. Itulah matlamat perutusan para anbiya’. Mereka membawa ugama dan memperjuangkannya demi mencapai taqarrub dan keridhanNya.

Islam di dunia ini mesti tegak berdiri ke atas seluruh agama dan ideologi yang lain. Justeru ia menuntut perjuangan dan para pejuangnya.

Menjadi seorang pejuang Islam bukanlah sekadar hanya menjadi seorang muslim biasa. Ia menuntut usaha besar menuju puncak tertinggi. Ia penuh kesukaran dan ia pastinya milik para pejuang yang bersedia menempuh kesukaran dengan jayanya.

Menjadi seorang pejuang bermaksud bersedia patuh kepada peraturan sebagai seorang tentera. Ia menuntut disiplin pada tahap tertinggi. Bagaimana boleh dibayangkan sebuah kemenangan yang dibarisi para tentera yang mempunyai disiplin yang lemah?

Justeru anda tahu bahawa bukanlah senang untuk menegakkan Islam di dunia ini. Menegakkan Islam bererti menundukkan seluruh kekuatan kufur yang merajai dunia hari ini.


Ia menuntut pejuang Islam untuk menguasai banyak perkara dan menggerakkannya dengan penuh disiplin. Pastinya, ia bukan dekat jaraknya, pendek masanya dan mudah caranya.

Tinta Ikhlas : Ustaz Nik Abduh Nik Aziz

Sunday, August 1, 2010

Tahaaluf siasi : Pengenalan & Takrif

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, August 1, 2010 | Category: | 0 comments






MUQADDIMAH

Dalam konteks suasana politik masa kini, soal tahaaluf siasi atapun perjanjian politik merupakan satu perkara penting dan perlu untuk difahami oleh seluruh pekerja–pekerja Islam supaya segala gerak kerja dapat dijalankan dengan sempurna.

Kertas kerja ini merupakan satu ringkasan penting untuk dihadam oleh kita semua yang diambil daripada kitab-kitab muktabar yang ditulis oleh para ulama Islam. Penulis tidak membentangkan secara terperinci setiap perkara yang melibatkan soal ini samada dari segi dalil, sejarah dan lain-lain kerana tujuan kertas kerja ini adalah untuk memberi satu gambaran umum mengenai tahaaluf siasi dan sekiranya pembaca berminat untuk mengkaji secara lebih dalam maka bolehlah merujuk sendiri di dalam kitab-kitab yang menjadi sandaran penulis.

Penulis membahagikan perbahasan tahaaluf siasi kepada beberapa bab supaya ianya dapat difahami secara lebih jelas. Bab-bab tersebut seperti berikut :

1. Takrif

2. Sejarah tahaaluf sebelum zaman kenabian

3. Bentuk tahaaluf selepas zaman kenabian.

4. Tahalluf mengikut pandangan para fuqaha'

5. Kesimpulan

Penulis mengharapkan lebih ramai lagi pengkaji dan para ulama yang tampil untuk membincangkan soal ini serta menambahbaik segala apa yang terdapat dalam kertas kerja ini supaya dapat dipersembahkan kepada masyarakat dalam keadaan lebih sempurna.

Semoga amal yang sedikit ini dapat menyumbang kepada kejayaan Islam pada masa akan datang dan pada masa yang sama objektif tahaaluf siasi dan manhajnya dapat dilaksanakan dengan baik mengikut neraca syara' disamping dapat melahirkan para pekerja Islam yang mempunyai kefahaman Islam yang sahih.

1. TAKRIF TAHALLUF.

Pertama: Sudut Bahasa

Tahalluf dari segi bahasa Arab adalah berasal daripada perkataan al-hilfu (الحلف) dan ia terbina daripada huruf ha', lam, fa' dengan huruf ha' berbaris bawah dan yang bermaksud satu perjanjian. Di dalam kamus al-sihah fi al-lughah, Imam al-Jauhari menyatakan :

والحِلْفُ بالكسر: العهدُ يكون بين القوم، وقد حالَفَهُ، أي عاهده. وتَحالَفوا، أي تَعاهدوا. وفي الحديث أنّه صلى الله عليه وسلم حالَفَ قريش والأنصار، يعني آخَى بينهم؛ لأنَّه لا حِلْفَ في الإسلام

"al-hifu dengan baris bawah adalah satu perjanjian antara kelompok/kumpulan dan apabila bertahaaluf dengan seseorang maka bermaksud dia berjanji dengannya. Dan maksud saling bertahaaluf adalah saling berjanji. Di dalam hadis diriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bertahaaluf dengan kaum Quraisy dan Ansar iaitu Rasul telah mengikatkan janji persaudaraan antara mereka kerana tiada lagi ikatan perjanjian (atas dasar kejahatan) dalam Islam".

Kedua: Sudut Syara'

Tahaaluf dari segi syara' tidak jauh bezanya dari segi bahasa. Ibnu Athir ( 630 H) menyebut di dalam al-Nihayah fi Gharib al-Hadith:

وفي حديث آخر [ لا حِلْفَ في الإسلام ] أصل الحِلْف : المُعاقَدةُ والمعاهدة على التَّعاضُد والتَّساعُد والاتّفاق فما كان منه في الجاهلية على الفِتَن والقتال بين القبائل والغاراتِ فذلك الذي ورد النَّهْي عنه في الإسلام بقوله صلى اللّه عليه وسلم [ لا حِلْفَ في الإسلام ] وما كان منه في الجاهلية على نَصْر المَظْلوم وصلة الأرحام كحلْف المُطَيَّبين وما جرى مَجْراه فذلك الذي قال فيه صلى اللّه عليه وسلم [ وأَيُّمَا حِلفٍ كان في الجاهلية لم يَزِدْه الإسلام إلا شدة ] يريد من المُعاقدة على الخير ونُصْرَة الحق وبذلك يجتمع الحديثان وهذا هو الحِلْف الذي يَقْتَضِيه الإسلام والمَمْنُوع منه ما خالف حُكْم الإسلام

"Dan di dalam hadis yang lain (tiada lagi al-hilf yakni perjanjian dalam Islam). Asal al-hilf adalah saling ikat setia dan berjanji untuk saling membantu dan tolong-menolong. Maka apa yang dilakukan pada zaman jahiliyyah untuk tujuan fitnah dan permusuhan antara qabilah-qabilah dan juga peperangan maka itulah yang telah disebut larangannya dalam Islam dengan sabda Nabi (tiada lagi al-hilf yakni perjanjian dalam Islam)manakala apa yang dilakukan pada zaman jahiliyah untuk tujuan menolong orang yang dizalimi dan mengeratkan silaturrahim seperti perjanjian al-mutayyibin dan yang seumpama dengannya maka telah disebut oleh Nabi (mana-mana perjanjian yang dilakukan pada zaman jahiliyyah tidak akan bertambah di dalam Islam melainkan ianya semakin ketat) yang mana dimaksudkan perjanjian di atas dasar kebaikan dan memperjuangkan kebenaran. Dengan afsiran tersebut maka terhimpunlah kedua-dua hadis tersebut. Dengan ini jelaslah perjanjian yang dikehendaki Islam dan yang dilarang oleh Islam kerana bercanggah dengan hukum Islam".

Selain apa yang telah disebut diatas, banyak lagi hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para ulama' antaranya hadis yang diriwayatkat oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya (bab al-ikha'wal hilf), Imam Tirmizi dalam Sunannya (KItab al-Sair) Imam Ahmad dalam Musnadnya (1/323) dan lain-lain. Hasil yang boleh diperolehi daripada hadis tersebut adalah:

a. Larangan bertahaaluf adalah sekiranya berdasarkan kebatilan seperti yang telah disebut oleh ibnu Athir di atas.

b. Islam menyeru kepada menunaikan setiap perjanjian dan tahaaluf yang dilakukan pada zaman jahiliyyah yang berdasarkan kebaikan dan kebenaran. Imam Nawawi berkata: Adapun setiap tahaaluf yang berdasarkan ketaatan kepada Allah, menolong orang yang dizalimi dan persaudaraan di jalan Allah maka perkara tersebut amat digalakkan.

c. Hadis yang melarang untuk bertahaaluf adalah bermaksud sekiranya keadaan umat Islam dalam keadaan yang kuat dan setelah mendapat kuasa. Sekiranya dalam keadaan lemah, umat Islam sedikit dan musuh menguasai keadaan sehingga meghalang kebangkitan Islam dan melakukan kezaliman, maka tahaaluf dibenarkan. Ini dapat diambil dari tindakan Nabi melarang tahaaluf selepas daripada pembukaan kota Mekah dan Islam mendapat kekuasaan sepenuhnya.

To be continue....Tahaluf siasi sebelum zaman kenabian dan selepas zaman kenabian..

Ikhlas : u-jamv2.0 ..berjuanglah...!

Pengajaran Surah al-Hujurat v3.0

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | | Category: | 0 comments




Tafsir Al-Hujurat :3

إِنَّ الَّذِينَ يَغُضُّونَ أَصْوَاتَهُمْ عِندَ رَسُولِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ امْتَحَنَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ لِلتَّقْوَى لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ {3}

Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah,mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka untuk takwa,mereka dapat pengampunan yang besar.(3)

Iaitu sesungguhnya orang-orang yang hatinya telah diuji oleh Allah dengan bermacam-macam ujian dan cubaan yang berat,sehingga menjadi bersih dan jernih hati tersebut,lantaran sabar dan tabah menanggung penderitaan untuk melatihnya menjadi takwa,mereka itu akan diampuni dosa mereka dan diberi upah dengan pahala yang besar,iaitu syurga disebabkan merendahkan suara mereka dan adanya kepatuhan dan ketaatan mereka.

Inilah sikap yang ditunjukkan oleh para sahabat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. apabila turunnya firman Allah taala jangan kamu mengangkat suara kamu maka Saidina Abu Bakar berkata Demi allah,aku tidak akan mengangkat suara aku melaikan aku bercakap seperti aku bercakap kepada orang yang hendak diberikan sesuatu rahsia.Betapa Abu Bakar r.a amat patuh dan tunduk pada perintah Allah dalam apa jua perkara sekalipun.Inilah yang dinamakan takwa iaitu sebenar-benar iman tanpa sedikit keraguan.Begitulah juga para sahabat yang lain,mereka patuh dan tunduk terhadap firman Allah.Sikap mereka ini telah dipuji oleh Allah dan mereka itulah golongan yang telah berjaya di dalam ujiannya kerana mereka bertakwa kepada Allah.allah menyebut bahawa mereka telah mendapat keampunan dan pahala yang besar kerana patuh terhadap perintah dan berakhlak dengan akhlak yang mulia.

Jika dilihat para sahabat dahulu amat memuliakan Rasulullah s.a.w bukan setakat merendahkan suara malah sanggup menggadai nyawa demi nabi junjungan.Malahan banyak lagi kisah-kisah lain yang mengisahkan kepatuhan dan penghormatan yang diberikan oleh sahabat-sahabat kepada Rasulullah s.a.w.Dijelaskan dalam Fiqh Sirah 1 karangan Said Ramadhan Al-Buti di mana kisah yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam bab pakaian (di bawah tajuk perihal uban)di mana Ummu Salamah isteri Rasulullah telah menyimpan beberapa helai rambut baginda dalam botol atau sebagainya,dan akan dicampurkan dengan air yang digunakan para sahabat apabila sakit dengan harapan akan sembuh dan berkat.

Jika dibandingkan dengan umat Islam zaman kini,di mana Islam hanyalah warisan keturunan bukan dijadikan sebagai addeen atau cara hidup,amatlah mengharukan kerana generasi sekarang masih ramai yang tidak mengenal siapa Rasulullah s.a.w apatah lagi untuk mengagungkannya.Rasulullah s.a.w hanya menjadi sebutan ketika sambutan maulidur rasul,itupun sekiranya mereka menyambutnya.Kisah Rasulullah s.a.w. hanya berhak diambil tahu oleh golongan yang faqih dalam agama bukan umat Islam keseluruhannya.Malahan sirah perjuangan Rasulullah yang diadaptasikan dalam kurikulum pendidikan sekolah sama ada di peringkat rendah,menengah atau tinggi hanya dipelajari untuk lulus di dalam peperiksaan bukan penghayatan yang sebenar-benarnya.

Oleh itu,tidak menghairankan kenapa generasi sekarang tidak begitu meminati matapelajaran agama kerana mereka tidak sedar akan kewajipan memahami Islam itu secara keseluruhannya.Jika mahu ditudingkan jari,semua pihak harus dipersalahkan namun itu bukanlah satu langkah penyelesaian yang bijak.Kini,menjadi tanggungjawab bagi kita yang bergelar Daie atau mengaku sebagai pendakwah harus memainkan peranan masing-masing,walaupun hakikatnya kita sendiri masih belum memahami cabang-cabang Islam kesemuanya namun bukanlah bermakna kita tidak harus menyampaikan.Mungkin dengan huraian ayat yang telah disebutkan di atas ini iatu mengenai keistimewaan dan kemuliaan Rasulullah s.a.w ini kita harus bermula.

Wallahualam…

-pengemis cinta Ilahi,perindu syahid abadi-