[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Monday, August 2, 2010

Tarbiah Modul & Tarbiah Dari Allah

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, August 2, 2010 | Category: |






Alhamdulillah..selesai sudah Mukhaiyam Jabatan Amal Selangor baru-baru ini , apa yang mengesankan ialah perjalanan program pada hari tersebut ialah mengikut tentatif yang telah direncanakan , malah modul tarbiah juga disediakan agar menjadi pelengkap kepada program yang boleh mencapai matlamat yang ditetapkan...

Namum pada malam ke-2 , semua modul tarbiah seperti yang direncanakan tidak menjadi pada malam itu...kerana Allah menghantar Tarbiah-Nya secara terus!

Apabila para sahabat2 sedang berkumpul di bawah khemah utama untuk meneruskan program..tiba-tiba angin kencang seperti ribut datang merembas apa sahaja halangan dihadapannya..lokasi program betul2 di tepi pantai...dan angin seperti ribut yang hadir entah dari mana tanpa amaran itu...melarikan khemah2 kami..sahabat2 di tenangkan dan paling utama ialah menyelamatkan khemah utama...saya melihat sahabat2 berpaut pada tiang2 khemah beramai-ramai dalam keadaan pasir2 halus pantai dibawa berterbangan masuk ke dalam mata kami...dan rintik2 halus hujan seiring dengan angin ribut itu...

Tidak ada masa menyelamatkan khemah sendiri, kerana itu tidak penting,..sahabat2 meninggalkan usaha menyelamatkan khemah2 mereka yang berterbangan dan bersama2 sahabat2 lain merangkul tiang2 khemah utama daripada melayang!

Angin ribut berterusan hingga awal pagi ...khemah utama diturunkan dan sahabat2 ada yang tertidur keletihan...ada sahabat2 yang tertidur dalam keadaan hujan membasahi tubuh masing2..saya terasa pelik..bagaimana tidur yang lena itu tidak mengendahkan ribut dan hujan.

dan kami bersembahyang subuh di tepi pantai dalam keadaan hujan membasahi ubun2 masing2..dengan keadaan yang tidak selesa..solat subuh pada pagi itu adalah nikmat tarbiah dari Allah...dan bukan tarbiah dari modul!..

Tinta Ikhlas : Ibnu Rahman
------------------------------------------------------------------------------------------

Menjadi seorang muslim adalah bermaksud memasukkan diri ke dalam kerangka dan acuan Islam. Ia bermaksud anda beriman kepada Allah, tuhan yang esa lalu akur dan tunduk kepada pengajaran dan undang – undangNya.

Apabila anda kekal di dalam acuan itu, anda adalah seorang muslim yang sempurna. Jika sebaliknya, anda cacat dan kecacatan itu akan terus membesar dan bertambah mengikut tahap perlanggaran terhadap undang – undangNya. Jika berlaku keengkaran, ia bererti kekufuran dan keluar dari agama.

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya.

Kesempurnaan dan taqarrub kepada Allah hanya berlaku apabila kita semakin mendekati sunnah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Baginda adalah penunjuk jalan yang satu dan baginda adalah ikutan yang satu di dalam agama. Tiada siapa boleh berlumba di atas landasan selain landasan binaannya.

Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas.

Ia bererti anda bukan hanya beriman dengan Islam, bahkan menyiapkan diri sebagai pejuang yang mendukung perjuangan menegakkan ugama Islam di dunia dan kehidupan ini. Itulah matlamat perutusan para anbiya’. Mereka membawa ugama dan memperjuangkannya demi mencapai taqarrub dan keridhanNya.

Islam di dunia ini mesti tegak berdiri ke atas seluruh agama dan ideologi yang lain. Justeru ia menuntut perjuangan dan para pejuangnya.

Menjadi seorang pejuang Islam bukanlah sekadar hanya menjadi seorang muslim biasa. Ia menuntut usaha besar menuju puncak tertinggi. Ia penuh kesukaran dan ia pastinya milik para pejuang yang bersedia menempuh kesukaran dengan jayanya.

Menjadi seorang pejuang bermaksud bersedia patuh kepada peraturan sebagai seorang tentera. Ia menuntut disiplin pada tahap tertinggi. Bagaimana boleh dibayangkan sebuah kemenangan yang dibarisi para tentera yang mempunyai disiplin yang lemah?

Justeru anda tahu bahawa bukanlah senang untuk menegakkan Islam di dunia ini. Menegakkan Islam bererti menundukkan seluruh kekuatan kufur yang merajai dunia hari ini.


Ia menuntut pejuang Islam untuk menguasai banyak perkara dan menggerakkannya dengan penuh disiplin. Pastinya, ia bukan dekat jaraknya, pendek masanya dan mudah caranya.

Tinta Ikhlas : Ustaz Nik Abduh Nik Aziz

Currently have 0 comments:


Leave a Reply