Sunday, September 5, 2010
Gempar.!!! Cheng Ho Ditemui Di Kelantan!
Oleh: Hasnan Yahya
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Datuk Husam Musa, keseluruhan ekspo tersebut akan disertai oleh pelbagai sektor yang akan dibawa khas dari negara China. Disamping itu ia juga akan disertai oleh pengusaha tempatan.
” Kita menggunakan nama Laksamana Cheng Ho sebagai nama ekspo ini kerana Cheng Ho merupakan seorang laksamana yang telah menjadi ikon bagi China terutamanya hubungan persaudaraan antara dua negara dan ia dapat menyatukan rakyat di negara ini serta beliau juga merupakan seorang yang beragama Islam”ujar beliau.
Beliau berkata demikian di sidang akhbar selepas meraikan wakil-wakil pedagang dan kerajaan Wilayah Harbin China.
Turut hadir di majlis tersebut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Che Abdullah Mat Nawi dan Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat.
Husam juga berkata, hasil kunjungan beliau dan rombongan Kelantan ke China baru-baru ini telah merapatkan lagi hubungan kerajaan negeri dan beberapa Wilayah di China.
Hasil lawatan tersebut, Wakil dari Wilayah Harbin yang diketuai oleh Timbalan Presidennya Wang Bin Sha serta beberapa tokoh perdagangan seperti dari syarikat Harbin Haixun Science & Technology Co.Ltd, Madam Gua Yuhong, Beijing Duolud Machienery Equepment manufacturing Co.ltd serta sebuah makmal Beijing glorius Land Technology telah mengunjungi Kelantan dalam usaha mengenal lebih dekat peluang pelaburan dan perdagangan di negeri ini.
Sehubungan dengan itu, Wilayah Harban telah memberi persetujuan untuk menghantar seramai 30 pedagang dalam ekspo Cheng Ho yang akan diadakan nanti.
” Kini kita sedang berunding dengan beberapa pedagang dari wilayah seperti Senchuan, Beijing dan Sanghai agar ekspo ini menjadi tapak pertemuan yang terbesar dalam usaha memperkenalkan barangan mereka dan hasil tempatan”katanya lagi.
Husam juga berkata pemilihan China sebagai rakan dalam Ekspo Cheng Ho kerana China mempunyai umat Islam yang besar dan banyak barangan halal yang dikeluarkan, di samping itu budaya mereka juga amat sesuai dengan rakyat negeri ini dan melalui ekspo ini juga ia dapat mendedahkan pelbagai budaya masing-masing dan boleh dijadikan sebagai tarikan pelancong.
Sementara itu Timbalan Presiden Harbin Municipal Business Bureau, Wan Bin Sha berkata Kelantan adalah merupakan sebuah negeri di Malaysia yang memberi kerjasama sepenuhnya kepada Wilayah Harbin dalam usaha untuk melebarkan perdagangan mereka.
” Sebelum ini Kuala Lumpur juga pernah dikunjungi, tetapi dalam konteks negeri, Kelantan adalah negeri pertama yang menjalinkan hubungan perdagangan terus dan peluang untuk menyertai Ekspo Chen Ho Oktober ini akan digunakan sebaik mungkin”kata beliau yang telah diterjemahkan oleh Ketua Dewan Himpunan PAS Pusat, Hung Pan Chaw.
Wan Bin Sha juga berkata kerjasama baik dari Kelantan juga akan memudahkan pedagang dari wilayah Harbin untuk memasarkan produk mereka dan ia amat selari dengan Zon perdagangan bebas Asia ( AFTA).
Currently have 0 comments: