Thursday, September 2, 2010
Sang Murabbi
Merendahlah,
engkau kan seperti bintang-gemintang
Berkilau di pandang orang
Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah seperti asap
Yang mengangkat diri tinggi di langit
Padahal dirinya rendah-hina
(Ust. Rahmat Abdullah)
Terharu…sedih…semangat…
Walaupun hanya sebuah filem, tetapi ia sebenarnya sedang berusaha keras, sangat keras, untuk menghadirkan kembali keperibadian nyata seorang Guru, keperibadian seorang Murrobi, yang dirindui sekian lama, yang telah wafat beberapa tahun lalu (2005).
Namun, bagi mereka yang pernah bersua dengan Sang Murrobi, filem ini semestinya terasa begitu menjiwai. Kelembutan, kesederhanaan, kebersahajaan itu muncul dari sifat penggerak setia dakwah, yang melekat utuh pada peribadi Sang Murrobi, Ust. Rahmat Abdullah.
Pernah saya terbaca satu tausiahnya yang diazimatkan kepada seorang kader dakwah Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Sebuah kalimat yang lahir dari hati yang penuh keikhlasan. Beliau berkata, : “akhi, jadilah sebutir pasir…”. Ya, meski cuma sebutir, tetaplah berusaha berada dalam bangunan dakwah. Menguatkannya.
By the way, filem ini memang dikhususkan untuk para aktivis dakwah. Tapi, jalan ceritanya sarat dengan nasihat dan semangat, saya yakin, ia juga mudah untuk diterima oleh umat kebanyakan. Terutamanya yang bertekad untuk mencintai Islam. Sebagaimana kata beliau, kenikmatan Islam akan mudah teraih dengan mendakwahkannya.
Wa bil khusus, filem ini laksana oasis, sebagaimana tajuknya, Mencari Spirit yang Hilang. Kekeringan roh harus segera diakhiri. Dan begitulah watak orang yang soleh, bahkan setelah beliau telah wafat pun, masih juga menjadi inspirasi. Au naquulu aidhon, beliau masih mampu menjadi ladang air di tengah padang pasir… menjadi oasis!
Antara kata-kata nasihat yang saya agak tertarik dari filem ini adalah…
“Dua perkara yang perlu kamu ingat, pertama kebaikan orang terhadap kamu, kedua keburukan kamu terhadap orang lain”… “Dua perkara juga yang kamu mesti lupai, kebaikan kamu terhadap orang lain, dan keburukan orang lain terhadap kamu.”
Nah! Kalian ngerti ga artinya? Coba pahaminya sendiri ya..
Tunggu dulu sahabat-sahabat…ada lagi…satu analogi yang cukup menarik sempat saya kutip dari kata-kata Sang Murobbi ini…
“Seekor monyet memanjat pokok kelapa sampai ke puncaknya… Diam-diam datang tiga jenis angin siap untuk menyerang monyet tersebut iaitu angin taufan, angin baharoh, dan angin puting beliung. Disebabkan tahu betapa dasyatnya ketiga-tiga jenis angin itu maka si monyet makin kejapkan cengkamannya pada batang pokok kelapa itu sehingga angin-angin tersebut tidak mampu untuk menjatuhkan si monyet tersebut. Setelah itu datang lagi satu jenis angin iaitu angin sepoi-sepoi… perlahan-lahan angin itu meniup ubun-ubun monyet tersebut membuatkannya hampir terlena kerana terlalu nyaman dan asyik sehingga akhirnya monyet itu jatuh kerana terlepas pegangannya pada batang pokok itu…”
Kesimpulannya, jangan jadi monyet…
Sahabat-sahabat, ibaratnya, begitulah tentangan dakwah yang biasa dihadapi para da’ie… semakin diuji dengan kesusahan, kesedihan, kemiskinan dan kesempitan, semakin kuat pulalah spirit yang menguasai diri…tetapi apabila diuji dengan kesenangan maka mula goyahlah pegangan, lunturlah spirit yang dicari-cari selama ini…
Jangan lupa sahabat-sahabat menonton Sang Murobbi, bagus untuk mengembalikan semangat jihad! Moga terus istiqomah di jalan dakwah…amiin…
Currently have 0 comments: