Saturday, September 4, 2010
Pasangan yang bergelap kian pupus?
Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 1 Sept: Keadaan sunyi sepi di Taman Tasik, dekat sini selepas jam 12 tengah malam semalam sebaik tamat laungan golongan muda menyambut tarikh kemerdekaan negara ke-53 membawa makna besar kepada pemerintahan Pakatan Rakyat. Tinjauan sehingga 4 pagi mendapati tidak terdapat pasangan yang berdua-duaan di dalam gelap atas kerusi di bawah pokok menjadikan malam 21 Ramadhan berlangsung aman damai sehinggalah ke subuh hari. Namun senario itu bukan terjadi dengan sendirinya tetapi ia adalah gabungan dari banyak usaha Kerajaan Negeri Selangor selama ini yang mengutamakan pembangunan modal insan yang dilaksanakan dalam program SPIES, sebagai contoh. Malam tadi bermula jam 2 pagi, lebih dari 1,000 sukarelawan dari 24 bergabung tenaga untuk bertemu dengan semua pasangan dengan memberikan risalah berkaitan dengan fakta kelahiran luar nikah dan buang bayi. Mereka bergerak di beberapa tempat tumputan golongan remaja yang sering berkumpul dan ada yang melampiaskan nafsu keinginan badaniah secara tidak halal antaranya di Sunway Paramid, Taman Tasik Shah Alam, Uptown Shah Alam, Dataran Shah Alam dan Dataran Kemerdekaan Shah Alam serta Tanjung Harapan, Pengkalan Batu di Klang. Sebaik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melancarkan Gerakan Kempen Anti Zina kepada Orang Islam Selangor selepas merasmikan Sambutan Kemerdekaan dan Penghayatan Ramadhan 2010 di I-City, kumpulan-kumpulan duta kasih sayang itu pun diberi taklimat dan bergerak. Sepatah kata Khalid, inilah pertama kali gerakan seumpama ini dilakukan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor yang ditujukan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam juga diharapkan dapat menjauhi perbuatan begitu. Sebelum itu, dalam ucapannya, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, merdeka holistik yang diharapkan meliputi kejayaan memerdekakan minda, fizikal dan spiritual. Menurut Pengarah Kempen Anti Zina 2010, Aszmi Anuar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjaama terbaik sehingga program berjalan dengan lancar. "Meskipun gerakan kita dengan 24 NGO namun ada juga kumpulan yang bergerak dahulu menjadikan jumlah kumpulan yang bersama malam tadi sekitar 40 NGO dan ini merupakan satu kejayaan bersama. "Kita berikan mereka peringatan kepada anak-anak muda itu, ramai yang menerima dengan baik dan pulang, namun ada juga yang melawan sebab mereka berhujah, 'ibu bapa benarkan mereka keluar dengan pakaian singkat'. "Kerjasama pihak polis, MBSA dan Jais malam tadi serta sokongan banyak pihak dapat kita basmikan gejala sosial yang kini banyak menimbulkan anak luar nikah dan buang bayi, inilah gerakan anti zina yang menjadi matlamat agar masyarakat menjadi lebih baik selepas ini," tegasnya. |
alhamdulillah!
kesian. umat Islam masih x paham lagi hakikat jalur gemilang. jalur gemilang adalah bendera asobiyyah yg memecahkan kesatuan umat Islam
bahkan, bukan jalur gemilang je. malah, bendera palestin, pakistan, bangladesh, dsb
wallahu a'lam
syukur
alhamdulillah... di harapkan keadaan ini berteusan n lebihhhh baik... klo sluruh malaysia... lagiiii sgt2 baik...
Tahniah!
subhanallah....
ALLAH kn bantu jika kita jaga hubungan denganNYA....semoga ia kekal & semakin meningkat prestassinya hingga kiamat...jgn bpaling lg ke blakag...ayuh malaysia....jadikan MALAYSIA 1 ISLAM...