[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Wednesday, December 8, 2010

Nostalgia Usrah Kita...

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Wednesday, December 8, 2010 | Category: |






Assalamualaikum..., Sahabat ..,semoga diwaktu-waktu begini sahabat berada dalam keadaan tenang dan sihat sejahtera , walaupun kita diruntun dengan telaah harian dan tugasan harian malah rutin harian yang seakan -akan sama setiap hari namun ada hari-hari yang agak berlainan dimana kita berasa rindu seakan-akan menarik2 urat ingatan kita kepada sahabat-sahabat yang berusrah bersama dahulu..malah masih terngiang2 suara naqib melusuri corong ingatan malah ilmu yang sedemikianlah yang menjadikan kita berprinsip pada hari ini.

Sahabat renungkan pada hari ini , sahabat berada di mana? adakah seperti di tempat yang kita kehendaki beberapa tahun dahulu , atau bukan di tempat yang kita inginkan? malah jika dapat diputar urusan waktu . mahu sahaja kita kembali bersama naqib bertanyakan soalan yang sepatutnya tidak dipendam sehingga sekarang.

“Dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukurannya dengan serapi-rapinya” (Surah Al-Furqan : 2)

Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan manusia.Walau dimanapun sahabat-sahabat berada namun ilmu yang dititip tidak pernah padam dari diamalkan,mengapa suatu masa kita seperti sebuah keluarga namun kini kita renggang, adakah kita berusrah hanya mengikut musim dan ketika jika mood kita dalam keadaan baik sahaja?

Sahabat , apa tugas sahabat sekarang? berapa masa yang sahabat peruntukkan untuk tugas tersebut? , tinggikah jawatan sahabat sekarang atau masih di peringkat rendah? Oh Sahabatku kini tugasnya memberi arahan kepada bawahannya malah pangkatnya baru dinaikkan , MasyaAllah dia mempunyai tugas yang lebih penting daripada hanya "usrah" semata-mata

Ada juga sahabat yang menuntut , bekerja dan menuntut lagi , alhamdulillah masanya hanyalah pada tugasan yang diberikan untuk mencapai anugerah dekan ataupun sekurang-kurangnya pointernya masih dapat ditingkatkan, masih ada ruang untuk "berusrah" dan kadang kala rindu kepada program2 yang direncanakan semata2 untuk mad'u dan semata2 kerana wasilah perjuangannya...ya itu juga Jihad di dalam menuntut ilmu dan tidak pernah jihad itu berlaku dalam keadaan bersenang-lenang.

Apa tugas sahabat yang paling utama ? siapa yang memberi jawatan itu? tidakkah sahabat ingat jawatan yang diberikan ketika berada di alam perjanjian roh dengan Allah Taala.Jawatan kita adalah khalifah di muka bumi ini , itu jawatan yang paling utama.berjaya atau tidak itu bukan satu ukuran , prsoalannya adalah berbuat atau tidak.

Ana menasihati diri ana yang lemah ini , semoga walau dimana ana berapada didalam keadaan menuntut ilmu ataupun bekerja, perjuangan tetap diteruskan dalam keadaan susah dan senang walaupun sebesar zarah usaha itu masih dianggap berjuang , berusrahlah kita sehingga ke liang lahad, Nostalgia adalah sejarah yang mengesan jiwa, masa yang mendatang mencorak ilmu ke tahap implementation...Ya sahabat masih berhak berusrah dan sahabat berhak untuk mempraktikkan...

Nasihati ana...nasihati ana..nasihati ana semoga ukhwah kita sehingga ke syurga seperti pernah kita ikrar pada masa dahulu.amin Ya Rob

Allah Yubarik Fikum

Hamba Allah

Currently have 1 comments:

  1. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah Dengan jihad Yang sebenar-benarnya Dia lah Yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamaNya); dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah Dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di Dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah). oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. maka (Allah Yang demikian sifatnya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.
    Dengan ini barulah anda faham apakah yang dimaksudkan setiap kali anda melaungkan: “Jihad adalah jalan kami


Leave a Reply