[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Friday, December 31, 2010

XPDC Dakwah Malam Tahun Baru : Hadiah Khas U-jam Untuk Rakyat Malaysia!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Friday, December 31, 2010 | Category: , |







Assalamualaikum W.B.T Sahabat-sahabat U-jam

Takbir!...AllahuAkbar..!
Takbir!...AllahuAkbar..!
Takbir!...AllahuAkbar..!

Sesungguhnya Allah tidak bertanya manusia pada hari kiamat : “Mengapa kamu tidak mencapai kemenangan?” tetapi Dia akan bertanya : “ Mengapa kamu tidak berjuang?” Dia tidak akan bertanya mengapa mereka tidak berjaya, tetapi bertanya kenapa mereka tidak bekerja.

Alhamdulillah...hati ini merasa sayu perasaan teruja dan Syukur bercampur baur..Setelah hampir 150 Tahun Gerakan Islam dari era Tok Janggut kepada Era Tuan Guru Nik Aziz , baru Tahun ini yang amat bersejarah apabila seluruh Malaysia digegarkan dengan ribuan Anak Muda menyertai XPDC Dakwah secara menyeluruh di setiap pelusuk negeri dan daerah yang terdiri dari hampir 100 NGO Seluruh Negara bekerjasama dengan Sayap-Sayap Gerakan Islam Se-Malaysia (PAS) (Jabatan Amal Malaysia , Nisa' Malaysia , Dewan Pemuda Setiap Negeri , Dewan Ulama Setiap Negeri , Dewan Muslimat Setiap Negeri , Kelab Penyokong PAS Malaysia & PAS Kawasan Setiap Negeri dibantu oleh Jabatan Penguatkuasaan , PBT , KDN , Pejabat Daerah , Semua Nazir & AJK Masjid (Negeri PR Memerintah).

Saya sendiri terlibat untuk XPDC Dakwah Daerah Petaling bermula dari Masjid Negeri Selangor ke 8 Hot Spot Seluruh Petaling..berSMS dengan Sahabat2 Seluruh Negara menghantar berita dan ucapan kata-kata semangat!

Masyarakat seakan mengalukan usaha ini , mereka tidak menyangka bahawa Sampai begini Hebat Penangan Gerakan Islam setelah Lama Berjuang....

Ingatlah Hasil ini adalah daripada darah-darah perjuangan mereka yang dipenjarakan, dibunuh & Disiksa atas usaha Dakwah mereka dan kita dengan mudah menjalankan Usaha Dakwah dengan senang-lenang pada masa sekarang...walaupun Zaman Sekarang ialah zaman fitnah kepada Gerakan Islam tetapi itu adalah Mehnah yang telah dijanjikan kepada setiap pejuang!

Walaupun baru pulang dan letih sedikit hari ini..saya tidak sabar-sabar mencoretkan cerita ini walaupun masih tidak lengkap dengan gambar-gambar XPDC Dakwah dari ahli-ahli U-jam Seluruh Negara!

InsyaAllah...artikel ini akan diupdate dari semasa ke semasa sehingga ianya lengkap!

Currently have 1 comments:

  1. alhamdulillah,semalam ana ada ikut utk kawasan Hulu Lngat....agak kecewa dgn kerjasama drpd JAIS yang bekerja sambil lewa...ini bukan ditujukan kepada semua pegawai tetapi sebahagian yang bertindak secara sambil lewa yang menyebabkan proses x dapat berjalan dgn lancar....apepun,moga gerakan kesedaran ini dapat terus di istiqamah kan....


Leave a Reply