[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Tuesday, February 15, 2011

Arghh..Kalah lagi! Habis tu bila islam nak menang???

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, February 15, 2011 | Category: |

 
 
Baru Selesai Liqa' Tarbawi Harakiah  bersama-sama Anak-Anak Muda Gerakan Islam yang baru setahun jagung seperti saya.

- Soalan yang menarik tadi
"Bagaimanakan cara kemenangan islam seperti yang dijanjikan Allah S.W.T" itu? - Jawab YB Ust Md Nor Hamzah - Ianya adalah Rahsia Allah S.W.T - Cumanya kita hanya layak berusaha kerana kemenangan itu milik mutlak Allah S.W.T. Allah Berhak diatas Kuasanya Yang Maha Agung menentukan kemenangan.

Allah memberikan kemenagan dengan menghantar seekor nyamuk kepada namrud
Allah memberikan kemenangan dengan meneggelamkan Firaun
Allah memberikan kemenangan dengan air untuk perjuangan Dakwah Nabi Nuh
Allah berkuasa mencampakkan kemenangannya di dalam hati-hati manusia
Revolusi di mesir tidak semua orang yang faham islam melakukannya
Allah berkuasa membalikkan strategi musuh , Allah Maha Kuasa Atas Sesuatu

Apa Hak kita untuk bertanya tentang kemenangan?
Hak kita akan ditanya adakah kita berusaha atau tidak untuk mencapai kemenangan?

Kita berusaha ataupun tidak?

Soalan Lagi..

Adakah kekalahan itu juga satu kemenangan?

Ya! , Selagi kita berusaha dalam satu Jemaah ini dengan penuh istiqamah dan yakin..maka kekalahan itu juga merupakan kemenangan!

Kerana hikmah kekalahan itu sebenarnya lebih manis!

Soalan lagi

Adakah kita berjuang untuk menang?

Semestinya kita mahukan kemenagan berpihak kepada Gerakan Jemaah Islam.
Namun apa yang besar sekali , kita mesti pastikan tertegaknya kemenangan islam di dalam diri kita sendiri..tertegaknya daulah islam di dalam diri kita sendiri...

Ada soalan lagi...

Bagaimana dgn mereka yang baru mahu mendekati jemaah tetapi tiada asas tarbiah dan dakwah..adakah mereka layak menyertai siasah islam?

- mereka layak lebih daripada mereka yang ada asas tarbiah dan dakwah tetapi tidak mahu bersama-sama siasah islam.

Wallahu'alam...
Sumber : http://u-jam.blogspot.com/2011/02/arghhkalah-lagi-habis-tu-bila-islam-nak.html

Currently have 1 comments:

  1. assalamualaikum.....

    bersabar la didlm setiap perjuangan. berjuanglah selagi nyawa dikandung badan. jgnlah berjuang mengharapkn sesuatu kemenangan. apa yg penting kita berjuang demi Allah dan demi Rasulullah. setiap rintangan yg kita trima didlm perjuangan kita kna redha krna Allah lebih mengetahui apa yg ada dimsa hadapan. kita kna ikuti segala jalan2 @ cara2 yg telah Rasulullah ajarkn kpda kita. kemenangan mutlak pasti dipihak org yg beriman. cuma x tau bilakah msa kemenangan itu. mgkin kemenangan itu akan dtg hanya oleh pemimpin akhir zaman.


Leave a Reply