[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Sunday, February 6, 2011

GempaQ : Paris Hilton Keluar Islam!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, February 6, 2011 | Category: |

Gempaq : Paris hilton semalam mengumumkan bahawa dia terkeluar dari Agama Islam yang sememangnya dia bukan beragama islam pun.Baru-baru ini , kita dikejutkan dengan ledakan maklumat Alam Maya dari sebuah web yang memang diwujudkan untuk memaparkan cerita-cerita bohong untuk mencipta "HAOX" dengan harapan pengunjung semakin banyak mengunjungi blog tersebut dan hits mereka akan mendadak naik untuk menaikkan harga iklan mereka.


Itu adalah salah satu cara Marketing Online yang banyak diajar terutamanya dalam Trend beli e-book ini dan itu.Anda membuat sebuah laman web dan fikirkan apa cara nak tarik orang ramai klik laman web tersebut walaupun tak membacanya ...sekadar hits sudah memadai!..lagi banyak hits ..lagi mahal iklan!, saya agak kebelakang sedikit dalam mengetahui berita ini , mungkin lewat 4 hari , kerana saya anggap berita bohong biarkan beberapa hari untuk kita lihat kebohongan itu menjadi nyata!,Ramai juga yang meminta agar u-jam juga menyediakan iklan yang telah difrancaiskan seperti nuffnang dan lain2 supaya ada juga dana untuk u-jam.Saya "Refused" kerana iklan2 francais ini ada memaparkan gambar2 x senonoh untuk menarik pengguna klik banner iklan tu.Mintak Mahap! , biar miskin... asalkan x sebarkan maksiat!, mungkin jika dibenarkan saya hanya meletak banner iklan sendiri sahaja untuk sahabat2 iklankan apa sahaja mengikut turutan giliran masing2 , bayarannya ..sedekah lah berapa pun yang ikhlas untuk projek Madrasah Tahfiz Quran  U-jamV3.0 di Kg Jabi Pattani nanti dalam program Lawatan Ukhwah & Khairat KL-Pattani 2011.disini--> http://www.facebook.com/#!/event.php?eid=167507573286818


Berita Mengenai Paris Hilton tu mula2 disebarkan disini ---> Dengan wajah x bersalah memakai tudung , kelihatan sedih seperti baru lepas mendapat arahan menjalani hukuman mengecat rumah-rumah anak yatim.Saya Optimis jika berita ini palsu atau benar , kita bukan sahaja mendoakan agar Paris Hilton masuk islam , malah kita juga mendoakan agar orang islam sendiri menurut Islam yang sebenarnya dan bukannya Islam yang ada Had hari-hari tertentu.Ramai juga orang islam yang mengucapkan syukur tidak terhingga.Saya juga ingin bertanya Apakah hukumnya jika kita bersyukur terhadap satu pembohongan? .Sebagai Sorang insan yang lemah ..izinkan saya mengingati diri saya dengan Firman Allah di dalam Surah Al-Hujurat Ayat 6 : A006
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan..


Saya tidak salahkan sahabat2 muslim kita seluruh dunia yang megucapkan syukur kepada berita palsu ini kemungkinan mereka tidak tahu , tetapi apa yang menyedihkan ialah kegopohan kita yang tidak mahu menyelidik dari mana sumber berita ini datang....Bagaimana saya boleh tahu sumber berita ini PALSU dalam masa beberapa saat? - kerana saya bukanlah pakar menilai gambar super impose ataupun tidak.Ternyata Laman web ini http://www.dailysquib.co.uk/ sememangnya memaparkan berita-berita palsu untuk tujuan berseronok dengan duit iklan! , saya terus klik tulisan "About" untuk mengetahui lebih lanjut operasi web ini ..hasilnya amat mengujakan! " The Daily Squib was and is the rock star of all news and satire. With more bite than Punch and a harder edge than an Eye in the Privates, the Daily Squib has cheated and bitten its way through the mass of tripe that is the British media for the last few centuries." 

Walaubagaimanapun , jika benarlah Paris Hilton memeluk Islam selepas ini , barulah saya bersedia menulis artikal Paris Hilton Memeluk Islam! 

Ikhlas : Chief Moderator U-jam 

Lampu Hijau Untuk Copy Paste dengan credit link u-jam :  http://u-jam.blogspot.com/2011/02/gempaq-paris-hilton-keluar-islam.html



Currently have 2 comments:

  1. salam, maaf mencela..
    mungkin gambar yang diedit mngunakan adobe sahaja..

  2. Photo-shopped poorly.
    Obviously shown.
    When did Paris Hilton even say she was a Muslim in the first place? No offense, but you provided false information to begin things with.


Leave a Reply